Friday, October 29, 2010

di persimpangan

Prasasti Jiwa:

dalam kehidupan ini, kita hanya di beri peluang untuk memilih hanya satu pilihan...meskipun banyak pilihan yang Allah kurniakan kepada kita.

dalam kehidupan ini juga, kita di berikan hanya satu jasad sahaja, yang mana kita hanya boleh melakukan sesuatu benda pada satu-satu masa sahaja...dan kita tidak di berikan peluang untuk melakukan sesuatu pada masa yang sama...maksudnya...berada di di tempat lain pada masa yang sama...

maka

andai kita di berikan peluang untuk memilih samada pergi ke sana atau pergi ke sini...pastikan pilihan anda adalah yang terbaik...payah...mmg susah untuk membuat pilihan...namun satu perkara yang perlu untuk fikirkan dan renungkan.

yang mana satu prioriti anda???

mungkin benar peluang yang di berikan di sana bukan suatu perkara yang senang untuk di dapat pada masa akan datang...dan peluang itu mungkin datang 1 dalam seribu...mungkin! tapi bila dewasa kelak...bila-bila masa sahaja anda akan dapat pergi...

namun di sini, perjuangan yang belum selesai harus di teruskan...perjuangan yang mungkin tidak mungkin akan di jual beli, ataupun di tukar ganti...pengalaman yang tidak mungkin akan ada di masa akan datang....dan pastinya anda akan menyesal kerana melepaskan peluang tersebut....

aku pernah berada dalam situasi ini...

tatkala aku perlu untuk memilih dua pertandingan yang perlu untuk aku sertai dalam satu masa...kerana dua2 nya perkara yang sangat aku minat....

tetapi aku memilih yang mana menjadi prioriti aku.....dan aku mengorbankan yang satu....sehingga sekarang aku tidak pernah masuk mana-mana pertandingan dalam pertandingan tersebut...

terkilan.

namun dalam membuat pilihan...kita perlu berkorban...tapi aku tetap berasa bahagia...kerana aku memilih yang mana lagi prioriti dalam hidup aku...yang mana akan memberikan aku pengalaman yang mungkin tidak ada pada mereka-mereka di luar sana....

kerana aku tahu...ianya adalah jiwa aku...meskipun kejayaan tidak pernah berpihak pada aku...tapi aku tahu...ianya memberikan sejuta manfaat dalam hidup aku...kerananya aku mengerti erti kehidupan...: )

sehinggakan...aku sanggup korbankan pelajaran aku (bukan saja nak korbankan tetapi terpaksa)....semata-mata untuk ke pertandingan tersebut...owh besar sungguh pengorbanan aku padanya...sampai pelajaran pun aku korbankan....hu3 tidak...aku selalu memikirkan tentang pelajaran aku...dan tidak sedikit pun cuba mengabaikan...: )

mungkin cerita aku dan cerita kamu tidak sama...
pilihan aku dan pilihan anda tidak sama
ataupun situasi kita berbeza

namun sedar satu perkara...

yang mana prioriti???

sekian....




p/s: bangunan canggih di negara orang...tak pa...negara kita damai menghijau...lagi aman : )

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010