Friday, August 27, 2010

Selamat Tinggal Akhirnya






Aizat-Selamat Tinggal Akhirnya




Ku menangis
Degupan hati tergetar
Kau tinggalkan ku sepi
Seorang diri
Tak ku sangka
Takdir kita berbeza
Ku doakan kau temu bahagia

Terkenang diri mu
Aku mengenal hidup
Teringat saat pertama hingga akhir
Kau ungkapkan kata
Selamat tinggal akhirnya
Kisah kita berdua menyentuh jiwa ku
Oh wanita
Kisah kita berdua menusuk hati ku
Oh wanita


Prasasti Jiwa:

merujuk kepada kamus dewan edisi ke-4....Komitmen bermasud sikap (pendirian atau perbuatan) memberikan sepenuh tenaga dan perhatian dsb atau menunjukkan sokongan dan azam yg sepenuhnya kpd sesuatu.

dalam perbuatan kita, tidak kira dalam apa jua bentuk perbuatan yang kita lakukan. Komitmen adalah satu kata kramat yang perlu ada.

kerana tanpa komitmen, sudah pasti sesuatu perkara yang kita lakukan tidak akan menjadi sesempurna yang kita inginkan...apatah lagi jika ianya bermain dengan perasaan....

apabila bercerita mengenai komitmen terhadap perasaan. sudah pasti ianya berkaitan tentang cinta.

ya tentang cinta.

satu perkara yang baru aku tersedar (sebenarnya dah sedar lama tp bt2 tak sedar) ialah dalam perhubungan antara dua jiwa.

komitmen adalah satu perkara yang amat penting. sebab tanpa komitmen perhubungan itu tidak mungkin akan kekal lama. dan akan mulalah kelihatan keretakan di sana sini yang pastinya akan menanti belah...

betul kata kawan baik aku, aku bukanlah jenis yang boleh memberi komitmen sepenuhnya. kerana aku meletakkan komitmen di tempat lain.

ok. aku akui.

tak mengapalah. apa yang penting, aku sentiasa untuk mencuba yang terbaik untuk memberi komitmen namun mungkin di matanya. Komitmen aku tak seperti yang dia harapkan.

maaf aku hulurkan.

akhirnya, perkara yang kita takuti bersama terjadi juga kan...sakit memang sakit.

mungkin inilah pengajaran!

kadang-kadang kita di takdirkan bertemu hanyalah sekadar untuk mendapat pengalaman yang mengajar kita untuk lebih dewasa : )

dan bukan di takdirkan untuk bersama.

Selamat Tinggal Akhirnya!

sekian....



p/s: biarlah bulan yang ku nanti tak jatuh ke riba,apa yang penting aku tetap setia menanti : )

2 pengkritk ceritera duniaku:

kodok hijau the ghost writer said...

p/s: biarlah bulan yang ku nanti tak jatuh ke riba,apa yang penting aku tetap setia menanti : )..larat ke kau tampung bila btol btol jatuh ke riba hahahahaha

jumapx said...

to kodok hijau:
kelakar persoalan ko....mmg la xlarat klu jatuh ke riba....scara realitinya tak mungkin...aku hanya bermain dengan bahasa sahaja : )

Popular Posts

Popular Posts since May 2010