Tuesday, July 27, 2010

IID KEDAH 2010




Prasasti Jiwa:


kini aku berada di Sg.Petani untuk menjalani pertandingan IID KEDAH 2010 yang mana ianya di anjurkan oleh Uitm Kedah sendiri.

Pertandingan ini akan di adakan selama dua hari iaitu 28-29 july 2010.

dan ini merupakan kali ke-2 aku menyertai pertandingan serupa ini selepas NRIC 2010 USM pada bulan mei lepas.

pengalaman yang lepas akan aku perbaiki untuk IID KEDAH 2010.

semoga kali ini akan membuahkan hasil dengan membawa pulang medal...tak kesah la medal apa pun...yg ptg dapat hu3

tapi yang merisaukan aku sekarang ialah terpaksa meninggalkan kelas selama 4 hari bermula hari selasa hingga jumaat....dengan borang CIDB yang aku tak isi lagi....

gambar passport pun terpaksa aku buat dekat bandar SP ni....terpaksa round satu bandar SP....then email softcopy kat roomet aq...terpaksa la menyusahkan dia untuk isi borang aku tu....hu3 dah la esok nak kena hantar....yuran pulak RM50...boleh lak terlupa nak selesaikan borang tu...adoiii....

apa yg pasti banyak perkara-perkara penting yang aku miss untuk dis week...dengan taklimat LI 1 hari rabu nie....lepas tu discussion utk projek subjek 3P...dengan presentation group subject Arkitek engineering...hu3

kalau tak dapat medal...mmg sia-sia pengorbanan aku kali ni....tapi tak mengapa...apa yang penting pengalaman...: )

ok la...

tu je nak kongsi,..

wish me luck guys : )

Saturday, July 24, 2010

Ruang Kedua









Marsha ft Julian Cely - Ruang Kedua


kau ingin bebas
kau ingin lupakan
kerana ku tahu dirimu yang terbaik
ku ingin di cintai, di cintai lagi
ku ingin pelajari kisah duka ku ini


Mampukah kita mula kisah yang tidak sudah
Yang ada cuma kesal yang kan tinggalkan
Biarlah ini terjadi ku yakin mengalah ini salahku
Ku pinta darimu cintai aku
Agar aku masih lagi bisa berdiri


Pertahankan kasih sayang ku
Walaupun kini hanya tinggal sengsara
Masih ku rasai bahang cinta kita
Ku mohon ruang kedua


Aku hargai saat bahagia
Cinta antara ku dan dirimu
Namun ku biar ia berlalu
Tanpa alasan kau bunuh diriku


Kisah antara kita, tidak mudah ku lupa
Ku harap kau  kembali, kembalilah kau di sisi
lupakan semua
bina semula cinta kita
hanya kau dan aku
sinari hidupku, sinari hidupmu



Prasasti Jiwa:

Lama juga aku mencari lagu nie...akhirnya dapat juga mendownload...sebab lirik dia sangat mengena dengan aku sekarang....itu yang pertama...

kemudian muzik lagu ni jugak sangat lain...mungkin di sebabkan orang luar yang membuat muzik ini menyebabkan aku rasa macam sedap je dengar...

lagu ni adalah hasil ciptaan komposer Perancis iaitu Jean-Philippe Bernier/ Abdelkrim El dan liriknya di cipta sendiri oleh Marsha dan Adeep.

Ini adalah single pertama Marsha di bawah syarikat recording Alibi Music dan rakaman lagu ni di rakam secara berasingan. Dan lagu ini juga di rakam dalam bahasa Inggeris dan Perancis tidak lama lagi.

Maknanya semakin melebarlah sayap kerjaya seni Marsha.Sebelum ini Julian Cely juga mempunya lagu duet di indonesia sebelum melebarkan kerjaya seninya di Malaysia kerana Julian bersahabat baik dengan penyanyi antarabangsa Indonesia iaitu Anggun.

bagus juga kalau artis dari dua buah negara bergabung. sekurang-kurangnya dapat membantu antara satu sama lain. bahasa bukanlah menjadi penghalang kerana music itu adalah universal : )

tapi serius aku cakap. lagu ini sebijik dengan rayuan hati aku sekarang....he3



Friday, July 23, 2010

4# Prasasti Jiwa







"biar hanya sebentar dapat mencuri pandang
ianya sudah cukup membuat rinduku terubat...."


prasasti jiwa


Thursday, July 22, 2010

3# Prasasti Jiwa

*kredit to dis blog 4 dis picture


terus diam membisu
menggelapkan cerita cinta
melalui lorong-lorong kesepian
tanpa teman bicara

aku yang terus menanti
kapan waktu menjawab
persoalan demi persoalan
kata yang memutuskan segala

biarlah persoalan ku sulam
agar menjadi hamparan
penantian tak kecundang
bahagia yang ku tatang


