Monday, July 5, 2010

Mohd. Juara Mentor 4


Ziana Zain & protegenya Mohd.



Prasasti jiwa:

Final Mentor 4 adalah final yang terbaik selama Mentor di jalankan. ketiga-tiga finalist menunjukkan persembahan yang terbaik semampu yang mereka boleh lakukan.

dan Final Mentor telah menobatkan Mohd protege kepada Ziana Zain berjaya menjadi Juara Mentor 4 yang baru dengan berjaya mengutip markah keseluruhan yang paling tinggi iaitu 71 markah meninggalkan Adi protege Dayang di tempat ke dua dengan 62 markah manakala Nani protege kepada Azmeer di tempat ke tiga dengan 51 markah.

melihatkan kepada persembahan Final pada malan tadi sememangnya ketiga-tiga mereka layak untuk berada pada tempat mereka.

ADI

pada permulaan menyanyikan lagu solo dengan lagu Kenangan Terindah dan Suatu Janji, pada pandangan aku persembahan Adi berada pada tahap OK....dan kawalan vocal Adi juga sedikit baik berbanding sebelum ini cuma masalah Adi ialah pada permulaan vers pertama yang mana Adi tidak meletakkan vocal yang sesuai...komen ini adalah komen yang selalu Adlin Aman Ramli komen terhadap pelajar-pelajar AF8....mungkin pada sesetengah orang ianya tidak menjadi sesuatu kesalahan yang besar kerana kita suka untuk mendengar lebih apabila part chorus semata-mata. namun pada permulaan nyanyianlah sepatutnya kita perlu untuk jaga kerana ianya pencetus kepada emosi pendengar untuk dengar penyanyi itu mengalunkan lagunya...kalau permulaan dah tak bagus...mesti kita macam dengar tak dengar jek...

kedua ialah Adi suka untuk menekan kan suara dia ketika menyanyi...dengan kata mudah Adi menyanyi 'keras' kerana pada tempat yang sepatunya di lembutkan adi nyanyi dengan vocal yang keras. aku tak tahu nak bagi istilah apa sebab aku pun bukannya belajar vocal pun cuma base on pemerhatian melihat pertandingan2 nyanyian yang ada di TV sahaja. contoh mudah apabila anda perasan ketika Adi berduet dengan Aizat untuk lagu Hanya kau yang mampu ( kalau anda gigih anda tgk balik ulangan kat online TV3). pada verse pertama Adi memilih key suara yang sedikit keras dan terlalu tinggi. tapi bila Aizat masuk untuk nyanyi ternyata jelas perbezaan pilihan key vocal yang tak sesuai Adi pilih. dan apabila Aizat dah mula nyanyi Adi pun terus menukar key suaranya kepada nada yang lebih rendah.

namun tidak di nafikan, aku setuju dengan Adibah dan Sheikh haikal yang mana mengatakan Adi mempunyai vocal dan tone suara yang bagus serta lenggok RnB yang baik. di malaysia kita tidak ramai artis lelaki terutamanya yang menyanyikan lagu yang berunsurkan RnB. dan Adi sebenarnya memilih track yang betul dengan membawa identiti yang tersendiri. 

tone suara Adi sebenarnya sangat sedap di dengar terutamanya pada konsert Final. dan Tahniah buat Adi kerana berjaya menjadi Naib Johan dan tahniah juga buat dayang kerana berjaya mendidik Adi sehinggan berjaya membawa stylenya yang tersendiri meskipun ada ramai yang mengatakan Adi meniru Dayang namun itu semua hanyalah cakap-cakap orang. dan Adi perlu untuk membuktikan kepada masyarakat yang Adi boleh.

apa yang pasti single terbaru Adi- Tafsir Cinta ciptaan Omar K sangat best. ini sedikit lirik yang sempat aku type ketika Adi mempersembahkan single terbaru beliau sangat best. mungkin lirik ni ada silap salahnya...sorry for that...









ada kamu.

aku membisu ku terpaku.

tatkala itu hancur sudah.

masa tuk bersamamu.

namun hati merasai marah dalam jiwa.

tercipta bahasa baru yg lahir utkmu.

kau bacalah mata ini cahayanya menyinari.

kau tafsirlah.

belaian dariku.

kau hitunglah kucupanku.

tak kan bahagia.

hanya untukmu.

kata-kata pelukan bahasa.

tafsirkanlah cinta.

jika kau perlukannya kutetap bersemuka.

luahkan segalanya.

suara di jiwa




NANI

untuk persembahan Nani aku simpulkan sama dengan komen Adibah Noor yang mana pada lagu ketiga baru Nani berjaya menunjukkan kehebatan vocal beliau berbanding dua lagu pertama iaitu duet bersama papa rock Ramli Sarip dengan lagu medley Istilah Cinta dan Jikalau Berkasih serta lagu kedua iaitu single terbaru berjudul Terhenti di Tanda Koma. lagu ketiga iaitu persembahan Solo sangat menyelamatkan Nani daripada terus menunjukkan persembahan yang biasa yang mana lagu ketiga Nani menyanyikan lagu Suci dalam debu dan Livin' Da vida Loca.

