Monday, August 30, 2010

Salam Kemerdekaan ke-53







SELAMAT MENYAMBUT HARI
KEMERDEKAAN KE-53


Good Luck Koo-Tan di Badminton Dunia!!!





Prasasti Jiwa:

menjadi satu-satunya wakil Malaysia di Kejohanan Badminton Dunia 2010 apabila perseorangan dan harapan  negara iaitu Datuk Lee Chong Wei gagal untuk mara ke peringkat separuh akhir setelah tewas di suku akhir di tangan Taufik Hidayat dari Indonesia....

semoga Koo-Tan akan berjaya membawa kejayaan kali pertama buat Malaysia di kejohanan dunia ini dan membawa piala sempena hari merdeka yang bakal menjelang...

sama-samalah kita doakan yang terbaik buat mereka berdua...semoga satu lagi sejarah akan terlakar buat Malaysia tercinta....amin

Sunday, August 29, 2010

Salahkah Bukan Islam Memasuki Masjid?

KECOH apabila dua wakil rakyat bukan Islam selepas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar berucap dalam satu majlis berbuka puasa di dewan utama Masjid Taman Sri Andalas, Klang pada Ogos tahun lepas sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan umat Islam.
Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dari DAP yang dikatakan menyampaikan 'tazkirah' di dalam Surau Al-Huda Kajang Sentral pada Ahad lalu sementara rakannya Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula diberi 'kebebasan' berada di saf paling hadapan di Masjid at-Taqwa, Selayang Baru.
Mengikut Kamus Dewan, tazkirah bermaksud ceramah ringkas tentang agama Islam sebagai peringatan.
Namun tidak dapat dipastikan kedua-dua Ahli Parlimen itu 'bertazkirah' atau tidak. Ataupun penggunaan perkataan 'tazkirah' sesuai digunakan dalam isu ini.
Kedua-dua mereka berada di rumah ibadah umat Islam atas jemputan jawatankuasa masjid dan surau terbabit dan adanya mereka di situ telah mencetuskan polemik yang dahsyat seolah-olah mereka telah meruntuhkan atau mencemari surau dan masjid sehingga ke tahap yang tidak boleh dimaafkan lagi.
Banyak pihak menghukum kedua-dua wakil rakyat bukan Islam ini seolah-olah mereka sengaja mahu mencemarkan rumah ibadah umat Islam sedangkan jelas mereka adalah seolah-olah mangsa keadaan.
Sebagai reaksi segera atas insiden tersebut Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi terus menghukumkan bahawa orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat utama kerana mereka tergolong dalam berkeadaan hadas besar.
Kenyataan orang nombor satu JAIS itu ternyata bertentangan dengan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac lalu telah membincangkan `Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid'.
Jawatankuasa Fatwa telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.
Menurut portal rasmi fatwa Malaysia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di alamathttp://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pelancong-bukan-islam-memasuki-masjid-dan-ruang-solat-utama-di-dalam-masjid, bagaimanapun perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang. Pelancong dalam fatwa ini menyebut yang bukan Islam dan kedua-dua wakil rakyat itu sememangnya bukan Islam.
Dalam isu melibatkan Teo, jika mahu dipersalahkan sekalipun ialah melibatkan perkara etika berpakaian yang tidak tidak menutup kepala bukannya kerana beliau menyampaikan 'tazkirah' yang jelas bukan ceramah politik sebaliknya menyebut tentang bantuan pelajaran oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Namun, siapakah yang sepatutnya dipersalahkan dalam soal etika berpakaian para jemputan kalau bukan mereka yang menjemput? Dalam soal ini, pihak yang patut dipersalahkan sepenuhnya ialah Jawatankuasa Surau Al-Huda yang beragama Islam sepatutnya menegur atau menasihati Teo supaya berpakaian lebih sopan dengan menutup kepala.
Sebaliknya, beliau yang bukan Islam itu dibiarkan berada di bahagian depan surau tanpa menutup kepala. Sepatutnya ahli jawatankuasa perlu sensitif dalam soal ini.
Tetapi berlainan halnya dengan rakan Teo di Selayang. William berada di Masjid at-Taqwa, Selayang Baru dikatakan atas jemputan jawatankuasa masjid berkenaan. Beliau berpakaian sempurna, selain mematuhi etika pemakaian di dalam masjid.
Jadi adakah wajar beliau dituduh sebagai mencemarkan masjid? Sama-samalah kita fikirkan. Dalam isu ini, pendapat politik diletakkan di depan berbanding hukum dalam Islam. Wajarkah umat Islam mendahului nafsu politik berbanding hukum agama sendiri? Tepuk dada tanya selera.
Sebaik-baiknya kita rujuk pada hujah Jawatankuasa Fatwa dalam soal ini iaitu dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi (menghambakan diri dengan Allah) amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.
Selain itu, umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh (berlapang dada atau terbuka) dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.
Fatwa itu diakhiri dengan hujah bahawa keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid
oleh wartawan Mstar: HAIRULAZIM MAHMUD


p/s: sememangnya aku nak sangat mengulas tentang isu ini yang telah pun di politikkan oleh mereka2 yang meletakkan pendapat mereka melebihi daripada hukum islam. dan tulisan wartawan Mstar ini adalah sependapat dgn apa yang aku fikirkan. sama2 kita renungkan : )