Prasasti Jiwa



Tuesday, July 20, 2010

yang sedang bercantum




tidak mudah mengumpul kepingan-kepingan diri
menjadi sebuah rajah sempurna
serpihan ada kalanya tercarik
seperti calar kenangan sering kali menunda
di sana sini seginya tak ketemu
lalu aneh dan mimpi tak menjadi
bagaimanakah akhir akan ku kumpul

tidak mudah mencantum kepingan-kepingan hidup
menjadi sebuah himpunan lengkap
keratannya ada kala tercela
persis sukar tafsir sering kali mencemas
di sana sini alurnya tak sekata
lalu hilang harmoni dan imbang
umpama mengejar bayang tak tercipta
bagaimanakah akhir akan ku cantum


Lim Swee Tin





Monday, July 19, 2010

2# Prasasti Jiwa





Prasasti Jiwa:


benarkah rindu itu untuk aku?
atau hanya aku yang bermimpi
andai benar itu yang kau rasa
aku juga sama
tatkala aku cuba kembalikan warna pelangi
di saat itu kau ragut warnanya
dan kau robek
setiap barisan tujuhnya
hingga hilang pengharapan yang cuba di bina


benarkah rindu itu untuk aku?


atau ianya untuk yang lain....


titik

Wednesday, July 14, 2010

Percuma


Samsons-Percuma

Percuma
Semua ini percuma
Bila masih ada air mata
Tak sanggup
Sungguh aku tak sanggup
Jika masih sakit yang kau beri
Berakhir sudah atau aku akhiri saja

Tak mungkin
Tak akan pernah mungkin
Bila masih ada pilu tersimpan
Terjatuh
Dan aku pun terjatuh
Jika masih perih yang tercipta
Berakhir sudah atau aku akhiri saja

Reff:
Aku yang merasakan
Aku yang menyimpan
Aku yang tersakiti
Meski tak kau menyadari
Akankah waktu 'kan menjawabnya

Percuma
Semua ini
Percuma haa...

Percuma
Semua ini percuma
Bila masih ada air mata
Tak sanggup sungguh aku pun tak sanggup
Jika masih sakit yang kau beri
Berakhir sudah atau aku akhiri saja

Back to Reff

Akankah waktu 'kan menjawab nya





Prasasti Jiwa:


Lagu ini adalah lagu dari album terbaru Samsons....lagu ni sangat best bagi aku...seperti biasa...kekuatan sesuatu lagu itu adalah apabila melodi dan liriknya yang bersatu...serta vocal penyanyi yang mantap...

dan lagu ini mempunyai keunikannya yang tersendiri....dan seperti biasa...aku adalah antara mereka-mereka yang sangat menyukai lagu yang berunsurkan balada seperti ini....

dan pasti anda semua tertanya...apa maksud 'Percuma' sebenarnya...? Free kah?

tak...dalam bahasa Indonesia...Percuma adalah bermaksud Useless...ataupun dalam bahasa melayunya sesuatu perbuatan yang sia-sia...

orang sabah pun ada guna perkataan ini....time aku masih berada di Tawau tempat lahirku...kalau tak silap aku memang Percuma ini membawa maksud 'sia-sia'...

bahasa ni kadang-kadang pelik juga kan : )

apa yang pasti....lagu ini adalah salah satu lagu fav. aku...lagi-lagi bila dalam time mood sedih seperti skrg nie...mmg meresap ke jiwa...ha3

ok lah...

selamat mendengar lagu dari Samsons-Percuma...




Tuesday, July 13, 2010

Bila Cinta










Gio - Bila Cinta

Bila Cinta Kini
Tak Lagi Bermakna
Yang Ku Rasa Kini
Hanyalah Nestapa
Ditinggalkan Cinta Masa Lalu

Dulu Kau Tawarkan
Manisnya Janji Mu
Dan Ku Sambut Itu
Dengan Segenap Hati Ku
Hingga Engkau Pergi
Tinggalkan Ku

Hilangnya Cinta Mu
Menusuk Hati Ku
Hingga Ku Memilih
Cinta Yang Fana

Perginya Diri Mu
Merobek Jantung Ku
Hingga Ku Terjatuh
Dalam Harapan

Ku Sebut Nama Mu Disetiap Doa Ku
Bangkitkan Setia Kenangan Tentang Mu
Yang Ku Dapat Hanyalah Bayang Mu

Hilangnya Cinta Mu
Menusuk Hati Ku
Hingga Ku Memilih
Cinta Yang Fana

Perginya Diri Mu
Merobek Jantung Ku
Hingga Ku Terjatuh
Dalam Harapan
Oohhhh
Dalam Harapan
Ooohhhhuuu

