Monday, June 28, 2010

Ila Damia gagal ke Final Mentor 4


dari kiri Adi, Nani, Ila & Mohd.

Prasasti Jiwa:

separuh akhir ke-2 telah pun melabuhkan tirainya yang mana menyaksikan penyingkiran seorang protege iaitu Ila Damia protege kepada Joe Flizzow dengan mengutip markah keseluruhan paling rendah iaitu 42.

dengan tersingkirnya Ila Damia, maka 3 protege yang berjaya melayakkan diri ke peringkat Akhir Mentor 4 yang akan di adakan pada 4 july ialah Mohd protege Ziana Zain (59 markah), Nani protege Azmeer (55 markah) & Adi protege kepada Dayang Nurfaizah (44 markah).

jika di ikutkan persembahan pada malam tadi, sememangnya Ila Damia adalah peserta yang memebuat persembahan yang agak kurang dari segi vocal kerana memilih lagu yang tidak berapa sesuai dengan beliau walaupun persembahan Ila di beri pujian oleh juri jemputan iaitu Datuk Sheila Majid kerana persembahan Ila yang dapat membuat Datuk Sheila Majid seronok tengok.

memang tidak di nafikan, namun dari segi vocal dan lagu yang dipilih sememangnya tidak berapa sesuai buat Ila walaupun Joe Flizzow ingin membuat kelainan namun bagi aku bukan masanya untuk membuat kelainan kerana ini separuh akhir ke-2 yang mana menuntut persembahan yang terbaik.

lihat saja bagaimana Adi pada minggu lepas yang cuba untuk membawa genre yang lain iaitu rock namun tidak berjaya menarik minat juri jemputan iaitu Liza Hanim.

untuk peringkat separuh akhir ini, ke empat-empat protege mempunyai kekuatan mereka yang tersendiri dan siapa yang membuat kesilapan pastinya akan menerima padah.

sebagai contoh pada minggu lepas Adi membuat kesilapan dari segi vocal dan minggu ini Ila bagi aku salah memilih lagu. kalau nak bawa lagu tradisional/temperori pun bukannya lagu Asmaradana kerana lagu itu sangat susah dan memerlukan vocal yang hebat untuk menyanyikan sambil menari dan malangnya Ila tidak mampu untuk membawanya dengan baik.

namun pemilihan lagu juga bukanlah faktor utama, faktor undian juri awam dan penonton di rumah juga harus di ambil kira. sememangnya juri awam dan undian penonton pastinya akan berpihak kepada Mohd. dan di sebabkan itulah markah Mohd adalah yang paling tinggi setelah di campur kedua-dua minggu.

dari segi juri pula aku rasakan menjadi milik Nani yang mana kawalan vocal Nani sangat bagus dan juga unik dan di sebabkan itulah dia mampu bertahan untuk menjadi protege ke dua mengutip markah yang tertinggi.

jika di ikutkan aku, Adi yang sepatutnya tersingkir jika di ikutkan dari segi konsisten dari minggu pertama sehinggalah ke peringkat separuh akhir. kerana persembahan Adi yang sedikit bosan serta teknik vocal yang bagi aku terlampau over dan di buat-buat. tak nafikan Adi mempunyai vocal yang sedap di dengar dan ada komersialnya seperti juri jemputan pada minggu ini kata iaitu Adnan namun Adi perlu untuk mengawal sedikit vocal beliau. kalau Adi ingin bersaing dengan dua protege yang bagi aku cukup kuat untuk di saingi Adi, Adi perlu untuk melakukan sesuatu yang di luar jangkaan dan mempamerkan persembahan yang bagus.

untuk peringkat Akhir pula, Mohd perlu untuk memperbaiki mutu vocalnya kerana minggu ini untuk lagu pertama dan kedua kawalan vocal dia sangat baik cuma untuk lagu ketiga aku rasa tak berapa sedap sebab sedikit sumbang dan tak match dengan muzik walaupun Datuk Sheila kata lagu ketika tu ok. aku tak berapa setuju. dan Mohd. juga perlu untuk memilih lagu yang betul-betul sesuai untuk dia kerana Mohd. perlu bersaing dengan Nani yang sememangnya mempunyai vocal yang mantap dan unik.

untuk Nani pula, beliau sememangnya sangat sesuai dengan genre balada kerana range suaranya yang besar dan sangat sedap di dengar, itu tidak menjadi masalah cuma aku tak berapa suka bila Nani nyanyi lagu genre pop or yang rancak kerana kadang-kadang tak berapa kena. maka untuk final harap-harap Nani dapat memilih lagu rancak yang betul-betul sesuai dengan Nani.

apa yang paling penting, ketiga-tiga protege mempunyai peluang yang sama. cuma kesilapan ataupun 'terkucil' ketika nyanyi boleh mempengaharui keputusan siapa yang bakal mengikuti jejak Pija-Zainal Abidin (Mentor 1), Fiq-Amy Search (Mentor 2) & Black-Mas Idayu (Mentor 3).

semuanya akan terjawab pada 4 july.

sama-sama kita nantikan & saksikan.

sekian.




p/s: kecewa dengan persembahan England yang sangat buruk permainan mereka terutamanya bahagian defend....tapi Tahniah buat Germany kerana mempamerkan persembahan yang cukup baik bagi aku...tertarik dengan kata-kata kawan aku di status FB nya...England main untuk 'club' tapi Germany main untuk negara...ehmmm ada betulnya jugak... : ) keputusan akhir Germany 4 - 1 England.

Sunday, June 27, 2010

aku yang 'berhati mulia'...




Prasasti Jiwa:

ketika ini aku sudah menikmati cuti di rumah. merehatkan badan sepuas-puasnya sebelum memulakan sem baru yang tak lama lagi buka. Sem baru akan buka 12 july 2010. tapi aku akan tiba ke UMP dalam 5 or 7 July untuk memulakan latihan Debat Alam Sekitar 2010 yang akan di adakan di UMT,terengganu.

owh...mungkin saat dan ketika ini IPT lain tengah gigih berlatih. tak mengapa kita hadir sebagai pasukan 'underdog' macam negara-negara Piala Dunia 2010. menyingkirkan dan mengejutkan Pasukan-pasukan negara yang popular dan hebat. tapi debat bukan macam bola sepak hu3

untuk entri kali ini aku nak kongsi korang sepanjang perjalanan aku balik dari bumi UMP,gambang,kuantan,Pahang.

korang bayangkan aku bertolak dari UMP sekitar 2.30pm. selepas kemas-kemas dan buat proses cek-out (pulang kunci) aku terus bergerak ke Terminal Makmur Kuantan untuk menaiki Bus ke KL. Thanks to din (jerung gergasi nama gelaran dia padahal badan sekeping jek he3) sebab sudi menumpang aku sampai ke kuantan sebab dia ada hal di kuantan katanya. padahal nak jumpa scandel la tu...he3

dalam 3.10pm tu aku tiba di Terminal Kuantan, terus aku mencari-cari kaunter Transnasional. yer aku memang suka naik Bus Transnasional semenjak aku dari SASER (SM Sains Seremban) sampai matrik penang hinggalah ke UMP. mungkin dah terbiasa dan selesa.

