Tuesday, October 5, 2010

sebulan je lagi ( Kuliah )

hanya sebulan sahaja tinggal untuk aku menjalani kehidupan sebagai seorang Mahasiswa...
tidak pernah aku fikir akan sampai ke fasa terakhir ini...
sebelum memasuki alam pekerjaan..
walaupun pada awalnya ini bukanlah course ataupun bidang yang aku inginkan...

tapi
aku gagahkan juga melangkah
melawan arus meski terkadang aku tersungkur
namun aku cuba untuk bangkit
meskipun terkadang sudah tidak mampu bertahan.

aku percaya pada takdir Tuhan
yang membawa aku sehingga ke hari ini
kerana aku tahu
Dia yang lebih mengetahui
mana yang terbaik untuk hambaNya..

semoga sisa-sisa masa aku di bumi UMP ini
akan aku lalui dengan penuh kebahagiaan
meskipun di lidah mengatakan tak sabar nak meninggalkan bumi Gambang
namun jauh di sudut hati
inilah tempat yang menjadikan aku Manusia
yang memberikan aku Ilmu
untuk berbakti di masa hadapan

Tuhan beri aku kekuatan
Sebulan sahaja lagi




p/s: Final exam aku start 9,11 & 15 November...lepas tu Merdeka!!!!!!!!!!!

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010