Hilangnya Cinta Mu
Menusuk Hati ku
Hingga Ku Memilih
Cinta Yang Fana

Perginya Diri Mu
Merobek Jantung Ku
Hingga Ku Terjatuh
Dalam Harapan








Prasasti Jiwa:


andai benar kamu tidak mahu aku kecewa di pengakhiran nanti
kerana terlalu mengharapkan kamu
lebih baik kau dan aku
tidak ada apa-apa lagi
lebih baik mengakhirinya sekarang
meskipun menyakitkan
kerana aku tak bisa menjadi sahabat
mahupun kawan
kerana 
aku hanya mahu
kamu menjadi sebahagian dari aku
titik



World Cup 2010 milik Spain










lelaki inilah yang berjaya menjadikan
Spain juara baru WC 2010...
Tahniah...

ruben menzahirkan rasa kekecewaannya...
apabila gagal dlm semua percubaannya utk menjaringkan goal....
tapi Ruben mmg hebat!!!
aksi tendangan maut daripada do teng kepada alonso...
mungkin do teng br lepas tgk cite filem 'karate kid' kot....




prasasti jiwa:

apa yang pasti aku seronok menyaksikan Final WC 2010 walaupun dua-dua team bukanlah pasukan pilihan aku...

namun dua team ini sememangnya layak untuk ke final WC 2010...kerana perlawanan yang mengheret sehingga ke extra time...pastinya membuat penyokong2 yang menyaksikan perlawanan yang sgt mendebarkan ini terasa teruja...

mungkin juga...match final ini adalah match yang memegang rekodnya tersendiri apabila menjadi perlawanan yang paling byk kad kuning di keluarkan...

mungkin kerana terdesak untuk merangkul Juara WC 2010...maka permainan yang sepatutnya menjadi perlawanan yang akan bertemu dengan teknik bermain yang hebat bertukar kepada permainan yang sedikit ganas...bukan sedikit tapi banyak la juga...

namun...World Cup 2010 telah banyak membuat aku tersedar mengapa dan kenapa ada sesetengah mereka yang sangat tergilakan Bola Sepak...kerana sukan ini bukan sukan biasa...auranya sangat kuat...

dari aku yang tidak suka tengok bola sepak...malahan bermain bola sepak kini tahu apa itu bola sepak dan juga pemain-pemain ternama dunia yang akau kira sememangnya hebat-hebat belaka....

aku tak malu untuk menyatakan aku kaki bangku ataupun tidak tengok dan mengikuti bola sepak...kerana tidak mengambil tahu mengenai bola sepak ataupun tidak bermain bola sepak bukanlah pengukur kebijaksanaan sesorang itu....memang betul...

tapi kadang-kadang kita perlu untuk mengambil tahu juga...dan itu yang aku lakukan terhadap WC 2010 ini...sehinggakan match yang aku tak minat pun aku boleh lagi gigih tengok...

ramai yang menimbulkan persoalan...yang aku ni tengok bola betul2 ke secara langsung....ramai yang menimbulkan persoalan berbaur kejian..apa aku kesah...

yang penting aku tahu apa yang aku buat....dan aku memang mengikuti perkembangan WC 2010...kerana bagi aku sedikit kerugian andai edisi kali ini aku tidak mengikuti perkembangan sukan yang 4 tahun sekali ini....

ok la...tak perlu nak membebel panjang...apa yang ptg...Spain dan menjadi juara baru WC 2010....Tahniah!!!


sekian.


Monday, July 12, 2010

Final WC 2010



VS





Prasasti Jiwa:

lebih kurang 1 jam lagi perlawanan FINAL WC 2010 akan bermula yang mana menemukan Netherlands vs Spain.

pastinya jika di lihat daripada populiriti sudah tentu akan memihak kepada pasukan Juara Eropah Spain.

namun di sebabkan si sotong Paul kurafat tue meramalkan Spain akan menang maka aku tidak mahu menyokong Spain walaupun Spain mempunyai pasukan yang hebat.

sebab aku mahu ramalan terakhir Paul di WC 2010 tidak tepat supaya pemilik sotong kurafat itu akan menggorengnya keesokan hari di sebabkan ramalan Paul tidak tepat untuk Final WC 2010...ha3

tapi kalau orenje menang pasti si burung nuri pula tumpang popular...hu3

sume haiwan nak tunjukkan kehebatan meramal sekarang...itu belum masuk haiwan-haiwan yang boleh bercakap kat dalam Filem Zoo lakonan Lan Pet Pet....mesti lagi huru-hara jadinya....ha3

apa yang penting aku mahu Orenje menang WC 2010...

go sneijder and ruben....!!! Go Orenje!!!

tibe jer aku sokong orenje...hahaha

Sunday, July 11, 2010

dah tengok belom Twilight Saga : Eclipse?






