Friday, May 28, 2010

Daus-Kenapa







*gambar di atas adalah Majlis Pelancaran Album AF8 yg mana mengumpulkan kesemua bekas pelajar AF8 dengan single2 terbaru mereka....

ada 12 lagu ke semuanya yang mana di cipta sepenuhnya oleh Edrie KRU....


  1. Adira-Ku ada kamu
  2. Shahir- Kebahagiaan dalam perpisahan
  3. Daus-Kenapa
  4. Anum-Berakhir sebelum bermula
  5. Iwan- V.I.P
  6. Ain - Penangguh sepi
  7. Alif- Bangun semula
  8. Emma-Hati-hati 
  9. Shah- Bernafas lagi
  10. Nad- Aku Sudah Merdeka
  11. Maulana- RSVP 
  12. Farina- Hujung minggu


Daus-Kenapa

Tubuhku menggeletar…
Di hati rasa berdebar
Apabila kau muncul menjelma di depan mata
Aku ketandusan kata kerana lidah rasa kelu
Ku cuba tepis perasaan tapi hati menuntut
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?

Ku jatuh hati padamu…
Mataku tidak lekang tak jemu-jemu memandang
Bak kata mereka ‘Yang terbaik dari ladang’
Memberikan perasaan teruja yang menggoda jiwa
Setabah mana hati akhirnya pasti mengalah
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa? (ulang)

Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa? 








prasasti jiwa:
lagu nie adalah single terbaru daripada pemenang tempat ke-3 AF8....antara lagu paling comel antara single2 daripada 12 pelajar AF8...

Monday, May 24, 2010

di USM untuk NRIC 2010...

Salam...

malam ini aku akan bertolak ke pulau pinang....menuju ke sini :


Tujuan adalah untuk menyertai pertandingan ini:






ini bukan pertandingan Debat yg biasanya aku pergi...ini adalah pertandingan National Research & Innovation 2010...yang akan berlangsung 25 - 29 Mei 2010....

aku masuk ni pun sebab supervisor aku suruh masuk....so pergi je lah...dengan bawa project final year aku....dan tajuk project aku ialah:


THE POTENTIAL OF RAINWATER HARVESTING & GROUNDWATER FOR WATER SUPPLY VIA WASRA SYSTEM


First time masuk benda2 mcm ni...kalau kat sekolah dulu...bdk2 pandai je akan pergi pertandingan macam nie...org2 mcm aku ni mana la layak...tapi tak sangka kat peringkat lebih tinggi ni iaitu IPT...aku dapat peluang dan rezeki untuk merasai sendiri...pertandingan peringkat kebangsaan ini...

pasti ianya memberi pengalaman baru buat aku...tetiba lak rasa tak sabar nak pergi...padahal persiapan sangat teruk kot...byk benda sebenarnya buat tergesa-gesa...tapi tak mengapa mungkin inilah cabarannya...

ok lah...aku nak menyiapkan apa yang patut skrg....sbb malam ni kul 10 pm aku akan berangkat bumi pulau pinang yang sangat aku rindui sebenarnya....hu3

doakan kejayaan aku di sana ya...; )

sekian...



Prasasti Jiwa:
cuak juga ni nak present depan panel juri nanti....hu3

IWAN AF8- V.I.P



IWAN AF8 - V.I.P
>
Kau takkan percaya apa yang ku dengar
Khabarnya kau dah kecewa
Dengan diri ku yang tak luangkan masa
Masa bercengkerama bersama mu

Korus:
Oh kasih kau perlu tahu
Tiada yang penting selain cinta mu oh sayang
Tiada yang ku sanjung hanya dirimu seorang

Berikan aku peluang
Untuk buktikan padamu oh oh...
 V.I.P hatiku

Mungkin ku tak arif memahamkan cinta
Ku sangka kau bisa faham
Ku sedar cara ku tidak cukup mesra
Masa bercengkerama bersama mu

Oh kasih kau perlu tahu
Tiada yang penting selain cinta mu oh sayang
Tiada yang ku sanjung hanya diri mu seorang
Berikan aku peluang
Untuk buktikan padamu
V.I.P  hatiku 2x

Walau tidak bersama engkau selalu di hatiku 3x

Kasih kau perlu tahu
Tiada yang penting selain cinta mu oh sayang
Tiada yang ku sanjung hanya diri mu seorang
Berikan aku peluang
Untuk buktikan padamu
V.I.P hatiku 2x 





Prasasti Jiwa:
aku dah target dah...time dgr lagu ni kat diari...mmg mcm kn dgn jiwa muzik aku...then bila dah donwload n dgr slalu lagu ni sambil menghayati lirik dia...mmg kena dgn aku....hu3 sedih pulak rasanya....lagu mcm ni pun boleh buat aku sedih ha3 tapi lagu ni boleh naik ranking dalam list2 lagu single pelajar2 AF8 yg aku suka....

untuk DIA...lagu ini untuk kamu...

"Tiada yang penting selain cinta mu oh sayang
Tiada yang ku sanjung hanya diri mu seorang
Berikan aku peluang
Untuk buktikan padamu"

Sunday, May 23, 2010

Adira-Ku Ada Kamu




 ADIRA- KU ADA KAMU

Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.







Prasasti Jiwa:
lagu ini sememangnya lagu untuk seorang Juara....bila tgk video clip dia...barulah aku faham apa sebenarnya msg yg ingin di sampaikan dalam lagu ini...besar rupanya pengertian lagu ini...tapi serius aku cakap bila dengar suara Adira sambil tgk video clip dia...mmg terus ke dalam jiwa la Adira nyanyi...bukan nak buat propa...tapi serius betol2 menusuk jiwa....hu3 dalam kehidupan nie...kita jangan pernah rasa kesunyian...kerana masih ada org sekeliling kita yang masih menyayangi kita...walau apa pun jua keadaaan yg kita lalui skrg...

Senyumlah...kerana masih ada org yang menyayangi kita...; )

AFMasuk membawa Shahir Juara AF8


Salam...

AF8 telah pun melabuhkan tirainya...apabila menobatkan calon AF Masuk iaitu Shahir menjadi juara baru AF....lantas mencipta satu sejarah baru dalam AF yang mana calon AFMasuk yang berjaya menjadi juara....apabila tersingkir di minggu2 genting utk ke final...

layak atau pun tidak Shahir berada di takhta juara tiada sesiapa yang boleh menidakkan ataupun menafikan...kerana ianya berbalik kepada rezeki juga....

mungkin ini takdir Shahir...dan beliau berjaya di nobatkan Juara atas undian peminat beliau yang cukup gigih...

namun...ada juga suara2 sumbang yang menyatakan...Shahir adalah juara yang di rancang...tapi ini setiap kali habis final pun isu ini akan timbul...juara di rancanglah...undian si naib juara di sekat la...dan pelbagai lagi ketidak puasan hati peminat2 AF...apabila calon pilihan mereka gagal untuk menjadi juara...

apa yang perlu kita akui bersama...gagal menjadi Juara tidak bermakna pelajar tersebut tidak bagus...ataupun tidak berkualiti...begitu juga dengan mereka yang tersingkir awal...bila berbicara tentang program realiti yang berasaskan undian...peserta tersebut perlu melakukan strategi bagaimana untuk menunjukkan peribadi yang baik....agar peminat senang dan minat dengan sikap kita...ianya bukan sekadar vocal yang bagus...ataupun persembahan yang bagus semata-mata...namun ianya sejauh mana kita berjaya menunjukkan peribadi yang suci...suci mcm mana...itu terpulang pula pada mata yang melihat...

dan inilah yang terjadi kepada Shahir...apabila beliau berjaya membawa watak peribadi yang baik....di tambah dengan pakej yang lengkap menyebabkan beliau berjaya di nobatkan menjadi Juara oleh peminat yang mengundi...

dan Tahniah juga buat Shahir kerana berjaya membalas jasa peminat2nya yang tidak pernah kenal erti lelah dan penat untuk mengundi beliau sehingga bergelar Juara AF8...

