Sunday, May 23, 2010

AFMasuk membawa Shahir Juara AF8


Salam...

AF8 telah pun melabuhkan tirainya...apabila menobatkan calon AF Masuk iaitu Shahir menjadi juara baru AF....lantas mencipta satu sejarah baru dalam AF yang mana calon AFMasuk yang berjaya menjadi juara....apabila tersingkir di minggu2 genting utk ke final...

layak atau pun tidak Shahir berada di takhta juara tiada sesiapa yang boleh menidakkan ataupun menafikan...kerana ianya berbalik kepada rezeki juga....

mungkin ini takdir Shahir...dan beliau berjaya di nobatkan Juara atas undian peminat beliau yang cukup gigih...

namun...ada juga suara2 sumbang yang menyatakan...Shahir adalah juara yang di rancang...tapi ini setiap kali habis final pun isu ini akan timbul...juara di rancanglah...undian si naib juara di sekat la...dan pelbagai lagi ketidak puasan hati peminat2 AF...apabila calon pilihan mereka gagal untuk menjadi juara...

apa yang perlu kita akui bersama...gagal menjadi Juara tidak bermakna pelajar tersebut tidak bagus...ataupun tidak berkualiti...begitu juga dengan mereka yang tersingkir awal...bila berbicara tentang program realiti yang berasaskan undian...peserta tersebut perlu melakukan strategi bagaimana untuk menunjukkan peribadi yang baik....agar peminat senang dan minat dengan sikap kita...ianya bukan sekadar vocal yang bagus...ataupun persembahan yang bagus semata-mata...namun ianya sejauh mana kita berjaya menunjukkan peribadi yang suci...suci mcm mana...itu terpulang pula pada mata yang melihat...

dan inilah yang terjadi kepada Shahir...apabila beliau berjaya membawa watak peribadi yang baik....di tambah dengan pakej yang lengkap menyebabkan beliau berjaya di nobatkan menjadi Juara oleh peminat yang mengundi...

dan Tahniah juga buat Shahir kerana berjaya membalas jasa peminat2nya yang tidak pernah kenal erti lelah dan penat untuk mengundi beliau sehingga bergelar Juara AF8...

AF ni bagi aku...si Juara yang di julang adalah hanya Juara kepada pengundi2nya...andai peserta tersebut berjaya maknanya si pengundi telah berjaya melaksanakan tugas dengan baik...tidak seperti program yang berasaskan juri yang mana Juara adalah sememangnya yang terbaik dan dipilih oleh mereka yang pakar...

maka..kita perlu untuk menerima apa jua keputusan pengundi..kerana merekalah yang harus di berikan penghormatan dalan permainan program realiti sebegini...

dan jujur aku katakan aku sudah sedikit bosan dengan program AF nie...bukan kerana kecewa dengan calon pilihan aku tidak berjaya menjadi juara atau tidak bersetuju dengan kemenangan Shahir...namun jika kita lihat sejarah2 AF sebelum ini...sudah cukup menunjukkan AF sudah berada pada tahap yang membosankan...

jika tidak percaya....Konsert Final pada malam tadi bukanlah suatu Konsert yang boleh di banggakan...dengan kapasiti persembahan yang biasa2...walaupun di iringi orkestra...namun aku yg menonton di rumah tak rasa pun gah nya bunyi orkestra...then susunan muzik pun ala2 jek...tak de lah grand mana pun...menyebabkan aku yang tgk konsert pun mula rasa bosan...

lepas tu pentas pun biasa jek...buat lah pentas lain dari pentas konsert mingguan...ni kan Final...tak kan lah tak boleh buat pentas yang lebih grand...

dan yang tak boleh aku terima...hadiah utk pemenang biasa jek...tak se meletop sebelum nie...dan kurang penaja la tue...klu b4 nie...adalah juga sebijik ruma di beri...nie kereta jek...hu3 sedih2...

walauapa pun pujian harus di berikan kepada Daus yang berjaya menunjukkan persembahan yang baik dan pertenaga pada malam konsert final...beliau berjaya membuat aku kagum dengan persembahannya...dan menyebabkan aku menarik semula kata-kata aku yang Daus tidak layak ke final...dan tempat ketiga sememangnya layak untuknya atas usaha yang dia telah lakukan sepanjang 10 minggu di Akademi...