tapi di sebabkan aku rasa mesti lambat kalau naik Transnasional nie. nak kena tunggu lagi sebab Transnasional ni ramai orang yang naik. tapi pekerja2 Bus Bulan Restu dah duk menjerit2 ke KL sekarang. mulanya macam tak nak naik Bulan Restu tapi di sebabkan aku tak nak sampai lambat (waktu petang yg jam) ke KL aku terus pergi kaunter Bulan Restu sebab bus tu bertolak pukul 3.30pm.

aku bukannya tak nak naik bus nie, satu sebab sebelum ni aku naik bus Bulan Restu ni sangat 'disaster'...bus usang(tak canthek) lak tu....dah la color pink purple. sangat tak lawa color dia. tapi bila naik bus ok la pulak. bus baru. dan orang yang menuju ke KL menggunakan khidmat bus tue tak ramai. dalam bus tue lebih kurang belas-belas orang la. ok nampak sangat memang orang masih tak ramai nak guna khidmat bus ni tapi sekarang waktu hari biasa. so mungkin sebab faktor itu kot tak ramai orang. kalau wekeend nie mesti ramai orang.

aku sampai ke stsen bus pekeliling lebih kurang 6.30pm. ok la memang kuantan ke KL pun dalam 3 jam lebih jek.

maka aku pun gigih nak ke stesen bus Klang dengan menaiki LRT. sebab dekat pekeliling tu ada stesen Titiwangsa (seperti gambar di atas). aku pun menuju ke stesen tersebut dengan orang yang mula dah ramai berpusu ke situ.

tiba-tiba aku di datangi oleh seorang mamat ni. tegur aku . dia tanya aku dari pahang ke? aku kata ya...then dia buat ayat sedih dia yang dia nak balik raub ke mana entah. aku dah tak ingat. dan dia tak cukup duit so dia nak pinjam duit dalam rm3.

aku pun macam tension jek rasanya, satu dah la duit aku cukup-cukup je untuk aku balik rumah then ada pulak orang yang macam mamat nie minta kan. aku bukan apa aku dah banyak kali kena dengan 'peminta sedekah' macam ni. aku dah lali dan bosan.

masuk kali ni dah kali ke-4 orang macam dia datang minta duit dengan aku sebab tak cukup duit untuk balik rumah.

first time kena tu kat stesen bus pudu, sebab abang tu nak balik ke kampung dia tapi tak cukup duit sebab dompet dia hilang. aku nie punyalah baik senang sangat kena tipu then aku pun bagi atas dasar simpati time tue. oh. baiknya hati aku time tue...aku cakap dalam hati aku kalau orang tu betul-betul perlukan duit aku halalkan dan kalau dia tipu sekalipun aku redha jek. mungkin rezeki dia.

itu cerita pertama.

cerita kedua lak. kat pudu gak time tue bus aku ke kuantan dalam malam macam tu la. then time aku tengah duduk kat kerusi-kerusi yang ada kat stesen bus pudu tue datanglah seorang pak cik tua tegur aku, katanya nak ke kuantan jugak dan alasannya sama dengan kes pertama aku kena. aku nie berhati mulia sikit. kesian lak aku tengok pakcik tue then dia kata nak naik satu bus dengan aku. dia tak cukup duit sebab duit yang anak dia bagi dah hilang. tercicir katanya. so aku pun hulurkan lah bantuan seadanya. then bila nak naik bus tue aku pun mencari la pakcik tue. kot-kot dia satu bus dengan aku ke apa kan. then bayang pak cik tu tak kelihatan pun. aku ada jugak cari-cari pak cik tu lepas aku dah bagi duit kat stesen bus. tapi tak jumpa pun. so aku buat konklusi aku tertipu buat kali ke-2.

cerita ketiga pulak jugak kat pudu, kali ni remaja yang aku kira sebaya-baya aku la. time tu aku dah naik bus dah. tetiba jek mamat ni datang katanya perlukan rm 5 macam tu la. aku pun tak berfikir panjang terus hulurkan. aku kan 'berhati mulia'...sebab aku dah kelam kabut time tue. dan fikiran aku serabut.

sebelum masuk ke cerita ke-4 yang aku baru sahaja kena, ada satu lagi pengalaman aku kena minta duit ni , time tue bulan puasa, tempat kejadian stesen masjid jamek lak, abang nie minta aku rm1 sebab dia tiada duit nak buka puasa, aku pun hulur je la mungkin memang dia dah tak cukup duit or tiada duit kan. lagi pun time tu bulan puasa so aku bagi je la. ala rm1 je pun. anggaplah sebagai sedekah. lagi sekali aku 'berhati mulia'.

lagi satu cerita sebelum ke cerita terakhir, tempat kejadian sekitar stesen bus pekeliling , time ni aku nak balik UMP...masa kejadian dalam bulan mei yang lepas. so adalah mamat ni datang kat aku. sama jugaklah alasan seperti yang di atas...sebab tak cukup duit untuk balik rumah. tapi mamat ni dia kata dia baru keluar dari penjara. muka memang buat muka sedih la kat aku. tapi kali ni aku tak 'berhati mulia' aku tak layan pun abang ni. tapi jauh di sudut hati, memang aku simpati. yer la mana tahu dia betul-betul tak cukup duit nak balik kampung. tapi aku rasa sekarang ni banduan-banduan ada buat duit time dorang kat penjara hasil dari kerja-kerja kraf tangan yang dorang buat semasa dalam penjara or hasil-hasil kerja lain yang boleh dapat upah. ehmmm...aku pun tetiba rasa tindakan aku kali ni betul dengan tidak melayan. tapi mamat ni gigih minta dengan orang-orang yang tengah menunggu bus kat area pekeliling tu. kesian lak aku tengok.

ok. terus ke cerita terakhir aku, semasa aku nak beli tiket LRT ke stesen Titiwangsa so mamat nie pun mendekati aku, muka memang ganas macam penagih, dah la cakap dengan aku sangat kurang ajar aku tension giler. kepala aku dah memang pening giler time tu sebabnya aku tak makan lagi dari tengah hari hu3 dan boleh lak mamat kurang ajar ni nak himpit-himpit aku minta duit rm3. rimas betul. aku pun cakap la aku pun duit cukup-cukup je nak balik rumah, then dia nak tinggi suara kat aku kata ala bagi je la. amboi suka hati dia je kan. aku pun dah malas nak layan aku bagi rm 3. then dia tengok dalam dompet aku ada rm10 lepas tu dia leh lak nak tukar dengan duit-diut rm 1 dia yang dalam rm6 campur duit yang aku bagi. beri betis nak peha betul. ish nak je aku sepak terajang mamat tu.

aku pun tak faham, kenapalah mesti aku yang kena benda macam ni. mungkin sebab muka aku muka budak baik yang senang ke 'pau' minta duit kot. ok fine. hu3 sedih je rasanya.

sepanjang jalan aku menuju ke stesen bus Klang mood aku memang 'emo'. dengan perut aku yang sangat lapar. dan kepala aku pening giler. sampai je stsen Plaza Rakyat kena menapak pulak sampai ke stsen bus klang tu. huh memang penat.

then kena tunggu bus rapid KL lak. dalam 15 mint macam tu bus sampai. nasib baik tak ramai dapat jugak aku duduk. kalau ramai adalah aku kena berdiri. yang buat aku lagi bengang bila ramai orang ni ialah warga asing yang lagi ramai dari orang tempatan. huh! dah la bercakap bukan nak slow2..kalau boleh satu bus dengar...serius aku cakap macam kat oversea dah aku rasa...macam-macam bahasa keluar...benci betul...!