Persembahan terburuk Nani ialah ketika menyanyikan single terbaru beliau. pada pandangan aku ketika Nani menyanyikan lagu tersebut sebutan lirik demi lirik Nani sangat tak jelas. 

untuk vocal serak-serak seperti Nani dia perlu menyanyikan sesuatu lagu itu dengan sebutan yang jelas serta tidak terlalu menggunakan key suara yang rendah.

dan di sebabkan oleh itulah persembahan kedua Nani bagi aku yang paling buruk dalam persembahan beliau pada malam Final serta persembahan yang terburuk antara ketiga-tiga peserta.

dan, Nani sememangnya layak berada di tempat ketiga berdasarkan kepada persembahan malam Final.

namun jangan pernah memperkecilkan Nani kerana beliau mempunyai vocal yang unik dan aku antara orang yang suka akan vocal wanita yang seral-serak kerana bagi aku ianya seksi dan unik : )

dan aku yakin Nani akan menyinar suatu hari nanti kerana Nani ada Azmeer yang sudah pasti akan memberikan lagu yang terbaik kepada Nani kerana Azmeer sudah menganggap Nani seperti anaknya sendiri.

Good luck buat Nani dan selamat datang ke dunia Hiburan Malaysia yang penuh dengan propa. ala kalau tak dapat bertahan lama pun tak mengapa. Nani kan seorang Jurutera sebelum ni..apa susah... : )



MOHD.

Mohd. adalah peserta dalam Mentor yang pada awalnya bukanlah menjadi perhatian ramai di sebabkan oleh kontroversi yang melanda terhadap Katty protege awal Ziana dan kemudian Mohd di serapkan masuk untuk menggantikan Katty.

permulaan yang lambat namun di sebabkan oleh kegigihannya dalam mengejar cita-cita untuk bergelar anak seni. maka hasilnya beliau berjaya menjadi Juara Mentor yang baru.

bagi persembahan pada malam Final bagi aku ketiga-tiga persembahan Mohd berada pada tahap yang baik serta memuaskan. dan Mohd. menunjukkan persembahan yang konsisten untuk ketiga-tiga lagu.

yang mana di mulakan dengan single terbarunya iaitu Cinta kemudian nyanyian solo dengan medly Tragedi Oktober dan Itu Kamu dan di akhiri dengan lagu duet bersama Juara Mentor 2 iaitu Fiq dengan menyanyikan medley 3 Malam Tanpa Bintang dan Bujang Senang.

sama juga seperti komen Acis yang mana aku kira dari segi vocal Mohd pada malam Final tidak banyak yang nak di komen atau kesilapan-kesilapan besar yang perlu untuk di tegur kerana bagi aku vocal Mohd. berada pada tahap baik kerana lagu yang dipilih bertepatan dengan range vocal Mohd.

namun yang menjadi kebimbangan pengkritik pada malam tersebut ialah apabila populiriti Mentornya membayangi Mohd. dan takut-takut apabila Mohd keluar selepas ini Mohd tidak mampu untuk menarik minat ramai peminat.

bagi kes ini aku rasa bukanlah menjadi masalah besar pun, kerana bagi aku Mentor adalah salah satu platfom untuk memperkenalkan seseorang itu untuk di kenali dengan lebih cepat dalam industri dan harus di ingatkan program Mentor tidak sama dengan program realiti yang lain yang mana memperjuangkan peserta itu semata-mata.

namun Mentor turut mempertandingkan Mentor-mentor yang dari kalangan artis untuk menurunkan segala ilmu yang mereka ada kepada protegenya. dan seperti Azmeer kata, program ini tidak akan di namakan 'MENTOR' andai tidak mempertandingkan Mentor itu secara langsung kerana pada pengakhirnya nanti MENTOR itu sendiri turut mendapat hadiah.

yang kedua masalah Mohd ialah identiti beliau yang serupa dengan Juara Mentor 2 Fiq dan juga Juara Mentor 3 Black. mungkin ini hanya kebetulan sahaja.

