Sunday, November 14, 2010

bebasnya Suu Kyi



love dis picture : )


Prasasti Jiwa:

13 November menyaksikan bebasnya seorang pejuang pro demokrasi iaitu  Aung San Suu Kyi. Pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah dia Suu Kyi ini....besarkah perjuangannya pada negaranya dan juga dunia?

aku juga antara mereka-mereka yang tidak berapa mengenali insan bernama Suu Kyi ni...tapi aku tahu serba sedikit tentang Suu Kyi ni...pendebat kalau tidak tahu tentang Suu Kyi ni memang buat malu la sebab ini antara isu antarabangsa juga...pernah sekali berdebat aku tersalah beri fakta tentang beliau...malu juga rasanya ketika itu...hu3

untuk anda yang tidak mengenali Suu Kyi ini anda boleh rujuk ke Mr.Wiki di sini....klik

Akhirnya, kerajaan Myanmar mengambil keputusan untuk membebaskan Suu Kyi setelah ditahan dalam rumah di Burma selama 15 daripada 21 tahun mulai tahun 1990 hingga 13 November 2010.

perjuagan Suu Kyi bukanlah perjuangan yang boleh di pandang enteng...tetapi perjuangan sri kandi wanita ini adalah perjuangan yang sangat murni dan suci demi rakyat Myanmar dan juga negaranya yang tercinta...dan tidak hairanlah wanita ini berjaya mendapat anugerah Sakharov Prize dan Hadiah Keamanan Nobel pada 1991

namun sayangnya, dek kerana kekejaman kerajaan junta Myanmar yang mengamalkan sistem tentera Diktator menyebabkan perjuangan Sri kandi ini terkandas.

andai pada tahun 1990, Suu Kyi yang telah memenangi 392 daripada 485 kerusi yang mewakili Liga Demokrasi Kebangsaan ketika pilihanraya Myanmar ketika itu dan berjaya menaiki takhta sebagai Perdana Menteri Wanita Myanmar yang pertama. pastinya Myanmar boleh menjadi negara yang membangun seperti Malaysia. tapi sayang, dek kerana ketamakan pemerintahan tentera junta Myanmar dan untuk menjaga kekuasaan, maka hasrat ini tidak tercapai.

apa yang di takuti setelah pembebasan Suu Kyi ialah kejadian yang sama berlaku ke atas Suu Kyi seperti apa yang pernah berlaku ke atas Benazir Bhutto...semoga pembebasan tanpa bersyarat ini tidak mempunyai maksud tersirat di sebalik pembebasan beliau.

semoga dengan pembebasan Suu Kyi ini akan memberi sinar baru buat rakyat Myanmar amnya.

Selamat Berjuang buat Suu Kyi!

sekian.



p/s: kat Malaysia..kita ada ke pejuang wanita seperti ini???

3 pengkritk ceritera duniaku:

Qusyairi Hashim said...

"p/s: kat Malaysia..kita ada ke pejuang wanita seperti ini???"

ada, Rosmah... :-)

jumapx said...

to qucai:
hahaha...tidakkk....Rosmah tidak layak...hahaha

Dangsulaeman said...

akhirnya setelah 15 tahun jadi tahanan di bawah rezim militer. Ayo myanmar, bersama suu kyi bangun lah demokrasi agar menjadi sistem yang ideal dan terbaik untuk negaramu...

Popular Posts

Popular Posts since May 2010