Friday, November 5, 2010

16# Prasasti Jiwa

sakitnya hati bila tahu kebenaran
sebab tu ada perkara yang ada baiknya kita tidak tahu
sebab mengetahui kebenaran
adalah suatu yang menyakitkan untuk di terima

Tuhan
kenapalah aku di pertemukan dengannya
apakah Ujian Mu kali ini
sudah
cukuplah derita ini yang ku rasa
janganlah aku di pertemukan manusia seperti itu lagi.
hakiskanlah Dia dari ingatan
tanpa meninggalkan bekas
kerna aku sudah jelek dengannya

sia-sia pengorbanan yang aku beri
rupanya hanya mencurah kedaun keladi
macam-macam alasan yang kau beri
kononnya akulah Sang Pendusta
tapi kau sebenarnya yang mendustai

kau terima aku
dalam masa yang sama
kau memberikan yang lain ruang
hebatnya permainanmu

licik
kau bermain selamat dalam hubungan
tapi tupai tak selalunya hebat melompat
kau akan terjatuh jua akhirnya
dan saat itu mengemislah pada cinta yang kau damba
kerana Tuhan itu Maha Adil

cukup
sampai di sini cerita kita
tiadalah lagi istilah teman tapi mesra
mahupun sekadar Kawan
kerana aku mahu melupuskan
semua kenangan aku dan kamu

hapus




p/s: Pengajaran yang akan aku ambil iktibar...lepas ni nak pasang dekat hati "kalis cinta"...supaya tiada yang memanah hati dengan mudah...

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010