Friday, July 2, 2010

1# Prasasti Jiwa

benar
hati ini rindu kamu
hati ini masih cinta kamu
kalau bisa ada 'alat' yang boleh aku buktikan
sudah lama aku tunjukkan.

hati
bukannya bisa di ukur oleh realiti
ianya satu rasa yang tidak bisa di lihat pada kasar mata
mahupun halusnya ia

hati
memerlukan 2 jiwa
dan dari 2 jiwalah ia bersatu
sedih ketawa dapat di rasa bersama.

aku tahu
tatkala aku rindu kamu
kau juga sama
tatkalah aku mahu kamu
kau ada di sisi

begitu juga aku
aku juga sama

namun
masa selalu merubah kita
tanpa pernah kita sedari
walaupun kita bermati-mati katakan
tidak.

hakikat masa yang perlu kita terima

pudar
itu yang ku rasa

benarkah?

mungkin juga khilaf ku
pernah membuat kau hilang punca

hatimu tak bernyawa
tatkala aku cuba membawa jauh hatiku

maaf

buat kesekian kalinya aku ucapkan
hanya itu ku terdaya.

harapan ku

biar masa merubah kembali
biar hatimu dan hatiku kembali satu

utuh!

hanya itu ku pinta

peluang ke-2?

ya..

peluang kedua untuk kita.

noktah

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010