Monday, December 6, 2010

26# Prasasti Jiwa




Prasasti Jiwa:

kalau nak di hitung parut yang ada dalam hati. rasanya sudah menjadi corak agaknya. jatuh dan bangun sudah menjadi kebiasaan. luka sudah menjadi parut. kemudian luka lagi dan kemudian menjadi parut semula.

kadang-kadang nak berputus asa. letih. penat. segalanya yang lemah cuba menguasai diri. tapi aku bukan manusia seperti itu. yang mudah mengalah pada rintangan dunia.

inilah kehidupan yang realitinya harus di lalui. meskipun terkadang ianya kejam. tapi kekejaman dunia itu pastinya masih ada bibit kejujuran dan keikhlasan. kerana sehitam mana pun ianya cuba menguasai pasti ada sang putih datang menjernih.

hidup bukanlah untuk berhenti di tanda koma, tetapi hingga ke titik noktah. koma itu hanyalah untuk menyedarkan kita untuk berehat dan berfikir sebentar. apakah yang kita mahukan di pengakhiran noktah yang masih jauh perjalanannya.

setiap yang hidup pastinya mencari kebahagiaan, dunia mahupun akhirat sana. tetapi perjalanan mencari kebahagiaan bukannya datang dengan sekelip mata. bila kita mahukan ianya datang bergolek.

ianya perlu usaha, meskipun terkadang usaha itu pastinya di sulami kegagalan, kekecewaan. tapi jangan mudah mengatakan Tidak. kerana itu hanyalah salah satu daripada perjalanan dalam mengejar impian.

pernah juga hati ini merasa letih. bukan sekali hati ini kecewa. kalau di bikin cerita sudah boleh buat Novel berbuku-buku. siap boleh buat siri ala-ala cerita Lagenda Budak Setan. tapi aku tidaklah se Setan itu.

dalam aku meniti usia, dari kecil ke remaja, dan dari remaja meniti ke alam pra-dewasa. aku sudah mula fasih dan faham akan ertinya Cinta. satu anugerah Tuhan yang aku rasakan tersangatlah indah.

ianya hanya akan di berikan kepada mereka yang mengenal erti setia, yang mengenal erti menghargai, yang mengenal erti kejujuran dan juga mengenal erti kasih dan sayang.

luka kali ini betul-betul memberi aku pedoman dan pengajaran. mendidik aku untuk lebih mengenal dan memahami setiap inci erti dalam sesebuah perhubugan.

mungkin juga khilafku. yang tidak dapat menjadi terbaik dalam hidupnya. tapi aku cukup kecewa dengan sikapmu kini. kau bukanlah seperti yang aku kenali di babak pertama dulu. seorang wanita yang cukup sempurna di mata aku. 

tapi, aku kini bukanlah sebahagiaan dari hidup kamu. kerana aku bukanlah siapa-siapa di mata mu kini. aku pasrah dan redha. kerana Tuhan takdirkan kita bertemu hanyalah untuk belajar mengenal erti kehidupan. bukan untuk bersama selamanya.

hari ini, aku terus berhadapan dengan dunia yang penuh cabaran dan dugaan. dan esok adalah hari baru dan lembaran baru dalam perkiraan tahun Hijrah dalam Islam. 1432 Hijrah.

semoga, hari baru dan tahun baru ini akan menjadikan kita lebih dewasa dalam menempuh kehidupan pinjaman Allah ini. dan berharap agar iman dan amal di tingkat dan menjadikan kita antara insan dan hambanya yang di rahmati dan di berkati olehNya...Amin

Salam Maal Hijrah 1432 H

sekian.




p/s: Tuhan berikan aku kekuatan dalam menempuh hari-hari mendatang...amin

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010