Thursday, September 30, 2010

7# Prasasti Jiwa

serius malam ini aku sedih...sambil mendengar lagu-lagu kecewa yang di nyanyikan oleh mereka-mereka yang punya suara bisa menusuk jiwa.

entah mengapa malam ini bila-bila masa saja airmata boleh jatuh mengenangkan kisah aku dan dia...mengenang peristiwa saat-saat bahagia tawa bersama..

di sudut sepi yang tak bertepi ini aku sendiri melayan jiwa-jiwa luka....ku kutip setiap kenangan yang bersepah di sudut kamar usang...satu-persatu bermain di minda...

andai bisa aku putarkan masa...akan aku baiki setiap cela-cela...ruang-ruang luka...yang bisa kau meratapi hari-hari mu...mengenang akan sikapku yang dulu dingin.

namun aku tak punya peluang mahupun magik yang boleh mengembalikan masa lampau...dan membetulkan segala kekhilafan...

aku hanya insan biasa yang tidak sempurna..bisa saja alpa pada kesetiaan...lantas mengabaikan akan kejujuran...dan membiarkan kau sepi membisu...siapakah aku dalam hatimu??

akur dengan takdir...namun bukannya ingin melawan yang tersurat...andai wujud peluang kedua untuk ruang-ruang rongga dalam hatimu...inginku selit diri ini dalam sanubarimu...

kerana saat itu..akan aku buktikan..aku mampu menjadi seperti yang kamu mahukan : )

Tuesday, September 28, 2010

Why Not Me






Enrique Iqlesias

Escaping nights without you with shadows on the wall
My mind is running wild tryin hard not to fall
You told me that you love me but say I’m just a friend
my heart is broken up into pieces

Cos i know i’ll never free my soul
it’s trapped between true love and being alone
When my eyes are closed the greatest story told
I woke and my dreams are shattered here on the floor

Why oh why tell me why not me
Why oh why we were meant to be
Baby i know i could be all you need
Why oh why oh why

I wanna love you
if you only knew how much i love you
So why not me


the day after tomorrow
i'll still be around
to catch you when you fall
and ever let you down
you say that we're forever
our love will never end
i've tried to come up
but it's drowning me to know
you'll never feel my soul
it's trapped in between true love and being alone
when my eyes are closed
the greatest story told
i woke and my dreams are shattered here on the floor



tell me baby
why oh why
tell me why not me
why oh why
we were meant to be
baby i know i could be all you need
why oh why oh why
i wanna love you
if you only knew how much i love you
so why not me

you won't ever know
how far we can go
you won't ever know
how far we can go (go)

why oh why
tell me why not me
why oh why
we were meant to be
baby i know i could be all you need
why oh why oh why

why oh why
tell me why not me
why oh why
we were meant to be
baby i know i could be all you need
why oh why oh why oh why
i wanna love you
if you only knew how much i love you
so why not me



Prasasti Jiwa:


lagu di atas adalah salah satu lagu yang terdapat di dalam album terbaru Enrique Iglesias - Euphoria...


dalam byk2 lagu Enrique dalam album terbarunya...lagu Why Not Me ini sangat kena dgn jiwa aku...mcm biasa la..aku mmg suka lagu2 seperti ini....: ) dan lagi satu aku sangat suka dgn genre muzik Enrique...sama seperti Marc Anthony...walaupun kadang2 lagu2 mereka berbahasa latin...tapi aku sgt suka muzik dan melodinya...sgt syahdu...tak payah faham lirik dia pun dah boleh memahami dgn hanya mendengar rentak lagunya sahaja....hu3


dan berbalik kepada lagu Why Not Me nie...ianya sgt kena dgn aku...inilah persoalan yang selalu aku tanyakan pada diri aku sendiri...


kadang2 aku berfikir...apa sebenarnya salah dan silap aku sehingga Dia memilih untuk memilih yg lain..sedangkan aku tidak pernah meletakkan titik noktah pengakhiran...hanya meletakkan tanda koma yang tidak pernah Dia cuba untuk memahami...apa sebenarnya maksud yang cuba aku sampaikan...


apalah deritanya Dia mencintai aku sehingga sanggup membuat keputusan untuk bersama yang lain sedangkan aku tidak pernah untuk mengatakan tidak pada perhubungan aku dan Dia...


mungkin aku tidak sebaik dan tak sempurna...mungkin juga kau tidak pernah cuba memahami siapa aku....namun yang penting bukan aku yang menkhianati hubungan kita...


ataupun menduakan hubungan anugerah Tuhan ini...kau rasa kau yang tergantung...sedangkan kau tak pernah tahu...apa yang ada dalam hati dan jiwaku...


kau meletakkan salah semuanya di atas pundakku...tanpa pernah kau cuba untuk meletakkan salahmu...


kau tuduh aku yang tak pernah memberikan sesaatpun masa untukmu...ataupun sedikit ruang untuk bertemu...sedangkan kau tidak pernah cuba untuk mengerti...atas apa aku bertindak sedemikian...


kau kata dgn kawan sekeliling mu...aku yang sudah berubah...sedangkan kau lupa...hatimu sebenarnya yang berubah...


kau kata aku yang sudah tak mencintaimu...sedangkan kau sebenarnya yang tidak pernah meletakkan aku di hatimu...


kau punya banyak pilihan...aku tidak...


