Sunday, October 31, 2010

Aku bukan pilihanmu



Isma - Aku bukan Pilihanmu

Jutaan hari berlalu sudah
Tak ku sedari begini jadinya
Kisah yang indah berlalu sudah
Cintaku musnah hancur berderai

Betapa dukanya hatiku
Bila cintaku tak ke mana
Hatiku kau guris luka
Ku tabahkan jua hatiku ini

Korus
Cintamu yang lalu
Masih ku terasa
Akan diri ini sama bagai dulu
Kenangan bersamamu
Masih ku terasa
Apakan daya aku bukan pilihanmu

Derita yang ku tanggung ini
Jiwaku terus meronta
Tak tertahan pedih hatiku
Hanya doa ku kirimkan untukmu


Prasasti Jiwa:

tengah duk buat kerja yang berlambak...sambil dengar radio ERA...segmen bersama artis...so artis yang jadi Dj time tue Isma Af...

tetiba dia promote video klip single terbarunya kat youtube..so aku pun gigih buka....ok lah jugak...wlpun biasa2 jek..

actually aq dah download lagu dia...then bila tgk video dia barulah dengar lagu tu dengan betul2...ehmmm...sedih juga  lagu nie..

tapi muzik dia sebenarnya biasa jek...mungkin Isma telah berjaya membuat lagu ni sedikit berat dan kedengaran sedap dan berkualiti...Tahniah Isma....

dalam VC ni Isma nampak berisi....he3

apa2 pun good luck buat isteri kepada Zul 2by2...semoga berjaya dalam industri ini walaupun dah jadi Ibu dan isteri....itu bukan penghalang...lagi pun apa susah..suruh je suami buatkan lagu....macam lagu Sofaz yang baru tue...sedap je dengar...: )

sekian.




p/s: tadi buat sesi pembersihan draft dalam blog...banyak jugak rupanya...hu3 busy punya pasal sampai banyak entri yang tak dapat di postkan..

Friday, October 29, 2010

14# Prasasti jiwa

SENDIRI tak bermaksud hidup itu SEPI
BERDUA tak bermaksud hidup itu BAHAGIA
KITA yang menentukan
mana hala tuju yang kita inginkan
BAHAGIA ataupun BERDUKA

kadang-kadang SEPI itu mengajar kita
untuk lebih memahami 
apa itu BAHAGIA
apa itu SAYANG
dan apa itu CINTA

maka
saat ini aku memilih
untuk SENDIRI & SEPI
TITIK





Prasasti Jiwa: aku dah merasakan yang dalam hatimu aku sudah benar2 tiada.... ; (

di persimpangan

Prasasti Jiwa:

dalam kehidupan ini, kita hanya di beri peluang untuk memilih hanya satu pilihan...meskipun banyak pilihan yang Allah kurniakan kepada kita.

dalam kehidupan ini juga, kita di berikan hanya satu jasad sahaja, yang mana kita hanya boleh melakukan sesuatu benda pada satu-satu masa sahaja...dan kita tidak di berikan peluang untuk melakukan sesuatu pada masa yang sama...maksudnya...berada di di tempat lain pada masa yang sama...

maka

andai kita di berikan peluang untuk memilih samada pergi ke sana atau pergi ke sini...pastikan pilihan anda adalah yang terbaik...payah...mmg susah untuk membuat pilihan...namun satu perkara yang perlu untuk fikirkan dan renungkan.

yang mana satu prioriti anda???

mungkin benar peluang yang di berikan di sana bukan suatu perkara yang senang untuk di dapat pada masa akan datang...dan peluang itu mungkin datang 1 dalam seribu...mungkin! tapi bila dewasa kelak...bila-bila masa sahaja anda akan dapat pergi...

namun di sini, perjuangan yang belum selesai harus di teruskan...perjuangan yang mungkin tidak mungkin akan di jual beli, ataupun di tukar ganti...pengalaman yang tidak mungkin akan ada di masa akan datang....dan pastinya anda akan menyesal kerana melepaskan peluang tersebut....

aku pernah berada dalam situasi ini...

tatkala aku perlu untuk memilih dua pertandingan yang perlu untuk aku sertai dalam satu masa...kerana dua2 nya perkara yang sangat aku minat....