then bila bus sampai jalan Bricfield. jalan boleh lak jam. aku tahu jalan ni memang tengah di lebarkan tapi memang lama giler kot sangkut kat jalan Bricfield ni. siap aku boleh tidor lagi melelapkan mata yang sedikit letih. hu3 

dalam fikiran aku terus terfikir dengan statement amir kat komen entri aku pasal penjara pudu. katanya Malaysia ni besarkan jalan macam mana pun tetap jugak akan sesak. ok sepanjang perjalanan tu aku pun terfikir. betul ke tak statement amir ni.

then bila sampai area puchong dekat dengan IOI Mall. simpang empat jalan LDP iaitu simpang dari bukit jalil,simpang dari damansara dan simpang dari jalan klang lama yang aku tengah lalui. jalan sesak dengan kereta walaupun lane kat area jalan dah pun di besarkan. aku siap sempat lagi kira berapa lane yang ada. semuanya ada 4 lane. giler ko 4 lane pun jalan masih tak lancar. apa ke jadahnyer lebarkan jalan. tak menyelesaikan pun. huh!

maka benarlah apa yang di katakan oleh rakan aku tue. Malaysia ni besarkan macam mana pun tetap jugak akan sesak. contohnya Lebuh raya sendiri pun boleh sesak apatah lagi jalan biasa.tak faham betul sikap pemandu Malaysia ni. aku rasa sudah tiba masanya modul ambil Lesen di kaji semula. agar ianya lebih praktikal dan di terap dengan baik kepada bakal-bakal pemandu. 

dan alhamdulillah aku tiba di ruma dalam pukul 9 lebih. lebih kurang 7 jam perjalanan aku. memang letih. kalau naik kereta dalam 3.30 jam dah boleh sampai rumah aku di puchong.

satu lagi yang aku tak puas hati dengan perkhidmatan awam ni, kerajaan suruh rakyat naik tapi perkhidmatan sangat teruk. dengan jarak masa setiap kali bus nak datang sangat lambat dan tak mengikut seperti yang di sarankan. then bilangan komuter,LRT dan sebagainya yang kurang. memang menyusahkan rakyat bila nak guna. sebab tu la ramai lebih selesa naik kenderaan sendiri walaupun terpaksa sesak di jalan raya. yang penting tak perlu nak bersesak-sesak macam sardin dengan badan semua dah bau semacam bila nak balik rumah.

harap-harap dengan tindakan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada bulan september nanti dapat meningkatkan kualti pengangkutan awam di Malaysia. maka lebih ramai lagi la rakyat terutamanya di lembah Klang menggunakan perkhidmatan awam.

ok. itu saja yang aku nak kongsi bersama.

sekian.




p/s: sedikit terkilan dengan kekalahan Korea Selatan terhadap Uruguay. tapi tak mengapa Korea Selatan dah buat yang terbaik mungkin Uruguay mempunyai pasukan yang hebat berbanding Korea Selatan. cuba lagi pada tahun 2014 di Brazil. teruskan menaikkan imej ASIA di mata dunia dalam dunia bola sepak. semoga Malaysia boleh mencontohi mereka.

Thursday, June 24, 2010

balik rumah




Prasasti Jiwa:


gambar rajah di atas adalah WASRA System. apakah itu WASRA System (sebut mcm iklan Bioaura) ?

WASRA system adalan short form utk Water Supply for Rural Area yang mana ia menggabungkan dua system iaitu Rainwater Harvesting and Groundwater System.

ianya terletak bersebelahan dengan Masjid UMP. 

buat yang tidak tahu, inilah projek sarjana muda aku, dan sepanjang cuti sem ini, di sinilah aku mengabdikan diri untuk menguji potential system ini.

ok cukup. tak perlu aku nak terangkan panjang lebar. nanti bila thesis aku dah siap. ha..aq publish la kat internet nanti he3 

sebenarnya, aku nak bagi tahu yang aku cukup gembira sebab aku dah boleh balik rumah. di sebabkan lab tutup this week. actually next week buka balik tapi kalau nama dah balik rumah takkan lak gigih nak balik UMP lagi. ha3

tapi cuti ni pun tak lama mana pun, dalam seminggu lebih macam tu sebab 5 july dah kena balik UMP balik untuk latihan debat alam sekitar 2010.

cepat je cuti sem ni berlalu kan. dan seperti biasa cuti sem aku akan banyak di habiskan di UMP. kalau bukan short sem, ada debat or aktivit kebudayaan. macam tu la kehidupan cuti sem aku hu3

balik ni pun supervisor aku dah suruh buat technical writing utk FYP aku. kenalah gigih siapkan di rumah nanti. itu pun kalau aku rajin.

ok lah. kalau aku rajin aku akan buat entry baru lagi k. 

sekian.



p/s: xsabar nk jumpa anak buah aku....M.Akhil Zafran : ) tunggu daddy balik ruma k...

Wednesday, June 23, 2010

Noktah Cinta




Hafiz-Noktah Cinta


Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hati itu
Ternyata semua soalanku
Tak pernah kau fikir di fikiran

Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan disini masih
Menanti jawapannya

Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku di perlukan

Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini
Perlu untuk dirinya

Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu

Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan disini masih
Menanti jawapannya 






Prasasti Jiwa:


Rindu. rasa yang menguasai jiwa. tiba-tiba ruang hati ini di selubungi nama Dia. rindu pada matanya yang hazel. rindu pada ayunya Dia. rindu pada tutur katanya yang sopan. kita manusia yang sering alpa. tatkala jasad bukan di depan mata barulah hati mula menghargai akan hadirnya Dia. bila jarak dan masa memisahkan barulah kita mula mencari ruang bercengkerama. masih adakah ruang untuk aku. sedangkan dulu aku yang bersalah membiarkan kamu melalui hari-hari bersendiri. niat bukanlah tergamak memperlaku sebegitu. sedetik pun bukan mahuku. aku juga di ciptakan lemah. bisa terlupa untuk mencinta apatah lagi menjaga. maafkan aku. andai si hati terluka dek perilaku ku yang silap. maaf aku sisipkan di hati kecil kamu. percayalah. nawaitu ku bukan seperti apa yang di benakmu. aku masih aku. jiwaku masih ada kamu. aku cuma mencari kepastian dalam diri. apa sebenarnya mahuku dalam realiti. syukur ku tersentak. yang aku perlukan kamu.



p/s: tadi baru call Dia....miss Dia so much...; )

Tuesday, June 22, 2010

‘Penjara Pudu bukan warisan negara’




Prasasti Jiwa:

Semalam....pasti ramai warga Kuala Lumpur yang turun untuk menyaksikan 'Upacara' merobohkan tembok Penjara Pudu. dan pastinya ramai yang mengambil peluang untuk bergambar serta tidak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk mengambil serpihan-serpihan tembok Penjara Pudu ini.

ok. tak perlu untuk aku bicara panjang mengenai Penjara Pudu yang telahpun menerima 'hukuman' kemodenan. kerana tapak Penjara Pudu telahpun di jadikan hak milik UDA Holdings.titik.

dan yang pastinya, aku akan merindui 'pemandangan' mata aku tatkala menaiki Monorail ke Time Square sbb lepas ni Penjara Pudu dah tiada dari pandangan kita semua. kerana bagi aku Pudu di kenali di sebabkan oleh Penjara Pudu itu sendiri. itulah keistimewaan Pudu bagi aku. tapi sayang kemodenan menenggelamkan bangunan yang menyimpan 1001 cerita ini. kerana tiada yang kekal di atas muka bumi ini.

sebenarnya aku tertarik dengan kata-kata seorang timbalan menteri keewangan iaitu Datuk Dr Awang Adek Hussein

kata beliau:

Kerajaan tidak bercadang menjadikan Penjara Pudu sebagai tapak warisan kerana kewujudannya tidak di anggap sebagai sesuatu yang boleh di banggakan rakyat di negara ini.