kau kata kau takut akan terjadinya Perpisahan...sebenarnya kau tidak pernah bersedia untuk menerima aku...


dan kini..takut mu itu aku yang rasa...namun kini kau terus bahagia...


tidak mengapa...biarlah peritnya aku yang tanggung...kerana sejak awal lagi aku sudah bersedia untuk risiko itu...


tak perlulah kau kira banyak mana tangismu...banyak mana lukamu...apa yang pasti....tangis dan luka itu kini menjadi kawanku....


senyapku bukan bermakna aku tak peduli....apatah lagi tak sayang kamu...


di dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa aku rindu dan cinta kamu...


biarlah aku terus menanti akan hadirnya kamu meskipun kebarangkalian yang tipis...kerana aku percaya pada kesetiaan....sehinggalah datangnya nanti takdir Tuhan yang menidakkan aku dgn kamu....


aku tahu...kamu akan membacanya...kerana kamu antara pembacaku yang setia...tapi sayangnya...dalam kesetiaan itu kau tidak pernah cuba untuk memahami rupanya...setiap kata yang aku ungkapkan dalam blog ini...


sehingga kau hina aku hanya bercinta pada Ilusi...dan pada realitinya tidak...sakit bila kau kata begitu...tapi aku gagahkan diri...kerana blog ini adalah jiwa kedua aku....dialah teman tempat aku mengadu segalanya...kerana untuk mempercayai manusia saat ini bagi aku bukanlah suatu perkara yang mudah...


biarlah...


yang sudah itu sudah...yang lalu biar terus berlalu...


dan aku tetap setia di sini..menanti akan hadirnya kamu..kerana jiwaku cukup kuat mengatakan yang kamu akan kembali.... : )








p/s: andai di alam fana ini kau bukan milikku...ku mahu kau jadi permaisuri di syurga nanti : )
maaf andai entri ini terlalu ber'jiwa'...inilah aku...

Sunday, September 26, 2010

Dinner PERKASA 2010 : International Culture

gambar ini adalah muka2 bdk2 batch aq...07/11 Civil UMP...


Prasasti Jiwa:


Malam Sabtu yang lepas....Fakulti aku under Persatuan Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (PERKASA) telah mengadakan Annual Grand Dinner 2010...yang bertemakan International Culture,..

Dinner ni adalah dinner pertama kali & terakhir aku hadiri...sbb sepanjang berada di UMP...aku tak pernah pun menghadiri dinner Perkasa...

di sebabkan dah final year..maka aku pun menggigihkan diri untuk hadir...lagi pun lepas ni dah tak merasa dah  untuk hadir majlis2 macam nie..kalau ada pun dinner syarikat...hu3

seronok jugak malam tu...sbb aku dapat nyanyi lagu Bila Cinta ( Ost filem Lagenda budak setan) secara medley bersama Nizam-I'm Yours dgn Nizam-pengarah program...suara dorang mantap jugak...sgt sedap..: )

tapi time nyanyi lagu Bila Cinta ni aku nervos sikit...sbb aku ada masalah lupa lirik bila nyanyi dgn band live nie...klu minus one aq ok sikit...hu3

then aku dapat nyanyi lagu Selamat Malam dari artis fav aku..Faizal Tahir bersama classmet aku..Hashim...dia pun peminat FT jugak...seronok la sbb dapat nyanyi dgn sepenuh hati time tue...sbb dah dpt mood pentas dah...dah tak nervos time tue...he3

byk jugak komen yg positif lepas aku nyanyi..so ok la...xde la sumbang kan...he3

mengenai perjalanan Dinner malam tu aku malas nak sentuh...yang penting aku puas hati dgn persembahan aku sendiri...ha3 sbb bagi aku...kadang2 apa yg kita rancang kita rasakan dah yg terbaik...namun bila dah jadi hari kejadian...barulah kita tahu...ada yg tak kena di sana sini..lagi pun nak memuaskan hati semua pihak mmg la susah...apa yg ptg..kt semua dpt bersama2 malam tu...

semoga kenangan malam itu akan aku simpan sbg suatu kenangan yg manis : )

sekian.



p/s: semoga kita semua berjaya di alam pekerjaan tahun hadapan...semoga semuanya berjaya menjadi civil engineer yg berjaya yer : )
p/t: nnt aku upload kan video aq nyanyi yer...he3

Friday, September 24, 2010

TanpaMu



Datuk Siti Nurhaliza & Kris Dayanti - TanpaMu

biasanya aku lelap tidur
trbangun tuk fikirkan dirimu
mengenangmu
yg kini telah jauh

biasanya aku tnang tidur
terulai ku teringatkan dirimu
mencintamu
namun ku telah jauh
c/o
ku cubamelupkan dirimu
mengingatmu hancurkan hatiku

dahulu seia sekata
namun kini
semua telah berlalu

sayang
ku ingatkan dirimu
bahw ku tak bisa hidup tanpamu



Prasasti Jiwa:


lagu di atas adalah lagu dari Album duet CT & KD....

lagu nie bagi aku sgt unik & menarik...mungkin juga lagu ini tidak di gemari kerana muziknya yang berbeza dari yg lain...di tambah dgn lenggok2 nyanyi kedua2 Diva ini...pastinya ada yang suka...dan mungkin juga ada yang tak suka...