AF ni bagi aku...si Juara yang di julang adalah hanya Juara kepada pengundi2nya...andai peserta tersebut berjaya maknanya si pengundi telah berjaya melaksanakan tugas dengan baik...tidak seperti program yang berasaskan juri yang mana Juara adalah sememangnya yang terbaik dan dipilih oleh mereka yang pakar...

maka..kita perlu untuk menerima apa jua keputusan pengundi..kerana merekalah yang harus di berikan penghormatan dalan permainan program realiti sebegini...

dan jujur aku katakan aku sudah sedikit bosan dengan program AF nie...bukan kerana kecewa dengan calon pilihan aku tidak berjaya menjadi juara atau tidak bersetuju dengan kemenangan Shahir...namun jika kita lihat sejarah2 AF sebelum ini...sudah cukup menunjukkan AF sudah berada pada tahap yang membosankan...

jika tidak percaya....Konsert Final pada malam tadi bukanlah suatu Konsert yang boleh di banggakan...dengan kapasiti persembahan yang biasa2...walaupun di iringi orkestra...namun aku yg menonton di rumah tak rasa pun gah nya bunyi orkestra...then susunan muzik pun ala2 jek...tak de lah grand mana pun...menyebabkan aku yang tgk konsert pun mula rasa bosan...

lepas tu pentas pun biasa jek...buat lah pentas lain dari pentas konsert mingguan...ni kan Final...tak kan lah tak boleh buat pentas yang lebih grand...

dan yang tak boleh aku terima...hadiah utk pemenang biasa jek...tak se meletop sebelum nie...dan kurang penaja la tue...klu b4 nie...adalah juga sebijik ruma di beri...nie kereta jek...hu3 sedih2...

walauapa pun pujian harus di berikan kepada Daus yang berjaya menunjukkan persembahan yang baik dan pertenaga pada malam konsert final...beliau berjaya membuat aku kagum dengan persembahannya...dan menyebabkan aku menarik semula kata-kata aku yang Daus tidak layak ke final...dan tempat ketiga sememangnya layak untuknya atas usaha yang dia telah lakukan sepanjang 10 minggu di Akademi...

Maulana yang berjaya mendapat tempat ke-4 mengejutkan aku..ingatkan tak de org nak undi dia dah..rupanya ada jugak...dan untuk konsert malam ini aku akan meletakkan Maulana di tempat ke-5 sebab persembahan Maulana tidak berjaya menarik minat aku walaupun Maulana adalah pelajar yang aku letakkan antara 3 org yang layak untuk ke final...dan mempunyai kekuatan vocal yang bagus...namun untuk malam final ini..Maulana kurang menyengat...dengan gaya persembahan yg biasa dan memek muka yang menjelekkan aku untuk tgk persembahan dia...dan aku boleh simpulkan persembahan Mualan Bosan...

untuk Iwan...sama seperti Daus..berjaya menunjukkan persembahan yang baik...namun mungkin Iwan suka membuat persembahan yang ala2 bersahaja membuat aku sedikit tidak berapa suka...Iwan mempunyai vocal yang agak unik...dan beliau perlu serius ketika menyanyi...serius bukan seharusnya muka yang serius dan berdiri statik...namun persembahan yang nampak bernyawa...

untuk Adira...beliau telah berjaya menunjukkan persembahan yang terbaik...namun semuanya terletak di tangan pengundi juga...mungkin pengundi yang gigih lebih ramai pada Shahir...dan pengundi Adira tidak segigih mereka....untuk lagu pertama memang kurang sikit la..padahal lagu tu boleh je Adira bawa dan bawa dengan style sendiri...nasib baik lagu ke2 Adira buat dengan baik walaupun kedua2 persembahan kawalan vocal Adira tidak berapa bagus...sbb masih kedengaran bunyi2 'eerkkk'...mungkin lepas nie Adira jangan berhenti untuk belajar vocal...kerana bak kata Adlin...Adira hanya satu2nya peserta malam final yang mempunyai Soul dalam nyanyian...gagal menjadi Juara tidak mengapa...anggap AF sbg satu platform untuk memasuki industri hiburan...di luar sana lagi byk peluang yang menanti...dan yg paling penting pandai mengambil peluang yang ada dan menjadi diri sendiri....good luck buat Adira...semoga menjadi artis yang berkualiti...

buat Shahir...Tahniah sekali lagi aku ucapkan...semoga menjadi artis yang mempunyai peribadi yang baik...kerana tanpa sikap yang baik...jeritan yang Shahir terima ketika konsert final boleh bertukar menjadi bunyai 'buuuu..' bak kata aznil....seperti yang di terima oleh Mawi...

maka dengan itu berakhirlah Akademi Fantasia musim ke 8....

Ranking keseluruhan persembahan malam final bagi aku:
  1. Shahir
  2. Daus
  3. Adira
  4. Iwan
  5. Maulana

Ranking lagu single:

  1. Adira-Ku ada kamu
  2. Shahir- Kebahagiaan dalam perpisahan
  3. Daus-Kenapa
  4. Anum-Berakhir sebelum bermula
  5. Iwan- V.I.P
  6. Ain - Penangguh sepi
  7. Alif- Bangun semula
  8. Emma-Hati-hati 
  9. Shah- Bernafas lagi
  10. Nad- Aku Sudah Merdeka
  11. Maulana- RSVP 
  12. Farina- Hujung minggu
Undian selepas tutup undi:

  1. Shahir 43.19%
  2. Adira 25.13%
  3. Daus 12.47%
  4. Maulana 10.2%
  5. Iwan 9.01%

sekian..


Prasasti Jiwa:
Setuju dengan Adlin...persembahan Adira pada lagu ke-2 adalah persembahan seorang JUARA...Ku ada Kamu~

Saturday, May 22, 2010

Konsert Akhir AF8



Salam...

setelah 10 minggu berada di dalam Akademi...akhirnya 5 pelajar telah berjaya menjejakkan kaki ke peringkat Akhir pada malam ini...

  • Adira
  • Shahir
  • Iwan
  • Daus
  • Maulana

mereka berlima merupakan calon-calon juara AF8 dan bakal mengikut jejak 7 juara Af sebelum ini iaitu Vince,Zahid,Mawi,Faizal,Mila,Stacy & Hafiz...

melihatkan kepada pecahan undian menyaksikan saingan yang amat sengit di antara Adira dan juga Shahir yang mana telah berjaya ke peringkat ini setelah mendapat AFMasuk....

pastinya peluang ke-2 ini tidak mungkin akan di persia2kan oleh pengundi2 Shahir...namun adakah Shahir berjaya memecahkan tradisi apabila AFMasuk(tak termasuk Mawi yg masuk semula ketika konsert ke-2..dia kes lain) berjaya membawanya menjadi juara ataupun setakat menjadi N.Juara seperti Linda,Lotter & juga Aril...

Shahir mempunyai peluang yang besar untuk menjadi juara...namun jangan pernah pandang mudah kepada Adira kerana rekod menunjukkan prestasi dan juga undian Adira sentiasa berada di atas dan tidak pernah berada di tangga tercorot undian...

 jika di bandingkan 2 bakal juara ini pastinya kedua2 nya mempunyai kekuatan vocal yang baik...namun jika dari segi teknik nyanyian pastinya Adira mempunyai sedikit kelebihan berbanding Shahir....

Shahir berjaya meraih undian peminat kerana vocal suaranya yang 'jantan' yang jarang ada pada penyanyi skrg...serta personalitinya yang baik menyebabkan ramai org yg senang dengan beliau...sebab itulah Shahir berjaya ke peringkat akhir...

Daus,Iwan & Maulana mungkin hanya akan mencukupi kuota untuk konsert final pada malam ini...bukan kerana mereka tidak berbakat...namun undian yang menjadi juri 100% untuk menentukan Juara AF8...

