Saturday, May 22, 2010

Konsert Akhir AF8



Salam...

setelah 10 minggu berada di dalam Akademi...akhirnya 5 pelajar telah berjaya menjejakkan kaki ke peringkat Akhir pada malam ini...

  • Adira
  • Shahir
  • Iwan
  • Daus
  • Maulana

mereka berlima merupakan calon-calon juara AF8 dan bakal mengikut jejak 7 juara Af sebelum ini iaitu Vince,Zahid,Mawi,Faizal,Mila,Stacy & Hafiz...

melihatkan kepada pecahan undian menyaksikan saingan yang amat sengit di antara Adira dan juga Shahir yang mana telah berjaya ke peringkat ini setelah mendapat AFMasuk....

pastinya peluang ke-2 ini tidak mungkin akan di persia2kan oleh pengundi2 Shahir...namun adakah Shahir berjaya memecahkan tradisi apabila AFMasuk(tak termasuk Mawi yg masuk semula ketika konsert ke-2..dia kes lain) berjaya membawanya menjadi juara ataupun setakat menjadi N.Juara seperti Linda,Lotter & juga Aril...

Shahir mempunyai peluang yang besar untuk menjadi juara...namun jangan pernah pandang mudah kepada Adira kerana rekod menunjukkan prestasi dan juga undian Adira sentiasa berada di atas dan tidak pernah berada di tangga tercorot undian...

 jika di bandingkan 2 bakal juara ini pastinya kedua2 nya mempunyai kekuatan vocal yang baik...namun jika dari segi teknik nyanyian pastinya Adira mempunyai sedikit kelebihan berbanding Shahir....

Shahir berjaya meraih undian peminat kerana vocal suaranya yang 'jantan' yang jarang ada pada penyanyi skrg...serta personalitinya yang baik menyebabkan ramai org yg senang dengan beliau...sebab itulah Shahir berjaya ke peringkat akhir...

Daus,Iwan & Maulana mungkin hanya akan mencukupi kuota untuk konsert final pada malam ini...bukan kerana mereka tidak berbakat...namun undian yang menjadi juri 100% untuk menentukan Juara AF8...

Daus...antara peserta yang paling lemah sebenarnya dalam AF8...namun org kata kalau belakang parang tak di asah...pasti akan tumpul dan tidak tajam...namun Daus berjaya menafikan tanggapan sesetengah org yg beranggapan beliau adalah antara pelajar yg lemah dan beliau juga antara pelajar yg tidak pernah kenal putus asa dan sntiasa mencuba sehabis baik...namun jika aku di beri kuasa autonomi...Daus sebenarnya tidak layak ke peringkat Akhir...tapi aku tak sabar nak dengar lagu Daus iaitu Kenapa...pasti lagu ini akan meletakkan daus lebih di kenali selepas ini...Good luck Daus

Iwan...adalah peserta yang juga lemah bagi aku...namun Iwan mempunyai range vocal yang unik...selain wajahnya yang 'jambu'...pastinya itu menjadi aset untuk beliau menarik minat pengundi...tak banyak yang aku boleh katakan tentang Iwan...kerana beliau juga bukanlah calon Akhir aku....tapi sama mcm daus...aku tak sabar nak dgr single terbaru Iwan iaitu V.I.P...Good Luck Iwan

Maulana...antara peserta yang di katakan berbakat dan mempunyai vocal yang baik....namun sejak kebelakangan ini persembahan beliau sedikit hambar dan serba tak kena...mungkin kerana genre Jazz yang di bawanya tidak berjaya menarik minat peminat AF...dan di sebabkan itulah Maulana hampir tersingkir di konsert 9 dan juga antara pelajar yg kerap berada di tangga bawah...selain itu, faktor attitude Maulana ketika di diari juga menjadi faktor mengapa peminat AF tidak berapa minat dengan Maulana kerana sikapnya itulah...peratusan undian tidak memihak kepada Maulana...dan tidak keterlaluan jika aku katakan Maulana akan menduduki tempat ke-5 selepas tutup undian...namun good luck buat Maulana...apa2 pun...semuanya akan terjawab pada malam ini...

