Monday, November 15, 2010

Zaid Ibrahim meroyan



Prasasti Jiwa:

maaf entri kali ini berunsur politik...jari sudah gatal mahu menaip entri yang berbaur politik...sudah lama juga tidak menaip tentang isu politik...dan aku cukup tertarik dengan kes Pakatan Rakyat yang tengah bergolak sekarang.

dan yang paling menarik perhatian aku ialah mengenai Datuk Zaid Ibrahim...siapa yang tidak kenal dengan beliau yang penuh dengan kontroversi.

pemimpin UMNO yang lompat parti dan menjadi ahli Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan.

dan yang paling menarik perhatian aku apabila Datuk Zaid Ibrahim menarik diri dari bertanding dalam pemilihan timbalan Parti Keadilan...dan juga telah menimbulkan kekecohan dalam parti keadilan.

apa yang terlintas dalam fikiran aku cuma satu, kenapa perlu untuk menarik diri andai perjuangan anda untuk parti keadilan adalah jujur dan ikhlas. tidakkah dengan tindakan anda ini akan merugikan diri sendiri malahan parti sendiri akan terkena tempiasnya...

kedua, nampak sangat tindakan Zaid ini adalah tindakan yang pengecut dan juga tindakan untuk meraih populiriti....apa tidaknya tidak mahu kalah di malukan kerana mendapat undian yang rendah malah dengan tindakan menarik diri dan menimbulkan spekulasilah cara yang terbaik. padahal tindakannya ini akan memalukan diri sendiri dan juga bahan ketawa UMNO.

ketiga, tidakkah Datuk Zaid berfikir dengan rasional dan waras? Dia berlawan dengan Azmin Ali yang sememangnya sejak awal lagi berjuang untuk Parti Keadilan dan bukan seperti dia yang lompat parti. sudah tentulah Azmin Ali akan dipilih oleh ahli Parti Keadilan Rakyat berbanding beliau. nampak sangat Datuk Zaid Ibrahim ni nak kuasa cepat-cepat.Berjuanglah dengan ikhlas meskipun anda di pihak pembangkang ataupun kerajaan agar perjuangan kita di berkati olehNya...

dan Tahukah anda!

mengapa Zaid Ibrahim meletak jawatan ketika berada dalam UMNO?


Zaid Ibrahim letak jawatan bukan kerana berbalah tentang ISA. Sebab utama ialah kerana Zaid Ibrahim kalah bertanding Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu kepada Datuk Fatmi. Mana nak letak muka seorang menteri kalah dan tidak cukup pencalonan untuk lawan Ketua Bahagian.
Demi menjaga maruah, Zaid kena tunggu masa sesuai untuk letak jawatan dalam cara yang nampak bermaruah dan glamour. ISA dijadikan alasan Zaid. Bila Zaid buat begitu, orang akan anggap Zaid sebagai hero.
Kalangan peguam akan sanjung Zaid sebagai seorang yang berani dan berpendirian. Zaid kalau terus jadi menteri pun, dia tak yakin sama ada akan kekal atau tidak di zaman Najib. Sudah tentu melawan Datuk Fatmi yang merupakan bekas SU Politik Najib seolah melawan Najib di Kota Bharu.
Lebih baik berhenti dari digugurkan.
sumber dari sini...klik
kalau nak tahu lagi kisah2 di sebalik perjuangan Zaid Ibrahim ni klik la kat situ...orang macam dia ni susah nak maju ke depan sebab terlalu takut pada KEGAGALAN. sedangkan kegagalan lah yang akan mematangkan kita nanti...
ok cukup kot. aku tak nak mencemarkan blog aku dengan mereka-mereka seperti ini. lagi pun aku tak nak mengulas banyak2...bahaya ok...ini pun terlintas untuk menulis sebab dah lama tangan tak menaip isu2 politik ni...lagi pun dengan cara inilah aku akan lebih memahami sesuatu isu...he3
sekian.


p/s: time kat UMNO lagi aku memamg tak suka dengan Datuk Zaid Ibrahim ni. Di sebabkan tindakannya tanpa berfikir...adakah dia akan kekal dengan Parti Keadilan? ataupun menubuhkan parti baru untuk Aspirasi perjuangan yang diimpikannya? sebab UMNO sudah jelas-jelas menolak beliau...kasihan...ok cukup!

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010