Friday, May 14, 2010

13 mei yang lalu...




salam...

semalam rupanya 13 mei...mungkin ada antara kita lahir pada tarikh ini...namun apa yang paling membekas dalan hati rakyat malaysia...pastinya Peristiwa 13 Mei...iaitu peristiwa rusuhan kaum yang meragut nyawa dan harta benda...

jika di imbas kembali...pastinya peristiwa ini amat menguji perpaduan negara kita ketika itu...dan pastinya menguji kepimpinan yang ada ketika peristiwa bersejarah tersebut...

namun...kita bernasib baik...kerana ketika itu...kita punya pemimpin yang masih boleh bertolak ansur demi keselamatan dan keamanan bersama...

kerjasama yang di berikan melahirkan pelbagai mekanisma untuk menjadikan Perpaduan di dalam negara kita lebih utuh....

namun...di zaman era globalisasi ini..kita semakin melupakan Peristiwa bersejarah ini tanpa pernah untuk menghayati atau mengambil secubit ikhtibar...

kita semakin lupa dan alpa...hanya mengikut perasaan dan kepentingan sendiri tanpa pernah mengingatkan diri yang kita ini hidup di tanah yang punya perbezaan kulit,kaum dan agama...yang punya sensitiviti yang tidak boleh di sentuh...walaupun secubit..

mahukah kita Peristiwa hitam ini berulang kembali?

dan pastinya...andai kita cuba mempertikaikan apa yang sedia ada termaktub ataupun perjanjian yang sudah pun di meterai...ini satu perkara yang tidak adil...kita perlu realistik..dan tidak mempersoalkan sesuatu yang sudah sedia nenek moyang kita terima bersama...

tanggungjwab kita hanya perlu untuk menjaga apa yang sudah di persetujui oleh mereka...dan jangan pernah untuk mempersoalkan apa yang sudah tersurat...

apa yang perlu ialah kita menjadi rakyat yang bersatu hati dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang Maju...yang mana akhirnya memberi kesan yang baik kepada diri kita juga...

tiada faedahnya untuk kita asyik mempertikaikan tanpa pernah untuk menyumbang kepada negara...lihat saja negara2 yang rakyatnya terlalu mengikut perasaan....mereka tak dapat apa2 faedah pun...dan akhirnya menyusahkan diri sendiri...kerana ekonomi merudum akibat rusuhan yang mereka lakukan sendiri...diri sendiri yang terkapai2 kerana tak dapat duit nak bagi makan anak bini...menyesal tak sudah...

mungkin jika kita imbau kembali peristiwa 13 mei ini...dan mendalami apa sebenarnya yang berlaku...pasti kita akan mendapat satu punca yang menjadikan 13 mei ini melarat sehingga pertumpahan darah...

satu perkara yang aku dapat melalui peristiwa ini ialah...Penerimaan untuk menerima apa jua yang di kecapi oleh sesiapa dan dalam hidup bermsyarakat yang berbilang kaum ini kita perlu untuk memahami sensitiviti setiap kaum...agar kita tahu dan menghormati apa yang boleh dan tidak....agar isu2 perkauman ini tidak menjadi barah yang boleh menjadikan Malaysia kucar kacir...

tapi apa yang menyedihkan...ada di kalangan kita yang masih tidak faham atau buat2 tidak faham...dan cuba untuk memainkan isu perkauman ini sebagai senjata mereka untuk menghancurkan negara yang menjadikan mereka seperti apa yang mereka miliki sekarang...

semoga orang seperti ini akan mendapat balasan yang setimpal oleh Tuhan...

oleh itu, sama-samalh kita berdoa...agar Malaysia akan senantiasa aman dari sebarang bencana ataupun malapetaka yang boleh membawa Malaysia ke jurang kemusnahan...dan berharap agar Malaysia senantiasa di tadbir oleh mereka2 yang benar2 ikhlas dalam mentadbir negara Malaysia...dan di jauhi oleh mereka2 yang suka mengambil ataupun memberi rasuah....

kita perlu bersatu hati untuk menjaga negara yang kita cintai ini...

sekian




Prasasti Jiwa: I LOVE MALAYSIA...anda???

1 pengkritk ceritera duniaku:

Frodo Baggins said...

kisah berdarah yg hampir dilupakan ...


wa sayang Malaysia. xda sorang pun yg berhati batu, xder sikit sara cinta pada negaranya sendiri.


>>______<<


p/S: semoga x berulang.

Popular Posts

Popular Posts since May 2010