Tuesday, July 20, 2010

yang sedang bercantum




tidak mudah mengumpul kepingan-kepingan diri
menjadi sebuah rajah sempurna
serpihan ada kalanya tercarik
seperti calar kenangan sering kali menunda
di sana sini seginya tak ketemu
lalu aneh dan mimpi tak menjadi
bagaimanakah akhir akan ku kumpul

tidak mudah mencantum kepingan-kepingan hidup
menjadi sebuah himpunan lengkap
keratannya ada kala tercela
persis sukar tafsir sering kali mencemas
di sana sini alurnya tak sekata
lalu hilang harmoni dan imbang
umpama mengejar bayang tak tercipta
bagaimanakah akhir akan ku cantum


Lim Swee Tin





0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010