Maulana yang berjaya mendapat tempat ke-4 mengejutkan aku..ingatkan tak de org nak undi dia dah..rupanya ada jugak...dan untuk konsert malam ini aku akan meletakkan Maulana di tempat ke-5 sebab persembahan Maulana tidak berjaya menarik minat aku walaupun Maulana adalah pelajar yang aku letakkan antara 3 org yang layak untuk ke final...dan mempunyai kekuatan vocal yang bagus...namun untuk malam final ini..Maulana kurang menyengat...dengan gaya persembahan yg biasa dan memek muka yang menjelekkan aku untuk tgk persembahan dia...dan aku boleh simpulkan persembahan Mualan Bosan...

untuk Iwan...sama seperti Daus..berjaya menunjukkan persembahan yang baik...namun mungkin Iwan suka membuat persembahan yang ala2 bersahaja membuat aku sedikit tidak berapa suka...Iwan mempunyai vocal yang agak unik...dan beliau perlu serius ketika menyanyi...serius bukan seharusnya muka yang serius dan berdiri statik...namun persembahan yang nampak bernyawa...

untuk Adira...beliau telah berjaya menunjukkan persembahan yang terbaik...namun semuanya terletak di tangan pengundi juga...mungkin pengundi yang gigih lebih ramai pada Shahir...dan pengundi Adira tidak segigih mereka....untuk lagu pertama memang kurang sikit la..padahal lagu tu boleh je Adira bawa dan bawa dengan style sendiri...nasib baik lagu ke2 Adira buat dengan baik walaupun kedua2 persembahan kawalan vocal Adira tidak berapa bagus...sbb masih kedengaran bunyi2 'eerkkk'...mungkin lepas nie Adira jangan berhenti untuk belajar vocal...kerana bak kata Adlin...Adira hanya satu2nya peserta malam final yang mempunyai Soul dalam nyanyian...gagal menjadi Juara tidak mengapa...anggap AF sbg satu platform untuk memasuki industri hiburan...di luar sana lagi byk peluang yang menanti...dan yg paling penting pandai mengambil peluang yang ada dan menjadi diri sendiri....good luck buat Adira...semoga menjadi artis yang berkualiti...

buat Shahir...Tahniah sekali lagi aku ucapkan...semoga menjadi artis yang mempunyai peribadi yang baik...kerana tanpa sikap yang baik...jeritan yang Shahir terima ketika konsert final boleh bertukar menjadi bunyai 'buuuu..' bak kata aznil....seperti yang di terima oleh Mawi...

maka dengan itu berakhirlah Akademi Fantasia musim ke 8....

Ranking keseluruhan persembahan malam final bagi aku:
  1. Shahir
  2. Daus
  3. Adira
  4. Iwan
  5. Maulana

Ranking lagu single:

  1. Adira-Ku ada kamu
  2. Shahir- Kebahagiaan dalam perpisahan
  3. Daus-Kenapa
  4. Anum-Berakhir sebelum bermula
  5. Iwan- V.I.P
  6. Ain - Penangguh sepi
  7. Alif- Bangun semula
  8. Emma-Hati-hati 
  9. Shah- Bernafas lagi
  10. Nad- Aku Sudah Merdeka
  11. Maulana- RSVP 
  12. Farina- Hujung minggu
Undian selepas tutup undi:

  1. Shahir 43.19%
  2. Adira 25.13%
  3. Daus 12.47%
  4. Maulana 10.2%
  5. Iwan 9.01%

sekian..


Prasasti Jiwa:
Setuju dengan Adlin...persembahan Adira pada lagu ke-2 adalah persembahan seorang JUARA...Ku ada Kamu~

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010