Kerajaan sudah meneliti perkara ini dan membuat keputusan tapak ini bukan tapak warisan dan tidak akan dijadikan tapak warisan negara.

Mungkin banyak benda lain boleh di banggakan berbanding sebuah penjara walaupun ia sebuah bangunan lama.

aku tertarik dengan kata-kata yang di keluarkan oleh beliau selaku wakil kerajaan. memang betul Penjara Pudu bukanlah suatu yang boleh di banggakan oleh rakyat Malaysia. Namun apa yang perlu kita fahami di sini ialah kita perlu untuk menjaga sesuatu bangunan yang mempunyai sejarah tersendiri. kerana setiap bangunan yang telah mencecah ratusan tahun pastinya mempunyai sejarahnya yang tersendiri. dan sebagai kerajaan mereka seharunya betul2 mengkaji kesan dan impak andai Penjara Pudu ini di baik pulih ataupun di robohkan. kita perlu melihat contoh negara lain bagaimana pengurusan mereka terhadap Penjara yang sudah tidak di gunakan. contoh mudah bagaimana Australia menjadikan Penjara lama untuk di jadikan tarikan pelancong sbg contoh Old Melbourne. memang sgt menarik pengisian yang di buat terhadap penjara lama tersebut dan penjara tersebut seumur dengan Penjara Pudu. dan yang menariknya penjara tersebut terletak di tengah-tengah bandar. mengapa mereka boleh kita tak boleh? bukankah moto kita Malaysia Boleh? hampeh...

katanya banyak lagi benda lain yang boleh di banggakan. memang pun ada tapi adakah bangunan-bangunan lama ini di uruskan dengan baik? aku rasakan tidak. contoh mudah ialah Panggung bandaraya Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad bukannya di uruskan dengan baik pun. sedangkan Panggung tersebut sangat unik dan bersejarah. entah-entah esok lusa bila bangunan-bangunan lama ini di biarkan tanpa penambahbaikan, ianya juga akan menerima nasib yang sama dengan Penjara Pudu kerana akar umbinya di sebabkan tiadanya proses membaik pulih di jalankan terhadap bangunan-bangunan lama.

kadang-kadang pemimpin kita ni pandai je cakap yang kerajaan dah kaji dengan teliti sebenarnya tak pun. contoh mudah bila Datuk Dr Awang ini juga yang mengeluarkan kenyataan bahawa Kerajaan akan mungkin mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan yang mana tujuannya bagi mengekang perjudian dan pertaruhan haram yang tetap akan berlaku dan tanpa kawalan.

kalau macam tu halalkan sahaja la semua benda yang tidak di benarkan di Malaysia. Tak payah buat undang-undang sebab buat undang-undang pun tetap ada orang yang mencuri,ambil rasuah,merogol,ambil dadah. ha! apa lagi benda-benda yang tidak di benarkan, senaraikan semua lepas tu kita bagi kelonggaran macam tu? analogi yang boleh di berikan kepada kata-kata usaha kerajaan ini ialah Undang-undang ada pun tapi tetap ada yang melanggar, maka kita mansuhkan semua undang-undang yang ada. itu hanya analogi gambaran apa yang cuba di maksudkan oleh kerajaan terhadap isu judi ini.

aku berpendapat yang kerajaan bercadang untuk memberi lesen perjudian apabila terlalu taksub terhadap keuntungan yang di kaut oleh negara-negara yang membenarkan judi ini. Bayangkan Singapura berjaya mengutip S$360 juta (RM878 juta) setahun hasil kutipan cukai pertaruhan sukan, manakala Hong Kong memperoleh HK$3.1 bilion (RM1.4 bilion). 

dan atas sebab itulah kita menjadi buta terhadap isu ini, yang haram mahu di halalkan. ini sudah bertentangan dengan Ajaran Agama Islam. kita tidak boleh menghalalkan sesuatu yang sudah jelas-jelas haram. aku tidak faham mengapa kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Najib boleh berfikiran seperti ini? musykil aku.

dan sebagai timbalan menteri kewangan dan mempunyai latar pendidikan yang cukup tinggi belaiu tidak seharusnya bersetuju (meskipun hanya cadangan) terhadap isu ini.  dan yang pastinya banyak cara lain lagi untuk kita meningkatkan pendapatan negara.






berbalik kepada isu Penjara Pudu, sebenarnya kerajaaan dah pun memutuskan untuk melakukan proses pembangunan semula penjara pudu mulai awal tahun hadapan.

terdapat 3 fasa semuanya, dan projek ini adalah projek besar yang mana akan memakan masa selama 10 tahun untuk di siapkan. ia akan di bangunkan oleh UDA Holding selaku agensi di bawah kementeriaan keewangan.tetapi kos pembinaan sehingga kini masih tidak di ketahui.

berdasarkan kepada pengemuman terbaru yang di buat oleh Datuk Dr Awang Adek Hussein, projek pembangunan semula tapak Penjara Pudu ini akan mengandungi 40% kawasan perumahan dan 60% kawasan komersial termasuklah hotel bertaraf lima bintang.

dan pastinya, persoalan siapakah yang akan membeli kawasan perumahan dan komersial ini yang di bangunkan di tapak bekas Penjara Pudu kerana dari segi pengamalan Feng Shui cina bagi mereka yang mempercayainya sudah pasti ianya tidak mendatangkan sesuatu yang baik kepada masyarakat cina yang mendudukinya ataupun mengusahakan perniagaan di tapak Penjara Pudu ini andai Kompleks pembangunan semula tapak Penjara Pudu ini siap kelak.  kerana kita tahu bakal pembeli utama akan terdiri daripada masyarakat cina kerana tapak Penjara Pudu ini terletak di kawasan segi tiga emas KL. 

walauapapun, Penjara Pudu hanya tinggal dalam lipatan sejarah dan pembangunan pintar yang akan di bangunkan di tapak itu kelak di harapkan dapat memberi pelbagai keselesaan dan kemudahan kepada masyarakat.


sekian.






p/s: ya...aku kini di jangkiti virus demam B0L4.....sungguh...aku sendiri tidak percaya....ha3

Penjara Pudu 'di tali gantung'








Prasasti Jiwa:

satu lagi bangunan peninggalan penjajah akan di runtuhkan tepat 10 malam 21jun 2010...mural yang mencatat sejarah terpanjang di dunia iaitu sepanjang 384m serta setinggi 4.5m yang telah di lukis oleh banduan penjara pudu sendiri menggunakan 2,000 liter cat akan menerima nasib untuk di robohkan.