Prasasti Jiwa:

pada 8 july yang lepas aku berkesempatan untuk menonton Twilight Saga : Eclipse..

secara keseluruhannya aku katakan cerita twilight kali ini lebih baik berbanding dengan cerita New moon sebelum ini.

dari segi aksi untuk filem ini tidak lah terlalu banyak tetapi boleh di katakan ok lah...kerana bagi aku untuk filem ini mungkin ianya lebih menekankan konflik di antara percintaan tiga segi di mana serigala dan pontianak merebutkan manusia biasa....iaitu Bella...

tapi ada juga aksi di antara Victoria dan juga 'army' menyerang family Cullen. aksi dia ok la...menarik dan suspen jugak...

bagi aku tiga watak utama dalam cerita ini iaitu Bella, Edward dan juga Jacob yang di lakonkan oleh kristen steward, Robert Pattinson dan juga Taylor Lautner telah berjaya membuat cerita siri ketiga Twilight ini menjadi dan seronok di tonton...mungkin juga kerana skrip dan garapan yang baik membuat filem ini dari pandangan aku sangat mengujakan.

dan tak rugi aku menantikan cerita ini dan menontonnya di wayang walaupun pergi tgk cerita ni sorang2....kat wayang tu ramai la....cuma aku je yg gigih tgk sorang2...hu3

buat anda yang belum tgk cerita ni...pergilah tgk...tak rugi pun...best!!!

sebab cerita Twilight ni sangat unik...sebab aku suka jalan cerita cinta tiga segi dalam cerita nie....he3





p/s: aku bagi 4.5/5 bintang.....

Thursday, July 8, 2010

The Twilight Saga : Eclipse





Prasasti Jiwa:

esok nak tengok ini wayang. tak sabar rasanya. ya...aku adalah salah seorang peminat cerita Twilight. tapi aku bukanlah si 'ulat buku' yang suka mahu membaca ke empat-empat siri yang ada. kerana aku lebih suka untuk tengok secara visual.

jom. siapa mahu temankan aku tengok cerita ini esok? tapi tiket wayang bayar sendiri ek....he3 mungkin esok aku tengok berdekatan dengan rumah saja...sebab diri masih tak berapa sehat namun demi cerita yang di minati ini. aku gagahkan juga esok ke IOI Mall Puchong.

harap-harap esok tak ramai orang sebab hari bekerja. lagi pun aku tak pergi mid vally or KLCC yang pastinya akan di penuhi oleh umat-umat manusia tak kesah pada waktu apa pun, lagi-lagi cerita 'hot' macam Twilight ni. pasti sesak. tak sanggup aku. tak pasal-pasal demam makin teruk pulak hu3

ok la...hopefully tomorrow my kesihatan dah bertambah baik : )

sekian.



p/s: tengah menunggu detik 2.30am utk menyaksikan Semi Final between Spain vs Germany...and congrats to Netherlands coz dapat pergi Final.

walaupun si sotong Paul kurafat meramalkan Spain akan menang tapi aku tetap akan menyokong Germany. Go Germany! Go Klose!

semoga kondisi badan aku semakin baik...dapatlah aku pulang ke bumi Gambang lagi awal hu3 amin

Tuesday, July 6, 2010

'coretan' di tembok Penjara Pudu


Prasasti jiwa:

pada ahad yang lepas, aku sempat buat liputan di sekitar Penjara Pudu untuk melihat sendiri keadaan Penjara Pudu tatkala ini.

sememangnya separuh dinding Penjara Pudu telahpun di robohkan dan di bina tembok sementara. aku pun tak faham kenapa perlu di buat tembok baru lagi kalau betul-betul nak robohkan semua. mungkin juga untuk keselamatan daripada Penjara yang sudah tidak di jaga ini daripada di masuki oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.

apa yang pasti, pihak UDA Holdings akan berkompromi seandainya ada pihak yang mahukan Pintu Gerbang Penjara Pudu supaya tidak di robohkan dan di jadikan satu monumen sejarah.

kunjungan aku ke kawasan Penjara Pudu ini adalah nak berkongsi kepada anda semua 'coretan-coretan' yang ada di sepanjang tembok penjara pudu yang menarik perhatian aku untuk berkongsi bersama anda semua.









































kunjungan aku di sambut dengan suasana yang mendung sepertinya ingin memberitahu betapa pilu dan sedihnya nasib Penjara Pudu ini....

sekian...





p/s: tatkala ini Demam melanda diri...hu3 minggu lepas dah demam sekejap...minggu ni dtg blk...hu3 lemah giler badan semalam...macam tau2 jek nak dekat blk UMP....hu3

malam ni lak Piala Dunia 2010 peringkat separuh akhir menemukan Netherlands vs Uruguay....aku harap Netherlands akan ke peringkat Akhir Piala Dunia 2010...go oranje...!

Monday, July 5, 2010

Mohd. Juara Mentor 4


Ziana Zain & protegenya Mohd.



