Sunday, November 7, 2010

Ramalan lagu layak ke peringkat akhir saringan 1



8 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema 80an :
  1. Gerak Hati – Azlan & The Typewriter / Lake & Light / Lake & Light
  2. Inilah Cinta – Akim/Akim/Akim
  3. Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir  Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  4. Mencari Konklusi – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
  5. Cinta – Mohd / Iswandy / Iswandy
  6. Noktah Cinta – Hafiz / Ajai / Shah Qalam
  7. Hujan Bunga Di Kuala Lumpur - Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
  8. Bersamamu – Joe Flizzow / Johan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed / Koko
  9. Cinta Sempurna – Yuna / Yuna / Yuna
  10. Oh Juwita – Nubhan / 6ixth Sense / 6ixth Sense
  11. Sejujur Hatimu – Adibah Noor / Azlan Abu Hassan / Adibah Noor
  12. Hanyut – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

pada awalnya, lagu yang aku bold kan adalah lagu yang aku target untuk ke peringkat Akhir Muzik-Muzik 25.

tapi ini adalah ranking yang aku berikan berdasarkan 12 lagu yang akan bersaing pada malam isnin 8 nov. ianya sekadar ramalan aku.

susah untuk memilih siapa yang layak untuk ke peringkat final. sebab bagi aku ke-12 lagu yang bertanding untuk peringkat saringan 1 ini cukup berkualiti dan layak untuk masuk ke Pentas Final Muzik-Muzik 25.

Rank:

  1. Cinta Sempurna - Yuna/Yuna/Yuna
  2. Gerak Hati – Azlan & The Typewriter / Lake & Light / Lake & Light
  3.  Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir/ Edry / Edry
  4. Noktah Cinta - Hafiz/ Ajai/ Shah Qalam
  5. Mencari Konklusi – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
  6. Hanyut - Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir
  7. Inilah Cinta - Akim/ Akim/ Akim
  8. Sejujur Hatimu – Adibah Noor / Azlan Abu Hassan / Adibah Noor
  9. Hujan Bunga Di Kuala Lumpur - Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
  10. Bersamamu – Joe Flizzow / Johan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed / Koko
  11. Oh Juwita – Nubhan / 6ixth Sense / 6ixth Sense
  12. Cinta – Mohd / Iswandy / Iswandy
inilah ranking ramalan aku, 6 yang terbaik aku bold kan. tetapi antara 6 ini pasti ada yang tidak berjaya untuk ke peringkat  seterusnya...kerana jawapan hanya akan terjawab pada malam isnin ini....

aku meletakkan Cinta Sempurna dan juga Gerak Hati berada di ranking teratas untuk peringkat saringan 1 separuh akhir ini kerana aku merasakan 2 lagu ini berada pada kelasnya yang tersendiri...kerana ianya lain dari yang lain susunan muzik,lirik dan juga vocal kedua2 artis ini iaitu Yuna dan Lan membuatkan lagu Cinta Sempurna dan Gerak Hati menjadi lagu yang bernyawa...

Kebahagiaan Dalam Perpisahan nyanyian Shahir adalah salah satu lagu yang unik juga bagi aku, kerana lagu ini mempunyai susunan muzik yang sedikit old school untuk lagu-lagu balada tetapi edry bijak kerana membuatkan lagu ini kedengaran lagu yang sangat berkualiti di tambah dengan vocal Shahir yang baik membuatkan lagu ini cukup layak untuk ke peringkat Akhir.

untuk lagu Noktah Cinta nyanyian Hafiz yang di cipta oleh Ajai pula, bagi aku mungkin bagi sesetengah orang ianya adalah lagu biasa sebab kita dah biasa mendengar lagu2 balada hasil ciptaan Ajai. tetapi bagi aku sentuhan ciptaan Ajai pastinya mempunyai magis yang membuat pendengar suka untuk mendengar lagu ciptaannya dan tidak mustahil  untuk lagi ini layak ke peringkat Akhir.

