Tuesday, June 22, 2010

‘Penjara Pudu bukan warisan negara’




Prasasti Jiwa:

Semalam....pasti ramai warga Kuala Lumpur yang turun untuk menyaksikan 'Upacara' merobohkan tembok Penjara Pudu. dan pastinya ramai yang mengambil peluang untuk bergambar serta tidak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk mengambil serpihan-serpihan tembok Penjara Pudu ini.

ok. tak perlu untuk aku bicara panjang mengenai Penjara Pudu yang telahpun menerima 'hukuman' kemodenan. kerana tapak Penjara Pudu telahpun di jadikan hak milik UDA Holdings.titik.

dan yang pastinya, aku akan merindui 'pemandangan' mata aku tatkala menaiki Monorail ke Time Square sbb lepas ni Penjara Pudu dah tiada dari pandangan kita semua. kerana bagi aku Pudu di kenali di sebabkan oleh Penjara Pudu itu sendiri. itulah keistimewaan Pudu bagi aku. tapi sayang kemodenan menenggelamkan bangunan yang menyimpan 1001 cerita ini. kerana tiada yang kekal di atas muka bumi ini.

sebenarnya aku tertarik dengan kata-kata seorang timbalan menteri keewangan iaitu Datuk Dr Awang Adek Hussein

kata beliau:

Kerajaan tidak bercadang menjadikan Penjara Pudu sebagai tapak warisan kerana kewujudannya tidak di anggap sebagai sesuatu yang boleh di banggakan rakyat di negara ini.

Kerajaan sudah meneliti perkara ini dan membuat keputusan tapak ini bukan tapak warisan dan tidak akan dijadikan tapak warisan negara.

Mungkin banyak benda lain boleh di banggakan berbanding sebuah penjara walaupun ia sebuah bangunan lama.

aku tertarik dengan kata-kata yang di keluarkan oleh beliau selaku wakil kerajaan. memang betul Penjara Pudu bukanlah suatu yang boleh di banggakan oleh rakyat Malaysia. Namun apa yang perlu kita fahami di sini ialah kita perlu untuk menjaga sesuatu bangunan yang mempunyai sejarah tersendiri. kerana setiap bangunan yang telah mencecah ratusan tahun pastinya mempunyai sejarahnya yang tersendiri. dan sebagai kerajaan mereka seharunya betul2 mengkaji kesan dan impak andai Penjara Pudu ini di baik pulih ataupun di robohkan. kita perlu melihat contoh negara lain bagaimana pengurusan mereka terhadap Penjara yang sudah tidak di gunakan. contoh mudah bagaimana Australia menjadikan Penjara lama untuk di jadikan tarikan pelancong sbg contoh Old Melbourne. memang sgt menarik pengisian yang di buat terhadap penjara lama tersebut dan penjara tersebut seumur dengan Penjara Pudu. dan yang menariknya penjara tersebut terletak di tengah-tengah bandar. mengapa mereka boleh kita tak boleh? bukankah moto kita Malaysia Boleh? hampeh...

katanya banyak lagi benda lain yang boleh di banggakan. memang pun ada tapi adakah bangunan-bangunan lama ini di uruskan dengan baik? aku rasakan tidak. contoh mudah ialah Panggung bandaraya Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad bukannya di uruskan dengan baik pun. sedangkan Panggung tersebut sangat unik dan bersejarah. entah-entah esok lusa bila bangunan-bangunan lama ini di biarkan tanpa penambahbaikan, ianya juga akan menerima nasib yang sama dengan Penjara Pudu kerana akar umbinya di sebabkan tiadanya proses membaik pulih di jalankan terhadap bangunan-bangunan lama.

kadang-kadang pemimpin kita ni pandai je cakap yang kerajaan dah kaji dengan teliti sebenarnya tak pun. contoh mudah bila Datuk Dr Awang ini juga yang mengeluarkan kenyataan bahawa Kerajaan akan mungkin mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan yang mana tujuannya bagi mengekang perjudian dan pertaruhan haram yang tetap akan berlaku dan tanpa kawalan.

kalau macam tu halalkan sahaja la semua benda yang tidak di benarkan di Malaysia. Tak payah buat undang-undang sebab buat undang-undang pun tetap ada orang yang mencuri,ambil rasuah,merogol,ambil dadah. ha! apa lagi benda-benda yang tidak di benarkan, senaraikan semua lepas tu kita bagi kelonggaran macam tu? analogi yang boleh di berikan kepada kata-kata usaha kerajaan ini ialah Undang-undang ada pun tapi tetap ada yang melanggar, maka kita mansuhkan semua undang-undang yang ada. itu hanya analogi gambaran apa yang cuba di maksudkan oleh kerajaan terhadap isu judi ini.

aku berpendapat yang kerajaan bercadang untuk memberi lesen perjudian apabila terlalu taksub terhadap keuntungan yang di kaut oleh negara-negara yang membenarkan judi ini. Bayangkan Singapura berjaya mengutip S$360 juta (RM878 juta) setahun hasil kutipan cukai pertaruhan sukan, manakala Hong Kong memperoleh HK$3.1 bilion (RM1.4 bilion). 

dan atas sebab itulah kita menjadi buta terhadap isu ini, yang haram mahu di halalkan. ini sudah bertentangan dengan Ajaran Agama Islam. kita tidak boleh menghalalkan sesuatu yang sudah jelas-jelas haram. aku tidak faham mengapa kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Najib boleh berfikiran seperti ini? musykil aku.