Prasasti jiwa:

Final Mentor 4 adalah final yang terbaik selama Mentor di jalankan. ketiga-tiga finalist menunjukkan persembahan yang terbaik semampu yang mereka boleh lakukan.

dan Final Mentor telah menobatkan Mohd protege kepada Ziana Zain berjaya menjadi Juara Mentor 4 yang baru dengan berjaya mengutip markah keseluruhan yang paling tinggi iaitu 71 markah meninggalkan Adi protege Dayang di tempat ke dua dengan 62 markah manakala Nani protege kepada Azmeer di tempat ke tiga dengan 51 markah.

melihatkan kepada persembahan Final pada malan tadi sememangnya ketiga-tiga mereka layak untuk berada pada tempat mereka.

ADI

pada permulaan menyanyikan lagu solo dengan lagu Kenangan Terindah dan Suatu Janji, pada pandangan aku persembahan Adi berada pada tahap OK....dan kawalan vocal Adi juga sedikit baik berbanding sebelum ini cuma masalah Adi ialah pada permulaan vers pertama yang mana Adi tidak meletakkan vocal yang sesuai...komen ini adalah komen yang selalu Adlin Aman Ramli komen terhadap pelajar-pelajar AF8....mungkin pada sesetengah orang ianya tidak menjadi sesuatu kesalahan yang besar kerana kita suka untuk mendengar lebih apabila part chorus semata-mata. namun pada permulaan nyanyianlah sepatutnya kita perlu untuk jaga kerana ianya pencetus kepada emosi pendengar untuk dengar penyanyi itu mengalunkan lagunya...kalau permulaan dah tak bagus...mesti kita macam dengar tak dengar jek...

kedua ialah Adi suka untuk menekan kan suara dia ketika menyanyi...dengan kata mudah Adi menyanyi 'keras' kerana pada tempat yang sepatunya di lembutkan adi nyanyi dengan vocal yang keras. aku tak tahu nak bagi istilah apa sebab aku pun bukannya belajar vocal pun cuma base on pemerhatian melihat pertandingan2 nyanyian yang ada di TV sahaja. contoh mudah apabila anda perasan ketika Adi berduet dengan Aizat untuk lagu Hanya kau yang mampu ( kalau anda gigih anda tgk balik ulangan kat online TV3). pada verse pertama Adi memilih key suara yang sedikit keras dan terlalu tinggi. tapi bila Aizat masuk untuk nyanyi ternyata jelas perbezaan pilihan key vocal yang tak sesuai Adi pilih. dan apabila Aizat dah mula nyanyi Adi pun terus menukar key suaranya kepada nada yang lebih rendah.

namun tidak di nafikan, aku setuju dengan Adibah dan Sheikh haikal yang mana mengatakan Adi mempunyai vocal dan tone suara yang bagus serta lenggok RnB yang baik. di malaysia kita tidak ramai artis lelaki terutamanya yang menyanyikan lagu yang berunsurkan RnB. dan Adi sebenarnya memilih track yang betul dengan membawa identiti yang tersendiri. 

tone suara Adi sebenarnya sangat sedap di dengar terutamanya pada konsert Final. dan Tahniah buat Adi kerana berjaya menjadi Naib Johan dan tahniah juga buat dayang kerana berjaya mendidik Adi sehinggan berjaya membawa stylenya yang tersendiri meskipun ada ramai yang mengatakan Adi meniru Dayang namun itu semua hanyalah cakap-cakap orang. dan Adi perlu untuk membuktikan kepada masyarakat yang Adi boleh.

apa yang pasti single terbaru Adi- Tafsir Cinta ciptaan Omar K sangat best. ini sedikit lirik yang sempat aku type ketika Adi mempersembahkan single terbaru beliau sangat best. mungkin lirik ni ada silap salahnya...sorry for that...









ada kamu.

aku membisu ku terpaku.

tatkala itu hancur sudah.

masa tuk bersamamu.

namun hati merasai marah dalam jiwa.

tercipta bahasa baru yg lahir utkmu.

kau bacalah mata ini cahayanya menyinari.

kau tafsirlah.

belaian dariku.

kau hitunglah kucupanku.

tak kan bahagia.

hanya untukmu.

kata-kata pelukan bahasa.

tafsirkanlah cinta.

jika kau perlukannya kutetap bersemuka.

luahkan segalanya.

suara di jiwa




NANI

untuk persembahan Nani aku simpulkan sama dengan komen Adibah Noor yang mana pada lagu ketiga baru Nani berjaya menunjukkan kehebatan vocal beliau berbanding dua lagu pertama iaitu duet bersama papa rock Ramli Sarip dengan lagu medley Istilah Cinta dan Jikalau Berkasih serta lagu kedua iaitu single terbaru berjudul Terhenti di Tanda Koma. lagu ketiga iaitu persembahan Solo sangat menyelamatkan Nani daripada terus menunjukkan persembahan yang biasa yang mana lagu ketiga Nani menyanyikan lagu Suci dalam debu dan Livin' Da vida Loca.