Daus...antara peserta yang paling lemah sebenarnya dalam AF8...namun org kata kalau belakang parang tak di asah...pasti akan tumpul dan tidak tajam...namun Daus berjaya menafikan tanggapan sesetengah org yg beranggapan beliau adalah antara pelajar yg lemah dan beliau juga antara pelajar yg tidak pernah kenal putus asa dan sntiasa mencuba sehabis baik...namun jika aku di beri kuasa autonomi...Daus sebenarnya tidak layak ke peringkat Akhir...tapi aku tak sabar nak dengar lagu Daus iaitu Kenapa...pasti lagu ini akan meletakkan daus lebih di kenali selepas ini...Good luck Daus

Iwan...adalah peserta yang juga lemah bagi aku...namun Iwan mempunyai range vocal yang unik...selain wajahnya yang 'jambu'...pastinya itu menjadi aset untuk beliau menarik minat pengundi...tak banyak yang aku boleh katakan tentang Iwan...kerana beliau juga bukanlah calon Akhir aku....tapi sama mcm daus...aku tak sabar nak dgr single terbaru Iwan iaitu V.I.P...Good Luck Iwan

Maulana...antara peserta yang di katakan berbakat dan mempunyai vocal yang baik....namun sejak kebelakangan ini persembahan beliau sedikit hambar dan serba tak kena...mungkin kerana genre Jazz yang di bawanya tidak berjaya menarik minat peminat AF...dan di sebabkan itulah Maulana hampir tersingkir di konsert 9 dan juga antara pelajar yg kerap berada di tangga bawah...selain itu, faktor attitude Maulana ketika di diari juga menjadi faktor mengapa peminat AF tidak berapa minat dengan Maulana kerana sikapnya itulah...peratusan undian tidak memihak kepada Maulana...dan tidak keterlaluan jika aku katakan Maulana akan menduduki tempat ke-5 selepas tutup undian...namun good luck buat Maulana...apa2 pun...semuanya akan terjawab pada malam ini...

bagi aku...calon2 Juara yang aku rasa layak ke peringkat Final berdasarkan kualiti Vocal mereka ialah Adira,Maulana,Ain....kalau akau hanya meletakkan 3 org ini untuk berada di pentas final....ini hanya berdasarkan kualiti Vocal semata-mata...namun sayangnya Ain tidak berjaya ke peringkat seterusnya kerana itulah 'hukum' AF yang mana pengundi bukan hanya mengundi atas dasar kualiti vocal semata-mata...namun mereka melihat dari segala sudut...dan perkara inilah juga yang akan  'membunuh' industri kita apabila kualiti vocal tidak di letakkan sbg perkara utama...namun realiti Tv sememangnya perjalanannya begitu..

sepanjang AF8 ini berlangsung...pelbagai kutukan dan juga kritikan yang di terima oleh pihak produksi, tenaga pengajar dan juga pelajar itu sendiri...kerana di katakan tidak berjaya menarik minat ramai penonton...dan perkara itu harus di akui dan di terima dengan hati terbuka oleh produksi malahan tenaga pengajar juga...

mungkin pihak produksi harus menjalankan kajian yang mendalam terhadap konsep AF yang bagi aku sudah lapuk kerana tidak berjaya menarik minat org ramai...anda tanya sajalah org awam ketika ini...pasti  ada yg tidak kenal denga kelima2 nama calon juara AF8...dan jangan terkejut jika ada yang tidak tahu pun AF8 wujud!

kelainan dan pembaharuan harus di buat pada AF yg bakal mendatang jika pihak produksi masih ada nafsu untuk buat...ataupun sudah tiba masanya AF merehatkan diri...untuk sama2 duduk semeja membincangkan apa yang perlu untuk melahirkan artis2 yang berkualiti...

sbg contoh program MENTOR...yang mana pernah berehat sekejap...dan kemudian bila di adakan semula...terus program tersebut menjadi bualan kini apabila MENTOR 4 menyajikan persembahan dan kejutan yang sangat di luar dugaan...

OIAM juga mengambil langkah untuk berehat pada tahun ini...tapi OIAM bukan sebab tak dapat sambutan ataupun tak dapat melahirkan mereka yang berkualiti...tetapi cost yang mahal untuk mengadakan OIAM ni...yer la..hadiah utama pun RM 1 Juta...bukan senang nak bagi mcm tu je kat pemenang....lain la kalau sponsor berlambak...boleh la jugak...

walau apapun yang berlaku..aku ucapkan selamat berjaya buat kelima-lima calon Juara AF8...buatlah yg sehabis baik...kerana di luar sana akan menjanjikan suasana yang lagi mencabar daripada apa yang anda dapat di dalam Akademi...

Good luck!

aku tinggalkan anda dengan lagu dari Anum AF8-Berakhir Sebelum Bermula...

Baru ku bilang kau punya rupa yang menawan
Tidak bererti diri ini jatuh hati
Benar mungkin kita punya peluang berkenalan
Tapi belum sampai ke tahap maut lagi

Merbahaya amat merbahaya
Menyamakan suka dengan cinta
Nanti kau yang kecewa

Oh! Jangan cepat menyerah hati pada saat mula berjinak
Oh! Akan timbul masalah
Cinta berakhir sebelum bermula

Perlahan sedikit kenapa mahu tergesa-gesa
Cinta pasti hadir jika sesama suka
Biar berkenalan dulu sebelum berpacaran
Atau paling tidak mungkin sekadar teman

Memang benar aku tertarik padamu
Tapi tunggu dulu
Kita perlu ambil satu persatu

BERAKHIR SEBELUM BERMULA
(Edry Abdul Halim)
KRU Publishing Sdn Bhd



Prasasti Jiwa:
tak sabar nak tengok konsert AF8 malam ni...tapi masih tak tahu nak tgk kat mana...hu3

American Idol 2010: Crystal vs Lee


Salam

aku bukanlah peminat utama untuk American Idol nie...sbb tiada satu pun yang aku minat...cuma mengambil tahu dan tengok konsert mereka tiap2 minggu adalah juga...

sebab bagi aku...musim 2010 ini hanya biasa2 je...tiada yang membuat aku kagum dengan persembahan mereka..

namun yang melekat di minda aku sejak audition lagi pastinya Crystal Bowersox...yg mana crystal adalah antara org2 terakhir yang terpilih untuk menjada top 24...

dan tak sangka pula dia akan keperingkat Final...tapi bagi aku Crystal sememangnya layak ke peringkat ini kerana dia mempunyai bakat yang sangat besar...malahan identitinya yang lain dari lain pastinya akan membuat dia di ingati...

dengan tersingkirnya Casey James seperti ramalan ramai...maka Crystal dan Lee akan bertanding ke peringkat final AI 2010...

dua peserta yang cukup berbakat...namun Lee harus bekerja keras untuk menarik pengundi2 amerika kerana ramalan ramai bahawa Crystal akan menjuarai edisi kali ini...

namun semuanya akan terjawab di Final American Idol 2010 minggu depan...

sekian

Piala Thomas 2010 kecundang salah siapa?


Salam...

Umum sudah mengetahui...yang mana Malaysia gagal untuk membawa pulang Piala Thomas apabila tewas di tangan pasukan kuat dunia iaitu China di separuh akhir...

sesungguhnya kegagalan Malaysia di peringkat separuh akhir pastinya mengecewakan semua harapan warga Malaysia....tidak kira yang berpangkat tinggi mahupun yang tidak mempunyai pangkat...tua ataupun muda...itulah kuasa SUKAN yang mana boleh menyatukan sekalian kita...

Tahniah buat pasukan gergasi dunia iaitu China kerana berjaya membawa pulang Piala Thomas 2010 buat kali ke-4 dan juga buat pasukan Uber Korea kerana berjaya memecahkan tembok besar china....satu pencapaian yang terbaik..

dan...tiada siapa yang boleh mengatakan tidak atau menafikan kekuatan dan kekebalan jentera pasukan china...jika di bandingkan dengan kekuatan Malaysia sudah pastinya jurang amat besar dan ketara...

hanya perlu ukur keupayaan Datuk Lee dgn Lin dan...sudah cukup menunjukkan bahawasanya pasukan Malaysia perlu untuk melakukan sesuatu yang luar biasa bagi mengalahkan pasukan china di hari kelak...

kita tidak boleh hanya mengharapkan satu pihak semata-mata dan melupakan jentera pasukan yang ke-3,4 dan 5...kerana kelima2 nya perlu untuk kuat bagi menghadapi sebarang kemungkinan...kita lihat sendiri bagaimana Malaysia tewas ketangan Jepun dan juga nyaris menggigit jari tidak layak ke separuh akhir apabila menang tipis ke atas Denmark...

kita terlalu berharap terhadap Datuk Lee dan juga beregu No.1 negara sehingga lupa 2 perseorangan dan 2 beregu untuk di perkuatkan...dan tidak hairanlah persembahan yang di tunjukkan ketika piala thomas baru2 ini sgt mengecewakan...

sesungguhnya...banyak yang perlu BAM lakukan dan mengkaji serta menganalisi semula segala kelemahan dan keperluan untuk memperbaiki mutu badminton Malaysia....agar kita tidak di gelar negara yang hanya kuat dari segi individu...namun lemah jika berpasukan...

