Saturday, May 22, 2010

Piala Thomas 2010 kecundang salah siapa?


Salam...

Umum sudah mengetahui...yang mana Malaysia gagal untuk membawa pulang Piala Thomas apabila tewas di tangan pasukan kuat dunia iaitu China di separuh akhir...

sesungguhnya kegagalan Malaysia di peringkat separuh akhir pastinya mengecewakan semua harapan warga Malaysia....tidak kira yang berpangkat tinggi mahupun yang tidak mempunyai pangkat...tua ataupun muda...itulah kuasa SUKAN yang mana boleh menyatukan sekalian kita...

Tahniah buat pasukan gergasi dunia iaitu China kerana berjaya membawa pulang Piala Thomas 2010 buat kali ke-4 dan juga buat pasukan Uber Korea kerana berjaya memecahkan tembok besar china....satu pencapaian yang terbaik..

dan...tiada siapa yang boleh mengatakan tidak atau menafikan kekuatan dan kekebalan jentera pasukan china...jika di bandingkan dengan kekuatan Malaysia sudah pastinya jurang amat besar dan ketara...

hanya perlu ukur keupayaan Datuk Lee dgn Lin dan...sudah cukup menunjukkan bahawasanya pasukan Malaysia perlu untuk melakukan sesuatu yang luar biasa bagi mengalahkan pasukan china di hari kelak...

kita tidak boleh hanya mengharapkan satu pihak semata-mata dan melupakan jentera pasukan yang ke-3,4 dan 5...kerana kelima2 nya perlu untuk kuat bagi menghadapi sebarang kemungkinan...kita lihat sendiri bagaimana Malaysia tewas ketangan Jepun dan juga nyaris menggigit jari tidak layak ke separuh akhir apabila menang tipis ke atas Denmark...

kita terlalu berharap terhadap Datuk Lee dan juga beregu No.1 negara sehingga lupa 2 perseorangan dan 2 beregu untuk di perkuatkan...dan tidak hairanlah persembahan yang di tunjukkan ketika piala thomas baru2 ini sgt mengecewakan...

sesungguhnya...banyak yang perlu BAM lakukan dan mengkaji serta menganalisi semula segala kelemahan dan keperluan untuk memperbaiki mutu badminton Malaysia....agar kita tidak di gelar negara yang hanya kuat dari segi individu...namun lemah jika berpasukan...

China berjaya membuktikan bahawa ranking ataupun kejayaan di Siri Super bukanlah menjamin sesuatu negara itu berjaya untuk menjuarai Piala Thomas...namun kekuatan berpasukan itu lebih penting...dan pastinya China memandang sinis terhadap Malaysia yang terlalu memandangkan status No.1 Dunia...namun sebenarnya tidaklah segah seperti apa yang di gambarkan...

benarlah seperti Usul debat yang aku perdebatkan di debat PDSZA 2010 baru2 ini...Siri Super di kendong, piala thomas berciciran....

kita terlalu taksub untuk mengejar ranking...sedangkan ranking bukanlah penentu kita sudah cukup kuat...lagi2 bila pertandingan berpasukan...seperti Piala Thomas...namun kita perlu untuk memberi pendedahan kepada pemain2 kita untuk menyertai pertandingan2 besar sbg persediaan mental dan fizikal...

namun...apa yang perlu kita terima bersama...pasukan Malaysia masih belum bersedia untuk menghadapi Piala Thomas 2010...bukan untuk menidakkan kekuatan namun kita perlu realistik terhadap kapasiti pasukan Malaysia ketika di piala thomas...

dan apa yang paling menarik perhatian aku apabila kajian dan analisis kepada punca prestasi pasukan Malaysia di piala thomas 2010 menyatakan yang Media menjadi salah satu punca kepada prestasi pasukan Malaysia sebegitu...

kelakar pun ada gak...tak pernah pulak aku dgr media menjadi punca kepada kejatuhan sesuatu pasukan dalam sukan...yang aku tahu kalau industri hiburan aku boleh terima la secara logiknya...

tak kan lah media buat liputan meluas pun tak boleh...mestilah mereka nak sibuk sbb nak dapatkan berita..lagi2 bila Piala Thomas 2010 di adakan di Malaysia...bukanlah niat media utk membuat persediaan pemain malaysia terganggu...bagi aku mereka hanya menjalankan tugas...

segala alasan pun yang di berikan...bagi aku ianya berbalik kepada pemain itu sendiri...andai mereka merasakan mempunyai tanggungjawab kepada negara...persediaan untuk ke piala thomas bukan di buat sebulan ataupun 2 bulan sebelum ke piala thomas...namun persiapan harus di buat sedari awal lagi....

mungkin inilah bezanya jentera pasukan Malaysia dan juga China...persediaan dari awal yang tidak cukup...dan Malaysia juga perlu untuk mencari muka2 baru bagi mengisi perjuangan pasukan badminton malaysia...dan janganlah berharap kepada datuk lee chong wei semata2...

kesilapan dan kelemahan harus cepat di perbaiki...jangan biarkan China terus memandang sinis kepada pasukan Malaysia...kita perlu untuk belajar daripada mereka...gerak pantas mereka ketika bermain yang tidak ada pada pemain2 Malaysia...

kita sebenarnya mempunyai peluang....namun kita sering melepaskan peluang yang ada...dan semangat 'Malaysia Boleh' harus senantiasa di tanamkan di hati sanubari agar kita dapat merasai harapan dan doa seluruh rakyat Malaysia...dan membuat yang terbaik...

pastinya...kita juga boleh mengulangi kejayaan yang pernah terlakar pada tahun 1992...ianya bukan perkara mustahil andai kita semua serius sedari awal lagi...janganlah mengharapkan bulan jatuh keriba andai kita tidak pernah berusaha untuk menggapainya...akhirnya hanya mampu melihat bulan serta kejayaan orang lain...

kita perlu bangkit...dan buktikan kepada dunia terutamanya China...yang MALAYSIA bukanlah pasukan yang mengejar ranking semata-mata...namun kita benar2 pasukan yang hebat...

apa yang penting usaha tanpa henti itu perlu...agar mental dan fizikal kita akan sentiasa terjaga...

good luck buat pasukan badminton Malaysia untuk pertandingan2 yang akan mendatang.....semoga kesilapan dan kelemahan lalu di perbaiki dan menunjukkan persembahan yang terbaik dan tidak mengecewakan...

buat peminat Malaysia...janganlah terlalu sedih ataupun kecewa...kita perlu berpijak di bumi yang nyata...pasukan Malaysia perlu di beri peluang sekali lagi untuk membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kita sebenarnya Boleh...

Majulah Sukan Untuk Negara

sekian

trivia: 
  • ASIA antara negara yang selalu menjuarai Piala Thomas
  • Indonesia adalah negara yang paling banyak memenangi Piala Thomas sebanyak 13 kali. China 6 kali dan Malaysia sebanyak 5 kali
  • Malaysia & Denmark antara negara yang paling banyak ke peringkat akhir namun gagal untuk menjuarainya...
  • Kejohanan pertama diadakan di Queen's Hall,Preston,England dan Malaya adalah juara pertama ketika itu dengan mengalahkan Denmark 8-1.
  •  kali terkahir Malaysia menjuarai Piala Thomas ialah pada tahun 1992.


Prasasti Jiwa:
tak suka dengan penonton yang over...relak2 sudah...

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010