Persembahan terburuk Nani ialah ketika menyanyikan single terbaru beliau. pada pandangan aku ketika Nani menyanyikan lagu tersebut sebutan lirik demi lirik Nani sangat tak jelas. 

untuk vocal serak-serak seperti Nani dia perlu menyanyikan sesuatu lagu itu dengan sebutan yang jelas serta tidak terlalu menggunakan key suara yang rendah.

dan di sebabkan oleh itulah persembahan kedua Nani bagi aku yang paling buruk dalam persembahan beliau pada malam Final serta persembahan yang terburuk antara ketiga-tiga peserta.

dan, Nani sememangnya layak berada di tempat ketiga berdasarkan kepada persembahan malam Final.

namun jangan pernah memperkecilkan Nani kerana beliau mempunyai vocal yang unik dan aku antara orang yang suka akan vocal wanita yang seral-serak kerana bagi aku ianya seksi dan unik : )

dan aku yakin Nani akan menyinar suatu hari nanti kerana Nani ada Azmeer yang sudah pasti akan memberikan lagu yang terbaik kepada Nani kerana Azmeer sudah menganggap Nani seperti anaknya sendiri.

Good luck buat Nani dan selamat datang ke dunia Hiburan Malaysia yang penuh dengan propa. ala kalau tak dapat bertahan lama pun tak mengapa. Nani kan seorang Jurutera sebelum ni..apa susah... : )



MOHD.

Mohd. adalah peserta dalam Mentor yang pada awalnya bukanlah menjadi perhatian ramai di sebabkan oleh kontroversi yang melanda terhadap Katty protege awal Ziana dan kemudian Mohd di serapkan masuk untuk menggantikan Katty.

permulaan yang lambat namun di sebabkan oleh kegigihannya dalam mengejar cita-cita untuk bergelar anak seni. maka hasilnya beliau berjaya menjadi Juara Mentor yang baru.

bagi persembahan pada malam Final bagi aku ketiga-tiga persembahan Mohd berada pada tahap yang baik serta memuaskan. dan Mohd. menunjukkan persembahan yang konsisten untuk ketiga-tiga lagu.

yang mana di mulakan dengan single terbarunya iaitu Cinta kemudian nyanyian solo dengan medly Tragedi Oktober dan Itu Kamu dan di akhiri dengan lagu duet bersama Juara Mentor 2 iaitu Fiq dengan menyanyikan medley 3 Malam Tanpa Bintang dan Bujang Senang.

sama juga seperti komen Acis yang mana aku kira dari segi vocal Mohd pada malam Final tidak banyak yang nak di komen atau kesilapan-kesilapan besar yang perlu untuk di tegur kerana bagi aku vocal Mohd. berada pada tahap baik kerana lagu yang dipilih bertepatan dengan range vocal Mohd.

namun yang menjadi kebimbangan pengkritik pada malam tersebut ialah apabila populiriti Mentornya membayangi Mohd. dan takut-takut apabila Mohd keluar selepas ini Mohd tidak mampu untuk menarik minat ramai peminat.

bagi kes ini aku rasa bukanlah menjadi masalah besar pun, kerana bagi aku Mentor adalah salah satu platfom untuk memperkenalkan seseorang itu untuk di kenali dengan lebih cepat dalam industri dan harus di ingatkan program Mentor tidak sama dengan program realiti yang lain yang mana memperjuangkan peserta itu semata-mata.

namun Mentor turut mempertandingkan Mentor-mentor yang dari kalangan artis untuk menurunkan segala ilmu yang mereka ada kepada protegenya. dan seperti Azmeer kata, program ini tidak akan di namakan 'MENTOR' andai tidak mempertandingkan Mentor itu secara langsung kerana pada pengakhirnya nanti MENTOR itu sendiri turut mendapat hadiah.

yang kedua masalah Mohd ialah identiti beliau yang serupa dengan Juara Mentor 2 Fiq dan juga Juara Mentor 3 Black. mungkin ini hanya kebetulan sahaja.

kerana bagi aku ketiga-tiganya mempunyai kelainan dan keistimewaan tersendiri. jika kita lihat Fiq sendiri, beliau adalah artis yang bergenre Rock dan Mohd sebenarnya bukanlah terlalu ke arah lagu yang bergenre Rock tetapi more kepada lagu-lagu Balada dan juga rock jiwang ala-ala Awie. untuk Black pula pada aku vocal Black tidak sama seperti vocal Mohd. yang mana kita semua sedia maklum yang Black mempunyai vocal yang hebat dan range vocal Black yang tinggi serta sedikit kearah range vocal wanita ketika tinggi. dan ini tidak sama dengan Mohd yang mana range vocal Mohd tidaklah terlalu tinggi seperti Black namun tone suara Mohd lebih Solid dan tidak terlalu nyaring seperti Black.