pastinya tembok yang menjadi pemisah di antara banduan penjara pudu ini menyimpan 1001 cerita mengenai penghuni yang pernah menghuni penjara pudu.

namun penjara yang di bina daripada batu bata dan di lepar dengan simen yang di import daripada british ini hanya akan menjadi lipatan sejarah dan pastinya tiada lagi kelibat tembok besar ini akan kelihatan tatkala kita melalui jalan Hang Tuah yang sentiasa sesak dengan kenderaan manusia.

dan di sebabkan oleh arus kemodenan, Penjara Pudu terpaksa menerima nasib untuk di 'lupuskan' dari pandangan kita apabila Penjara yang terletak di Tiga Segi Emas Kuala Lumpur ini akan di bangunkan oleh UDA Holdings bagi tujuan komersial dan sebagai gantinya UDA Holding telah membina Penjara Sg.Buloh.

mungkin di antara kita akan menganggap ianya hanyalah sekadar sebuah Penjara yang mana pernah 'menyimpan' sampah masyarakat dan menganggap Penjara Pudu tidaklah sepenting dan segah Kota A'Famosa...

kita perlu sedar satu perkara, kita tidak boleh menidakkan kemodenan namun dalam kemodenan itu kita perlu menjaga keunikan sejarah yang ada di dalam negara kita.

apa salah dan dosa bangunan-bangunan hasil peninggalan penjajah ini? adakah dengan menghapusnya daripada pandangan maka secara langsung ingatan kita terhapus daripada mengingati kekejaman penjajah?

bukan itu yang kita cari. Tatkala dunia pada hari ini mengejar untuk mendapatkan pengiktirifan World Heritage Site di mata UNESCO kita pula bangga dan rakus untuk merobohkan dan membiarkan bangunan bersejarah ini di telan zaman tanpa ada sebarang penambahbaikkan.

kita lebih rakus mengejar kemodenan sedangkan kemodenan itu belum pasti menjanjikan sesuatu yang baik di masa hadapan. 

mana nilai sensitiviti sejarah kita? mana Kementerian yang bertanggungjawab dalam menjaga bangunan-bangunan lama yang wujud di Malaysia ini?

dan tahukah anda kadar pelancong yang datang melawat Penjara Pudu ketika ianya di buka kepada orang ramai mencecah hampir setengah juta orang dan ini sudah cukup membayangkan betapa ramai lagi mereka yang di luar sana yang ingin menyelami kehidupan 'penguni penjara pudu' ini termasuklah aku sendiri.

mungkin kita tidak nampak dari segi Fizikal, kerana dari segi fizikalnya kita menganggap Penjara Pudu sebagai 'perosak' pemandangan di Kuala Lumpur. namun kita tidak pernah berfikir bagaimana penjara yang sudah berdiri utuh ini selama 105 tahun mampu memberi kesedaran dan keinsafan kepada generasi kini dan akan datang. kerana kita tahu penjara pudu menyimpan suka duka penghuninya yang mampu mendidik kita menjadi insan yang lebih berguna. 

dari kesilapan orang lain juga kita mampu menjadikannya satu pedoman kepada kita untuk tidak melakukan kesilapan yang sama. itu yang harus kita terima bersama.

andai Penjara Pudu ini mempunyai nyawa dan bisa berkata, pastinya ia akan merayu untuk tidak mahu di robohkan. tapi sayang ianya bukan benda bernyawa lantas ianya akan menerima nasib yang sama dengan banduan yang pernah di hukum gantung apabila kini tiba masanya pula untuk 'di hukum gantung'.

tak sangka, hidup ini sememangnya ada Karma! bukan hanya sesama manusia saja.

biarlah aku menulis entri ini di anggap satu 'jeritan' yang tak kan mungkin membuat Penjara Pudu tidak menerima 'hukuman'nya. ataupun ada di kalangan kita men'tertawakan' kerana aku memperjuangkan sebuah Penjara Mati. atau mungkin ada yang berkata ' aku nak sangat kah masuk penjara'...sampai nak memperjuangkannya.

bukan

bukan itu maksud aku. apa yang cuba aku sampaikan ialah betapa perlunya kita menjaga 'harta peninggalan' yang ada terutamanya bangunan-bangunan yang lama untuk di jadikan satu Warisan. Andai Bangunan Sultan Abdul Samad boleh kita baikpulih dan di jadikan satu aset pelancongan dan menjadi tatapan kepada rakyat Malaysia amnya dan warga dunia yang datang melancong mengapa tidak kepada PENJARA PUDU? kerana ianya masih bangunan yang bersejarah...

benar...

sejarah bukannya hanya akan di hayati tatkala ada peninggalan sejarah. Namun melalui peninggalan yang adalah kita lebih dapat menyelongkar apa yang ada dalam sejarah.

teguran harus di berikan kepada kementerian yang berwajib dalam menjaga bangunan-bangunan yang bersejarah ini. melalui pengalaman aku ke negeri-negeri yang banyak terdapat bangunan-bangunan bersejarah ini, tahap pengurusan baikpulih sesuatu bangunan amatlah di tahap yang tidak berapa baik dan perlu tindakan yang segera.

sekian.

baca blog ini...klik sini



p/s: teringin nak pergi rome dan yamen sbb aku tertarik dengan peninggalan bangunan-bangunan yang bersejarah di sana... ; )

Saturday, June 19, 2010

monolog sepi





Tatkala ini jiwa kosong tak berperasaan. entah mana hilang jiwa yang selalu mendera hati. kosong tanpa darah yang mengalir. apa sudah jadi. aku hanya mampu untuk terus kaku. hanya menanti waktu akan hadirnya Sang Perwira Jiwa yang bisa membuat kekosongan jiwa ini bebas. ceria seperti dulu . atau . mungkinkah ini satu fasa untuk sepi. aku rindukan atmosfera dulu. yang bisa membuat jiwa ini terus mewarnai merahnya hati tanpa pernah lupa untuk terus memenuhi ruang-ruang dunia yang kosong.

atau juga

aku harus menerima takdir ini. takdir yang memberi ruang untuk aku lari dari keselesaan biasa. kerana mungkin Dia mahu aku melalui fasa ini bersendiri. dan aku pasti ini takdirNya. takdir yang akan membuat aku sendiri yang harus mencari konklusi kekosongan hati. memenuhi ruang-ruang yang ada tanpa pernah merasai diri ini sendiri. kerana satu perkara yang harus aku sedari. dan anda juga semua harus sedari bersama. hidup ini bukan di ciptakan untuk sepi melainkan kita yang mahukannya. sepi itu bisa terus pergi dari ruang-ruang kehidupan kita. seandainya kita tahu di mana bahgia berada.

oleh itu

marilah kita mencari bahagia dan jangan pernah biarkan jiwa kekosongan. membiarkan hati terus mati kesepian  : )

kita yang mencorak kekosongan itu!