bagi aku...calon2 Juara yang aku rasa layak ke peringkat Final berdasarkan kualiti Vocal mereka ialah Adira,Maulana,Ain....kalau akau hanya meletakkan 3 org ini untuk berada di pentas final....ini hanya berdasarkan kualiti Vocal semata-mata...namun sayangnya Ain tidak berjaya ke peringkat seterusnya kerana itulah 'hukum' AF yang mana pengundi bukan hanya mengundi atas dasar kualiti vocal semata-mata...namun mereka melihat dari segala sudut...dan perkara inilah juga yang akan  'membunuh' industri kita apabila kualiti vocal tidak di letakkan sbg perkara utama...namun realiti Tv sememangnya perjalanannya begitu..

sepanjang AF8 ini berlangsung...pelbagai kutukan dan juga kritikan yang di terima oleh pihak produksi, tenaga pengajar dan juga pelajar itu sendiri...kerana di katakan tidak berjaya menarik minat ramai penonton...dan perkara itu harus di akui dan di terima dengan hati terbuka oleh produksi malahan tenaga pengajar juga...

mungkin pihak produksi harus menjalankan kajian yang mendalam terhadap konsep AF yang bagi aku sudah lapuk kerana tidak berjaya menarik minat org ramai...anda tanya sajalah org awam ketika ini...pasti  ada yg tidak kenal denga kelima2 nama calon juara AF8...dan jangan terkejut jika ada yang tidak tahu pun AF8 wujud!

kelainan dan pembaharuan harus di buat pada AF yg bakal mendatang jika pihak produksi masih ada nafsu untuk buat...ataupun sudah tiba masanya AF merehatkan diri...untuk sama2 duduk semeja membincangkan apa yang perlu untuk melahirkan artis2 yang berkualiti...

sbg contoh program MENTOR...yang mana pernah berehat sekejap...dan kemudian bila di adakan semula...terus program tersebut menjadi bualan kini apabila MENTOR 4 menyajikan persembahan dan kejutan yang sangat di luar dugaan...

OIAM juga mengambil langkah untuk berehat pada tahun ini...tapi OIAM bukan sebab tak dapat sambutan ataupun tak dapat melahirkan mereka yang berkualiti...tetapi cost yang mahal untuk mengadakan OIAM ni...yer la..hadiah utama pun RM 1 Juta...bukan senang nak bagi mcm tu je kat pemenang....lain la kalau sponsor berlambak...boleh la jugak...

walau apapun yang berlaku..aku ucapkan selamat berjaya buat kelima-lima calon Juara AF8...buatlah yg sehabis baik...kerana di luar sana akan menjanjikan suasana yang lagi mencabar daripada apa yang anda dapat di dalam Akademi...

Good luck!

aku tinggalkan anda dengan lagu dari Anum AF8-Berakhir Sebelum Bermula...

Baru ku bilang kau punya rupa yang menawan
Tidak bererti diri ini jatuh hati
Benar mungkin kita punya peluang berkenalan
Tapi belum sampai ke tahap maut lagi

Merbahaya amat merbahaya
Menyamakan suka dengan cinta
Nanti kau yang kecewa

Oh! Jangan cepat menyerah hati pada saat mula berjinak
Oh! Akan timbul masalah
Cinta berakhir sebelum bermula

Perlahan sedikit kenapa mahu tergesa-gesa
Cinta pasti hadir jika sesama suka
Biar berkenalan dulu sebelum berpacaran
Atau paling tidak mungkin sekadar teman

Memang benar aku tertarik padamu
Tapi tunggu dulu
Kita perlu ambil satu persatu

BERAKHIR SEBELUM BERMULA
(Edry Abdul Halim)
KRU Publishing Sdn Bhd



Prasasti Jiwa:
tak sabar nak tengok konsert AF8 malam ni...tapi masih tak tahu nak tgk kat mana...hu3

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010