mungkin kesamaan adalah di sebabkan oleh penampilan yang mana ketiga-tiganya mempunyai susuk tubuh yang kurus serta mempunyai kulit yang sedikit hitam serta genre lagu yang hampir sama.

bak kata Ajai ketiga-tiga finalis mempunyai vocal yang sudah banyak di market industri hiburan kita dan sebab itu Ajai memilih Ila untuk single terbaru Ila. mungkin itu hanya pandangan Ajai sahaja.

selain itu, memang tidak di nafikan populiriti Ziana sedikit sebanyak mempengaharui undian SMS Mohd. namun itu tidak boleh di jadikan alasan. bak kata Ziana, Mentor dan Protege perlu seiring kalau tidak tak guna juga kalau Mentor sahaja yang popular tapi protege tak bagus. ada betulnya juga kan : )

dan ini sedikit lirik single terbaru Mohd- Cinta. best sangat lagu ni hu3:

,center&;

ku persembah cinta suci mu
buat insan yang kusayangi
ku ukirkan dalam hatimu
jawapan cinta kepadamu
hanya kau mengerti
selamilah kasih
sucinya cintaku
tulusnya cintaku hanya kepadamu
mampukah kau mengerti perasaan ku kepadamu
dan tulus kasih hanyalah untukmu
oh...mampukah kau selami jauh ke dasar hati ini
oh...hanya namamu yang tersembunyi
ku harapkan kau mengerti cinta ku sedanya kekasih
ku inginkan kebahagiaan bersamamu oh selamanya
tanpa rasa curigaan












******************************

apa yang pasti, kesemua protege yang ada dalam Mentor 4 kali ini mempunyai keunikan dan keistimewaannya tersendiri.

sememangnya Ayim dan Shaq selayaknya tidak masuk ke peringkat seterusnya kerana ketiga-tiga finalis dan juga Ila bagi aku sangat hebat.

dan aku rasa Mus dan Mas Idayu tersalah memilih protege apabila Mus tidak mahu mengambul Merah yang mana persembahan Merah tadi bagi aku lebih baik berbanding daripada Ayim. mungkin dari segi rupa Ayim menang namun dari segi vocal dan stage presentation Merah sangat bagus berbanding Ayim.

dan Mas Idayu juga melepaskan peluang apabila tidak memilih Mohd. untuk menjadi protegenya dan memilih Shaq sebagai protegenya.

dan Tahniah buat Ziana kerana membuat keputusan yang tepat dengan menggantikan Katty dan menggantikan  Mohd. satu tindakan yang tidak sia-sia.

mungkin kita tidak boleh menyalahkan benda yang sudah lepas, kerana masa depan bukanlah sesuatu yang sudah jelas di depan mata kerana ianya perlu untuk di lalui barulah kita akan mengetahu apa yang ada di depan.

walauapapun, aku nak wish Tahniah buat pihak Produksi Mentor 4 kerana berjaya melahirkan lagi anak seni yang akan memeriahkan industri hiburan Malaysia.

kerana bagi aku, dalam banyak-banyak format program realiti yang aku tengok, Mentor adalah program realiti yang cukup baik bagi aku apabila pembahagian markahnya yang sangat adil dan mengambil segala aspek iaitu Juri Profesional (50%) , Juri Awam (20%) dan SMS (30%).

Semoga Mentor akan terus di adakan bagi mencungkil lagi ramai pelapis dan bakat-bakat baru dalam industri seni kita.

Good luck buat semua protege dan selamat bergelar Artis yang penuh dengan pacaroba : )

sekian,




p/s: harap-harap ziana ada lagi untuk Mentor 5 he3

Saturday, July 3, 2010

Leaving



Westlife-Leaving

Watching the clock on the wall
Been a while since you called
I can't help but wait
It's late and I can't get no sleep

Something’s different this time
It just doesn't feel right
Have we broken in two?
Am I really gonna lose you... tonight?

You come walking in
Tears in your eyes
Pretending like it's alright

But I know you’re leaving
I know that smile
I can tell you've been crying
You’re gonna say goodbye

I wish I could stop you
But you've made up your mind
I beg you don't go
But I already know you’re leaving

Where does the time go?
Between goodbye and hello
How did we come to this, Is there something we missed
Along the way?