tapi bagi aku..lagu ini sgt berkualiti...tahniah buat Charlie dr kumpulan ST12 yang telah berjaya membuat lagu ini dgn baik : )

dan bila aku post lagu kat blog aku...sudah tentu ada kaitan dgn perasaan aku...yer la...sejak single mingle ni mmg bila dgr lagu2 mcm ni..terus layan perasaan...hahaha (padahal time xsingle pun ttp jugak layan lagu2 mcm nie he3)

semalam...

buat pertama kalinya aku bertemu dgn bekas kekasih hati pengarang jantung aku...setelah tiada ikatan secara rasminya...

sbb hari tu dia ada pinjam pendrive aku...so semalam br ada masa nak jumpa...

terubat juga la rindu time tue...tapi kan..Dia nampak lain sgt...makin cantik...yg penting mata Dia tetap sama seperti dulu...tetap mempersonakan aku : )

time tue rasa nak peluk dan merayu minta maaf atas semuanya...dan minta Dia kembali dgn aku semula....hahaha tapi giler ko nak buat mcm tue??? dah la time tu Dia dengan member Dia...aku nie kalau ada member Dia aku segan sikit..aku tak tahu nape...hu3

tapi time tu aku waras lagi...aku berlagak mcm biasa jek...mcm tak de apa2 yg berlaku pun...tapi dalam hati..giler rindu wei...he3

tue la sape suru..dulu tak jaga dgn baik...kan dah melepas mcm tue jek...nak bt mcm mana...dah tak de jodoh...hu3 pasrah je la...sekadar teman tapi mesra pun ok pe...sbb cinta tak semestinya memiliki kan ( ok ayat nie menyedapkan hati sajor) hu3

dah la...makin aku fikir...makin merana jiwa ini...ha3

hidup kena di teruskan... : )

sekian.





p/s: malam ni aku ada Dinner Fakulti...dah tahun akhir ni baru nak pergi...malam ni jugak aq kn bt Show...Nyanyi lagu Selamat Malam, Pergi (duet dgn member) & juga Bila Cinta ( Ost Lagenda Budak Setan) (akustik)

Thursday, September 23, 2010

Adik Syafiah Humaira terbela...



Prasasti Jiwa:

dulu...aku pernah post pasal isu ini..iaitu kes mengenai arwah adik Syafiah Humairah di sini...

setelah lebih kurang 6 bulan lebih...barulah pesalah iaitu teman lelaki kepada ibu adik ini di jatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah tinggi semalam.

Alhamdulillah...akhirnya si pesalah sudah pun di berikan hukuman yang setimpal di atas kesalahan tak berperikemanusiaan ini..

semoga kes-kes seperti ini di ambil iktibar oleh masyarakat Malaysia supaya tidak melakukan perbuatan2 yang di luar pemikiran manusia...

keratan akhbar berita harian:

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini semalam, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil, selepas didapati bersalah membunuh anak teman wanitanya yang berusia tiga tahun empat bulan, Februari lalu. 

Hakim Datuk Mohtarudin Baki membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

ihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Idham Abdul Ghani, Hanim Mohd Rashid dan Zureen Elina Mohd Dom manakala Mohd Fazli Azri diwakili peguam Gurbachan Singh.
Sepanjang perbicaraan yang bermula 7 Jun lalu, mahkamah mendengar keterangan daripada 33 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan.


Mohd Fazli Azri didakwa membunuh Syafiah Humaira, yang juga anak teman wanitanya, di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali pada jam 6.30 petang 25 Feb lalu.


Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.


Mohd Fazli Azri, teman lelaki kepada ibu Syafiah Humaira, Siti Nurhanim Aziz, didakwa membunuh kanak-kanak itu dengan cara menendang dan memijak perut mangsa.
Dalam penghakimannya, Hakim Mohtarudin berkata pembelaan tertuduh bahawa mangsa mengalami kecederaan akibat terjatuh daripada motosikal adalah tidak selari dengan keterangan pakar perubatan mengenai kecederaan sebenar mangsa.


Beliau berkata, pembelaan tertuduh bahawa mangsa terjatuh dan kepalanya terhantuk ke dinding ketika sedang mandi dan bermain di tandas juga tidak pernah diceritakan oleh tertuduh kepada sesiapa.


Mohtarudin seterusnya berkata dakwaan tertuduh bahawa dia berada dalam keadaan mabuk dan dipengaruhi dadah ketika kejadian tidak boleh diterima sebagai pembelaan.


"Berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan yang melihat kejadian yang berlaku di padang, adalah jelas tertuduh dalam keadaan waras. Fakta bahawa tertuduh memandu teksi dari rumah ke padang dan balik jelas tidak konsisten dengan keadaan orang yang mabuk," katanya.






p/s; Masyarakat Malaysia sudah mula hilang kemanusiaan...banyak sangat kes2 dera dan buang bayi...hu3 sedih...dan yg peliknya dalam kes ini..ibu adik syafiah ini sedih kerana kekasih hatinya itu di jatuhkan hukuman mati....macam2..

