Friday, November 26, 2010

21# Prasasti Jiwa



Prasasti Jiwa:

Kenangan adalah satu perkara yang akan terlintas tatkala ianya sudah pernah berlaku. watak dan ceritanya sudah pernah di mainkan.

satu kelebihan manusia ialah di anugerahkan ingatan...memori yang bisa kekal dalam minda. sungguh hebat ciptaan Tuhan yang tidak memerlukan cip atau isian berapa Gigabyte....ianya tidak terhingga.

namun, ada juga memori yang tidak akan kekal dalam ingatan. bergantung kepada kuatnya memori seseorang ataupun kita sendiri yang mahu melupakan.

ada sesetengah di antara kita, yang sengaja mahu melupakan kenangan yang pernah wujud dalam hidupnya. mungkin kerana kecewa, sedih, ataupun tidak mahu mengingati kenangan itu kerana mahu melupakan sejarah silam yang buruk.

dalam hubungan pula, bagi yang merasai kebahagiaan dalam perhubungan pastinya kenangan itu adalah satu perkara yang penting. kerana dengan kenanganlah kita akan lebih menghargai hubungan kita.

tetapi, bagi hubungan yang terhenti di tengah jalan, pastinya kenangan bukanlah perkara yang paling di ingini. kerana semahunya kita mahu melupakan kenangan yang pernah tercipta.

namun untuk melupakan bukanlah suatu perkara yang mudah seperti 'pendrive' yang boleh 'delete' dengan mudah apa yang terkandung di dalamnya jika sudah tidak perlukannya lagi.

ianya memerlukan masa yang lama untuk melupuskan segala kenangan yang kita tidak mahu kenang lagi. Namun, kita sering terlupa, yang kenangan itulah sebenarnya anugerah cinta yang di berikan Tuhan kepada kita.

meskipun kita tidak memilikinya secara tersurat dan tersirat ,tetapi sedarkah kita? dia pernah menjadi milik kita di dalam kenangan itu : )

sekian.



p/s: hargai setiap kenangan bersama insan yang kita sayang : )

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010