Mencari Konklusi juga adalah salah satu lagu yang cukup kuat dalam ke-12 lagu yang bertanding. siapa yang tidak kenal band Hujan yang sentiasa menghasilkan lagu-lagu yang lain dari yang lain serta berkualiti. kegeniusan Noh dalam mencipta lagu telah meletakkan Hujan sebagai antara band yang terbaik di Malaysia. kekuatan lagu ini bagi aku pada liriknya, sama seperti lagu Cinta sempurna.

Hanyut nyanyian dan ciptaan bersama FT dan Audi Mok bukanlah lagu sembarangan. Gandingan 2 orang ini telah membuktikan apabila FT-Adrenalin berjaya mendapat Anugerah Album terbaik pada AIM 2010. Lagu Hanyut adalah antara lagu terbaik yang ada dalam Album FT. mungkin ada yang akan perasaan yang lagu Hanyut ini adalah gabungan lagu-lagu hit FT. atau mungkin aku sahaja yang perasan. tapi bagi aku lagu Hanyut ini adalah lagu yang berkualiti. dan juga layak untuk ke peringkat Akhir. itupun kalau juri tidak buta dan melepas pandang lagu ini. : )

Inilah Cinta juga antara lagu yang bukan sembarangan, walaupun ianya di cipta sepenuhnya oleh Akim tapi lagu ini juga cukup berkualiti dan layak untuk bertanding ke peringkat akhir.ya mungkin lagu ini simple tapi bagi aku simple itu yang membuat lagu ini di minati ramai. : )

lagu Sejujur Hatimu nyanyian Adibah Noor dan ciptaan Adibah bersama Azlan Abu  Hassan. gandingan yang pernah menjulang Anugerah Juara Lagu. namun adakah kali ini mereka berjaya untuk kembali ke pentas Akhir Muzik-Muzik 25? kerana aku rasa lagu ini tidak sekuat lagu Terlalu Istimewa dan kalau pun lagu ini layak ke Final, aku rasakan ianya hanyalah rezeki gandingan Adibah dan juga Azlan yang mana gandingan mereka berdua sama seperti FT dan juga Audi Mok : )

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Ana Raffali iaitu Hujan Bunga Di Kuala Lumpur yang telah pun menaikkan nama beliau dalam industri muzik pula aku rasakan juga berpeluang tetapi lagu ini kena bersaingan dengan lagu2 yang di atas. kerana bagi aku lagu ini biasa saja mungkin liriknya yang unik membuatkan orang ramai suka dengan lagu ini : )  dan tahniah jika berjaya ke peringkat Akhir : )

lagu Hip Hop Bersamamu nyanyian Joe Flizzow ft Joeniar Arief juga bukanlah boleh di pandang ringan, lagu ini juga cukup kuat. kali ini Joe Flizzow kembali ke Muzik-Muzik secara solo. jika dulu bersama Too Phat.

untuk lagu Oh Juwita nyanyian Nubhan dan juga Cinta nyanyian Mohd Mentor pula bagi aku lagu ini tidak berapa kuat untuk ke peringkat Akhir. tapi siapalah aku untuk menidakkan andai 2 lagu ini pula yang di pandang oleh juri professional nanti. tapi jika ikutkan politik Muzik-Muzik, biasanya Mohd ada peluang untuk masuk ke peringkat Akhir dek kerana beliau adalah kelahiran artis dari TV3 iaitu Mentor. dan jangan terkejut andai Mohd layak ke peringkat Akhir.

walau apapun ramalannya, semua jawapan akan terjawab pada malam isnin : ) sama2 lah kita saksikan siapakah yang akan layak ke peringkat akhir Muzik-Muzik 25.

sekian.




p/s: entri ini hanyalah pandangan dan ramalan seorang peminat muzik tanah air...ianya hanyalah pendapat semata2...harap maaf jika ada yang terasa : )

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010