Wednesday, September 22, 2010

Kau Masih Kekasihku




Naff- Kau Masih Kekasihku


Jauh di lubuk hatiku 
Masih terukir namamu 
Jauh di dasar jiwaku 
Engkau masih kekasihku 

Tak bisa ku tahan laju alir 
Untuk semua kenangan yang berlalu 
Hembuskan sepi 
Merobek hati 

Meski raga ini tak lagi milikmu 
Namun di dalam hatiku sungguh engkau hidup 
Entah sampai kapan 
Ku tahankan rasa cinta ini 

Jauh di lubuk hatiku 
Masih terukir namamu 
Jauh di dasar jiwaku 
Engkau masih kekasihku 

Dan ku berharap semua ini 
Bukan kekeliruan seperti yang kukira 
Seumur hidupku 
Akan menjadi doa untukmu 

Jauh di lubuk hatiku 
Masih terukir namamu 
Jauh di dasar jiwaku 
Engkau masih kekasihku 

Andai saja waktu bisa terulang kembali 
Akan kuserahkan hidupku di sisimu 
Namun ku tahu itu takkan mungkin terjadi 
Rasa ini menyiksaku 
Sungguh sungguh menyiksaku 

Jauh di lubuk hatiku 
Masih terukir namamu 
Jauh di dasar jiwaku 
Engkau masih kekasihku 






Prasasti Jiwa:


lagu di atas adalah lagu dari kumpulan Naff iaitu  sebuah band dari Indonesia...lagu ni dah lama...tahun 2007 tak silap aku dah keluar...tapi saja je nak kongsi dengan korang semua...


Naff ni lagu2 dia best2 jugak..boleh tahan la...cuma mungkin band dorang ni tak dapat nak tembusi pasaran Malaysia agaknya...sebab tu tak berapa fomos kat Msia...


actually...lagu ni mmg boleh layan la..lagi2 bila tgh2 single2 nie...mmg kena dgn jiwa...hu3 boleh meleleh air mata....siap tangkap lentok lagi...ha3


tadi pagi time nak pergi class...bertembung dgn bekas kekasih hati....aku buat macam biasa la...mencuba untuk mendongakkan muka tanpa tunduk untuk mengelak terpandang...dan aku hanya senyum pada kawan Dia...


Dia? mungkin tak perasan kot aku...tak pe lah....


dan semalam...aku chat dgn member skol aku yang belajar dekat UK...dia amik medic...kat skol dulu mmg kaki buli aku la...selalu nak kenakan aku...aku ni dah la bdk baik...mmg selalu la kena buli ha3


dia tanya pasal 'kekasih hati aku'...sbb member kaki buli sama2 dgn dia dulu ada kat U aku jugak...then member dia tu couple lak dgn bdk kos aku yg aku kenal...awek dia pulak tau cerita pasal kisah drama cinta aku...sah2 la kwn aku tu duk cerita kat pakwe dia....(berapa punya byk kaitan la...ha3) sah2 la member aku kat UK tu tau...sbb member sekaki buli yg kat U aku cerita....


then aku cakap la yg aku dah single mingle skrg...


dia reply : wc to the club...being a bachelor is always a gift that no one can resit!


owh ok...mungkin ini ayat menyedapkan hati...tapi aku berfikiran positif...mungkin ada betulnya juga kan...: )


sekian...








p/s: biarlah aku sendiri...andai itu yang terbaik...kerana hari-hari di depan menunggu untuk aku datang : )

Tuesday, September 21, 2010

Senyum







Aizat - Senyum


Senyum.. senyumlah...
Walau gagal itu hakikatnya,
Kau senyum terbang semula.. ke awana,
dan berputiklah semula,

Ada.. kalanya,
Kemenangan itu sementara,
Supaya kau tak terlupa asalnya,
Cuma cinta, asas untuk kita bermula,

Jangan engkau menangis dan
janganlah engkau bersedih lagi,
Semua kemungkinan dan segala keterangan
yang akan membawamu terbang.....

Senyum.. senyumlah,
Jalan hidup tetap akan berubah,
Pengalaman kau sematkan di dada,
Untuk selamanya,
Dan senyumlah untuh semua,

Cinta.... menyerikan segala...
Sentiasa kau senyum....









Prasasti Jiwa:


lagu di atas adalah salah satu lagu dalam Album Terbaru Aizat - Urusan Aizat Amdan...


ok lah lagu nie...boleh buat kita bersemangat untuk melalui hari-hari yang bakal mendatang....: )


dan dis week...semua dah kembali seperti biasa selepas cuti lebih kurang 2 week...kini aku pun dah ada di UMP menjalani sisa-sisa hidup sbg seorang Mahasiswa yang berbekal 2 bulan saja lagi....


dalam hati macam2 ada...tatkala nak balik ke bumi Gambang ni....yer la...dengan kerja yang banyak yang perlu di selesaikan dalam masa 2 bulan ni sebelum menduduki peperiksaan...jadual exam pun dah keluar dah...nasib baik aku habis awal...cuma 1 paper repeat tu pelik sikit masa dia...2 hari sebelum raya haji...member2 sume dah habis...aku je yang tinggal nak ambil paper repeat tue...sbb untuk final year nie..hanya ada 2 paper sahaja final...so bdk2 batch aku habis dulu baru aku habis...hu3


tempat Internship aku tak cari lagi..orang lain dah dapat dah...aku ni relaks je...tak hantar2 lagi surat nak minta Internship....actually aku malas nak gigih cari sebab pak cik aku dah ajak praktikal kat tempat dia...tapi di KK la...aku malas nak pergi sebenarnya...yer la..terpaksa berjauhan dgn family selama 6 bulan...lama tu..kalau aku praktikal dekat2 semenanjung nie..sekurang2nya aku boleh balik kalau cuti or wekend....