Wednesday, June 16, 2010

Wavin' Flag



K'naan - Wavin' Flag

Give me freedom, give me fire, give me reason, take me higher
See the champions, take the field now, you define us, make us feel proud
In the streets are, exaliftin , as we lose our inhabition,
Celebration its around us, every nation, all around us
Singin forever young, singin songs underneath that sun
Lets rejoice in the beautiful game.
And together at the end of the day.
WE ALL SAY
When I get older I will be stronger
They’ll call me freedom Just like a wavin’ flag
And then it goes back
And then it goes back
And then it goes back
And then it goes back
When I get older I will be stronger
They’ll call me freedom
Just like a wavin’ flag
And then it goes back
And then it goes back
And then it goes back
And then it goes
Oooooooooooooh woooooooooohh hohoho
Give you freedom, give you fire, give you reason, take you higher
See the champions, take the field now, you define us, make us feel proud
In the streets are, exaliftin, every loser in ambition,
Celebration, its around us, every nations, all around us
Singin forever young, singin songs underneath that sun
Lets rejoice in the beautiful game.
And together at the end of the day.
WE ALL SAY
When I get older, I will be stronger
They’ll call me freedom
Just like a wavin’ flag
And then it goes back
And then it goes back
And then it goes back
And then it goes back
When I get older I will be stronger
They’ll call me freedom
Just like a wavin’ flag
And then it goes back
And then it goes back
And then it goes back
And then it goes
Wooooooooo Ohohohoooooooo ! OOOoooooh Wooooooooo
WE ALL SAY !
When I get older I will be stronger
They’ll call me freedom
Just like a wavin’ flag
And then it goes back
And then it goes back
And then it goes back
And then it goes back
When I get older I will be stronger
They’ll call me freedom
Just like a wavin’ flag
And then it goes back
And then it goes back
And then it goes back
And then it goes
Wooo hooooo hohohohoooooo
And everybody will be singinit
Wooooooooo ohohohooooo
And we are all singinit






Prasasti Jiwa:


lagu di atas adalah salah satu lagu untuk Piala Dunia 2010.
lirik dan lagu yang menarik serta di nyanyikan oleh seorang penggiat seni yang juga bukan calang-calang orang. kalau nak kenal sila search di Mr,Wiki.

sebenarnya entri ini panjang dengan ulasan aku tentang 'DEMAM BOLA' namun di sebabkan oleh connection yang sedikit sengal serta Mr.Mozila yang tak habis2 dengan updatenya membuatkan entri aku tadi hilang macam itu sahaja.tetiba dia close tanpa aku nak close. arggghhhh.....

sakit hati.

namun aku bukanlah segigih dulu yang boleh retype balik segala apa yang aku tulis di awalnya. aku pun pelik biasanya blogspot ni secara automatic save. tapi bila search balik kat edit post tak di save pun. hampeh....

sekarang sudah pukul 3am lebih. dan Brazil Vs Korea Utara tengah berlangsung sekarang. tapi sayang aku perlu untuk tidur sekarang kerana esok aku kena gigih untuk membuat lab FYP aku. itu lagi penting. dahulukan yang penting terlebih dahulu berbanding yang tak perlu itu lebih baik.( aku bukanlah tergolong dalam mereka yang terkena jangkitan 'Demam Bola' titik) sekadar ambil tahu menang kalah sudah cukup buat aku daripada membazir masa yang sangat penting : )

ha...jangan lupa untuk melayari blog ini. ianya mengenai ulasan setiap perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010. klik sini

sekian.



p/s; aku tak nak sokong Korea Utara meskipun aku menyokong wakil-wakil Asia yang lain. semuanya kerana Korea Utara adalah sebuah negara yang Komunis!

http://jumapx.blogspot.com/

Saturday, June 12, 2010

ku tak bisa








Jaclyn Victor-Ku Tak Bisa

benarkah itu cinta
cinta yang ku cari
jika benarlah ia ku bersyukur
saat ku bersamamu sungguh ku hargai
kau penawar segala deritaku
sungguhku tak menyangka
ini semua terjadi
namun ku rela pemergianmu

ku tak bisa melupakan
kisah cinta kau dan aku
ku tak bisa menyayangi
selain dirimu
ku tak bisa menghadapi
hari mendatang tanpamu
ku tahu ini benar berlaku
inilah kenyataannya

kutabahkan hati ini
ku mohon padamu
berikanku kekuatan mengharunginya
ini semua terjadi takdir yang menentukan
kukuatkan semangat untuk meneruskan
sungguh ku tak menyangka ini semua terjadi
namun ku rela pemergian mu

ku redha apa yang berlaku
berikanku petunjuk agar ku sejahtera



Prasasti Jiwa:

lagu Ku Tak Bisa ini adalah single lagu dalam album terbaru Jaclyn...melodi dan liriknya sangat masuk ke dalam jiwa aku...memang best...aku dengar banyak kali pun tak bosan...

kawalan vocal jac dalam lagu ini sangat baik...aku boleh beri 5 bintang untuk vocal jac....cara nyanyian jac juga mmg lain dari lain...dan aku pasti lagu ini bukan senang nak di nyanyikan oleh mereka yang tidak mempunyai vocal yang mantap macam jac...dan tahniah buat jac sebab berjaya menjadikan lagu ini menjadi betol2 hanya hak miliknya...seperti lagu Gemilang....yang aku rasa sehingga sekarang tiada seorang pun yang aku rasa sesuai untuk menyanyikan lagu Gemilang selain Jac...

sesungguhnya Jac adalah artis yang mempunyai classnya yang tersendiri....dan tiada siapa yang dapat menyangkal kehebatan dan kemantapan vocal jac....serendah-rendah suara hinggalah setinggi-tinggi nota lagu Jac boleh bawa dengan baik....

kekuatan lagu ini pada aku terletak pada chorusnya...kerana ianya sangat senang untuk di ingati....

"ku tak bisa melupakan
kisah cinta kau dan aku
ku tak bisa menyayangi
selain dirimu
ku tak bisa menghadapi
hari mendatang tanpamu
ku tahu ini benar berlaku
inilah kenyataannya"
memang jiwang giler part chorus ini...memang sangat kena dengan jiwa mereka-mereka yang hangat bercinta...lagi-lagi bila orang yang dah putus cinta ataupun cinta tak kesampaian...memang sesuai dengar lagu ini...

dan yang pastinya...lagu ini memang kena dengan aku....ianya menggambarkan apa yang ada dalam isi  hati aku sekarang kepada DIA....

kerana bagi aku...aku hanya mahu DIA yang terakhir dalam hati aku...sebab aku tak mahu untuk mencintai orang lain selain DIA...penat sebenarnya mencintai...sebab itu aku mahu DIA yang terakhir....sebab aku tak mahu lagi untuk jatuh cinta...

dan aku hanya mampu untuk terus berdoa yang aku dan DIA akan di satukan bila tiba masanya...insyallah

semua terpulang kepadaNYA...

: )

sekian


Thursday, June 10, 2010

Menyesal...





