Tuesday, June 22, 2010

Penjara Pudu 'di tali gantung'








Prasasti Jiwa:

satu lagi bangunan peninggalan penjajah akan di runtuhkan tepat 10 malam 21jun 2010...mural yang mencatat sejarah terpanjang di dunia iaitu sepanjang 384m serta setinggi 4.5m yang telah di lukis oleh banduan penjara pudu sendiri menggunakan 2,000 liter cat akan menerima nasib untuk di robohkan.

pastinya tembok yang menjadi pemisah di antara banduan penjara pudu ini menyimpan 1001 cerita mengenai penghuni yang pernah menghuni penjara pudu.

namun penjara yang di bina daripada batu bata dan di lepar dengan simen yang di import daripada british ini hanya akan menjadi lipatan sejarah dan pastinya tiada lagi kelibat tembok besar ini akan kelihatan tatkala kita melalui jalan Hang Tuah yang sentiasa sesak dengan kenderaan manusia.

dan di sebabkan oleh arus kemodenan, Penjara Pudu terpaksa menerima nasib untuk di 'lupuskan' dari pandangan kita apabila Penjara yang terletak di Tiga Segi Emas Kuala Lumpur ini akan di bangunkan oleh UDA Holdings bagi tujuan komersial dan sebagai gantinya UDA Holding telah membina Penjara Sg.Buloh.

mungkin di antara kita akan menganggap ianya hanyalah sekadar sebuah Penjara yang mana pernah 'menyimpan' sampah masyarakat dan menganggap Penjara Pudu tidaklah sepenting dan segah Kota A'Famosa...

kita perlu sedar satu perkara, kita tidak boleh menidakkan kemodenan namun dalam kemodenan itu kita perlu menjaga keunikan sejarah yang ada di dalam negara kita.

apa salah dan dosa bangunan-bangunan hasil peninggalan penjajah ini? adakah dengan menghapusnya daripada pandangan maka secara langsung ingatan kita terhapus daripada mengingati kekejaman penjajah?

bukan itu yang kita cari. Tatkala dunia pada hari ini mengejar untuk mendapatkan pengiktirifan World Heritage Site di mata UNESCO kita pula bangga dan rakus untuk merobohkan dan membiarkan bangunan bersejarah ini di telan zaman tanpa ada sebarang penambahbaikkan.

kita lebih rakus mengejar kemodenan sedangkan kemodenan itu belum pasti menjanjikan sesuatu yang baik di masa hadapan. 

mana nilai sensitiviti sejarah kita? mana Kementerian yang bertanggungjawab dalam menjaga bangunan-bangunan lama yang wujud di Malaysia ini?

dan tahukah anda kadar pelancong yang datang melawat Penjara Pudu ketika ianya di buka kepada orang ramai mencecah hampir setengah juta orang dan ini sudah cukup membayangkan betapa ramai lagi mereka yang di luar sana yang ingin menyelami kehidupan 'penguni penjara pudu' ini termasuklah aku sendiri.

mungkin kita tidak nampak dari segi Fizikal, kerana dari segi fizikalnya kita menganggap Penjara Pudu sebagai 'perosak' pemandangan di Kuala Lumpur. namun kita tidak pernah berfikir bagaimana penjara yang sudah berdiri utuh ini selama 105 tahun mampu memberi kesedaran dan keinsafan kepada generasi kini dan akan datang. kerana kita tahu penjara pudu menyimpan suka duka penghuninya yang mampu mendidik kita menjadi insan yang lebih berguna. 

dari kesilapan orang lain juga kita mampu menjadikannya satu pedoman kepada kita untuk tidak melakukan kesilapan yang sama. itu yang harus kita terima bersama.

andai Penjara Pudu ini mempunyai nyawa dan bisa berkata, pastinya ia akan merayu untuk tidak mahu di robohkan. tapi sayang ianya bukan benda bernyawa lantas ianya akan menerima nasib yang sama dengan banduan yang pernah di hukum gantung apabila kini tiba masanya pula untuk 'di hukum gantung'.

tak sangka, hidup ini sememangnya ada Karma! bukan hanya sesama manusia saja.

biarlah aku menulis entri ini di anggap satu 'jeritan' yang tak kan mungkin membuat Penjara Pudu tidak menerima 'hukuman'nya. ataupun ada di kalangan kita men'tertawakan' kerana aku memperjuangkan sebuah Penjara Mati. atau mungkin ada yang berkata ' aku nak sangat kah masuk penjara'...sampai nak memperjuangkannya.

bukan

bukan itu maksud aku. apa yang cuba aku sampaikan ialah betapa perlunya kita menjaga 'harta peninggalan' yang ada terutamanya bangunan-bangunan yang lama untuk di jadikan satu Warisan. Andai Bangunan Sultan Abdul Samad boleh kita baikpulih dan di jadikan satu aset pelancongan dan menjadi tatapan kepada rakyat Malaysia amnya dan warga dunia yang datang melancong mengapa tidak kepada PENJARA PUDU? kerana ianya masih bangunan yang bersejarah...

benar...

sejarah bukannya hanya akan di hayati tatkala ada peninggalan sejarah. Namun melalui peninggalan yang adalah kita lebih dapat menyelongkar apa yang ada dalam sejarah.

teguran harus di berikan kepada kementerian yang berwajib dalam menjaga bangunan-bangunan yang bersejarah ini. melalui pengalaman aku ke negeri-negeri yang banyak terdapat bangunan-bangunan bersejarah ini, tahap pengurusan baikpulih sesuatu bangunan amatlah di tahap yang tidak berapa baik dan perlu tindakan yang segera.

sekian.

baca blog ini...klik sini



p/s: teringin nak pergi rome dan yamen sbb aku tertarik dengan peninggalan bangunan-bangunan yang bersejarah di sana... ; )

2 pengkritk ceritera duniaku:

kodok hijau the ghost writer said...

apa yang kau cakap itu semua betol apa bila kemodenan menjadi teras pembangunan hingga lupa pada sejarah, tapi ahli politik hanya tikus yang bising dalam lubang tikus tak bersuara apa bila vincent tan yang memiliki tanah itu. begitu juga dengan judi bola nampak sangat vincent tan pemimpin nom satu malaysia

jumapx said...

to kodok: hu3 tue la bila segala benda di politikkan...sejarah pun boleh jadi bahan picisan dan di pandang mudah....hu3 sedih btol...

Popular Posts

Popular Posts since May 2010