tetapi aku memilih yang mana menjadi prioriti aku.....dan aku mengorbankan yang satu....sehingga sekarang aku tidak pernah masuk mana-mana pertandingan dalam pertandingan tersebut...

terkilan.

namun dalam membuat pilihan...kita perlu berkorban...tapi aku tetap berasa bahagia...kerana aku memilih yang mana lagi prioriti dalam hidup aku...yang mana akan memberikan aku pengalaman yang mungkin tidak ada pada mereka-mereka di luar sana....

kerana aku tahu...ianya adalah jiwa aku...meskipun kejayaan tidak pernah berpihak pada aku...tapi aku tahu...ianya memberikan sejuta manfaat dalam hidup aku...kerananya aku mengerti erti kehidupan...: )

sehinggakan...aku sanggup korbankan pelajaran aku (bukan saja nak korbankan tetapi terpaksa)....semata-mata untuk ke pertandingan tersebut...owh besar sungguh pengorbanan aku padanya...sampai pelajaran pun aku korbankan....hu3 tidak...aku selalu memikirkan tentang pelajaran aku...dan tidak sedikit pun cuba mengabaikan...: )

mungkin cerita aku dan cerita kamu tidak sama...
pilihan aku dan pilihan anda tidak sama
ataupun situasi kita berbeza

namun sedar satu perkara...

yang mana prioriti???

sekian....




p/s: bangunan canggih di negara orang...tak pa...negara kita damai menghijau...lagi aman : )

Thursday, October 28, 2010

Kenanglah Aku












Naff- Kenanglah Aku



karamnya cinta ini
tenggelamkanku di duka yang terdalam
hampa hati terasa
kau tinggalkanku meski ku tak rela

salahkah diriku hingga saat ini
ku masih mengharap kau tuk kembali
mungkin suatu saat nanti
kau temukan bahagia meski tak bersamaku
bila nanti kau tak kembali
kenanglah aku sepanjang hidupmu

mungkin suatu saat nanti
kau temukan bahagia meski tak bersamaku
bila nanti kau tak kembali
kenanglah aku sepanjang hidupmu


Prasasti Jiwa:

tengah busy study semalam....tetiba winamp mainkan lagu nie...aku macam biasala...tau download lagu...dengarnya kadang2 dah bertahun dalam simpanan baru dengar...he3

tapi serius...lagu ni mmg sedih...

terasa nak nyanyi sambil main gitar depan Dia jer....biar Dia rasa apa yang aku rasa ketika ini....tapi nak buat macam mana...namaku di hatinya sudah lama terpadam...

tak mengapa...

bak kata lagu nie...

"kenanglah aku sepanjang hidupmu.."





download  klik sini

Wednesday, October 27, 2010

13#Prasasti Jiwa





andai Dia mengerti apa itu Kenangan
aku pasti Dia akan Merindui


andai Dia mengerti apa itu Masa Lalu
aku pasti Dia akan Menghargai


Tapi sayang
Dia tidak pernah merindui ataupun menghargai


Kenangan dan Masa lalu itu sudah hilang dalam jiwanya
kerana cintanya kini melupuskan apa yang pernah kami lalui bersama

Oh Tuhan
Tiupkan bayu cinta
yang bisa kembalikan rasa rindunya pada aku....
yang bisa pulihkan rasa cintanya pada aku...
kerana hati ini benar-benar merinduinya


jumain
12.47am
26 oktober 2010


Tuesday, October 26, 2010

Sampai kapanpun







Ungu-Sampai kapanpun



Semakin ku menyayangimu
Semakin kau menyakitiku
Semakin ku mencintaimu
Semakin kau menghancurkanku
Entah sampai kapan
Kau akan menyadarinya
Bahwa hanya diriku
Yang pantas ‘tuk memiliki diriku
Yang rela korbankan semuanya untukmu
Sampai kapanpun kau ‘kan ku cintai
Walau kau tak pernah membalas cintaku padamu
Walau apapun kau ‘kan ku sayangi
Setulus hatiku seumur hidupku ku mencintaimu
Takkan pernah bisa
Ku melupakanmu walau sekejap saja
Takkan pernah mampu
Menggantikanmu dalam seluruh hidupku
Sampai kapanpun kau ‘kan ku cintai
Walau kau tak pernah membalas cintaku padamu
Walau apapun kau ‘kan ku sayangi
Setulus hatiku seumur hidupku
Sampai kapanpun kau ‘kan ku cintai
Walau kau tak pernah membalas cintaku padamu
Walau apapun kau ‘kan ku sayangi
Setulus hatiku seumur hidupku
Setulus hatiku seumur hidupku ku mencintaimu