kerana bagi aku ketiga-tiganya mempunyai kelainan dan keistimewaan tersendiri. jika kita lihat Fiq sendiri, beliau adalah artis yang bergenre Rock dan Mohd sebenarnya bukanlah terlalu ke arah lagu yang bergenre Rock tetapi more kepada lagu-lagu Balada dan juga rock jiwang ala-ala Awie. untuk Black pula pada aku vocal Black tidak sama seperti vocal Mohd. yang mana kita semua sedia maklum yang Black mempunyai vocal yang hebat dan range vocal Black yang tinggi serta sedikit kearah range vocal wanita ketika tinggi. dan ini tidak sama dengan Mohd yang mana range vocal Mohd tidaklah terlalu tinggi seperti Black namun tone suara Mohd lebih Solid dan tidak terlalu nyaring seperti Black.

mungkin kesamaan adalah di sebabkan oleh penampilan yang mana ketiga-tiganya mempunyai susuk tubuh yang kurus serta mempunyai kulit yang sedikit hitam serta genre lagu yang hampir sama.

bak kata Ajai ketiga-tiga finalis mempunyai vocal yang sudah banyak di market industri hiburan kita dan sebab itu Ajai memilih Ila untuk single terbaru Ila. mungkin itu hanya pandangan Ajai sahaja.

selain itu, memang tidak di nafikan populiriti Ziana sedikit sebanyak mempengaharui undian SMS Mohd. namun itu tidak boleh di jadikan alasan. bak kata Ziana, Mentor dan Protege perlu seiring kalau tidak tak guna juga kalau Mentor sahaja yang popular tapi protege tak bagus. ada betulnya juga kan : )

dan ini sedikit lirik single terbaru Mohd- Cinta. best sangat lagu ni hu3:

,center&;

ku persembah cinta suci mu
buat insan yang kusayangi
ku ukirkan dalam hatimu
jawapan cinta kepadamu
hanya kau mengerti
selamilah kasih
sucinya cintaku
tulusnya cintaku hanya kepadamu
mampukah kau mengerti perasaan ku kepadamu
dan tulus kasih hanyalah untukmu
oh...mampukah kau selami jauh ke dasar hati ini
oh...hanya namamu yang tersembunyi
ku harapkan kau mengerti cinta ku sedanya kekasih
ku inginkan kebahagiaan bersamamu oh selamanya
tanpa rasa curigaan












******************************

apa yang pasti, kesemua protege yang ada dalam Mentor 4 kali ini mempunyai keunikan dan keistimewaannya tersendiri.

sememangnya Ayim dan Shaq selayaknya tidak masuk ke peringkat seterusnya kerana ketiga-tiga finalis dan juga Ila bagi aku sangat hebat.

dan aku rasa Mus dan Mas Idayu tersalah memilih protege apabila Mus tidak mahu mengambul Merah yang mana persembahan Merah tadi bagi aku lebih baik berbanding daripada Ayim. mungkin dari segi rupa Ayim menang namun dari segi vocal dan stage presentation Merah sangat bagus berbanding Ayim.

dan Mas Idayu juga melepaskan peluang apabila tidak memilih Mohd. untuk menjadi protegenya dan memilih Shaq sebagai protegenya.

dan Tahniah buat Ziana kerana membuat keputusan yang tepat dengan menggantikan Katty dan menggantikan  Mohd. satu tindakan yang tidak sia-sia.

mungkin kita tidak boleh menyalahkan benda yang sudah lepas, kerana masa depan bukanlah sesuatu yang sudah jelas di depan mata kerana ianya perlu untuk di lalui barulah kita akan mengetahu apa yang ada di depan.

walauapapun, aku nak wish Tahniah buat pihak Produksi Mentor 4 kerana berjaya melahirkan lagi anak seni yang akan memeriahkan industri hiburan Malaysia.

kerana bagi aku, dalam banyak-banyak format program realiti yang aku tengok, Mentor adalah program realiti yang cukup baik bagi aku apabila pembahagian markahnya yang sangat adil dan mengambil segala aspek iaitu Juri Profesional (50%) , Juri Awam (20%) dan SMS (30%).

Semoga Mentor akan terus di adakan bagi mencungkil lagi ramai pelapis dan bakat-bakat baru dalam industri seni kita.

Good luck buat semua protege dan selamat bergelar Artis yang penuh dengan pacaroba : )

sekian,




p/s: harap-harap ziana ada lagi untuk Mentor 5 he3

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010