Wednesday, October 13, 2010

menuju ke garis penamat bergelar seorang Mahasiswa terasa banyak sangat dugaan. ada saja perkara yang perlu di selesaikan. Assignment dan project mula datang bertimbun. dan tatkala itu juga lecturer akan mula menjalankan Test 2. Pastinya ia menguji kesabaran setiap yang bergelar pelajar tahun akhir.

aku? terkadang terfikir juga. sudah sejauh ini aku berjuang dalan bidang Engineering yang tak pernah terlintas dalam fikiran dan sanubari aku untuk mendalami ilmu ini. time kecil-kecil dulu Jurutera bukanlah pilihanku sehingga aku berada di Matrikulasi.

dan kini hanya beberapa langkah lagi aku akan memasuki bidang Kejuruteraan Awam yang sebenar. Berada di site construction ataupun consultant. terasa takut ada dalam hati. mampukah aku menggalas beban itu?? mampukah aku mengaplikasikan segala ilmu yang aku belajar selama 3 1/2 tahun berada di UMP???

Civil Engineering bukanlah pilihan aku. sejak dari Tahun 1 lagi aku cuba untuk mencari jalan lain untuk lari dari belajar engineering namun di sebabkan oleh harapan keluarga yang menggunung maka aku gigihkan jua melangkah walaupun ianya menyeksakan.

tapi aku bersyukur pada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya aku masih kuat sehingga sekarang. masih mampu berdiri meskipun beribu cabaran ada di hadapan. keranaNya juga aku masih terus kuat melangkah. Terima Kasih Tuhan.

dalam masa 2 minggu lebih ini segala project & Assignment perlu di siapkan. Di tambah pulak dengan Final Year Project aku yang tak gerak lagi writing membuatkan aku terasa tertekan. dan hujung minggu ini aku kena menghadirkan diri ke pertandingan Debat Perpaduan 2010 di Unimap selama 5 hari. memang banyak lagilah class yang terpaksa aku tinggalkan. harap2 sepanjang ketiadaan aku, tak de lah lecturer bt test ke apa...

apa2 pun aku berharap segalanya akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Tempat praktikal pun dah confirm di Shah Alam so 3 Jan 2011 bermula la perjalanan aku sbg seorang civil engineer.

ok la...nak pergi menyiapkan kerja project 3P sbg Mechanical & Electrical Engineer. aku tak tahu la nak design apa benda nie. main design je la..salah ke betul belakang kira. aku kena siapkan cepat sebab esok dah kena present depan lecturer. hu3

sekian.



p/s: dapat offer satu tempat praktikal di Puchong dekat dengan rumah, tapi kn pergi interview lak. dah la xde masa nak balik. hu3

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010