Prasasti Jiwa:
lagu ini adalah salah satu lagu dalam Album Terbaru kumpulan Ungu - "1000 Kisah Satu Hati"
tapi lagu ni antara yang berjaya menusuk hati aku...melodi lagu ni boleh buat meruntun jiwa...hahaha


lagu ni bukanlah lagu hitz Ungu ketika ini, sebab kalau di Indonesia lagu hit mereka skrg ialah Percaya Padaku & Doa Untuk Ibu...
tapi lagu ni mmg sesuai untuk mereka2 yang sentiasa berharap...dan akan terus berharap...ya..akulah orangnya...he3






Track List :
1. Mabuk Kepayang
2. Dirimu Satu
3. Dia Atau Diriku
4. I Need You
5. Percaya Padaku
6. Almost Soulmate
7. Saat Bahagia (Feat Andien)
8. Selamanya
9. Sampai Kapanpun
10. In Time
11. Hakikat Cinta
12. Doa Untuk Ibu
sekian.


p/s: Album Ungu kali ini sangat best....: )

Monday, October 25, 2010

Tahniah filem Magika!!!








Senarai Pemenang FFM23:


Poster Terbaik: Preston Zaidan Productions - Belukar

Pereka Kostum/Busana Terbaik: Dee Hasnan - Magika

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Fimie Don - Magika

Pelakon Harapan Wanita: Daphne Iking - Belukar

Pelakon Harapan Lelaki: Shashi Tharan - Estet

Lagu Tema Asal Terbaik: Penyembuh Rindu- Edry - Magika

Penataan Bunyi Terbaik: Brian Ng - V3 Samseng Jalanan

Penataan Seni Terbaik: Johan Lucas & Anuar Paharudin - Magika

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Yana Shamsudin - Adnan Semp-It

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Shaheizy Sam - Evolusi KL Drift 2

Pengarah Harapan: Edry - Magika

Filem Komedi Terbaik: KRU Studios - My Spy

Anugerah Lakon Layar Terbaik: Jumaatun Azmi – Filem Haq

Anugerah Cerita Asal Terbaik: Ahadiat Akashah – Lagenda Budak Setan

Anugerah Sinematografi Terbaik: Raja Mukhriz – Filem Niyang Rapik

Anugerah Penyunting Terbaik: Hisyam Jupri & Syamsul Yusof dari Evolusi KL Drift 2

Anugerah Skor Muzikal Asal Terbaik: Edry Abdul Halim – Magika

Anugerah Filem Animasi Terbaik: Buas

Anugerah Dokumentari Terbaik : Suatu Ketika Laskar Senoi – Astro Entertaiment

Anugerah Filem Pendek Terbaik: Project

Anugerah Pelakon Veteren Lelaki FFM23: Seniman Tamam Idris

Filem Boxoffice FFM23 : Filem Adnan Sempit

Anugerah Pelakon Veteren Wanita FMM23 : Seniwati Datuk Sarimah Ahmad.

Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir FFM23 : Johari Ibrahim.

Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik: Bront Palarae – Filem Belukar

Anugerah Pelakon Wanita Terbaik: Lisa Surihani – Lagenda Budak Setan

Anugerah Pengarah Filem Terbaik: Shamsul Yusof dari Scop Productions

Anugerah Filem Terbaik FFM23: Filem Magika



Prasasti Jiwa:

Tahniah buat kesemua pemenang Festival Filem Malaysia yang ke 23....

ada yang terkejut dan ada juga yang teruja tatkala melihat senarai penerima anugerah...

namun semuanya sudah pun di nilai oleh orang2 yang pakar....nak menafikan kemenangan siapalah aku untuk menidakkan mereka yang pakar...

