Wednesday, September 1, 2010

Tolong Ingatkan Aku








Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku


Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa ditebus masa

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita


Prasasti Jiwa:

aku bukanlah peminat lagu-lagu Ana Raffali...namun sbg pencinta muzik...aku sentiasa update dengan lagu-lagu dan artis-artis baru...

dan lagu ini juga ada dalam simpanan aku....

tapi bila dengar balik....dan kena dengan situasi aku sekarang...

tetiba lagu ni jadi sedap pulak....he3

cuba korang hayati lirik dia....unik sangat....aku suka lirik2 lain dari lain nie...sbb ia menunjukkan bahawa betapa bahasa itu sangat indah andai kita pandai menyusun kata...

hidup ini juga begitu...andai kita pandai untuk mengatur langkah dalam percaturan di medan kehidupan...pastinya kebahagiaan akan sentiasa menemani kita...namun hidup itu tak selamanya sempurna...

pasti ada saja hujan kan turun tatkala kita masih mahukan mentari...

dan kesilapan yang kita lakukan itu seharusnya kita cepat-cepat untuk berubah...agar ianya tidak akan menjadi barah yang akhirnya menyakitkan...

tapi sayang...kesilapan yang kita lakukan hanya akan tersedar tatkala ianya sudah ada di depan mata....begitulah lumrah manusia...kadang-kadang kita sudah menyediakan payung sebelum hujan....tapi kita lupa...ada ribut yang datang bersama hujan....

apa yang aku merepek nie...hu3 aku sendiri pun dah tak faham apa yang aku tulis...ha3

ok la...mungkin saat ini ayat-ayat yang aku susun tidak kesampaian...mungkin di lain hari : )

sekian.



p/s: aku tak boleh lari dari bayangan Dia...kerana dalam hatiku sudah terukir namanya buat selamanya...meskipun Dia kini bukan milikku...

2 pengkritk ceritera duniaku:

lumut esoklusa said...

ya Allah comelnye si akhil ni..
yg kat side bar ni kan...pelisssss nak jumpe akhil..hehe....

bestnye dpt balik...
take care.
slamat hari raya..tp sedih la ramadhan da nak abes..kan kan?

jumapx said...

to cik Lumur:
he3 a'ah..tu la my lovely akhil...br tgk gambar...blom lg tgk gelagat dia...mmg klu xjumpa sehari boleh rindu...hu3

why? you xblk msia ke??? hu3
take care jugak di sana~
tau xpe...mcm masih kurang je amalan d bln ramadhan...hu3

Popular Posts

Popular Posts since May 2010