Friday, May 21, 2010

Hot Fm bukan No.1

Salam...

aku tertarik untuk membawa anda semua untuk mengetahui Ranking Radio untuk tahun 2010 ini....dan untuk tahun ini menyaksikan jatuh naik stesen radio yang mana....hot fm tidak berjaya mengukuhkan kedudukan mereka di tangga pertama...

apa sudah jadi?

pastinya Hot fm menerima satu tamparan hebat di atas tinjauan yang di lakukan oleh penyelidik2 ini....dan di sebabkan itu tidak peliklah jika kita dengar hot fm skrg....Dj2 mereka tengah membuat rombakan waktu siaran yang mana pendengar2 akan mengundi Dj2 kesukaan mereka untuk bertugas pada waktu bila...

awal2 tue mmg peliklah aku dengar Hot fm tetiba pulak nak buat rombakan....ini time aku tak tahu lagi yang Sinar fm dah No.1...tapi bila dah baca paper...barulah tahu kenapa Hot fm membuat rombakan waktu on air...

dan Tahniah buat Sinar fm yang berjaya menjadi stesen No.1 Malaysia walaupun hanya menyajikan lagu2 tempatan berbanding dengan Era & juga Hot....

ini membuktikan yang pendengar Malaysia kini bukanlah dahagakan lagu2 dari luar sangat...mereka mahukan lagu2 tempatan yang mempunyai nostalgia dan juga lagu2 dari artis tempatan sendiri....org kata kena dengan jiwa kita sbg rakyat Malaysia...

mungkin juga Sinar fm berjaya menarik ramai pendengar kerana susunan program mereka yang menarik serta Dj2 mereka yang berjaya menarik minat pndengar untuk mendengar...

dan apa yang pasti...punca utama Sinar berjaya mendapat tempat teratas kerana mereka memutarkan lagu2 tempatan....dan ini sudah cukup membuktikan bahawa lagu2 tempatan sebenarnya masih mendapat tempat di hati pendengar...terutamnya lagu-lagu lama dari artis2 lama....

nampaknya...jika fenomena ini berterusan...alangkah bagusnya buat artis2 lama ini..kerana sekurang2nya...ada jugak royalti dan show yang akan di jemput...tambah rezeki kan...; )

selain itu, Sinar fm berjaya membuktikan yang tidak perlu meletakkan tanda aras ataupun 'mesti lagu berkualti' sahaja yang di putarkan di corong radio...namun apa yang penting kita memberi peluang kepada artis2 tempatan untuk lagu-lagu mereka di kumandangkan di corong radio...

buat stesen radio kesayangan aku iaitu Hot fm...kajian yang mendalam perlu di lakukan oleh pihak atasan agar mengkaji segala kekurangan yang ada untuk menarik lebih ramai pendengar....bagi aku program yang di tampilkan dalam setiap jam sudah cukup menarik...dan mungkin perlu untuk di tambah ataupun di perbaiki dari segi penyampaian...

dan mungkin juga Hot fm tidak perlu terlalu menumpukan kepada Dj2 tertentu sahaja...perlu untuk memperkasakan semua Dj2 dan tidak meng'anak' tirikan sesetengah Dj walaupun tidak berniat sebenarnya...namun ianya nampak jelas oleh pendengar...

namun menurut seelan, hot fm masih berada di tangga pertama jika di ukur dari segi sasaran demografik...yang ditetapkan sejak mula beroperasi pada Februari 2006 iaitu memikat pendengar di bawah lingkungan umur 35 tahun. 

apa pun jua, saingan yang sengit stesen radio pada hari di lihat sbg suatu situasi yang sehat...yang mana ianya juga di lihat sbg satu perkembangan yang baik dalam industri muzik kita kini...

semoga stesen2 radio ini dapat membantu artis2 kita dalam mencari rezeki dan bukan menjadi batu penghalang untuk mereka maju dan bebas berkrya...



semoga stesen radio pada hari ini akan bertambah berkualiti....jadi tak la bosan sgt bila dgr mana2 radio....xlah tertumpu pada satu radio je....hu3

tapi aku nak tegur sikit Era fm...dah makin bosan....penyampai radio Era skrg entah apa2 la...tak menarik langsung untuk aku dengar....merepek je lebih...mcm manalah boleh ranking No.2...hu3

sekian


prasasti jiwa:
tetap menyokong Hot Fm...lebih hangat daripada biasa~

1 pengkritk ceritera duniaku:

nuRuLain_zAiNi said...

aku blah malam..layan sinar je..

Popular Posts

Popular Posts since May 2010