Cinta Liyana Jasmay & Zahiril Adzim Kembali Berputik





Setiap kemarahan yang terpacul,
setiap herdik yang timbul,
setiap garangnya kata,
setiap bengisnya suara,
percayalah itu kasih jawapannya.

Biar aku marah yang menunjukkan kau salah, yang kau rasa hiba.
Yang bikin kau tunduk dengan kelalaian kau.
Yang bikin kau hampa kerana tidak menepati permintaan perhubungan.

Tapi percayalah, hakikatnya bukan kau yang tidak sempurna, tetapi aku.
Aku yang kekurangan sini dan sana, kerana itu lagak ku begini.
Kau cukup sifatnya dari mata aku,
dari hati dan jiwa,

Kerana kau ku angkat setinggi - tingginya, sempurna setiap adanya.

Aku tak mampu menulis puisi cinta buat kau,
kerana hebatnya kasih kau,
Aku tenggelam dengan perkataan ku sendiri.
Tidak ada satu perkataan pun yang mampu menggambarkan hebatnya kasih.
Walau perkataan mula.

dan saat ini kau tiada, aku lemah menagih kewujudanmu.

Pulang cepat, please.
Aku rindu.




puisi ini di curi dari blog Zaharil Adzim....thankz bro : )














Prasasti Jiwa:


bangun pagi...basuh muka...terus buka laptop on9.


aktiviti seperti biasa...aku mestilah buka paper on9....


Mstar & Berita harian.


aku tak percaya sikit paper2 lain selain 2 paper ni. sebab paper yang lain semuanya mengarut belaka. bukannya nak sampaikan berita. tapi nak rating tinggi je. itu tak tengok lagi tajuk2 setia berita. semuanya nak guna ayat gempak. menyampah aku tengok. kadang2 tak de kaitan pun dengan isi kandungan. hampeh!


dan seperti biasa juga.


bila aku baca paper nie. bahagian utama yang akan aku baca adalah gosip2 artis nie. dan aku pun ternampak la tajuk paper tue...






CINTA LIYANA JASMAY & ZAHIRIL ADZIM KEMBALI BERPUTIK 




biar betullll!!!!...laju je tangan aku klik kat link berita tue....


yer la...aku ni dah la peminat mereka berdua nie....sejak dari cerita KAMI lagi....dari series sampai la ke cerita Movie....apa lagi drama2 or filem yg mereka berdua ada...mesti wajib tonton....


Alkisahnya...rupanya mereka di gabungkan semula selepas Filem KAMI THE MOVIE untuk Filem baru bergenre seram romantik yang bertajuk Senjakala...


untuk pengetahuan korang....ZA & LJ ni pernah menjadi pasangan kekasih...tapi cinta mereka tak kesampaian....aku suka juga tgk dorang couple...mcm sesuai jek...tp nak bt mcm mn...xde jodoh...


tapi bila di gabungkan semula dalam Filem nie...harap2 cinta yang dah lama hilang tu berputik la kembali yer...aku doakan yang terbaik buat korang...he3


dan aku pun terus buka blog ZA...mana tau kot2 ada puisi yang dia cipta untuk LJ nie...
dan aku pun terjumpa entri puisi yang bertajuk 'itu ada jawabnya'...


aku bukanlah nak buat spekulasi ke apa...aku jangka je...sorry klu salah...


tapi serius...aku suka puisi ni (di atas)...sbb ianya pun ada kena dengan perasaan aku skrg...hu3


tak pe lah...lain kali aku cerita dalam entri yang lain yer....


sekian.


Salam Ramadhan ke 19....





p/s:" ....dan saat ini kau tiada, aku lemah menagih kewujudanmu."

