Friday, October 22, 2010

Kuatkan Aku...Tuhan

Akhil bersama adiknya Hadif : ) Love u guys...!

Prasasti Jiwa:

lagi seminggu aku akan melalui hari-hari sebagai seorang Mahasiswa yang menghadiri kuliah di awal pagi dan kadang2 tamat perkuliahan di petang hari...

dan minggu depan adalah minggu yang amat genting apabila kesemua project dan assignment perlu di hantar...di tambah pula dengan Test yang bakal di adakan next week...

minggu2 terakhir bergelar Mahasiswa sangat menduga emosi dan jiwa...tatkala ini juga hati mula rindu terhadap keluarga yang ada di rumah....rindu dengan anak buah aku Akhil...serta anak buah baru aku...yang belum jumpa depan mata lagi sehingga kini...hadif tunggu daddy balik rumah yer..tak sabar nak cium hadif.. : )

banyak sangat dugaan yang datang tatkala hanya selangkah sahaja lagi aku akan menghabiskan study aku nie...rasa tak sabar sgt menjawab paper terakhir iaitu pada 11 november 2010...111110....cantik tarikh tue...sgt keramat....

dan sekarang masalah aku ialah apabila lecturer aku sorang ni tak nak terima alasan aku tak datang Seminar  pada sabtu lepas...sebab aku pergi ke Unimap untuk pertandingan Debat Perpaduan 2010...

yang paling menyakitkan hati ialah dia tak nak terima sebarang alasan meskipun ada surat dari JHEPA...yang sah bukannya surat tipu or aku tergedik2 suruh orang JHEPA sign kan...

dan yang aku tak boleh terima apabila dia nak failkan aku subjek tue...dan suru aku amik sem akan datang....Hello...senang2 dia je nak gagalkan orang...??? alasannya sebab aku tak beritahu dia awal2...

aku tak datang pun bukannya saja xnak datang...tapi aku ada sebab yang kukuh untuk tidak datang meskipun subjek itu hanya perlu untuk hadir seminar...

tak kan aku kena extend di sebabkan oleh subjek seminar tue??? klu subjek killer tak pe lah jugak..aku boleh terima dengan hati terbuka....

lagi pun..respon yang aku dengar daripada rakan-rakan aku...seminar tu tak payah datang pun tak pe...sbb apa yang di ceramahkan adalah benda yang dah tau...dan dah belajar pun...dan lagi satu...lecturer tu tak tahu yang ada di kalangan budak2 ni bukannya datang 100% pun...ada je yang suruh member untuk sign kan...kalau tak percaya cuba buat survey pendapat student tentang subjek nie...

dan yang paling tak boleh blah..ialah ceramah sebelum ni adalah ceramah yang pernah aku dengar time aku pergi pertandingan Debat OSHA di Uitm Shah Alam pada tahun 2008...penceramahnya pun sama...slide dia pun lebih kurang jek....

so...sape kata pergi debat adalah satu perkara yang sia2??? walhal ada benda yang aku dah tahu dahulu baru aku belajar...bukan nak berlagak ke apa...tapi kalau boleh cubalah berkompromi sikit...bagi aku buat Assignment sbg ganti ke apa...hu3

lepas tue...lagi satu masalah aku ialah Dekan fakulti aku sampai sekarang tak bagi aku buat Test....katanya tunggu dia fikirkan dulu...masalah2...dekan aku ni ajar aku subjek...dia buat test hari selasa lepas...tapi aku tak sempat nak ambil sebab aku balik dari Unimap malam selasa...dah la subjek ni subjek tradisi tiap2 tahun ada yang fail...matilah...

aku pun tak tahu nak cakap apa...dapat lecturer yang tak boleh nak memahami....susah betul la kalau macam nie...tapi bagi aku biarlah orang kata pilihan aku untuk kepertandingan Debat sbg satu perbuatan yang bodoh kerana mengetepikan pelajaran...kerana bagi aku hanya mereka yang pernah bergelar pendebat sahaja tahu dan ada jawapannya...

ya...pelajaran itu satu perkara yang penting dan utama...serta debat itu tidak akan membawa aku kemana??? bagi aku mereka silap...dalam menjadi manusia yang berilmu dan bertamadun...ilmu secara teori bukanlah satu perkara yang utama...tetapi perkara2 lain perlu di tambah untuk menjadikan ilmu itu lebih bermakna...fikirkan.

dan apa yang anda semua perlu fahami terutamanya lecturer2 fakulti aku...aku belajar civil engineering ni bukanlah kerana minat yang mendalam...tetapi kerana terpaksa sebab tiada pilihan lain...tetapi aku gagahkan juga...

oleh itu, jangan pernah marah atau kecewa jika keputusan aku tidak sehebat rakan-rakan lain...kerana bukannya aku tidak mencuba...aku sentiasa mencuba...namun mungkin setakat itu sahaja yang aku termampu....maafkan aku...

ok lah...aku tak mahu menulis panjang lebar lagi...takut2 aku boleh di ambil tindakan atas apa yang aku tuliskan nie...

tapi yang pasti...aku tetap dengan pendirian aku...yang aku berada di landasan yang betul...semoga Allah sentiasa meredhai jalan yang aku pilih...Amin

sekian..





p/s: Ya Allah semakin hebat dugaanMu kepada hambaMu ini....

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010