China berjaya membuktikan bahawa ranking ataupun kejayaan di Siri Super bukanlah menjamin sesuatu negara itu berjaya untuk menjuarai Piala Thomas...namun kekuatan berpasukan itu lebih penting...dan pastinya China memandang sinis terhadap Malaysia yang terlalu memandangkan status No.1 Dunia...namun sebenarnya tidaklah segah seperti apa yang di gambarkan...

benarlah seperti Usul debat yang aku perdebatkan di debat PDSZA 2010 baru2 ini...Siri Super di kendong, piala thomas berciciran....

kita terlalu taksub untuk mengejar ranking...sedangkan ranking bukanlah penentu kita sudah cukup kuat...lagi2 bila pertandingan berpasukan...seperti Piala Thomas...namun kita perlu untuk memberi pendedahan kepada pemain2 kita untuk menyertai pertandingan2 besar sbg persediaan mental dan fizikal...

namun...apa yang perlu kita terima bersama...pasukan Malaysia masih belum bersedia untuk menghadapi Piala Thomas 2010...bukan untuk menidakkan kekuatan namun kita perlu realistik terhadap kapasiti pasukan Malaysia ketika di piala thomas...

dan apa yang paling menarik perhatian aku apabila kajian dan analisis kepada punca prestasi pasukan Malaysia di piala thomas 2010 menyatakan yang Media menjadi salah satu punca kepada prestasi pasukan Malaysia sebegitu...

kelakar pun ada gak...tak pernah pulak aku dgr media menjadi punca kepada kejatuhan sesuatu pasukan dalam sukan...yang aku tahu kalau industri hiburan aku boleh terima la secara logiknya...

tak kan lah media buat liputan meluas pun tak boleh...mestilah mereka nak sibuk sbb nak dapatkan berita..lagi2 bila Piala Thomas 2010 di adakan di Malaysia...bukanlah niat media utk membuat persediaan pemain malaysia terganggu...bagi aku mereka hanya menjalankan tugas...

segala alasan pun yang di berikan...bagi aku ianya berbalik kepada pemain itu sendiri...andai mereka merasakan mempunyai tanggungjawab kepada negara...persediaan untuk ke piala thomas bukan di buat sebulan ataupun 2 bulan sebelum ke piala thomas...namun persiapan harus di buat sedari awal lagi....

mungkin inilah bezanya jentera pasukan Malaysia dan juga China...persediaan dari awal yang tidak cukup...dan Malaysia juga perlu untuk mencari muka2 baru bagi mengisi perjuangan pasukan badminton malaysia...dan janganlah berharap kepada datuk lee chong wei semata2...

kesilapan dan kelemahan harus cepat di perbaiki...jangan biarkan China terus memandang sinis kepada pasukan Malaysia...kita perlu untuk belajar daripada mereka...gerak pantas mereka ketika bermain yang tidak ada pada pemain2 Malaysia...

kita sebenarnya mempunyai peluang....namun kita sering melepaskan peluang yang ada...dan semangat 'Malaysia Boleh' harus senantiasa di tanamkan di hati sanubari agar kita dapat merasai harapan dan doa seluruh rakyat Malaysia...dan membuat yang terbaik...

pastinya...kita juga boleh mengulangi kejayaan yang pernah terlakar pada tahun 1992...ianya bukan perkara mustahil andai kita semua serius sedari awal lagi...janganlah mengharapkan bulan jatuh keriba andai kita tidak pernah berusaha untuk menggapainya...akhirnya hanya mampu melihat bulan serta kejayaan orang lain...

kita perlu bangkit...dan buktikan kepada dunia terutamanya China...yang MALAYSIA bukanlah pasukan yang mengejar ranking semata-mata...namun kita benar2 pasukan yang hebat...

apa yang penting usaha tanpa henti itu perlu...agar mental dan fizikal kita akan sentiasa terjaga...

good luck buat pasukan badminton Malaysia untuk pertandingan2 yang akan mendatang.....semoga kesilapan dan kelemahan lalu di perbaiki dan menunjukkan persembahan yang terbaik dan tidak mengecewakan...

buat peminat Malaysia...janganlah terlalu sedih ataupun kecewa...kita perlu berpijak di bumi yang nyata...pasukan Malaysia perlu di beri peluang sekali lagi untuk membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kita sebenarnya Boleh...

Majulah Sukan Untuk Negara

sekian

trivia: 
  • ASIA antara negara yang selalu menjuarai Piala Thomas
  • Indonesia adalah negara yang paling banyak memenangi Piala Thomas sebanyak 13 kali. China 6 kali dan Malaysia sebanyak 5 kali
  • Malaysia & Denmark antara negara yang paling banyak ke peringkat akhir namun gagal untuk menjuarainya...
  • Kejohanan pertama diadakan di Queen's Hall,Preston,England dan Malaya adalah juara pertama ketika itu dengan mengalahkan Denmark 8-1.
  •  kali terkahir Malaysia menjuarai Piala Thomas ialah pada tahun 1992.


Prasasti Jiwa:
tak suka dengan penonton yang over...relak2 sudah...

Friday, May 21, 2010

Hot Fm bukan No.1

Salam...

aku tertarik untuk membawa anda semua untuk mengetahui Ranking Radio untuk tahun 2010 ini....dan untuk tahun ini menyaksikan jatuh naik stesen radio yang mana....hot fm tidak berjaya mengukuhkan kedudukan mereka di tangga pertama...

apa sudah jadi?

pastinya Hot fm menerima satu tamparan hebat di atas tinjauan yang di lakukan oleh penyelidik2 ini....dan di sebabkan itu tidak peliklah jika kita dengar hot fm skrg....Dj2 mereka tengah membuat rombakan waktu siaran yang mana pendengar2 akan mengundi Dj2 kesukaan mereka untuk bertugas pada waktu bila...

awal2 tue mmg peliklah aku dengar Hot fm tetiba pulak nak buat rombakan....ini time aku tak tahu lagi yang Sinar fm dah No.1...tapi bila dah baca paper...barulah tahu kenapa Hot fm membuat rombakan waktu on air...

dan Tahniah buat Sinar fm yang berjaya menjadi stesen No.1 Malaysia walaupun hanya menyajikan lagu2 tempatan berbanding dengan Era & juga Hot....

ini membuktikan yang pendengar Malaysia kini bukanlah dahagakan lagu2 dari luar sangat...mereka mahukan lagu2 tempatan yang mempunyai nostalgia dan juga lagu2 dari artis tempatan sendiri....org kata kena dengan jiwa kita sbg rakyat Malaysia...

mungkin juga Sinar fm berjaya menarik ramai pendengar kerana susunan program mereka yang menarik serta Dj2 mereka yang berjaya menarik minat pndengar untuk mendengar...

dan apa yang pasti...punca utama Sinar berjaya mendapat tempat teratas kerana mereka memutarkan lagu2 tempatan....dan ini sudah cukup membuktikan bahawa lagu2 tempatan sebenarnya masih mendapat tempat di hati pendengar...terutamnya lagu-lagu lama dari artis2 lama....

nampaknya...jika fenomena ini berterusan...alangkah bagusnya buat artis2 lama ini..kerana sekurang2nya...ada jugak royalti dan show yang akan di jemput...tambah rezeki kan...; )

selain itu, Sinar fm berjaya membuktikan yang tidak perlu meletakkan tanda aras ataupun 'mesti lagu berkualti' sahaja yang di putarkan di corong radio...namun apa yang penting kita memberi peluang kepada artis2 tempatan untuk lagu-lagu mereka di kumandangkan di corong radio...

buat stesen radio kesayangan aku iaitu Hot fm...kajian yang mendalam perlu di lakukan oleh pihak atasan agar mengkaji segala kekurangan yang ada untuk menarik lebih ramai pendengar....bagi aku program yang di tampilkan dalam setiap jam sudah cukup menarik...dan mungkin perlu untuk di tambah ataupun di perbaiki dari segi penyampaian...