Ressa Herlambang-Menyesal

Semula ku tak yakin
Kau lakukan ini padaku
Meski dihati merasa
Kau berubah saat kau mengenal dia
Bila cinta tak lagi untukku
Bila hati tak lagi padaku
Mengapa harus dia yang merebut dirimu
Bila aku tak baik untukmu
Dan bila dia bahagia dirimu
Aku kan pergi meski hati tak akan rela

Terkadang ku menyesal
Mengapa ku kenalkan dia padamu




Prasasti jiwa:

hari ini, dua kali aku dengar lagu ni dekat radio. sekali semasa on da way pergi lab then kali ke-2 semasa balik dari lab.

lagi ni memang sedih dan mempunyai cerita yang tersendiri. melodi dan liriknya yang simple tetapi di sampaikan dengan cukup baik oleh Ressa Herlambang membuat orang yang mendengar sekali pasti akan tertarik untuk mendengar lagu ini buat kali ke-2 dan yang pastinya ada antara kita yang pernah melalui peristiwa seperti cerita di dalam lagu ini.

bercerita mengenai pengalaman, aku tak lah pernah mengalami situasi seperti ini. tapi pernahlah mengalami situasi yang hampir sama.

sakit hati...semua perasaan ada. tapi aku faham yang dia hanya anggap aku sekadar teman biasa. mungkin dia lebih menyintai dan menyayangi rakan dari sekolah aku itu.

aku dapat tahu bila dia tersalah hantar sms kat aku...bunyi sms tue lebih kurang macam ni...'tolong jangan beritahu jumain yang kita sudah couple..." macam tu lah...mungkin time dia nak hantar sms tu minda dia tengah fikir dekat aku kot...sebab tu boleh tersalah send....hu3 hancur luluh hatiku ketika itu...ha3

namun, selepas beberapa bulan...aku rasa tak sampai setahun pun mereka berdua couple. percintaan mereka putus di tengah jalan....akhirnya dia sendiri yang bagi tahu aku....yang kawan aku tu sebenarnya curang...

apa nak di kata, bila si lelaki boleh la di katakan kategori mamat yg 'hot' (sebab family dia kaya) kalau biasa macam aku ni mestilah tak ramai yang pandang. sebab itulah tak pernah puas dengan satu. bila tengok perempuan yang lagi cantik mulalah tergoda dan cuba untuk memikat...

aku pun sebenarnya dah malas nak mengungkit cerita lama. sebab bagi aku itu semua adalah pengalaman yang mengajar untuk kita lebih berhati-hati di masa akan datang.

dan aku juga nak minta maaf kan budak perempuan ni sebab aku rasa aku yang lebih-lebih sedangkan dia hanya mengangap aku sekadar teman. sebab cinta itu bukan untuk di paksa ia datang tulus dari hati kan.. : )

tapi aku seronok sebab ada pengalaman seperti ini sekurang-kurangnya ada juga benda yang akan aku ceritakan kepada anak cucu aku...he3

sekarang budak perempuan tu bakal menjadi seorang doktor...bestnya bila parents banyak duit kan...senang je nak sambung belajar untuk course yang kita nak...tapi budak perempuan tu memang pandai juga...result SPM dia pun lagi ok dari aku...tak silap 10A kot...kalau tak silap aku lah...

Good luck buat dia...semoga menjadi doktor yang berjaya...oh impian aku yang tak menjadi nyata...hu3 tapi tak apa...mana tahu suatu hari budak perempuan ni yang sambut kelahiran anak aku...ok jugak...he3 boleh lah dia tengok muka isteri dan anak aku yang comel  ; )

ok lah...apa-apa pun...kisah aku dengan dia kini hanya menjadi kenangan dalam lipatan sejarah cinta aku...he3 

sebab Cinta itu akan hadir tanpa pernah kita duga,
tanpa pernah kita penat mencari,
kerana Anugerah Tuhan ini akan tiba,
bila sudah sampai waktunya : )

dan kini...

aku sedang mencuba untuk terbaik...
buat cinta yang sentiasa buat aku Tersenyum : )


sekian

Wednesday, June 9, 2010

Palestine will be free



Palestine Will Be Free

 
Every day we tell each other
That this day will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high
Deep in my heart I never have any doubt
That Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye
What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life?
And all those other lies?
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive

I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
‘Cause no matter what they do
They can never hurt you
Coz your soul will always be free

Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
© Awakening Records 2009

Prasasti Jiwa:


saat dan ketika ini, dunia kembali bangkit dan bersuara mengutuk kekejaman Israel laknatullah. Mengapa baru saat dan ketika ini, baru kita semua menyedari akan kekejaman Israel yang tidak pernah mengenal apa itu 'PERIKEMANUSIAAN' ataupun selama ini kita semua berpura-pura untuk tidak mahu untuk mengambil tahu akan kekejaman yang telah di lakukan oleh kaum Yahudi ini. 

Atau mungkinkah hanya mereka yang tidak berdaya yang menyedari, namun yang mampu dan berkuasa untuk membantu rakyat bumi palestin hanya diam membisu kerana tidak mahu mencampuri urusan orang lain. dan menikmati dunia kesenangan tanpa pernah melihat apakah keadaan bumi palestin ketika ini.Palestin bukannya terletak jauh daripada negara2 lain seperti Australia...Palestin punya negara jiran yang sama agama, iaitu Agama Islam namun mana perginya rasa persaudaraan?

Adakah bila ada rakyat negara kita yang menjadi sukarelawan MATI...barulah kita tersentak akan kekejaman Israel? namun pernahkah kita terfikir berapa ribu nyawa saudara seislam kita yang telah terkorban akibat daripada kekejaman Israel durjana ini?

di mana kita ketika itu?

Benar! ini takdir yang tuhan berikan kepada Bumi Palestin yang mana dahulunya bumi suci islam namun kini, menjadi lautan darah yang tak berdosa. namun apa negara-negara islam lakukan? rundingan? memorandum? cadangan? persidangan? adakah semua itu dapat menyelesaikan kemelut yang kian melarat di bumi palestin?

tiadanya tindakan TEGAS yang di ambil oleh negara-negara Islam ini menyebabkan Israel dan negara sekutunya terus berani untuk menjadi PENJAJAH baru di era globalisasi ini.

Doa. Mungkin hanya itu yang dapat di panjatkan bagi mereka yang tidak mampu untuk menyumbangkan sebarang bentuk tindakan ataupun bantuan fizikal agar bumi Palestin akan bebas dari cengkaman Israel. 

Mahkamah Dunia. Tempat yang seharusnya Israel di hadapkan sejak dari dulu lagi agar kekejaman yang di lakukan oleh mereka dapat di hukum setimpal atas apa yang telah mereka lakukan.

dan apa yang paling penting, bumi Palestin harus bebas daripada cengkaman Israel dan rakyat Palestin dapat menikmati kehidupan dunia seperti apa yang kita semua lalui.

Bantuan Kemanusiaan. Harus di pergiatkan lagi agar keperluan harian rakyat Palestin dapat di penuhi. Jika jalan air tidak boleh kita guna jalan darat ataupun udara.

andai seluruh dunia bersatu. Israel tidak akan mampu untuk terus bermaharalela menjadi Firaun di zaman ini.

sama-samalah kita panjatkan doa pada Ilahi...agar akan ada sinar buat rakyat Palestin.

Peace No War!

......



Monday, June 7, 2010

Jun di UMP....

