Wednesday, October 13, 2010

11# Prasasti Jiwa


melarikan diri dari perasaan yang sebenar bukanlah sesuatu perkara yang mudah. menipu perasaan yang tersirat dalam jiwa bukanlah sesuatu perkara yang senang. kadang-kadang ianya sangat menyakitkan.

di padam dan padam namun tetap jua meninggalkan bekas.

di ubat dan di ubat luka-luka jiwa namun tetap jua terasa pedihnya.

lari dari bayang-bayang sendiri ibarat anjing menyalak bukit, hanya penat dan letih yang dapat ...akhirnya menjadi bodoh dengan perangai sendiri.

puas sudah menidakkan yang dalam hati tiada Dia. namun kenangan adalah suatu perkara yang tidak mungkin pernah padam dalam minda tatkala sendiri memikir tentang hati dan perasaan.

kita adalah manusia yang tidak pernah lari dari kesilapan dan sebab itu adanya perkataan Maaf untuk di jadikan kata keramat dan penamat atas kekhilafan bukannya selamat tinggal yang di ucapkan.

mungkin ini takdir yang sudah tersurat untukku. menidakkan takdir ibarat tidak percaya pada Tuhan Maha Pencipta. redha dan pasrah kerana Yang Maha Kuasa lebih mengerti akan perjalanan kehidupan ini.


0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010