dan sebagai timbalan menteri kewangan dan mempunyai latar pendidikan yang cukup tinggi belaiu tidak seharusnya bersetuju (meskipun hanya cadangan) terhadap isu ini.  dan yang pastinya banyak cara lain lagi untuk kita meningkatkan pendapatan negara.






berbalik kepada isu Penjara Pudu, sebenarnya kerajaaan dah pun memutuskan untuk melakukan proses pembangunan semula penjara pudu mulai awal tahun hadapan.

terdapat 3 fasa semuanya, dan projek ini adalah projek besar yang mana akan memakan masa selama 10 tahun untuk di siapkan. ia akan di bangunkan oleh UDA Holding selaku agensi di bawah kementeriaan keewangan.tetapi kos pembinaan sehingga kini masih tidak di ketahui.

berdasarkan kepada pengemuman terbaru yang di buat oleh Datuk Dr Awang Adek Hussein, projek pembangunan semula tapak Penjara Pudu ini akan mengandungi 40% kawasan perumahan dan 60% kawasan komersial termasuklah hotel bertaraf lima bintang.

dan pastinya, persoalan siapakah yang akan membeli kawasan perumahan dan komersial ini yang di bangunkan di tapak bekas Penjara Pudu kerana dari segi pengamalan Feng Shui cina bagi mereka yang mempercayainya sudah pasti ianya tidak mendatangkan sesuatu yang baik kepada masyarakat cina yang mendudukinya ataupun mengusahakan perniagaan di tapak Penjara Pudu ini andai Kompleks pembangunan semula tapak Penjara Pudu ini siap kelak.  kerana kita tahu bakal pembeli utama akan terdiri daripada masyarakat cina kerana tapak Penjara Pudu ini terletak di kawasan segi tiga emas KL. 

walauapapun, Penjara Pudu hanya tinggal dalam lipatan sejarah dan pembangunan pintar yang akan di bangunkan di tapak itu kelak di harapkan dapat memberi pelbagai keselesaan dan kemudahan kepada masyarakat.


sekian.






p/s: ya...aku kini di jangkiti virus demam B0L4.....sungguh...aku sendiri tidak percaya....ha3

3 pengkritk ceritera duniaku:

Sengal Ubi said...

Di Melbourne, bekas penjara dijadikan tempat tarikan pelancong. Aku tak pasti nama penjara tersebut tapi betul-betul di bandar Melbourne (berdekatan dengan Parliament House). Di situ boleh rasai sendiri pengalaman dipenjarakan, dan ada juga beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan (boleh Google untuk maklumat lanjut).

Bagi aku, perobohan Penjara Pudu adalah sangat tidak wajar. Kalau bukan suatu benda yang boleh dibanggakan, aku kira Bangunan Sultan Abdul Samad, Stesen Keretapi KL KTM Headquater pun bukan benda-benda yang boleh dibanggakan sebab dibina oleh penjajah (dalam konteks ucapan Menteri berkenaan). Definisi membanggakan diukur bagaimana?

Penjara melambangkan keadilan kepada mereka yang melakukan jenayah dan menerima hukuman. Nilai sentimental penjara itu sendiri tinggi sebagai tapak bersejarah. Usia 115 tahun tidak cukup untuk diiktiraf sebagai bangunan bersejarah?

Menggunakan alasan melebarkan jalan bagi mengurangkan kesesakan di Jalan Hang Tuah teramatlah tidak boleh diterima pakai. Buatlah 10 lorong sekali pun, KL akan tetap sesak. Merobohkan Penjara Pudu bukan jawapan.

Yang paling aku tak boleh terima nak mendirikan bangunan komersial di atas runtuhan bangunan bersejarah. Mana perginya nilai sensitiviti kita terhadap peninggalan sejarah.

Sejarah itu yang mengajar manusia supaya menjadi manusia. Lepas ini lebih menarik untuk mengetahui nasib Bangunan Parlimen dan Istana Negara. Lebih banyak bangunan komersial mungkin?

Mr Final said...

sebagai budak KL. Sangat emosi dengan si Hawang Hadek2 tuh, rasa lempang tempeleng 1000x kat muka.

Owang kelantan sekalian, pesal korang xmo terima si hawang hadek nih, menyemak jek dia di bumi KL! xtau ker Mural di Penjara pudu itu mural terpanjang bertaraf dunia. Bukan setakat umor penjara sahaja!!

mAAF cakaplaaa, di eropah, semakin mereka moden semakin sukar suatu bangunan lama dirobohkan. Terlalu banyak kajian rapi dan akta2 utk dilepasi. Jika kita melawat mana kota eropah pasti penuh dengan bangunan sejarah mereka yang sentiasa di dijaga baikpulih dan diwarnaikan dengan nilai2 tambah untuk tarikan sejarah dan pelancongan. Maksudnye disini sangat x bersetuju dengan penulis, Penjara pudu ditali gantung disebabkan arus pemodenan.

Kata mudah, dirobohkan akibat ketololan, pemimpin dr parti UMNO yg gagal diKelantan tp membuat onar pula di negeri orang. Yang berhati busuk hingga judi pon mahu dijadikan budaya Malaysia! damn it

Mr Final bukanlah menentang jika hendak dibangunkan kawasan Penjara Pudu, malah suka jika dibangunkan TETAPI bukanlah hingga melenyapkan terus nilai sejarah disitu. Sepatutnya dinding penjara patut dikekalkan. Bukan lupus terus

Oh jadi entry pulak... haha.. ok tamat disni.

jumapx said...

to sengal ubi n Mr.Final: betul2...setuju dgn kamu berdua : )

Popular Posts

Popular Posts since May 2010