semoga dengan kemenangan ini akan memberi semangat buat ke semua penggiat Filem Malaysia untuk menjadikan industri filem malaysia berada setaraf dengan Bollywood dan juga Hollywood...siapa tahu..suatu hari nanti kita berjaya mengatasi mereka??? apa yang penting berusaha dengan gigih...: )





Tahniah buat produksi Filem Magika kerana berjaya menjadi Filem Terbaik untuk FFM kali ini...dan juga tahniah buat Shamsul kerana berjaya menjadi pengarah terbaik...bukan senang nak menggenggam tittle tersebut lagi2 di umur muda seperti beliau...bak kata orang tak kan tumpah kuah kalau tak ke nasi kan.. : )

sekali lagi aku mengucapkan tahniah buat ke semua pemenang....


sekian.



12# prasasti jiwa




Prasasti Jiwa:

sudah
berhenti memuja cintanya
Dia bukan untukmu

sudah
berhenti mengharap cintanya
Dia bukan untukmu

padamkanlah segala kenangan
campakkan segala ingatan
pergi jauh dari dirimu

patahkan saja gitar itu
agar tiada lagi lagu
yang bisa kau mainkan
untuk mengenangnya

bakarkan saja nota lagu itu
agar tiada lagi lirik
yang bisa kau nyanyikan
untuk mengenangnya

sudah
keringkan air matamu
mari bangkit
membina kehidupan semula
kerana dunia masih belum berakhir : )




p/s: Selamat Ulang tahun ke-20 buat kamu..semoga kamu sentiasa bahagia bersamanya : ) 

Sunday, October 24, 2010

Di Antara




Dafi - Di Antara

Di antara hatimu dan hatiku
Ada sebuah tanya yang tak terjawab
Adakah kau masih setia
Menjaga rasa cinta itu

Pada satu pelabuhan cinta hoho..

Dimanakah rasa cinta itu
Ketika pertama kau mencitai aku
Dimanakah rasa rindu itu
Ketika kau merindu dan s'lalu ku ada
Dan kaupun ada

(Du..du..du..ho..hoo...)

Dimanakah rasa cinta itu
Yang dulu pernah ada saat kau mencitaiku
Dimanakah rasa rindu itu
Saat kau merinduku dan aku ada

Dimanakah rasa rindu itu
Saat kau merinduku dan aku ada
Dan aku ada...




Prasasti Jiwa:


Actually bukan nak post lagu nie....nak post lagu hit dafi lagi satu iaitu Sebelum Kita Berpisah...yang tengah hangat kat radio...aku pun suka lagu tue...dan juga liriknya...sbb kena dgn jiwa aku skrg...


aku bukanlah minat dafi nie...time kat AF lagi mmg tak suka dia....tapi dia beruntung sbb dia di ambil oleh KRU untuk bernaung di bawah mereka...


sebab tu kebanyakan lagu2 dafi boleh tahan dan sedap di dengar walaupun vocal dafi lite2 jek...biasalah kalau bapa berpengaruh...senang je la nak bt apa pun...


so layan la lagu nie yer....


di sebabkan minggu ni dan minggu depan adalah minggu2 genting...maka entri akan more kepada lagu2...sbb senang nak post berbanding aku meletakkan entri2 mengenai isu2 yang berlaku skrg....


sekurang2nya..aku tidak membiarkan blog ini bersawang : )


ok lah...nak sambung buat kerja yang masih tak siap lagi...


Doakan kejayaan aku yer : )











Friday, October 22, 2010

Kuatkan Aku...Tuhan

Akhil bersama adiknya Hadif : ) Love u guys...!

Prasasti Jiwa:

lagi seminggu aku akan melalui hari-hari sebagai seorang Mahasiswa yang menghadiri kuliah di awal pagi dan kadang2 tamat perkuliahan di petang hari...

dan minggu depan adalah minggu yang amat genting apabila kesemua project dan assignment perlu di hantar...di tambah pula dengan Test yang bakal di adakan next week...

minggu2 terakhir bergelar Mahasiswa sangat menduga emosi dan jiwa...tatkala ini juga hati mula rindu terhadap keluarga yang ada di rumah....rindu dengan anak buah aku Akhil...serta anak buah baru aku...yang belum jumpa depan mata lagi sehingga kini...hadif tunggu daddy balik rumah yer..tak sabar nak cium hadif.. : )

banyak sangat dugaan yang datang tatkala hanya selangkah sahaja lagi aku akan menghabiskan study aku nie...rasa tak sabar sgt menjawab paper terakhir iaitu pada 11 november 2010...111110....cantik tarikh tue...sgt keramat....