entahlah..buat masa skrg aku tak boleh nak buat keputusan....tgk la..kalau aku dapat dekat area KL je mungkin aku akan pertimbangkan...lagi pun pak cik aku tu dah lama mengajak aku kerja tempat dia...then family aku kat sabah dah tau yg aku akan praktikal kat sana...hu3


bila dah bergelar final year nie...makin byk pulak presurenya kan...dgn thesis aku lagi yang ada problem sbb kn bt balik experiment aku...apa tak nya..result yg aku dpt tak berapa betul..so supervisor aku pun suru aku bt balik semua..hu3 apa la nasib badan...


dalam 2 bulan nie....aku rasa xsampai 2 bulan pun...mmg agak presure dan busy yg teramat....dan aku harap aku dapat melalui semuanya dengan tabah....


Ya Allah beri aku kekuatan untuk melalui semuanya....


sekian.








p/s: senyumlah...walaupun dalam hati sedang berduka...dengan senyum boleh mengubat segalanya...: )

Thursday, September 16, 2010

Sambal Belacan




Prasasti Jiwa:

video di atas adalah Iklan Hari Malaysia dari DIGI...menarik...tergelak2 aku tengok....

inilah keistimewaan Malaysia yang tiada di negara lain...sebab itu ramai yang cemburu dengan cuba untuk menyebarkan dakyah2 untuk memecah belahkan Perpaduan yang sekian lama terbina....bukan itu saja...ada juga negara2 lain yang cuba mencari 'pasal' untuk memusuhi Malaysia...

apa2 pun...aku nak ucapkan SALAM HARI MALAYSIA buat julung2 kalinya...16 September...tertubuhnya sebuah Negara bernama Malaysia yang aman dan sentosa....

Semoga Negara Malaysia sentiasa makmur...amin

I LOVE MALAYSIA...




p/s: bersyukur kita di lahirkan di bumi Malaysia : )
p/t: pelakon lelaki dalam video tu la yg selalu jadi maskot DIGI...

mulakan dengan yang paling susah....



Prasasti Jiwa:


malam semalam ( 15 sept )....Astro Ria tayangkan cerita Spidermen 3...aku dah tgk dah pun cerita nie...1st day time tayangkan kat cinema aq & adik beradik aku pg tgk...sanggup tu beratur...tgk2 dpt seat depan...nasib baik aksi dia pun boleh tahan...

dan...aku tunggu2 sgt ada TV mana2 yg akan tayangkan...kalau ada pun..yg cerita Spidermen 1 & 2 jer...yang ke-3 ni susah sikit nak tayang...padahal cerita dah lama pun...walaupun kat internet boleh download...tapi feel dia beza jugak kalau tgk kat TV...he3 

sebab dah lama tak tgk..so mcm 1st je rasanya tgk semalam...ha3 serius...yang paling tak leh blah...malam tu aku siap terpakai baju spidermen lagi...hahaha mmg semangat giler...aku pun tak sengaja sebenarnya....mungkin aura Spidermen ada dalam diri kot...berangan la pulak...

tapi bagi aku...Spidermen 3 adalah cerita yang terbaik dgn aksi yang menarik...berbanding dgn Spidermen 1 & 2....

actually bukan cerita aku tgk Spidermen yang aku nak higlite kat sini...apa yang membuat aku tertarik ialah bila ada satu babak tu...mak cik Peter Paker dtg ke rumah apartment buruk dia...then Peter Paker cerita yang dia ada problem dgn MJ...kekasih hati Pete...

then mak cik dia ada cakap...."mulakan dengan perkara yang paling susah..iaitu meMAAFkan..."

ayat ni terus masuk ke hati dan minda aku...ya...mmg betul....memaafkan adalah suatu perkara yang paling susah...bukan senang untuk seseorang memaafan dan melupakan....

andai kita sedari...segala masalah yang berlaku...terutamanya apabila kita ada masalah dengan sesiapa pun...maaf adalah kunci kepada jalan penyelesaian....tak tipu...namun ianya bukanlah semudah yang kita sangkakan...

tapi bagi aku....aku sangat setuju...

meskipun dalam hati ini terasa sangat sakit dan kecewa terhadap Dia...tapi semakin aku menanam benci & marah...serta cuba menjauhkan dan melupakan...semakin ianya menghantui jiwa...

namun bila aku meletakkan MAAF dalam hati....secara automatik...aku boleh melupakan semuanya yang berlaku...walaupun ianya masih berbekas dalam hati...tapi tak mengapa..yang penting ianya tidak menghantui hari-hari ku lagi...

kadang2 biarlah kita mengalah....dan menghulurkan Maaf...kerana itu lebih mulia di sisiNya...kita hanya perlu berserah padaNya....

aku tak menanam dendam pun pada Dia...kerana aku tahu...aku juga ada salahnya...dan yang penting...aku sudahpun meminta Maaf atas kesalahan aku itu...tapi...semuanya sudah terlambat....tak mengapalah...hatinya sudah di miliki...kalau ada jodoh tak kan ke mana pun...kan.