dan mungkin juga Hot fm tidak perlu terlalu menumpukan kepada Dj2 tertentu sahaja...perlu untuk memperkasakan semua Dj2 dan tidak meng'anak' tirikan sesetengah Dj walaupun tidak berniat sebenarnya...namun ianya nampak jelas oleh pendengar...

namun menurut seelan, hot fm masih berada di tangga pertama jika di ukur dari segi sasaran demografik...yang ditetapkan sejak mula beroperasi pada Februari 2006 iaitu memikat pendengar di bawah lingkungan umur 35 tahun. 

apa pun jua, saingan yang sengit stesen radio pada hari di lihat sbg suatu situasi yang sehat...yang mana ianya juga di lihat sbg satu perkembangan yang baik dalam industri muzik kita kini...

semoga stesen2 radio ini dapat membantu artis2 kita dalam mencari rezeki dan bukan menjadi batu penghalang untuk mereka maju dan bebas berkrya...



semoga stesen radio pada hari ini akan bertambah berkualiti....jadi tak la bosan sgt bila dgr mana2 radio....xlah tertumpu pada satu radio je....hu3

tapi aku nak tegur sikit Era fm...dah makin bosan....penyampai radio Era skrg entah apa2 la...tak menarik langsung untuk aku dengar....merepek je lebih...mcm manalah boleh ranking No.2...hu3

sekian


prasasti jiwa:
tetap menyokong Hot Fm...lebih hangat daripada biasa~

Thursday, May 20, 2010

entri khas buat kak mas~

*gmbr ini adalah ketika debat PDSZA 2009


Salam...

entri nie khas buat kak mas...

nama beliau ialah Masitah Md.Shah (betulkan jika salah)...nama glomor di alam maya...Ijau Comel katanya...

beliau merupaka senior aku dalam dunia debat UMP....dan beliau juga pernah menjadi Mrs.Presiden Orator UMP untuk sesi 2008/2009...

beliau adalah antara pendebat wanita yang terbaik di UMP...(walaupun kadang2 pesona wanita beliau senantiasa di persoalkan)...he3

banyak dugaan yang di lalui oleh beliau dalam menempuhi dunia debat yang penuh dengan cabaran dan onak duri....jatuh bangun...gelak tawa...tangis luka...namun beliau seorang wanita yang gigih..tetap meneruskan perjuangan dalam dunia debat hingga ke akhir nyawanya di bumi UMP...

banyak kenangan manis dan pahit aku lalui bersama dengan kak mas....dari mula kami mengenali dunia debat MADUM bersama-sama menjadi research team di DEBAT ALAM SEKITAR 2007....hinggalah ke DEBAT PDSZA 2010...

menjadi satu pasukan sebanyak 3 kali...Debat Merdeka 2007,Debat Integriti 2009 dan terakhir Debat Di Raja 2009....(maaf sbb tak dapat buat yg terbaik ketika royal 2010...hu3)

beliau juga antara org yg selalu menjadi mangsa kutukan...kerana ke lambatannya utk mentafsir apa yg org lain ckp...namun hari demi ke hari....beliau berjaya mengatasi masalah itu...he3

beliau juga di gelar 'Liyana Jasmay"...sebab apa...biarlah hanya keluarga debat UMP sahaja yg tahu...hahaha

kalau di ikutkan...byk kenangan kak mas bersama keluarga Orator UMP yg tak kan mungkin kami lupakan...dan yg pastinya...semuanya hanya menjadi lipatan sejarah dan kenangan...

kini...nama Masitah Md.Shah tidak lagi menceriakan suasana latihan debat UMP...dan begitu juga dengan nama kak Nad, abg Najmi, abg Fendy dan diva semalaya abg.firdaus....

kepergian mereka meninggalkan bumi UMP sekaligus meninggalkan debat UMP....dan apa yang pasti...mereka semua kini bergelar Alumni Penukir Ilmu/Orator UMP....

kerana mereka semua akan melalui satu fasa yg baru...iaitu alam pekerjaan...sesungguhnya...kami warga debat UMP...mengucapkan Selamat Berjaya di dunia luar sana...semoga kejayaan senantiasa bersama anda semua...amin

dan..jangan pernah lupa keluarga debat UMP di sini...kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda semua...

pesanan utk kak mas; klu nk kawin jgn lupa jemput ek...he3


sekian...terima kasih daun keladi atas tunjuk ajar anda semua...halalkan segala ilmu dan maafkan jika ada terkasar bahasa yg mengguris jiwa...; )


prasasti jiwa: mmg benar pepatah melayu berkata yang patah itu akan pasti tumbuh semula...namun yg tumbuh itu pastinya tidak sama dengan yang sudah patah...kerana pucuk yang tumbuh pasti berbeza dgn yg patah...meski akarnya masih bertunjangkan sama....; (
itulah hukum dunia...yang harus kita akui bersama...

berita dari PDSZA 2010

 *gambar PDSZA 2009


Salam...

Alhamdulillah...syukur ke hadratNYA kerana memberi kesempatan untuk diri ini pergi ke bumi dungun...untuk menyertai pertandingan debat piala sultan zainal abidin 2010...

seperti biasa....harapan yang di bawa tidak lah begitu tinggi....sekadar untuk menambahkan lagi ilmu di dada dan mempelajari apa  yang kurang dalam diri ini...

buat kali ke-2 aku menyertai debat PDSZA ini...dan untuk kali ke-2 juga aku menggalas beban untuk bersama adik2 debat UMP untuk berjuang di bumi dungun...

beban dan tanggungjawab itulah yang aku pikul untuk sama2 mengutip secubit pengalaman dalam debat bersama junior debat aku iaitu helmi,qama dan arni...

tiada istilah tua atau muda...bagi aku kedatangan aku ke debat PDSZA ini adalah untuk mengutip pengalaman dan memperbaiki diri...bukan untuk mengejar kemenangan semata-mata...biarlah ada yg mengata aku tak sedar diri...untuk menyertai debat kali ini...tapi bagi aku...aku belum cukup bagus untuk tidak berdebat lagi...kerana byk kelemahan dalam diri yang harus di perbaiki...

syukur...tuhan memberi aku peluang....apabila team yang aku bawa bersama-sama junior aku ini berjaya memenangi 4 pusingan...dan berada di ranking ke-7...lantas melayakkan pasukan kami ke suku akhir....pencapaian yg lebih baik daripada tahun lepas...alhamdulillah....

namun sayangnya...dek kerana gugup buat pertama kalinya...junior aku sdikit flop...menyebabkan persembahan mereka sedikit terganggu...tidak mengapalah...kami tersungkur di suku akhir...di kalahkan dengan pasukan UDM...tapi akhirnya...aku dapat jugak best speaker ketika suku tue...he3

namun aku berasa bangga dengan team aku..iaitu junior2 aku....helmi,qama n arnie....kerana menunjukkan persembahan yg baik ketika di PDSZA 2010...tahniah buat helmi yg dapat ranking ke-3 keseluruhan dan 3 kali best speaker pusingan...tahniah jugak buat qama yang sgt membuat aku kagum...berusaha lagi utk memperbaiki diri....pasti kejayaan akan menjadi milik kita...buat arni...tahniah sbb memberi kerjasama yang sepenuhnya walaupun hanya masuk team sekali...kau sebenarnya dah bagus...cuma perlu lebih yakin...teruskanlah berdebat....k

sesungguhnya...debat PDSZA 2010 kali ini meninggalkan seribu kenangan buat aku...dan ini adalah debat PDSZA terakhir aku....sbb tahun depan dah praktikal...hu3

dan tahniah juga buat team A UMP yang mana turut layak ke suku akhir...tapi menerima nasib yg sama dengan team aku...tak mengapa...kita dah buat yg terbaik..mungkin rezeki tidak memihak kepada kita...

buat team BI...tahniah kerana berjaya keperingkat akhir...walaupun tewas dan tidak berjaya membawa piala pusingan untuk kesekian kalinya....namun kita semua sudah berusaha yg sehabis baik....k