dan sekarang masalah aku ialah apabila lecturer aku sorang ni tak nak terima alasan aku tak datang Seminar  pada sabtu lepas...sebab aku pergi ke Unimap untuk pertandingan Debat Perpaduan 2010...

yang paling menyakitkan hati ialah dia tak nak terima sebarang alasan meskipun ada surat dari JHEPA...yang sah bukannya surat tipu or aku tergedik2 suruh orang JHEPA sign kan...

dan yang aku tak boleh terima apabila dia nak failkan aku subjek tue...dan suru aku amik sem akan datang....Hello...senang2 dia je nak gagalkan orang...??? alasannya sebab aku tak beritahu dia awal2...

aku tak datang pun bukannya saja xnak datang...tapi aku ada sebab yang kukuh untuk tidak datang meskipun subjek itu hanya perlu untuk hadir seminar...

tak kan aku kena extend di sebabkan oleh subjek seminar tue??? klu subjek killer tak pe lah jugak..aku boleh terima dengan hati terbuka....

lagi pun..respon yang aku dengar daripada rakan-rakan aku...seminar tu tak payah datang pun tak pe...sbb apa yang di ceramahkan adalah benda yang dah tau...dan dah belajar pun...dan lagi satu...lecturer tu tak tahu yang ada di kalangan budak2 ni bukannya datang 100% pun...ada je yang suruh member untuk sign kan...kalau tak percaya cuba buat survey pendapat student tentang subjek nie...

dan yang paling tak boleh blah..ialah ceramah sebelum ni adalah ceramah yang pernah aku dengar time aku pergi pertandingan Debat OSHA di Uitm Shah Alam pada tahun 2008...penceramahnya pun sama...slide dia pun lebih kurang jek....

so...sape kata pergi debat adalah satu perkara yang sia2??? walhal ada benda yang aku dah tahu dahulu baru aku belajar...bukan nak berlagak ke apa...tapi kalau boleh cubalah berkompromi sikit...bagi aku buat Assignment sbg ganti ke apa...hu3

lepas tue...lagi satu masalah aku ialah Dekan fakulti aku sampai sekarang tak bagi aku buat Test....katanya tunggu dia fikirkan dulu...masalah2...dekan aku ni ajar aku subjek...dia buat test hari selasa lepas...tapi aku tak sempat nak ambil sebab aku balik dari Unimap malam selasa...dah la subjek ni subjek tradisi tiap2 tahun ada yang fail...matilah...

aku pun tak tahu nak cakap apa...dapat lecturer yang tak boleh nak memahami....susah betul la kalau macam nie...tapi bagi aku biarlah orang kata pilihan aku untuk kepertandingan Debat sbg satu perbuatan yang bodoh kerana mengetepikan pelajaran...kerana bagi aku hanya mereka yang pernah bergelar pendebat sahaja tahu dan ada jawapannya...

ya...pelajaran itu satu perkara yang penting dan utama...serta debat itu tidak akan membawa aku kemana??? bagi aku mereka silap...dalam menjadi manusia yang berilmu dan bertamadun...ilmu secara teori bukanlah satu perkara yang utama...tetapi perkara2 lain perlu di tambah untuk menjadikan ilmu itu lebih bermakna...fikirkan.

dan apa yang anda semua perlu fahami terutamanya lecturer2 fakulti aku...aku belajar civil engineering ni bukanlah kerana minat yang mendalam...tetapi kerana terpaksa sebab tiada pilihan lain...tetapi aku gagahkan juga...

oleh itu, jangan pernah marah atau kecewa jika keputusan aku tidak sehebat rakan-rakan lain...kerana bukannya aku tidak mencuba...aku sentiasa mencuba...namun mungkin setakat itu sahaja yang aku termampu....maafkan aku...

ok lah...aku tak mahu menulis panjang lebar lagi...takut2 aku boleh di ambil tindakan atas apa yang aku tuliskan nie...

tapi yang pasti...aku tetap dengan pendirian aku...yang aku berada di landasan yang betul...semoga Allah sentiasa meredhai jalan yang aku pilih...Amin

sekian..





p/s: Ya Allah semakin hebat dugaanMu kepada hambaMu ini....