Saturday, August 28, 2010

Urusan Aizat Amdan









Prasasti Jiwa:


Akhirnya dapat juga aku download ke semua lagu dalam Album terbaru Aizat- Urusan Aizat Amdan.


komen aku terhadap album terbaru Aizat kali ni kurang menarik jika nak di bandingkan dengan Album pertama iaitu Percubaan Pertama.


tapi Aizat sentiasa menampilkan kualiti lagu yang baik dengan kreativiti beliau yang tersendiri. Vocal beliau dalam Album ni tetap mantap walau apapun. 


dalam Album ini mempunyai 7 buah lagu iaitu:



  1. Years From Now
  2. Mana Oh Mana
  3. Sungai Lui
  4. Senyum
  5. Erti Hari Ini
  6. Susun Silang Kata
  7. Emotions

ok lah...aku tak banyak sangat nak komen Album Aizat nie...tapi aku nak kongsi dengan korang lagu Mana Oh Mana...best jugak... : )









Aizat - Mana Oh Mana


Terjatuh panjatlah semula
Tetapi apa gunanya
Jika tiada akhirnya

Ucaplah seindah indahnya
Tapi kelak akan berubah
Nampak ke arah bahagia
Itu semua di dunia

Aku berhak tuk bermimpi
Mahu kau sertai sekali

Korus
Mana oh mana perginya cinta
Masih kau ingatkah
Saat-saat indah
Mana oh mana perginya rasa
Tuk bermesra dan bicara
Katakanlah mimpi ku kau dan aku
Ubah demi masa

Lama tak ku terbuka
Lelah lidah ku berkata
Apakah ini hakikatnya
Di pengakhiran cerita

Kita berhak tuk bermimpi
Mahu kau sertai sekali

(Ulang korus)

Nyatakan mimpiku
Ubah demi masa





Tahniah Aizat dengan kemunculan Album ke-2 ni....semoga Aizat akan tersu berjaya di dalam bidang seni nie...


dan juga berjaya dalam pelajaran yang Aizat akan tempuhi di UK nanti...semoga terus berjaya dalam bidang pelajaran juga...: )


sekian.



Friday, August 27, 2010

Salam Nuzul Al-Quran







Nuzul Al-Quran




Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.


‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:


Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)


al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.


Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:


”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran


Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.


Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT



Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)



Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.


Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

  Panduan


Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1.      Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2.      Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3.      Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.


 
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.


            Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”. 


Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.


Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.


Kesimpulan     
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).



Oleh;  Dr. Samsu Adabi  Mamat

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia







Selamat Tinggal Akhirnya






Aizat-Selamat Tinggal Akhirnya




Ku menangis
Degupan hati tergetar
Kau tinggalkan ku sepi
Seorang diri
Tak ku sangka
Takdir kita berbeza
Ku doakan kau temu bahagia

Terkenang diri mu
Aku mengenal hidup
Teringat saat pertama hingga akhir
Kau ungkapkan kata
Selamat tinggal akhirnya
Kisah kita berdua menyentuh jiwa ku
Oh wanita
Kisah kita berdua menusuk hati ku
Oh wanita


Prasasti Jiwa:

merujuk kepada kamus dewan edisi ke-4....Komitmen bermasud sikap (pendirian atau perbuatan) memberikan sepenuh tenaga dan perhatian dsb atau menunjukkan sokongan dan azam yg sepenuhnya kpd sesuatu.

dalam perbuatan kita, tidak kira dalam apa jua bentuk perbuatan yang kita lakukan. Komitmen adalah satu kata kramat yang perlu ada.

kerana tanpa komitmen, sudah pasti sesuatu perkara yang kita lakukan tidak akan menjadi sesempurna yang kita inginkan...apatah lagi jika ianya bermain dengan perasaan....

apabila bercerita mengenai komitmen terhadap perasaan. sudah pasti ianya berkaitan tentang cinta.

ya tentang cinta.

satu perkara yang baru aku tersedar (sebenarnya dah sedar lama tp bt2 tak sedar) ialah dalam perhubungan antara dua jiwa.

komitmen adalah satu perkara yang amat penting. sebab tanpa komitmen perhubungan itu tidak mungkin akan kekal lama. dan akan mulalah kelihatan keretakan di sana sini yang pastinya akan menanti belah...

betul kata kawan baik aku, aku bukanlah jenis yang boleh memberi komitmen sepenuhnya. kerana aku meletakkan komitmen di tempat lain.

ok. aku akui.

tak mengapalah. apa yang penting, aku sentiasa untuk mencuba yang terbaik untuk memberi komitmen namun mungkin di matanya. Komitmen aku tak seperti yang dia harapkan.

maaf aku hulurkan.

akhirnya, perkara yang kita takuti bersama terjadi juga kan...sakit memang sakit.

mungkin inilah pengajaran!

kadang-kadang kita di takdirkan bertemu hanyalah sekadar untuk mendapat pengalaman yang mengajar kita untuk lebih dewasa : )

dan bukan di takdirkan untuk bersama.

Selamat Tinggal Akhirnya!

sekian....



p/s: biarlah bulan yang ku nanti tak jatuh ke riba,apa yang penting aku tetap setia menanti : )

Wednesday, August 25, 2010

Iklan Merdeka Petronas 2010




Prasasti Jiwa:

video di atas adalah iklan Merdeka Petronas 2010....ok la...: )

Salam Merdeka ke-53 semua...

Popular Posts

Popular Posts since May 2010