Good luck buat Arau Open 2010 yang berlangsung di Uitm Arau Perlis...20-25 mei2010....sedih juga tak dapat nak join sekali sebab ada hal yg tak dapat nak di elakkan...hu3

sekian...



prasasti jiwa; xsempat jumpa kak mas petang td...hu3 sedih pulak...xdpt dah nk gelak ketawa bergurau senda...dah dalam debat...semoga kak mas berjaya di dunia luar sana yg menjanjikan dugaan yg lagi besar...good luck kak mas...klu free selalu la datang ke UMP berjumpa dgn keluarga debat ek ; ) ijau itu sentiasa buat org yg comel...hahaha

Wednesday, May 19, 2010

kebahagiaan dalam perpisahan




Shahir AF8 - Kebahagiaan dalam Perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..



prasasti jiwa:  ini adalah single terbaru Shahir AF8..dia merakan lagu ini ketika dia tersingkir...dan lagu nie mcm best pulak aku dgr walaupun muzik & lirik dia ala2 rentak lagu2 balada 90-an...tapi bila dgr betul2...mcm best lak...hu3good luck buat shahir di final AF8 sabtu ini...semoga dapat buat persembahan yang terbaik...tapi kalau boleh nak Adira menang...he3

kadang2...perpisahan boleh membuat kita lebih rasa bahagia daripada terus bersama...namun perpisahan bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik~





Friday, May 14, 2010

perjuangan Piala Thomas yang getir...




salam...

hari ini,...Pasukan Malaysia akan melalui satu laluan yang betul2 sukar di separuh akhir...kerana akan bertemu dengan Pasukan China iaitu juara bertahan...

jika di lihatkan prestasi di peringkat kumpulan dan juga suku akhir...pastinya Malaysia perlu untuk melipatkan dan melipat kali gandakan usaha untuk bertemu pasukan gergasi dunia ini...

kerana perlawanan ini bukan perlawanan yang main-main ataupun bermain dengan 'slumber'....ini permainan hidup atau mati perjuangan Malaysia dalam edisi Piala Thomas 2010....

jangan biarkan harapan seluruh rakyat Malaysia musnah dek kerana semangat berjuang kita yang lemah...percaya pada diri yang kita BOLEH untuk mengalahkan pihak lawan...

kerana semangat berjuang yang tinggi boleh mengalahkan pihak lawan yang lebih kuat dari kita....apa yang penting jangan pernah melakukan kesilapan....kerana kesilapan lah yang boleh membezakan antara kita dengan pihak lawan yang sememangnya lebih kuat dari kita...

di tambah pula dengan doa dan sorakan peminat Malaysia yang pastinya akan memenuhi stadium pada petang ini...sudah pasti cukup untuk memberi semangat kepada semua pemain Malaysia...

apa yang penting....percaya pada diri...dan kejayaan itu pasti milik kita...amin...



Prasasti Jiwa: GOOD LUCK buat team Malaysia...semoga dapat mengalahkan China yang berlagak tue...yeah!

13 mei yang lalu...




salam...

semalam rupanya 13 mei...mungkin ada antara kita lahir pada tarikh ini...namun apa yang paling membekas dalan hati rakyat malaysia...pastinya Peristiwa 13 Mei...iaitu peristiwa rusuhan kaum yang meragut nyawa dan harta benda...

jika di imbas kembali...pastinya peristiwa ini amat menguji perpaduan negara kita ketika itu...dan pastinya menguji kepimpinan yang ada ketika peristiwa bersejarah tersebut...

namun...kita bernasib baik...kerana ketika itu...kita punya pemimpin yang masih boleh bertolak ansur demi keselamatan dan keamanan bersama...

kerjasama yang di berikan melahirkan pelbagai mekanisma untuk menjadikan Perpaduan di dalam negara kita lebih utuh....

namun...di zaman era globalisasi ini..kita semakin melupakan Peristiwa bersejarah ini tanpa pernah untuk menghayati atau mengambil secubit ikhtibar...

kita semakin lupa dan alpa...hanya mengikut perasaan dan kepentingan sendiri tanpa pernah mengingatkan diri yang kita ini hidup di tanah yang punya perbezaan kulit,kaum dan agama...yang punya sensitiviti yang tidak boleh di sentuh...walaupun secubit..

mahukah kita Peristiwa hitam ini berulang kembali?

dan pastinya...andai kita cuba mempertikaikan apa yang sedia ada termaktub ataupun perjanjian yang sudah pun di meterai...ini satu perkara yang tidak adil...kita perlu realistik..dan tidak mempersoalkan sesuatu yang sudah sedia nenek moyang kita terima bersama...

tanggungjwab kita hanya perlu untuk menjaga apa yang sudah di persetujui oleh mereka...dan jangan pernah untuk mempersoalkan apa yang sudah tersurat...

apa yang perlu ialah kita menjadi rakyat yang bersatu hati dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang Maju...yang mana akhirnya memberi kesan yang baik kepada diri kita juga...

tiada faedahnya untuk kita asyik mempertikaikan tanpa pernah untuk menyumbang kepada negara...lihat saja negara2 yang rakyatnya terlalu mengikut perasaan....mereka tak dapat apa2 faedah pun...dan akhirnya menyusahkan diri sendiri...kerana ekonomi merudum akibat rusuhan yang mereka lakukan sendiri...diri sendiri yang terkapai2 kerana tak dapat duit nak bagi makan anak bini...menyesal tak sudah...

mungkin jika kita imbau kembali peristiwa 13 mei ini...dan mendalami apa sebenarnya yang berlaku...pasti kita akan mendapat satu punca yang menjadikan 13 mei ini melarat sehingga pertumpahan darah...

satu perkara yang aku dapat melalui peristiwa ini ialah...Penerimaan untuk menerima apa jua yang di kecapi oleh sesiapa dan dalam hidup bermsyarakat yang berbilang kaum ini kita perlu untuk memahami sensitiviti setiap kaum...agar kita tahu dan menghormati apa yang boleh dan tidak....agar isu2 perkauman ini tidak menjadi barah yang boleh menjadikan Malaysia kucar kacir...

tapi apa yang menyedihkan...ada di kalangan kita yang masih tidak faham atau buat2 tidak faham...dan cuba untuk memainkan isu perkauman ini sebagai senjata mereka untuk menghancurkan negara yang menjadikan mereka seperti apa yang mereka miliki sekarang...

semoga orang seperti ini akan mendapat balasan yang setimpal oleh Tuhan...

oleh itu, sama-samalh kita berdoa...agar Malaysia akan senantiasa aman dari sebarang bencana ataupun malapetaka yang boleh membawa Malaysia ke jurang kemusnahan...dan berharap agar Malaysia senantiasa di tadbir oleh mereka2 yang benar2 ikhlas dalam mentadbir negara Malaysia...dan di jauhi oleh mereka2 yang suka mengambil ataupun memberi rasuah....

kita perlu bersatu hati untuk menjaga negara yang kita cintai ini...

sekian




Prasasti Jiwa: I LOVE MALAYSIA...anda???

WANT




ADAM LAMBERT - WANT

November, not much to remember
You were not inside
December, change in the weather
You were by my side

Love, is all we want
Love, love, is all we need
It's all that we really want

No matter where the day goes
I know you're close by
Changes in the seasons it's just whats required

Love, is all we want
Love, love, is all we need
It's all that we really want

Love, is all we want
Love, love, is all we need
It's all that we really want

Yeah! Love, love, love
Is what we want, is what we want
It's what we really need

Love, love, love, love
Is what we want is, what we want
It's what we really need

Yeah! Yeah, love, is what we want
It's what we really want
Yeah, love.



Prasasti Jiwa: dalam hati pasti ada 'taman'...dan dalam taman pasti ada cinta...dalam cinta pasti ada hati...dan dalam hati...hanya ada kamu~ what we want is LOVE...