sepanjang cuti hari tue...puasa ke berapa entah...aku ada sms dia...borak2 mcm biasa...then sampai ke raya...aku dah tak sms Dia...sbb aku rasa antara kami dah tak mcm dulu...lagi pun aku tak nak lah Dia rasa aku ni mcm penyebok pulak...dan merimaskan Dia...

so aku pun saja senyapkan diri...bila raya pun..aku just hantarkan sms ringkas nak ucapkan Selamat Hari Raya...then Dia pun balas dgn ucapan yg ringkas...then sms itu mati begitu sahaja...tiada balasan dari aku...saja je nak buat senyap....nak uji Dia...

then setelah beberapa Syawal berlalu...akhirnya Dia yang sms aku balik...rindu agaknya...perasan pulak aku...ha3 aku saja xnak sms Dia...sbb aku nak tgk sejauh mana ingatan Dia terhadap aku walaupun skrg hanyalah sekadar kawan biasa... : (

entah la...aku tak tahu sebenarnya apa perasaan dalam hati aku...kejap nak teruskan berharap...kejap mcm dah putus harapan...dan go on with my new life...susah nak tafsirkan...aku sendiri pun kadang2 tak faham...hu3

kuatnya penangan cinta Dia terhadap aku....tapi aku berpijak pada bumi yang nyata...kini Dia bukan milik ku lagi...walaupun aku cukup yakin...di hatinya aku masih ada...he3 sebab bagi aku...terputusnya hubungan aku dgn Dia hanyalah kerana salah faham...tapi rasanya mcm tak perlu nak perjelaskan lagi...kerana aku berpegang pada prinsip...kalau ada jodoh ada la...kalau mmg dah tak de jodoh..perjelaskan macam mana pun tak gunakan...

giler...banyak pulak aku merepek...hahaha kalau bicara tentang hati & perasaan ini..mmg sampai kesudah tak kan habis...he3

tapi aku dah ok dah pun...dah tak de dah layan perasaan sgt pun...sbb bagi aku banyak lagi benda yang perlu aku fikirkan...daripada terus menerus layan perasaan...bukannya dapat apa pun...kan.

ok la...tangan aku macam dah penat nak menaip nie...

setakat nie sajor...

sekian.





p/s: bermaafanlah kita di hari raya ni yer : )
p/t: baru lepas tgk cite Resident Evil : Afterlife...giler best wooo...he3

Tuesday, September 14, 2010

Audience





Prasasti Jiwa:

kalau anda semua perasaan...especially...blogger2 yang ada blog...dekat dashboard ada satu butang bernama Stats...

yang mana Stats ini adalah berfungsi sebagai satu medium yang mana akan memaparkan semua sumber pelawat2 kita yang datang melawat blog kita...

kalau dahulu aplikasi ni tak de pun kat blogspot....kalau kita nak tahu audience kita datang dari mana...kita menggunakan aplikasi2 yang wujud dia alam maya ni...banyak....

tetapi kini dah tak yah susah2 dah...sebab blogspot dah pun menaik tarafkan aplikasi dalam sistem blog kita sendiri..dengan mewujudkan aplikasi Stats ini...

aku pun rasa perkara ini mmg satu perkara yang baik buat blogger....sbb semuanya info pasal audience kita...kita dapat tahu,..berapa ramai yang datang...dari blog mana....dari negara mana & sbgnya....

dan...yang menarik perhatian aku ialah...apabila audience blog aku ada datang dari USA,Taiwan,Indonesia,Canada,Australia,Brunei, Ukraine,Netherlands & Singapore...ini hanya pengunjung2 yang datang ke blog aku dari bulan Jun 2010-September 2010...dan negara2 ini adalah 10 negara yang tertinggi yang melawat blog aku...termasuk Malaysia di tangga pertama...haruslahkan...he3

walaupun blog aku berbahasa melayu tetapi ada juga mereka2 yang bukan dari asia tenggara yang baca...mungkin student2 Malaysia yang belajar di luar sana agaknya...berfikiran positif...ataupun mereka2 yang sesat ke blog aku....ha3

tapi yang pasti...sejak dua menjak ini aku mula mendapat semangat untuk menulis dan menghidupkan blog ini...setelah aku kurang aktif di awal tahun ini...

dan aku sangat teruja nak tahu siapakah pembaca blog aku yang dari USA & juga Taiwan...kalau anda membaca entri ini...silalah komen yer...kita buat sesi kenal mengenal...ha3

untuk pengetahuan korang juga...terutamanya pembaca2 baru aku...blog Prasasti Jiwa ini dahulunya bernama Alif Ba Ta Duniaku...namun di sebabkan nak rasa angin perubahan...aku ubah dengan menggunakan nama baru iaitu Prasasti Jiwa...

kalau dahulu entri2 blog aku lebih berkisar kepada politik & juga isu semasa serta aku selit2kan tentang kehidupan aku...

tapi untuk blog Prasasti Jiwa ini...entri aku lebih berkisar tentang bicara hati aku....sebab itu kalau korang semua perasaan...aku suka cerita mengenai perasaan...terutamanya tentang cinta aku...serta aku kaitkan lagu2  dengan perasaan aku tatkala itu....

dan entri2 aku kini pun berbeza dengan entri2 di awal aku menjadi seorang blogger....dan sedar tak sedar...blog ini sudah pun berusia 3tahun lebih....tapi secara aktifnya...ulang tahun blog aku yang ke-3 adalah 1 january setiap tahun...: )

Alhamdulillah...

ok lah...setakat ini dulu kita berkongsi cerita...

sekian.