Thursday, October 21, 2010

Ku Berjanji Karna Cinta




Anuar Zain - Ku Berjanji Kerna Cinta




Kumenunggu getar hatiku
Anganku hanya untukmu
‘Tuk bersama selamanya
Kita berdua
Kau slalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untukmu selalu

reff:
Kuberjanji karna cinta
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti
Kau selalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untukmu selalu

Kuberjanji karna cinta
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

bridge:
Meraihmu…menggapaimu
(Kuberjanji karna cintaku)
Karna cinta
(Kuberharap karna kasihmu)
Karna kasih
Kuberjanji karna cintaku
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti
Pernah berpisah

Lagu/Lirik : Nico Ajie Bandy
Vokal : Anuar Zain



Prasasti Jiwa:

Finally...dapat juga dengar lagu terbaru Anuar Zain...lama juga menanti...mmg vocal dia mantap lah dalam lagu nie...sgt mendayu2...boleh tidur di buatnya...he3

so...korang layan la lagu nie k...best!!!

tak sabar pulak nak tunggu Album Full Anuar Zain keluar...mesti menarik...yer la...semua tahu yang Anuar Zain adalah antara artis paling cerewet dalam memilih material untul Album baru beliau....

sampai ke Indonesia cari lagu...bukannya tak de komposer yang bagus di Malaysia...namun kata Anuar Zain...tak ramai yang sudi nak beri lagu yang berkualiti....

susah juga kalau dah jadi Diva nie kan...

ehmmm...apa2 pun semoga Anuar Zain berjaya menghasilkan Album yang berkualti yer...: )

Good Luck Anuar Zain...




p/s: mood tgh bersedih hu3

Wednesday, October 20, 2010

hanya sampai di sini...


DEBAT PERPADUAN 2010 - UniMAP



Prasasti Jiwa:

ini adalah perjuangan ketiga aku dalam Debat Perpaduan IPT...2007(UMP),2009(UNIMAS) & 2010 (UniMAP) ....2008? aku tak masuk...

dan perjuangan kali ini penuh dengan liku-liku...apa tak nya...sebelum pergi terlalu banyak kerja dan projek yang perlu untuk di siapkan....sehinggakan di saat2 akhir pun aku hampir memutuskan untuk tidak pergi ke bumi Perlis...biasalah di minggu2 akhir bergelar seorang Mahasiswa pastinya menuntut kesabaran dan kegigihan dalam menyelesaikan segala tugasan...

namun di sebabkan oleh cintanya aku pada dunia debat aku gagahkan juga melangkah...meskipun hati terasa berat untuk meninggalkan kerja yang berlambak perlu di lunaskan.

tapi hidup ini hanya ada satu pilihan...kerana jasad kita juga hanya satu...

perjuangan terakhir dalam debat perdana ini menuntut aku untuk menghasilkan sesuatu untuk di bawa pulang kepada UMP dan juga warga Orator UMP...

namun sayangnya...perjuangan terakhir ini tetap jua tidak membuahkan hasil....mungkin usaha tidak sehebat mana...maka hasilnya juga seperti apa yang aku dapat.

tidak mengapa...mungkin Tuhan masih menyimpan kejayaan itu untuk junior2 aku...dan tidak pada aku...kerana kejayaan itu bukanlah perkara utama...apa yang pasti pengalaman yang aku dapat daripada Debat ini yang paling berharga...dan tak kan ada di jual beli di luar sana...

benar..mungkin ini kata-kata seorang pendebat yang pergi ke pertandingan debat tanpa pernah merasai menaiki Pentas Final....tapi inilah sebenarnya hakikat...

kerana bagi aku..mewakili Universiti ke pertandingan Debat Intervarsiti sudah membuat aku gembira dan bahagia...kerana itu adalah impian aku sejak di bangku sekolah lagi...

biarlah kejayaan bukan berpihak pada aku...apa yang penting Debat menemukan aku dengan pelbgai ragam manusia yang aku boleh anggap sebagai Adik-beradik yang aku sayangi...suka duka di kongsi bersama...kenangan yang mungkin tak kan pernah luput dari ingatan...