Wednesday, May 12, 2010

rindu si kecik~

*gambar di ambil menggunakan webcam laptop....
sbb bdk kecik nie suka tangkap gambar guna laptop...he3



salam...

lebih kurang 2 bulan tidak jumpa budak nie...rindu giler yg teramat...nasib baik ada kesempatan lepas final exam terus balik rumah...

tapi yang tak besnyer...hanya dapat jumpa dia hari rabu minggu lepas..sebab time aku balik rumah sabtu lepas...dia ada kat sabah...sebab mak cik dia kahwin...

family aku sepanjang dia tak de kat rumah..duk ckp pasal bdk nie jek...mmg rasa rindu dorang tue terserlah sgt....sbb asyik2 cite pasal gelagat bdk nie...aku juz dgr n tergelak je la....tp dlm hati mmg xsbar nak jumpa dgn bdk nie..he3

so bila hari rabu lepas menjelma...saat2 untuk bertemu dgn anak buah kesayangan aku nie...mmg di tunggu2...dan bila jumpa dia setelah 2 bln lbh xjumpa...mmg geram je rasa tgk gelagat dia...

and no wonder la family aku sgt2 rindu kan dia...wlpun xsmpai seminggu pun kat sabah tue...sbb dia penyeri kami dalam keluarga,,,

bdk nie cepat giler blajar...xleh nak tgk sikit apa org buat or org ckp...mesti dia akan tiru dan ikut punya...tapi yang aku suka tue bila dia sebut 'daddy' kat aku...comel je dgrnyer...buat aku tak sabar nak ada anak sendiri...

dalam family aku..aku mmg terkenal dgn 'baby sitter'...sbb aku sgt suka dgn bdk2...lagi2 baby2 yg comel nie....mmg jarang la baby xsuka aku...(ceh...puji diri sendiri lak...he3)

mmg xpuas rasanya nak jumpa bdk nie...dpt jumpa dia 3 hari jek...sbb sabtu lepas aku dah kembali ke UMP...sebab nak buat lab final year project dan pertandingan debat....hu3

sedih gak tinggalkan bdk nie...spjg perjalanan blk ump tue...ingat bdk nie jek...hu3

xpe2...nnt bln 6 klu daddy dah hbis kerja semua...daddy balik jumpa akhil ek...he3




prasasti jiwa: miss u so much~

Sunday, May 9, 2010

kasih ibu




salam...
just nak wish SELAMAT HARI IBU kepada semua IBU-IBU yang ada di dunia nie...semoga pengorbanan anda semua akan di balas di akhirat sana...

buat Ibu tersayang...Pn. Waliah Bt Made...Selamat Hari Ibu di ucapkan...semoga suatu hari nanti anakmu ini dapat memberikan yang terbaik untukmu...dan membalas segala jasa dan pengorbanan yang telah ibu lakukan...amin


Ketika aku dibelai
Kasih sayang mu terindah
Kau tersenyum bila melihat diri ini

Kini ku telah dewasa
Kasih dirimu tak berbelah bagi
Hanya pada diriku

Seharum bunga indah
Pelukanmu itu sayang
Bak awan biru melindungiku

Hanyalah kasihmu
Yang aku perlu
Tiada duanya untuk kubandingkan darimu

Hanyalah kasihmu.... ohh ibu
Biarlah bersemadi dalam hati
Buat selamanya ohhhh


Kau ternilai bagi diri
Kesungguhanmu mendewasakanku
Andai semua berubah akhirnya
Sinarmu hilang selamanya
Ohh... 



Prasasti Jiwa :  andai Tuhan memberi aku satu hajat...aku nak buat ibu aku merasa kesenangan hasil dari titik peluh aku sendiri...Amin semoga aku di beri kesempatan itu di dunia ini...kerana aku sayang ibu...

Monday, May 3, 2010

Mentor 4: Saingan sengit!!!



Salam...

Mentor 4 semalam telah pun memulakan konsert perkenalannya....pada malam semalam...menyaksikan ke-6 protege menunjukkan kebolehan masing2...

memang tak di nafikan...ke-6 mereka mempunyai bakat dan kebolehan yang tersendiri....masing2 ada kekuatan dan style yg tersendri menyebabkan aku tak sabar nak tgk konsert pertama untuk kumpulan A...

dan aku rasa Mentor 4 kali nie sgt menarik...dgn Mentor dari kalangan artis yg pelbagai...hinggalah kepada pentas yang agak besar untuk musim kali nie...mmg nampak glomor n grand la kali nie...berapa juta la TV3 habiskan untuk Mentor kali nie...

dan tidak keterlaluan aku rasakan...bakat yang ada pada Mentor 4 kali nie lebih baik berbanding peserta2 AF8...berlandaskan kepada apa yang mereka pamerkan pada konsert perkenalan pada malam tadi...

yer la...program Mentor nak cari bakat untuk tahan lama...tak macam AF...lebih kepada keuntungan dan 'drama' berbanding mahu melahirkan pelajar yg berkualiti...yg tak boleh blah bila ada sesetengah pelajar yg berbakat di keluarkan awal...lepas tue salahkan pengundi sebab tak undi..padahal pengundi dah setengah mati mengundi...tgk2 sumenya adalah perancangan produksi...lepas tue buatlah undian MASUK....mungkin stment aku nie boleh kena saman...tp ada jugak betulnyer kan...bila di fikir semula...tp xnafikan jugak...ada yg dr kalangan AF nie yg berbakat...tp xde peluang utk terus bertahan lama...hu3 (jadilah mcm Aizat & Vince buat lagu sendiri...baru leh tahan lama...jgn nk harapkan syrikat recording jek..)

dan untuk kesekian kalinya...peserta Sabah tidak pernah miss dr mana2 program realiti TV...dan utk kali nie...peserta Mentor Mus iaiti Ayim adalah wakil tunggal daripada Sabah...aku ingatkan kali nie xde...rupanya ada gak...he3 dan peserta Sarawak mempunyai 2 wakil adik beradik iaitu Ila (Joe flizow) dan Adi (Dayang)...

ok la..berikut merupakan Kumpulan bagi Mentor 4 kali nie:

Kumpulan A
1. Ila (Joe Flizow)
2. Nani (Azmeer)
3. Shaq (Mas Idayu)

Kumpulan B
1.Thalia (Ziana Zain)
2. Adi (Dayang Nurfaizah)
3. Ayim (Mus MAY)

apa yg pasti...kedua2 group mempunyai saingan sengit yg tersendiri...siapa yg buat kesilapan pada konsert yg akan datang akan menyebabkan mereka berada di tangga bawah...kerana jika di lihat kepada kekuatan...kesemua mereka punya kekuatan yg tersendiri yg tak dapat di duga...

Good Luck buat semua...buat masa skrg tak de protege yg aku minat lagi...sbb semuanya mcm bagus jek aq tgk...he3

sekian.


p/s: pastinya pengundi akan mengundi artis bukan protege mereka...dan untung buat protege yg punyai artis ramai peminat...kecuali protege tersebut dapat menunjukkan kekuatannya...pasti boleh jadi juara mcm Black walaupun tidak bermentorkan artis yg popular...cukup dgn kekuatan vocalnya...; )

Senarai pemenang AIM17

Senarai pemenang AIM 17:

Anugerah Kembara
Bunkface

Album Terbaik
Adrenalin - Faizal Tahir

Lagu Terbaik
Dan Sebenarnya - Yuna

Album Pop Terbaik
Dayang Live - Jenny Chin / Dayang Nurfaizah

Album Hip Hop Terbaik

K.O. The Mixtape - DJ Fuzz & Malique / DJ Fuzz & Malique

Album Rock Terbaik

Adrenalin - Audi Mok, Faizal Tahir. Ahmad Izham Omar / Faizal Tahir

Album Inggeris Tempatan Terbaik

To Prevent The Earth From Moving With You - Lo / Disagree

Artis Baru Terbaik
Yuna

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
Aku Wanita Biasa - Krisdayanti

Anugerah Wirama
Adnan Abu Hassan

Album India Tempatan Terbaik
Life Is A Mystery - A Thanushia / Shruthi

Album Cina Tempatan Terbaik
I'm Karen - Fred Chong/Lee Chee Chong/Keiran Kuek / Karen Kong

Album Nasyid Terbaik
llahu Rabbi: Frizdan, Amin Inteam, Amin Nordin, Suhaimi, Shamir Supaat, Salleh Brotherz / Inteam

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)

Hazami - Survivor

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)

Dato' Siti Nurhaliza - Ku Percaya Ada Cinta

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
Dato' Siti Nurhaliza & Kris Dayanti - Amarah