Salam...

di kala ini, aku berada di bumi UMP kebosanan & kemalasan untuk membuat lab FYP aku...malam semalam aku tiba dari rumah...naik bus di bukit jalil...di sebabkan pudu sekarang tengah ubah suai...

cuti seminggu di rumah selepas balik dari NRIC 2010 cukup membuat aku seronok berada di rumah walaupun tidak pergi ke mana-mana dan hanya duduk di rumah...

seronok rasanya bila dapat berjumpa dan berkumpul bersama satu family....lagi-lagi bila ada anak buah yang sangat comel dengan telatahnya..membuatkan aku tak kering gusi melihat kecomelannya.... : )

dan mungkin di sebabkan itulah juga sekarang ini aku rasa macam nak balik je rumah....sebab terlalu rindukan suasana rumah...lagi-lagi bila dapat duduk di rumah berehat tanpa membuat apa-apa...ha3



ok lah...sebenarnya di kesempatan ini aku nak mengucapkan TAHNIAH buat kesemua pendebat seMalaysia yang telah berjaya menjayakan Debat 111 Jam Pelbagai Bahasa yang telah berakhir 1 Jun lepas....

tahniah kerana berjaya melakarkan satu lagi rekod baru...selepas debat 100jam pada tahun 2006...aku berkesempatan juga untuk merasai suasana kehangatan Pesta Debat 111jam ini...

habis je dari NRIC 2010 USM...sampai KL je aku terus turun PWTC...walaupun tengah penat seluruh badan sebab perjalanan dan juga  keletihan yang masih tidak hilang...namun aku gagahkan juga untuk ke PWTC...

 *gambar di ambil dari album PETAH

seronok tengok alumni dan pendebat-pendebat seMalaysia berkampung di sana untuk menjayakan aktiviti ini....dan malangnya aku tak berkesempatan untuk terlibat untuk menjadi peserta...di sebabkan kebanyakan slot yang aku datang sudah penuh...maka aku hanya datang sbg memeriahkan suasana dan menjadi penonton sahaja....

tapi yang seronoknya dapat berjumpa dengan alumni debat UMP...abg wan,abg fais,abg raja n abg pjoyz....sudah lama tak berjumpa dengan mereka semua... : )

dan ketika debat PETAH ini berlangsung....di PWTC juga turut berlangsungnya YOUTH 2010....apa lagi...jalan-jalan lah ke pesta YOUTH 10 ni...memang seronok giler...


memang program YOUTH ini pada pendapat aku berjaya menghimpunkan belia-belia di malaysia...dan aktiviti-aktiviti yang di adakan juga menarik ramai remaja untuk turut sama memeriahkan YOUTH 10 ni...di harapkan YOUTH ini akan di adakan lagi pada masa-masa akan datang....memang best!

ok lah...setakat ini saja entri untuk kali ni...actually banyak nak kongsi cerita bersama...sebab aku sendiri rasa rindu penulisan aku sebelum ini : )

sekian....




Prasasti Jiwa:
semoga aku dapat melalui bulan Jun ini dengan hati yang tabah...amin

Saturday, June 5, 2010

selesai NRIC 2010



Salam...

Alhamdulillah...selesai satu tugasan berat untuk aku di cuti semester kali ini....iaitu untuk menghadirkan diri dalam pertandingan National Research & Innovation Competition 2010 yang telah berlangsung dari 26-29 Mei 2010...

banyak yang aku pelajari daripada pertandingan ini...persediaan mental dan juga fizikal amat penting untuk menyertai pertandingan sebegini...

persediaan dari awal tersangatlah penting supaya di hari jadi nanti tidak lah terpinga-pinga untuk bersiap sedia dalam menghadapi segala cabaran dan persoalan yang di timbulkan oleh pengunjung dan juga panel penilai...

seronok juga jika sekali-sekala menghadirkan diri dalam pertandingan sebegini...banyak pengalaman yang sukar untuk di cari di luar yang aku dapat daripada pertandingan ini...

dapat jumpa rakan-rakan baru...dan melihat sendiri betapa kreatif dan inovatifnya mahasiswa kita kini....pelbagai ciptaan baru yang membawa kepada penyelesaian segala yang berlaku di kehidupan harian kita...

dan siapa kata mahasiswa kita bukan bertaraf antarabangsa...?

mahasiswa kita juga boleh menghasilkan dan mencipta sesuatu yang berguna di masa depan....cuma mungkin kita masih tidak mengambil berat akan final year project bagi pelajar-pelajar akhir tahun...

sepatutnya...setiap IPT tidak hanya membiarkan kajian-kajian yang telah di lakukan oleh pelajar-pelajar tahun akhir di simpan sebegitu sahaja...sepatutnya ianya di bawa keluar untuk di komersialkan dan di tambah baik...

kerana aku percaya...setiap kajian yang di lakukan oleh setiap pelajar tahun akhir sememangnya berguna untuk di kemudian hari dan tak sewajarnya di biarkan begitu sahaja...

dan setiap IPT sepatutnya menjadikan final year project sebagai satu matapelajaran yang di pandang tinggi oleh semua pelajar...maka tiadalah pelajar yang mengambil mudah akan projek sarjana muda ni...barulah kita dapat melahirkan pelajar ataupun graduan yang berkualiti dan tidak hanya pandai teori tetapi juga mampu mempraktikkannya...apatah lagi pelajar kejuruteraan...sememangnya perlu untuk menghasilkan satu produk yang boleh di komersialkan.....tiada yang mustahil andai kita mahu...: )

seronok memang seronok...dapat bertemu dengan pelbagai pengunjung yang menanyakan pelbagai soalan...memang mencabar....paling aku takut bila ada pelajar-pelajar dari universiti lain datang ke booth aku dan tanya banyak soalan...ya la...sah-sah la mereka akan tanya banyak sebab mereka bukan budak sekolah yang senang untuk di tipu...hu3

aku ingatkan pertandingan ini tak memenatkan...rupa-rupanya...seluruh badan aku sakit dan kepenatan....apa taknya...duduk kat booth sepanjang hari...dan kena berdiri dan bercakap...memang la penat...

tapi yang paling best bila setiap malam dari hari pertama sampai hinggalah balik...tiap-tiap malam kami keluar jalan-jalan...memang best...tengok keindahan pulau pinang di malam hari...bangunan semuanya tinggi-tinggi he3 sampai aku fikir macam nak duduk kat penang ni...ha3 seronok...

apa-apa pun...banyak lagi yang perlu untuk aku perbaiki projek aku ni...untuk menghadirkan diri ke pertandingan yang bakal mendatang...pertandingan apa? kita tunggu...he3

tapi di kesempatan ini...aku nak wish tahniah kepada team THILAGAWATI & NUR FITRIAH...sebab berjaya mengharumkan nama UMP...apabila memenangi pingat EMAS dan juga berjaya membawa pulang special award iaitu SUSTAINABLE GREEN TECHNOLOGY AWARD dengan wang tunai sebanyak RM3000...dengan roject mereka pasal aku pun tak ingat...tapi projek dia macam ni la sikit...dari kulit bawang di proses untuk di jadikan pencegah karat dalam paip...hebat tak hebat...simple je project dia tapi sangat berguna...: ) dan tak lupa buat kak ayu dari fakulti komputer yg berjaya membawa pulang medal Bronze..tahniah di ucapkan...

ok la...semoga pertandingan sebegini dapat di perbanyakkan lagi...agar kita dapat menghasilkan insan-insan yang berkualiti di masa hadapan : )


sesungguhnya...TEKNOLOGI HIJAU harus di bangunkan demi kelestarian bumi di masa depan...

sekain..




Prasasti Jiwa:
kena buat report pasal NRIC ni pulak...hu3

Popular Posts

Popular Posts since May 2010