Thursday, August 19, 2010

Pergilah Ayu



The Fabulous Cats - Pergilah Ayu




Kosong hidupku tanpa mu
Cermin ku membayangkan bayanganmu
Pameran kaseh ku layu
Tiada dirimu tiada untukku


Tinggalkanku dalam anganku
Sakitku mencintaimu
Deritaku merinduimu
Lemah hati menginginkanmu

Kau hilang terus kau menyepi
Tewasku bila ku ketahui
Berita kau sudah berpunya
Hancur hatiku
Berkeping-keping jadinya


Hilangku bukan kerana cinta
Hilangku bukan untuk menyeksa
Bagiku semua tiada berharga
Biarku telan semua derita

Pergilah kau pergi dariku
Biar ku jalani hidup tanpamu
Tiada cinta dan kasihmu
Meski hati merelai


Mati hariku di kotak sepi
Di situ kau mula mahu mengenalinya
Langkahku songsang telah ku sedari
Semula ku hias kau jauh dah pergi

Putus komunikasi kau elakkan diri
Ku mencari jalan kembali kau mahu terus pergi
Ku ingatkan kau memori kau tutupkan telinga
Nyata tiada kita nyata tiada jalan penyambungnya

Ya Allah maha pemurah dan maha pencipta
Terima kasih atas pertemuan antara aku dan dia
Jika nyata bukan dia pemilik tulang rusukku
Kikiskanlah pesonanya dari kedua mata
Dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada
Bahagiakanlah mereka berdua ku doakannya
PadaMu ku pohon sucikan hatiku
Sehinga dapat melaksana kehendak dan rencanaMu
Amin


Chorus

Pergilah pergilah ayu
Jangan kau
Hiraukan tentang diriku
Pergi kau pergi kau ayu
Ku anggapkan ini satu tragedi

Kau hapuskan semua yang kita bina
Kau hancurkan harapan ku
Untuk hidup bahagia bersamamu

Berkali kau bersumpah untuk berubah
Tapi janji kosongmu
Tak sudah sudah
Entah sampai bila
Kau lepaskan saja aku

Ulang Chorus

Pergilah kau pergilah dariku
Biarkan ku jalani hidup tanpamu
Tiada cinta dan kasihmu
Meski hati merelai
 


Prasasti Jiwa:

giler...lagu ni sangat sedih....kena giler dgn 'atmosfera' hati aku sekarang...

sebelum ni memang dah suka lagu ni...dan aku antara peminat kumpulan TFC  nie...sebab bagi aku lirik dan lagu-lagu yang TFC buat sangat best,....

bagi aku sangat sayang jika group ni berpecah (gosip yg aku dgr la..) sebab bagi aku kumpulan TFC ni lain dari lain..yer la...Cat kan ada dalam group ni...sah2 la lagu2 dorang pun best....

tapi yang paling aku suka dengan lirik-lirik lagu yang mereka buat...sangat kreatif...ada je mainan bahasa yang dorang akan guna...sangat menarik...

tapi yang pasti....lagu Pergilah Ayu ni yang pernah menjadi lagu OST untuk drama Shah Jehan di TV3 menjadi lagu No.1 aku skarang....he3

lirik dia sangat kena dengan aku....hu3 (tak pe..aku tak kan menangis dengar lagu nie...dalam hati jek..he3)

so...u guys layan la lagu ni k...



p/s: dah seminggu dah berpuasa....hari ke-11 nanti baru akau nak pasang lagu raya he3


0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010