Senarai Awal Pemenang AIM 17



Lagu Rock Terbaik - Komposer / Penulis Lirik
Situasi (Bunkface) - Sam / Sam

Lagu Pop Terbaik - Komposer / Penulis Lirik
Dan Sebenarnya (Yuna) - Yuna / Yuna

Lagu Hip Hop Terbaik - Komposer / Penulis Lirik
Cerita Kedai Kopi (DJ Fuzz & Malique feat Salam) - Malique, DJ Fuzz & Salam / Malique

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik - Komposer / Penulis Lirik
Deeper Conversation (Yuna) - Yuna / Yuna

Lagu Pop Etnik Terbaik - Komposer / Penulis Lirik
Enjut (Noraniza Idris) - Cat Farish & Adeeb / Ahmad Fedtri Yahya

Lagu Nasyid Terbaik - Komposer / Penulis Lirik
Dia Muhammad (Inteam) - Frizdan / Frizdan

Lagu Cina Tempatan Terbaik - Komposer / Penulis Lirik
Na Han (JK Chen Jia Kai) - JK Chen Jia Kai / Percy Phang

Lagu India Tempatan Terbaik - Komposer / Penulis Lirik
Uyartinthidu Thozha (Jey Raggaveindra, Ashokan, Dr Ombala, Sidhartan, Jegathisan) - Jay, Jey Raggaveindra, Dhilip Varman / A. Sivalinggam, T. Poovaneswaran, Jey Raggaveindra

Kulit Album Terbaik - Pereka
Sarah Joan Mokhtar - To Prevent The Earth From Moving With You (Disagree)

Rakaman Album Terbaik - Jururakam
Greg Henderson - Into ... Akasha (Akasha)

Video Muzik Terbaik - Pengarah
Nam Il Cho - Oh! Sizuka (Pop Shuvit)

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu - Pengarah
Jenny Chin - Cinta Ada (Karen Kong, Jaclyn Victor, Dato' Sheila Majid)



prasasti jiwa:
Tahniah buat semua pemenang...semoga dgn kemenangan nie akan memberi semangat untuk lebih meningkatkan kualiti dan menjadikan industri muzik tempatan Malaysia bertaraf dunia..yeah!

Saturday, May 1, 2010

the end of 3rd year...



Assalamualaikum & salam sejahtera...

syukur...kerana sehingga ke saat ini...tuhan masih memberi kekuatan kepada aku untuk terus meneruskan perjuangan aku dalam menuntut ilmuNYA....

dengan berakhirnya paper final exam aku semalam (Information System In Civil Engineering)...maka dengan rasminya tamatlah sudah sesi pembelajaran aku untuk tahun 3 kejuruteraan awam UMP....

dan sem depan aku akan berada pada satu fasa baru buat aku...dan juga fasa terakhir dalam sesi pengajian aku dalam  mengejar segulung ijazah sarjana muda civil engineering....

sudah pastinya segala perkara yang aku lalui semasa berada dalam pengajian tahun 3 nie banyak mengajar dan mendewasakan aku....banyak perkara yang aku belajar sbg persediaan untuk berada di dunia luar sana...pastinya menjanjikan suasana yang lagi mencabar....

ya...bergelar pelajar final year adalah satu perkara yg amat2 aku tunggu....dan tak kurang juga ada sedikit rasa takut...kerana sudah pastinya cabaran yang besar di saat2 akhir pasti akan menduga kita....untuk bersedia akan apa yang bakal mendatang...

persediaan mental dan fizikal sudah pasti perlu di kuatkan...agar dapat menghadapi atmosfera final year itu....oh...tak sabar rasanya menjejakkan kaki di sem hadapan...pastinya menjanjikan sesuatu yang baru...

dan di saat dan ketika ini juga...ada sesetengah rakan seperjuangan aku ketika berada di SASER (sains seremban) sudah pun dan bakal mengakhir perjuangan mereka bergelar mahasiswa...especially to 2 my best frends...arechap (degree in static, ukm) & faiz (degree in biotek, unisel)....tak sabar rasanya untuk menghadiri konvokesyen korang tahun nie...he3 (konvo abg sendiri tak pergi pun hu3 masa yg tak mengizinkan...nak sgt pergi nun jauh di UUM tue)...semoga kamu berdua berjaya menggenggam segulung ijazah dan berjaya dalam bidang korang ek....rindu sama kamu berdua...hu3

esok bersamaan hari sabtu aku akan pulang ke pangkuan keluarga aku yang terchenta...rindu sgt tak blk ruma...lbh kurang 2 months aku tak balik ruma...hu3 dan tak sabar nak jumpa dgn anak buah aku iaitu akhil...tapi dis wekend dia blk sabah...sbb untie dia kahwin...so kn la pergi blk sabah....bersama dgn parents dia...xpe...nex week leh jumpa kan...he3

apa yang pasti...final exam kali nie banyak mengajar aku tentang betapa pentingnya berusaha dari awal dan juga memandang serius terhadap semua tugasan yang di berikan oleh lecturer...dan jangan pernah mengeluh andai usaha yang kita lakukan tidak seberap...dan menyalahkan soalan final exam susah dan sebagainya...org kata kalau selalu buat latihan..sudah pasti boleh menjawab dengan baik...praktis make perfect katanya...; ) kan..

dan yang menariknyer peperiksaan akhir aku tadi ialah:

  • ketua pengawas boleh kata kitorang hanya tinggal 15 mint..sedangkan kitorg baru je mnjwab paper tue dalam 45 mint...dan durasi paper last aku tue adalah 2 jam...di sebabkan smangat sgt nak jadi ketua pengawas dan bercakap kat dewan besar tue menyebabkan kesilapan yang tak sepatutnya di lakukan oleh ketua pengawas tersebut...aku mmg tergelak je lah bila dia ckp mcm tue...he3 sian ketua pengawas tue...pasti kenangan ini akan di simpan sampai bila2 oleh ketua pengawas tersebut...; )
  • dan ketika tengah menjawab kertas last tersebut..tiba2 terdengar jeritan ala2 org menjerit nak pengsan...then terdengar barang2 jatuh dari meja...aku pun memanjangkan kepala nak usha apa yg terjadi...biasa la aku paparazai...gaga o lala....al kisahnyer...seorg pelajar perempuan dari fakulti FIST jatuh sakit ketika menjawab exam...sakit apa belum di kenal pasti...dan dia tetap jawap final exam tue kat klinik UMP...sgt drama bdk tue....boleh menang anugerah Festival Filem Malaysia 2010 nie...xbaik la aku nie..mungkin sakit dia dtg tanpa di duga kot...biasa la tue cuak nak jawab exam kot...
  • paper last adalah paper yg plg tak boleh jawab...hahaha tapi nasib baik aku ada baca sikit2 pasal IS in CE nie..boleh la goreng2 separuh masak...he3
  • dis week aku ada 2 paper killer giler...iaitu STRUCTURE ANALYSIS & RC 2...dah la carry mark rendah...jwb final pun ala2 suam2 kuku jek...harap2 akan ada miracle...amin
  • dan yang menariknyer final exam kali nie...kitorang dapat merasai suasana final exam yg sebenar sbb kitorg final exam kat Dewan Besar UMP @ Kompleks Sukan UMP yg bertaraf antarabangsa tue (katanya...)....so ramai2 la final exam dalam tue...
  • dan hari jumaat juga adalah paper terakhir utk aq,maoh dan azim (rakan baik aku di UMP)...dan kitorg bertiga final exam kat dewan tue...tp aku merdeka dulu la...sbb aku final juz 2 hours...he3
  • Actually, bdk2 sama batch aq iaitu bdk2 awam yg lain...xhabis final exam lagi...dorg hbis 5 mei nie...dorg ada 2 paper lagi iaitu subject law n economy...tp aku dah amik subject tue thn lepas bersama senior...hu3

ehmmm...begitulah serba sedikit pengalaman aku dalam tahun 3 nie...harap2 final year akan lebih baik daripada apa yg telah aku lalui sepanjang tahun 3 nie...

hidup ini akan indah kalau kita ikhlas dalam melakukannya



PJ : tak suka assignment berkumpulan...dan kerananya juga carry mark aku bertambah rendah...hu3 hanya mampu berserah pada YANG ESA....

Popular Posts

Popular Posts since May 2010