Monday, November 1, 2010

15#Prasasti Jiwa

sangat sakit bila kita mengetahui hakikat
yang cinta yang kita puja dan damba
bukan lagi menjadi milik kita
bukan lagi menjadi kehidupan kita

terasa berjalan di bumi sepertinya sudah tiada graviti
terapung-apung bebas di udara
hilang arah di bawa angin
entah kemana tujuan diri

sangat pedih untuk aku menerima hakikat ini
sedangkan ucapan selamat tinggal
tidak pernah pun aku ungkapkan
mahupun untuk meletakkan garis penamat
jauh sekali terlintas dalam fikiran

tiap-tiap hari merintih pada benda yang sudah
merayu dan terus berharap
lagu-lagu duka di tinggalkan kekasih mahupun kekecewaan
sudah beratus kali di mainkan
itu tidak di tambah dengan menyanyi sambil 'feel'
owh...Tuhan je tau apa yang terbuku dalam hati
kalaulah boleh di gambarkan dengan perasaan
pasti tak cukup jiwa untuk merasai
pasti tak cukup huruf-huruf untuk di susun untuk diceritakan
rasa yang ada dalam hati

tapi
aku memilih untuk diam
biarlah hanya aku yang sakit
biarlah hanya aku yang terluka
kerana aku gembira
kini kau bahagia bersamanya
biarlah tawa dan canda kita jadi kenangan
kerana cinta tak semestinya memiliki

kalaulah aku Shah Jehan
sudah lama wujud Taj Mahal kedua untukmu
bukti besarnya cintaku
tapi itu dulu-dulu
kadang-kadang cinta tak perlu nak tunjuk-tunjuk
berapa besar cinta itu
apa yang penting
dulu
aku ikhlas mencintaimu : )



jumain
12.40pm
1 nov


p/s: welcome november...: ) semoga november membawa seribu kebahagiaan...

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010