Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
agak lama jugak tidak aktif untuk menulis2 entri2 yg boleh kita berkongsi bersama untuk kita fikir2kan tentang kehidupan di dunia ini...
bukannya tidak mahu berkogsi cerita atau pendapat...cuma banyak kekangan yang menghalang untuk aku terus menulis...mungkin ada yg mula merindui entri2 aku ( wah berangan mcm berjuta org je bc blog aq nie) hahaha
tapi tak mengapa...mungkin kali ini aku akan cuba untuk lebih meluangkan sedikit masa untuk berkongsi bersama anda semua....
penat juga mencari kekuatan dalam diri....namun tidak juga ketemui...penat juga untuk terus mencari kehidupan dan arah tujuan...namun tidak juga pernah ketemui mahupun menjadi realiti...kehidupan ini ternyata banyak perkara yang akan datang tanpa pernah kita duga kan...namun itulah kehidupan yang harus kita lalui dan hadapi dengan tabah...
dan kali ini...aku tampil dengan nama dan wajah blog yang sedikit baru....buat pertama kali aku tekad untuk mengubah nama blog ini...puas juga mencari nama yang sesuai...namun nama Prasasti Jiwa melekat di hati...( ala2 album siti la pulak kan...Prasasti Seni...he3) mungkin sedikit cedokan idea di situ...hahaha
tapi tak mengapa...bukan itu yg menjadi kepentingan...apa yg ptg skrg...aku dah dapat kekuatan untuk terus menulis...rindu tu sudah tentu la ada...dan kali ini aku mahu lebih gigih untuk menulis...itu janji aku ( insyallah jika Allah memberi ruang dan masa..pasti akan aku cuba untuk menulis)...
dan mungkin ada yg tertanya...adakah penulisan aku akan berbeza dari Alif Ba Ta duniaku...tak...aku tetap aku...dan tulisan aku akan tetap sama dgn entri2 dalam alif ba ta duniaku...cuma mungkin untuk kali ini...aku akan lebih 'menjiwai watak'...wah...ala2 nak berlakon teater pulak kan...he3
entahlah...kebelakangan nie aku belajar satu perkara...yg aku rasa dah lama aku sedari...namun skrg baru aku lebih memahami...yang manusia tu bukan mudah untuk di fahami dan di mengerti...apatah lagi mahu di percayai....maka dengan adanya blog nie...bolehlah aku menzahirkan apa yang lihat dan dengar....hal-ehwal kehidupan manusia di sekeliling aku...
dan dengan blog nie juga...aku dapat memotivasikan diri aku dengan sendirinya tanpa perlu untuk meluahkan rasa hati pada sesiapa...kerana hidup ini jangan pernah mudah percaya pada nama ' manusia '...
semoga kehadiran aku semula dalam dunia blogging ini akan dapat menyatukan lagi persaudaraan antara sesama kita...
sekian...
salam ukhwah dari saya....