mungkin semua ini tak kan di rasai....kecuali bagi mereka yang pernah bergelar Pendebat...

aku tidak pernah menyesal untuk menyertai dunia Debat...meskipun terkadang aku mengabaikan pelajaran...kerana aku tahu...apa yang terbaik untuk aku....

semoga pilihan dan laluan yang aku pilih ini sentiasa di rahmati olehNya...amin

sekian.




p/s: semoga masih di beri kesempatan dan ruang untuk berjuang di pentas Di Raja...: )

Friday, October 15, 2010

She's Amazing!




Prasasti Jiwa:

Ann, 19, from Dallas, TX. Height: 6'2" 
Occupation: Student 
Favorite Designer: Betsey Johnson 
Favorite Shoe: flats 
Must-Have Photo Shoot Accessory: eyeliner 
Would Never Wear: holiday sweaters 
If Trapped On An Island, Would Bring: satellite phone 
Memorable quote: "I like to dress Gothic. Gothic Lolita kind of stuff."


She is the contestant in American Next Top Model Cycle 15. Ann is the first contestant in the history of ANTM who received five times in the row for best picture each weeks.So amazing to because it is not easy to maintain on the top!


Good Job Ann.


Hope you will be the American Next Top Model.....!!! Good Luck girl...




p/s: mesti korang terkejutkan aku tgk ANTM...menarik apa rancangan yang di acarakan oleh Tyra Banks nie....hahaha aku sudah jatuh cinta dgn Ann....he3



Thursday, October 14, 2010

Proton Inspira











Prasasti Jiwa:

menarik dan teruja...inilah Proton Inspira kereta proton terbaru...

Harga di pasaran bagi model terbaru ini antara RM79,888 hingga RM95,000 dan pelacarannya dijadualkan pada 10 November.

Ini adalah model terbaik hasil perkongsian bijak Proton dan Mitsubishi Motors Corp. (MMC).

sepatutnya PROTON dah buat kerjasama banyak dengan syarikat pengeluar kereta besar dunia untuk menghasilkan kereta proton yang berkualiti seperti Proton Inspira nie.

sebab dengan kerjasama sebeginilah pastinya ramai lagi rakyat Malaysia yang akan menggunakan kereta buatan Malaysia.

bukan untuk merendahkan Proton tidak mampu menghasilkan kereta yang berkualiti tapi dengan kerjasama sebegini dapat betukar teknologi yang mana akan mematangkan Proton sendiri untuk lebih matang dalam menghasilkan kereta yang lebih berkualiti pada masa akan datang.

lepas nie..Proton sudah boleh bangga dan berdiri sama tinggi dengan pengeluar kereta2 besar yang lain.

Good Job Proton!!!

boleh pergi ke sini kalau nak tgk gambar2 lain.....here! dan sini!



p/s: kalau aku mampu....mmg aq tempah skrg juga....he3 tak pe...tahun depan boleh oder satu biji...he3

memiliki kehilangan




Letto- Memiliki Kehilangan

tak mampu melepasnya walau sudah tak ada
hatimu tetap merasa masih memilikinya
rasa kehilangan hanya akan ada
jika kau pernah merasa memilikinya

pernahkah kau mengira kalau dia kan sirna
walau kau tak percaya dengan sepenuh jiwa
rasa kehilangan hanya akan ada
jika kau pernah merasa memilikinya



Prasasti Jiwa:

benar...rasa kehilangan hanya akan hadir setelah kita kehilangan sesuatu yang pernah menjadi milik kita...sesuatu yang selalu berada dekat dengan jiwa...sesuatu yang selalu di puja dan di ingati...

dan pastinya...kehilangan bukanlah hadir dengan kita duga...ianya hadir tanpa pernah kita sedar...dan bersedia untuk menhadapinya.

namun itulah kehidupan yang harus kita akui.

tidaklah berwarna kehidupan andai segalanya kita ketahui. Kita manusia yang tidak punya kuasa untuk menduga masa akan datang atau kembali ke masa lampau mengubah kesilapan.

kita hanya manusia yang bisa menunggu dengan merancang siapa kita di hadapan kelak.

sekian.


p/s: terasa mau saja aku menjerit di hadapan budak tu...dan cakap..."hey...can u give me back my lovely..coz i'm still love her so much..."