Main Bunga Api




Prasasti Jiwa:

5 Syawal...

pastinya sudah ramai di antara kita sudah mula kembali ke rumah setelah beberapa hari beraya di kampung bersama keluarga tercinta...dan menjalankan hari-hari seperti biasa...

kepada yang berkerja selamat berkerja...kepada yang masih bercuti..selamat bercuti saya ucapkan...gunakanlah masa cuti untuk berehat semahunya..

kepada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tu...ambillah peluang ini untuk study sebaiknya....agar tidak menyesal di kemudian hari...jangan study bila nak dekat waktu peperiksaan (pandai je nasihatkan org...diri sendiri pun bt jugak...ha3)

ok la..entri kali ni masih berkisar tentang raya....yer la..kita masih dalam mood raya kan...

aktiviti yang biasanya aku buat tatkala masa-masa comel2 dulu bila raya nak tiba ni adalah bermain mercun...tapi aku tak main mercun2 buluh or mercun2 merbahaya yer...aku budak baik...ok!

main mercun pun yang biasa2 jek...tapi yang paling segar dalam ingatan aku ialah bila kitorang adik-beradik main mercun sama2...

bila malam raya jek..apa lagi...pasang lilin (kos murah)...kat kg dulu kitorang tak pasang pelita..pasang je lilin sekeliling rumah....tapi kadang2 tu adalah jugak aku dan adik-beradik aku buat pelita sendiri guna tin minuman....stylo kan..hahaha

then...bila dah ada api ni..apa lagi...main mercun bunga api la ramai2...siap ajak jiran lagi main sama2...tu time zaman comel2 dulu la...he3

walaupun main mercun yg lite2 jek..tapi tetap ada yang luka ok...apa taknya..ada satu masa tu...jiran aku halakan mercun bunga api yang batang mcm lidi tu kat adik aku...luka la jawabnya....tapi tak de la teruk sgt...

aku bukanlah budak2 yang suka cari nahas dgn main2 mercun yang berbahaya or buat meriam buluh tu...pernah jugaklah aku tgk budak2 kampung aku buat benda alah tu...tapi tak pernah pulak la aku tgk yang putus jari or cedera teruk ke apa...nasib baiklah...

tapi yang pasti...setiap tahun...dari dulu sampai sekarang...bila nak raya jek..mesti ada kes yang cedera or mati sebab mercun...dan kes yang terbaru...siap anak sendiri jadi mangsa...sebab jual mercun...then simpan kat stor rumah....tak pasal2 beraya di penjara....dah mengaku bersalah pun pak cik tu...aduhai malangnya nasib....hu3

macam2 kan dunia sekarang ni....tak faham aku...

pasal kes bunuh jutawan kosmetik tu pun...aku tak tahu nak cakap apa...semoga roh keempat2 mereka aman di sana....dan yang bersalah akan di kenakan hukuman yang setimpal...tengok...betapa kejam manusia sekarang...nak kaya punya pasal...sanggup bunuh orang..kalau bunuh binatang tak apa lagi....ni manusia!!! tak faham2...kejam pulak tu siap bakar lagi...dia ingat bukti boleh terhapus dengan bakar???

ni la manusia bila tak de pegangan agama...dah tak ingat dosa dah...sanggup buat apa saja demi dunia yang mereka cintai....

apa2 pun...Prasasti Jiwa ingin mengucapkan Takziah buat keempat2 keluarga yang terlibat...semoga tabah menghadapi dugaan Tuhan di bulan Syawal ini...berdoalah agar roh mereka sentiasa tenang di sana...amin

ok la...itu saja yang nak kongsi...

sekian.




p/s: hari tu my lovely akhil main mercun bunga api yang macam gambar di atas...seronok giler dia...tapi tak bagi dia main byk kali...sebatang jek...he3
p/t: jadi kaya pun susah kan...ada je yg dengki...tapi jadi miskin pun susah jugak...ha3

Sunday, September 12, 2010

Baju Raya




Prasasti Jiwa:

hari ni dah masuk 3 Syawal (actually entri ni utk semalam punya..cuma xde masa nak post he3)...so macam  mana raya korang semua..meriah??

raya aku macam biasa jek....duduk rumah dan tengok rancangan2 yang menarik untuk aku tengok...macam semalam seronok je dpt tgk Geng Aizat, Stylistika CT & Fenomena FT...tiga2 artis fav aq...dan hari ni pulak tak sabar nak tgk Semuanya Untukmu...Anuar Zain...

mmg tue je la kerja aku...kuih kat rumah pun habis sebab kitorang adik-beradik yang habiskan...bukan sebab tetamu ramai yang datang....tapi awal2 raya ni ramai la orang yang datang rumah pun...sampai tak menang tangan mak aku melayan...yer la..semuanya family2 yang datang....

