Thursday, August 5, 2010

Debat NC 2010: Milik PERKASA



Prasasti Jiwa:

Alhamdulillah....syukur kepada Ilahi kerana memberikan sekali lagi impian aku tercapai...untuk melihat team PERKASA menjulang Piala Debat Naib Canselor 2010.

pada tahun lepas, apabila aku berjaya membawa Kelab Kebudayaan menjadi Juara Debat NC 2009, aku berazam yang pada tahun ini aku mahukan PERKASA menjulang piala tersebut.

dan tanpa aku pernah duga, impian yang aku angankan pada tahun lepas akhirnya menjadi kenyataan juga.

Tahniah buat wakil PERKASA iaitu Helmi, Q, Ker dan juga mirul kerana berjaya menjadi satu team yang baik bagi aku. tak lupa juga buat pasukan FIST A iaitu Qucai, Aisyah & Muadz. anda semua sudah mempamerkan prestasi yang baik.

mungkin kelemahan di sana sini, itu, pandai-pandai la perbaiki dan muhasabah diri untuk mempertingkatkan lagi seni debat anda semua.

ambil komen dan kritikan sebagai pelajaran untuk memperbaiki diri. jangan mengambil ianya sebagai satu pembunuh semangat untuk berjuang dalam arena perdebatan.

kejayaan dalam debat tidak pernah datang bergolek. usaha dan terus usaha untuk menggapai apa yang anda inginkan dalam debat itu yg penting.

Sekalung Tahniah juga aku ucapkan kepada sahabat aku iaitu saudara adam salam kerana berani untuk menjadi bidan terjun dan memikul tanggungjawab yang sepatutnya aku galas sebagai pengarah projek untuk edisi debat NC 2010.

hanya kemaafan yang mampu aku pohon. sebab terpaksa menarik diri daripada menjadi Pengarah Projek yang telah di amanahkan kepada aku pada tahun lepas oleh kak mas.

atas dasar sebab-sebab tertentu aku membuat keputusan yang sangat drastik. namun sebenarnya ia yang terbaik bagi aku dan juga kelab orator sendiri. kerana aku bukanlah orang yang bagus dalam kepimpinan.

dan  yang menariknya pengalaman aku ketika pertandingan akhir debat NC ini di jalankan ialah apabila aku menjadi YDP yang tidak membawa skrip untuk mempengerusikan majlis perdebatan.

dengan keyakinan yang ada. aku confident jek. tapi serius memang teruk giler kot. nervous sampai tak teratur aku bercakap. hu3

malu...memang malu giler time tue.

tapi nasib baik dapat mengawal perasaan gemuruh. : )

dan yang paling best ialah apabila dapat berjumpa dengan semua alumni yang sudi hadir. terima kasih kami ucapkan.

jasa anda tersangat kami hargai.

abg dayat, abg faiss, abg dekwan, abg zaimi, abg khai, abg adzuan uum, abg najmi, abg daus, kak nad, kak mas yang sudi hadirkan diri walaupun busy : )

tapi sedih jugak la...sebab abg raja n abg azwan tak dapat turun untuk edisi debat NC kali ni. kalau tak mesti lagi meriah kan : ) ini pertama kali debat NC yang aku hadir mereka tak turun. 2 tahun lepas meraka ada. biasalah semakin meningkat dewasa kita semakin busy : ) begitu juga abg. hafizul tak mengapa. edisi akan datang harap-harap dapat meluangkan masa k...keluarga Penukir Ilmu/Orator UMP sangat merindui anda semua....

Apa2 pun tahniah buat semua junior2 yang aku sayangi...anda semua sudah menunjukkan prestasi yang baik bagi aku. semoga semangat debat dalam diri anda semua akn terus mengalir. : )

ok la...itu sahaja yg dapat aku coretkan untuk entri kali ini : )

sekian.




p/s: di debat NC lah aku mula mengenali DIA....sudah setahun lebih rupanya perkenalan kami ; )

2 pengkritk ceritera duniaku:

WanHidayat said...

Wah....Siapakah DIA???

Tahniah.....

jumapx said...

hahaha...

biarlah rahsia...nanti bila tiba masanya...akan di umumkan...hahaha tettttt

Popular Posts

Popular Posts since May 2010