Sunday, July 11, 2010

dah tengok belom Twilight Saga : Eclipse?






Prasasti Jiwa:

pada 8 july yang lepas aku berkesempatan untuk menonton Twilight Saga : Eclipse..

secara keseluruhannya aku katakan cerita twilight kali ini lebih baik berbanding dengan cerita New moon sebelum ini.

dari segi aksi untuk filem ini tidak lah terlalu banyak tetapi boleh di katakan ok lah...kerana bagi aku untuk filem ini mungkin ianya lebih menekankan konflik di antara percintaan tiga segi di mana serigala dan pontianak merebutkan manusia biasa....iaitu Bella...

tapi ada juga aksi di antara Victoria dan juga 'army' menyerang family Cullen. aksi dia ok la...menarik dan suspen jugak...

bagi aku tiga watak utama dalam cerita ini iaitu Bella, Edward dan juga Jacob yang di lakonkan oleh kristen steward, Robert Pattinson dan juga Taylor Lautner telah berjaya membuat cerita siri ketiga Twilight ini menjadi dan seronok di tonton...mungkin juga kerana skrip dan garapan yang baik membuat filem ini dari pandangan aku sangat mengujakan.

dan tak rugi aku menantikan cerita ini dan menontonnya di wayang walaupun pergi tgk cerita ni sorang2....kat wayang tu ramai la....cuma aku je yg gigih tgk sorang2...hu3

buat anda yang belum tgk cerita ni...pergilah tgk...tak rugi pun...best!!!

sebab cerita Twilight ni sangat unik...sebab aku suka jalan cerita cinta tiga segi dalam cerita nie....he3





p/s: aku bagi 4.5/5 bintang.....

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010