Wednesday, October 13, 2010

menuju ke garis penamat bergelar seorang Mahasiswa terasa banyak sangat dugaan. ada saja perkara yang perlu di selesaikan. Assignment dan project mula datang bertimbun. dan tatkala itu juga lecturer akan mula menjalankan Test 2. Pastinya ia menguji kesabaran setiap yang bergelar pelajar tahun akhir.

aku? terkadang terfikir juga. sudah sejauh ini aku berjuang dalan bidang Engineering yang tak pernah terlintas dalam fikiran dan sanubari aku untuk mendalami ilmu ini. time kecil-kecil dulu Jurutera bukanlah pilihanku sehingga aku berada di Matrikulasi.

dan kini hanya beberapa langkah lagi aku akan memasuki bidang Kejuruteraan Awam yang sebenar. Berada di site construction ataupun consultant. terasa takut ada dalam hati. mampukah aku menggalas beban itu?? mampukah aku mengaplikasikan segala ilmu yang aku belajar selama 3 1/2 tahun berada di UMP???

Civil Engineering bukanlah pilihan aku. sejak dari Tahun 1 lagi aku cuba untuk mencari jalan lain untuk lari dari belajar engineering namun di sebabkan oleh harapan keluarga yang menggunung maka aku gigihkan jua melangkah walaupun ianya menyeksakan.

tapi aku bersyukur pada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya aku masih kuat sehingga sekarang. masih mampu berdiri meskipun beribu cabaran ada di hadapan. keranaNya juga aku masih terus kuat melangkah. Terima Kasih Tuhan.

dalam masa 2 minggu lebih ini segala project & Assignment perlu di siapkan. Di tambah pulak dengan Final Year Project aku yang tak gerak lagi writing membuatkan aku terasa tertekan. dan hujung minggu ini aku kena menghadirkan diri ke pertandingan Debat Perpaduan 2010 di Unimap selama 5 hari. memang banyak lagilah class yang terpaksa aku tinggalkan. harap2 sepanjang ketiadaan aku, tak de lah lecturer bt test ke apa...

apa2 pun aku berharap segalanya akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Tempat praktikal pun dah confirm di Shah Alam so 3 Jan 2011 bermula la perjalanan aku sbg seorang civil engineer.

ok la...nak pergi menyiapkan kerja project 3P sbg Mechanical & Electrical Engineer. aku tak tahu la nak design apa benda nie. main design je la..salah ke betul belakang kira. aku kena siapkan cepat sebab esok dah kena present depan lecturer. hu3

sekian.



p/s: dapat offer satu tempat praktikal di Puchong dekat dengan rumah, tapi kn pergi interview lak. dah la xde masa nak balik. hu3

11# Prasasti Jiwa


melarikan diri dari perasaan yang sebenar bukanlah sesuatu perkara yang mudah. menipu perasaan yang tersirat dalam jiwa bukanlah sesuatu perkara yang senang. kadang-kadang ianya sangat menyakitkan.

di padam dan padam namun tetap jua meninggalkan bekas.

di ubat dan di ubat luka-luka jiwa namun tetap jua terasa pedihnya.

lari dari bayang-bayang sendiri ibarat anjing menyalak bukit, hanya penat dan letih yang dapat ...akhirnya menjadi bodoh dengan perangai sendiri.

puas sudah menidakkan yang dalam hati tiada Dia. namun kenangan adalah suatu perkara yang tidak mungkin pernah padam dalam minda tatkala sendiri memikir tentang hati dan perasaan.

kita adalah manusia yang tidak pernah lari dari kesilapan dan sebab itu adanya perkataan Maaf untuk di jadikan kata keramat dan penamat atas kekhilafan bukannya selamat tinggal yang di ucapkan.

mungkin ini takdir yang sudah tersurat untukku. menidakkan takdir ibarat tidak percaya pada Tuhan Maha Pencipta. redha dan pasrah kerana Yang Maha Kuasa lebih mengerti akan perjalanan kehidupan ini.


Popular Posts

Popular Posts since May 2010