Thursday, September 23, 2010

Adik Syafiah Humaira terbela...



Prasasti Jiwa:

dulu...aku pernah post pasal isu ini..iaitu kes mengenai arwah adik Syafiah Humairah di sini...

setelah lebih kurang 6 bulan lebih...barulah pesalah iaitu teman lelaki kepada ibu adik ini di jatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah tinggi semalam.

Alhamdulillah...akhirnya si pesalah sudah pun di berikan hukuman yang setimpal di atas kesalahan tak berperikemanusiaan ini..

semoga kes-kes seperti ini di ambil iktibar oleh masyarakat Malaysia supaya tidak melakukan perbuatan2 yang di luar pemikiran manusia...

keratan akhbar berita harian:

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini semalam, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil, selepas didapati bersalah membunuh anak teman wanitanya yang berusia tiga tahun empat bulan, Februari lalu. 

Hakim Datuk Mohtarudin Baki membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

ihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Idham Abdul Ghani, Hanim Mohd Rashid dan Zureen Elina Mohd Dom manakala Mohd Fazli Azri diwakili peguam Gurbachan Singh.
Sepanjang perbicaraan yang bermula 7 Jun lalu, mahkamah mendengar keterangan daripada 33 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan.


Mohd Fazli Azri didakwa membunuh Syafiah Humaira, yang juga anak teman wanitanya, di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali pada jam 6.30 petang 25 Feb lalu.


Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.


Mohd Fazli Azri, teman lelaki kepada ibu Syafiah Humaira, Siti Nurhanim Aziz, didakwa membunuh kanak-kanak itu dengan cara menendang dan memijak perut mangsa.
Dalam penghakimannya, Hakim Mohtarudin berkata pembelaan tertuduh bahawa mangsa mengalami kecederaan akibat terjatuh daripada motosikal adalah tidak selari dengan keterangan pakar perubatan mengenai kecederaan sebenar mangsa.


Beliau berkata, pembelaan tertuduh bahawa mangsa terjatuh dan kepalanya terhantuk ke dinding ketika sedang mandi dan bermain di tandas juga tidak pernah diceritakan oleh tertuduh kepada sesiapa.


Mohtarudin seterusnya berkata dakwaan tertuduh bahawa dia berada dalam keadaan mabuk dan dipengaruhi dadah ketika kejadian tidak boleh diterima sebagai pembelaan.


"Berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan yang melihat kejadian yang berlaku di padang, adalah jelas tertuduh dalam keadaan waras. Fakta bahawa tertuduh memandu teksi dari rumah ke padang dan balik jelas tidak konsisten dengan keadaan orang yang mabuk," katanya.






p/s; Masyarakat Malaysia sudah mula hilang kemanusiaan...banyak sangat kes2 dera dan buang bayi...hu3 sedih...dan yg peliknya dalam kes ini..ibu adik syafiah ini sedih kerana kekasih hatinya itu di jatuhkan hukuman mati....macam2..

3 pengkritk ceritera duniaku:

Aisyah AR said...

Alhamdulillah...terbela juga nasib syafiah humaira...hukuman mati adalah yg sebaik-baiknya..amin.

LUMUT said...

sedihnyeee...

apa lah salah budak tuh.
bukan nye dia tak kasi kau kawen ngan mak die pon....ciss btol lah..

owh lagi satu tiap kali dtg sini..mesti nak tgk gamba akif..

ergghh comel gile

jumapx said...

to Aisyah:
tue la...yg bersalah dah pun di hukum : )

to cik lumut:

tau xpe...manusia skrg ni dah hilang kemanusiaan kan...hu3

hahaha...xpe..nnt aku buat post khas pasal akhil...letak pic dia skali...

p/s: akhil dah nk dpt adik dalam bln 10 nie...he3

Popular Posts

Popular Posts since May 2010