With your bags at the door
I wanna pull you in close
And hold you once more even though

But I know you’re leaving
I know that smile
I can tell you've been crying
You’re gonna say goodbye

I wish I could stop you
But you've made up your mind
I beg you don't go
But I already know (I know you’re leaving)

Here come the sleepless nights
Here come the tears I’m gonna cry
Here comes the last goodbye leaving us behind
Oh this can't be right

I know you’re leaving
I know that smile
I can tell you've been crying
You’re gonna say goodbye

I wish I could stop you
But you've made up your mind
I beg you don't go
But I already know you’re leaving








Prasasti Jiwa:
i just want to share this song to u guys....sangat sedih lagu ni...lagu ni adalah salah satu lagu daripada album terbaru dari kumpulan Westlife iaitu Where We Are...yang di keluarkan pada penghujung tahun lepas...

lirik dan melody lagu ini sangat bland together...di tambah dengan vocal Shane n Mark yang power menambahkan lagi lagu ni mmg sedap di dengar....

owh...kalau yang kena dengan jiwa...confirm menangis dengar lagu ni...hu3 dan sebenarnya apa yang aku rasa sedikit sebanyak ada dalam lagu ni...

sedihkan kalau orang yang kita sayang meninggalkan kita...tanpa sebab yang jelas lagi nyata...

tapi aku harap aku tak kan merasai detik-detik sedih itu...kerana aku tahu...pudar mana pun rasa sayang DIA kat aku...aku masih percaya yang DIA masih memerlukan aku di hatinya : )

noktah





p/s: giler match Brazil vs Netherlands tadi....tak pernah aku tengok bola aku rasa cuak tgk pasukan yang aku sokong nak kalah....hu3 tapi match tadi mmg best....tahniah buat Netherlands yang berjaya membuat kuasa besar bola sepak dunia hilang punca...Good luck buat Netherlands di match Separuh akhir...buat Brazil...tak mengapa....2014 jadi tuan rumah...pastikan jadi juara di tempat sendiri....; )

Friday, July 2, 2010

1# Prasasti Jiwa

benar
hati ini rindu kamu
hati ini masih cinta kamu
kalau bisa ada 'alat' yang boleh aku buktikan
sudah lama aku tunjukkan.

hati
bukannya bisa di ukur oleh realiti
ianya satu rasa yang tidak bisa di lihat pada kasar mata
mahupun halusnya ia

hati
memerlukan 2 jiwa
dan dari 2 jiwalah ia bersatu
sedih ketawa dapat di rasa bersama.

aku tahu
tatkala aku rindu kamu
kau juga sama
tatkalah aku mahu kamu
kau ada di sisi

begitu juga aku
aku juga sama

namun
masa selalu merubah kita
tanpa pernah kita sedari
walaupun kita bermati-mati katakan
tidak.

hakikat masa yang perlu kita terima

pudar
itu yang ku rasa

benarkah?

mungkin juga khilaf ku
pernah membuat kau hilang punca

hatimu tak bernyawa
tatkala aku cuba membawa jauh hatiku

maaf

buat kesekian kalinya aku ucapkan
hanya itu ku terdaya.

harapan ku

biar masa merubah kembali
biar hatimu dan hatiku kembali satu

utuh!

hanya itu ku pinta

peluang ke-2?

ya..

peluang kedua untuk kita.

noktah

Thursday, July 1, 2010

22








Prasasti Jiwa:

Alhamdulillah...syukur di panjatkan pada Allah yang telah memberi kesempatan diri ini untuk melewati umur 22 tahun....sesungguhnya banyak yang telah aku lalui sepanjang 21 tahun hidup di muka bumiNya...

dan 1 julai merupakan satu lembaran baru buat aku untuk melalui 365 hari yang bakal mendatang. buku baru dan semangat baru. harap-harap umur 22 tahun ini akan membawa aku lebih menjadi Manusia yang lebih baik berbanding sebelumnya.

terima kasih juga buat mak (Pn.Waliah bt Made) dan bapa (En.Mapplati bin Hamade) yang telah menjaga diri ini sepanjang 21 tahun. terima kasih kerana menjadi insan yang selalu memberi dorongan dan harapan sehinggalah sekarang. saya sayang kamu : )

semoga dengan bertambahnya umur ini bertambah la jugak iman aku terhadap tuhan yang Esa...semakin bertambah umur ni la..kena banyakkan amal..takut-takut tak sempat nak buat bekalan untuk di sana kelak....

walaupun umur dah bertambah tapi jiwa tetap muda : )

dan di kesempatan ini aku nak wish terima kasih buat semua rakan-rakan yang mengenali diri ini yang telah mengucapkan wish bufday kat aku...di facebook or melalui sms...terima kasih banyak-banyak...saya sayang anda semua....

terima kasih buat DIA yang menjadi orang pertama yang wish tepat pukul 12.00am 1 july...semoga sayang kamu masih ada buat aku...dan aku masih sayang kamu : )

ok la..itu je yg nak di kongsi bersama...

sekian.



p/s: satu perkara yang harus kita sedari..kehidupan ini adalah satu perjalanan...yang mana dalam perjalanan itu kita perlu untuk mencari bekalan untuk akhirat kelak...agar di sana pengakhiran yang bahgia : )

Popular Posts

Popular Posts since May 2010