nak tunggu member semuanya balik kampung...next week baru ada plan dengan member2 sekolah SASER untuk bt reunion kat PD...sambil bersuka ria...rindu sangat2...dan nak tahu perkembangan terkini...he3

untuk raya kali ni...adalah 1st time aku beli baju melayu sendiri dgn duit sendiri (PTPTN)....aku beli kat kuantan...mahal jugak la...sepatutnya leh dapat lagi murah...sebab aku  beli bukan time waktu peak pun....aku rasa kalau time nak dekat raya confirm harga jatuh giler kot...tapi tak mengapalah...aku malas nak keluar time dekat2 nak raya...lagi2 bila nak beli kat area KL nie...sah2 la ramai orang...hu3

teringat bila time kecik2 dulu...susahnya la nak dapat baju melayu baru nie...kadang2 sampai bertahun2 pakai barulah dapat tukar baju melayu baru...itupun sebab ada pak cik yang belikan...yer la...family aku bukannya mampu sangat..lagi2 dengan adik-beradik lelaki aku lagi yg ramai...sah2 la susah nak belikan sekali semua..lagipun dulu ekonomi tak berapa bagus...kakak aku je lah yang untung sebab mak aku tukang jahit...nak buat baju kurung lagi senang berbanding baju melayu..payah...

ada satu masa tu...tukar2 baju melayu...bila abang2 aku dah tak muat...maka di turunkan kepada yang muat....dan abang aku la yang untung sebab dapat baju melayu baru....ha3

owh ya..kalau dekat sabah...kitorang tak panggil Baju Melayu...tapi Baju Selangor...pelik kan...aku pun tak tahu macam mana asal usul Baju Melayu boleh di panggil Baju Selangor...ha3 macam la Baju Melayu tu pakaian rasmi orang2 Selangor...hahaha 

tapi kan...sekarang pun susah jugak...Baju Melayu pulak yang semakin mahal...nak suruh mak aku jahitkan...mak aku pulak yang susah nak menjahit sebab tahap kerabunan dia dah tinggi...kalau baju kurung tu senang la untuk dia...sbb dah biasa buat kan...hari tu pun aku nak masukkan benang kat mesin jahit tepi my mum..punyalah susah...siap aku leh kutuk lagi yang designer mechine jahit tu salah design...he3 sebab susah sgt nak masukkan benang...dah la benang jahit tepi tu lain sikit...tak macam benang biasa...hu3 sabor je lah...

apa yang penting tahun ni aku berjaya memakai baju melayu baru...hahaha tahun depan kalau ada duit lebih nak beli lagi Baju Melayu buat koleksi...hahaha

ok la...itu je nak kongsi bersama...

sekian.



p/s: terasa kacak pulak pakai Baju Melayu warna Merah...he3

Saturday, September 11, 2010

Salam Lebaran


*kredit to azriemuzaffar 4 dis pic : )


Prasasti Jiwa:

Di kesempatan ini, Prasasti jiwa nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua pembaca blog aku yang setia mem'follow', rakan-rakan yang mengenali diri ini serta seluruh umat islam di dunia : )...

semoga Ramadhan yang berlalu berjaya mendidik kita menjadi 'graduan' muslimin & muslimat yang sentiasa menurut perintahNya...& meninggalkan segala laranganNya...amin

dan Syawal yang mendatang ini kita sambut dengan penuh rasa kesyukuran setelah penat berjuang melawan hawa nafsu sepanjang Ramadhan.

sambutlah syawal dengan meriah...bersama insan-insan tersayang : )

sekian.



p/s: raya ku tetap sama seperti dulu...tapi seronok rasanya pakai baju melayu baru raya ni...mmg kalau dah kerja...tiap2 tahun aku tukar baju melayu...he3 tadi rumah aku meriah dgn tetamu...aku? hanya duk rumah sajor....hu3 mungkin esok..atau esok...atau esok lagi...baru beraya ke rumah orang...hahaha (aku mmg malas sikit nak beraya ke rumah org skrg sbb rancangan CT byk sgt dis year(tiap2 tahun pun sama je)...semua channel nak bt program utk CT...ha3 sian artis2 lain...)...

Thursday, September 9, 2010

Iklan Raya Maxis 2010




Prasasti Jiwa:

untuk Iklan Raya yang berjaya menarik perhatian aku pada tahun ini ialah Iklan Maxis 2010.

sayu dan sedih...itulah perasaan aku tatkala melihat iklan nie...mungkin iklan ni tak sama seperti iklan Petronas yang sebelumnya ataupun iklan2 yang menyentapkan orang2 yang tak pernah kenal erti pengorbanan dan kasih sayang.

tapi iklan ni...sangat mengingatkan kita...sejauh mana pun kita cuba lari dari talian persaudaraan...ingatlah kita tidak akan bahagia tanpa mereka di sisi...: )

mungkin juga ada talian yang terjalin bukan kerana talian darah daging...namun terjalin kerana kasih sayang....dan kerana talian yang wujud inilah kita perlu sentiasa jaga...meskipun terkadang ianya terputus kerana kehendakNya...

Ingatlah...Syawal tak kan pernah meriah...andai kita menyisihkan keluarga kita sendiri....mungkin bila mereka sudah tiada...tatkala itu kita sedar pun dah tak berguna...

kembalilah kepada mereka yang jauh dari Ibubapa tercinta...mereka sentiasa menanti kehadiran kita yang di sayangi dan di rindui....

setinggi mana pun bumi yang kita pijak sekarang...ingatlah dari mana asalnya kita bermula memijak bumi....

Salam hari raya buat semua : )




p/s: sayu mendengar takbir raya hu3

Popular Posts

Popular Posts since May 2010