Monday, April 5, 2010

Senarai Pemenang ABPBH 2009~

Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009:

1. Penyanyi Lelaki Popular : Aizat
2. Penyanyi Wanita Popular : Dato Siti Nurhaliza
3. Penyanyi Duo/Kumpulan Popular : Bunkface
4. Penyanyi Nasyid Popular : Rabbani
5. Pelakon Filem Lelaki Popular : Que Haidar
6. Pelakon Filem Wanita Popular : Liyana Jasmay
7. Pelakon TV Lelaki Popular : Remy Ishak
8. Pelakon TV Wanita Popular : Tiz Zaqyah
9. Pengacara TV Lelaki Popular : Aznil Hj Nawawi
10. Pengacara TV Wanita Popular : Fara Fauzana
11. Penyampai Radio Lelaki Popular : Faizal Ismail
12. Pengacara Radio Wanita Popular : Fara Fauzana
13. Artis Komedi Lelaki Popular : Nabil Raja Lawak
14. Artis Komedi Wanita Popular : Norkhiriah
15. Artis Baru Lelaki Popular : Black
16. Artis Baru Wanita Popular : Yuna
17. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Datuk Khadijah Ibrahim
18. Artis Paling Popular : 225300 undian – Tahniah buat Dato’ Siti Nurhaliza

Tahniah Dato’ Siti Nurhaliza kerana telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular.Dato’ Siti Nurhaliza akan membawa pulang hadiah bernilai RM328,000 termasuk barang kemas Habib bernilai RM150,000, kereta Nissan x-Trail 2.0L bernilai RM130,000, Perabot Empire Classic bernilai RM30,000 serta pakej penginapan mewah di Head Of State Suite Palace Of The Golden Horses bernilai RM18,000.

Untuk setiap pemenang 16 kategori yang dipertandingkan, artis yang memang malam ini memenangi hadiah berjumlah RM27,000 termasuk barangan kemas Habib bernilai RM20,000, Perabot Empire Classic bernilai RM5,000, Kad Ganjaran Palace Lifestyle bernilai RM500, hamper Nano White bernilai RM500 dan fabrik sumbangan Jakel bernilai RM1,000.

Tidak lupa juga, hadiah lumayan juga akan diberikan kepada pemenang kategori Anugerah pencapaian Sepanjang Hayat. Kesemuanya bernilai RM31,500 berupa Barang kemas Habib, hamper nano white dan fabrik Jakel. Untuk hadiah utama pembaca bertuah pula, pemenangnya akan membawa pulang sebuah kereta Nissan Grand Livina 1.6A bernilai RM86,000, barang kemas Habib, perabot Empire Classic, Naza Blade 250, baucer dari Slimming Sanctuary, percutian ke Korea 6 Hari 4 malam, hamper Nano White dan fabrik Jakel. Sementara untuk pereka popular pula, hadiah yang ditawarkan keseluruhan adalah berjumlah RM130,000.

Tahniah buat semua pemenang dan tahniah juga kepada penganjur.



P/S: berdasarkan kepada entri aku ygs sebelum nie..hanya 2 kategori tekaan aku yg tak betulll iaitu kategori Pelakon Filem Popular (tekaan-Afdlin) di menangi oleh Que Haidar....dan Kategori Artis Baru Lelaki (tekaan Akim) Di menangi oleh Black....

apa2 pun semua pemenang sememangnya layak....yeah~

suka bila Bintang Paling Popular kembali ke tangan Datuk CT...he3 luv ct...

3 pengkritk ceritera duniaku:

Syazwan Nizam said...

http://syazwanizam.blogspot.com/2010/04/tahniah-dato-siti-nurhaliza.html

Syazwan Nizam said...

YEAH! DCT ALWAYS THE BEST~ SITIZONERS TERBAIK! THANKS SEBAB SAMA2 UNDI BG IDOLA KITA MENANG!

Mr Final said...

pun suke gak.. :D

Popular Posts

Popular Posts since May 2010