Monday, January 24, 2011

Kamu Dihatiku Selamanya




Lirik Lagu Krisdayanti – Kamu Dihatiku Selamanya
Betapa hancur hatiku meninggalkan dirimu
Tetapi itu bukanlah gundahku
Kita memang tlah berbeda
Tak pernah satu kata
Tak baik untuk diteruskan
Tapi ku tak sangka secepat ini
harus berakhir cerita cinta kita
Reff:
Ku akan selalu mencintaimu
Walau kita tak mungkin bersama
Meski berat melepasmu
Tapi kamu akan selalu dihatiku selamanya
Betapa hancur hatiku meninggalkan dirimu
Tetapi itu bukanlah gundahku
Kita memang tlah berbeda
Tak pernah satu kata
Tak baik untuk diteruskan
Tapi ku tak sangka secepat ini
harus berakhir cerita cinta kita
Back to Reff: 2x

Prasasti Jiwa:
aku rasa lagu ni macam dah lama...tapi aku baru je dengar sebab tengah cari-cari lagu baru, then tengok lagu ni macam lagu baru KD je...lagi pun aku rasa lagu ni baru lagi dekat Malaysia...kat radio pun baru je di mainkan...
so,time tengah buat kerja dekat office sambil dengar lagu, tetiba lagu ni 'play'...so dengar n hayati lagi ni macam best la pulak.
dan lagu ni macam lagu untuk Anang la pulak...he3 tapi aku rasa lagu ni di rakan b4 dia cerai lagi kot...aku rasa la...tak sangka lagu makan tuan kan...hu3
apa2 pun. korang layan la lagu ni ek...aku hanya dapat kongsi lagu je skrg, nak update entri2 lain tak berkesempatan. ni pun curi2 masa terluang dekat office sambil tunggu kerja lain untuk di buat...hu3
ok la...sampai sini dulu..
sekian : )

Monday, January 17, 2011

Anuar Zain- Sedetik Lebih










Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


Prasasti Jiwa:

Lagu ini adalah nyanyian Anuar Zain dan ciptaan oleh adik-beradik iaitu edrie & yusry KRU....dan lagu ni adalah lagu tema bagi filem Hikayat Merong Mahawangsa...dan dalam BI lagu ni berjudul The Memory kalau tak silap aku...

lirik n lagu yang sangat menarik serta sedap di dengar...sekarang ni lagu ni la jadi list pertama yang selalu aku dengar...lama sangat menunggu lagu baru daripada Anuar Zain.

tak sabar pulak menunggu album terbaru Anuar Zain yang di jangka keluar awal tahun ni jugak. he3

jom layan lagu ni...time2 tak de kerja nie....he3

sekian.



p/s: tgh mencari minus one lagu ni...he3

Tiada kesempatan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

agak lama jugak tak mengupdate blog ni, banyak sebenarnya nak kongsi bersama namun di sebabkan oleh kekangan masa dan waktu yang sentiasa tidak mengizinkan untuk aku berkongsi cerita dengan pembaca setia blog aq..(ada ke??) he3

masuk hari ni...dah masuk minggu ke-3 aku menjalani Latihan Industri...segala perasaan dan rasa menyelubungi diri tatkala menjalani Latihan Industri.

dan baru inilah aku memahami mencari rezeki itu bukanlah sesuatu yang mudah, ianya memerlukan kudrat yang kuat untuk menempuhi cabaran kerja yang mendatang tanpa pernah kita menduga untuk hadapi.

tapi setakat ni kerja aku taklah sesusah mana pun, aku just bantu untuk menyiapkan report ESA dan juga OB untuk site landfill yang company tempat aku kena jaga. Hari ni pun tengah tunggu result datang, tp sampai sekarang tak sampai-sampai. maka aku pun kebosanan dan tergerak hati untuk mengupdate blog yang sudah mula bersawang ni ( ala br 2 week pun xupdate he3)

owh ya..lupa nak beritahu kepada korang semua yang tempat praktikal aku dimana? Nama company tempat aku praktikal ialah STREC SDN BHD...bertempat di bangunan Phileo Damansara 2 berdepan dengan bangunan The Star. siapa2 org PJ or Damansara tau la kot..

company ni bukanlah company construction ataupun consultant, tapi ianya berkaitan dengan environment... aku sengaja pilih company  ni sebab aku nak lari dari construction or kn design structure...sebab aku memang tak minat dan tak pandai berkaitan dengan structure...

tapi, bila dah duduk 2 week kat company ni, bila tgk member2 lain mcm seronok je kat site constrcution rasa menyesal pun ada. tapi aku cepat2 semangatkan diri sendiri. kat mana2 pun ok...cuma sejauh mana kita menyeronokkan diri di tempat tersebut...hu3

nasib baiklah tempat aku praktikal ni ada member, sebab ktorang ada 3 org dr UMP yang praktikal kat company ni... iaitu afiq aiman n atiqa.. ok la jugak, sebab tak lah keseorangan...hu3 dan yang menariknya, company ni mcm UMP punya company lak, sebab ada 4 org senior aku yang kerja di company tu...tapi dorang course lain la...

waktu kerja pulak dari 9am-6pm...dan aku kena bangun pagi seawal 6am, sebab aku naik bus ke tempat kerja. hu3 tak mampu nak berkereta...lagi pun aku mana ada lesen lagi ha3 dan aku balik ruma dalam kul 8 or 9 malam...mmg penatla..tapi nasib baik wekend cuti..dapatlah berehat..hu3

ok la..

dan masa untuk lunch..perut dah ber'lagu'2 dah ni...

next time klu masa terluang aku update lg...k

salam



p/s: aku cuba untuk update selalu : )

Saturday, January 1, 2011

010111



prasasti jiwa:

Alhamdulillah....syukur pada Tuhan yang Maha Kuasa. dengan izinNya maka kita dapat bertemu di tahun baru 2011.

pastinya hari ini 010111 adalah permulaan baru dengan azam baru untuk Tahun baru 2011. dan setiap dari kita pastinya mempunyai impian dan azam yang ingin di capai pada tahun ini ataupun meneruskan azam 2010 yang masih belum tercapai.

dan 2010 yang baru sahaja melabuhkan tirai,  banyak meninggalkan 1001 kenangan pahit dan manis buat aku untuk di kenang dan sebagai bekalan pengalaman untuk tahun 2011.

terlalu banyak yang akan aku kenang kerana tahun 2010 jugalah tahun terakhir aku bergelar Mahasiswa dan meninggalkan alam pelajaran aku. dan kalau boleh mahu saja aku melambatkan tahun 2010 terutamanya bulan Disember.

kerana Disember betul-betul memberikan kebahagiaan di pengakhiran buat aku meskipun di pertengahan adalah episod duka yang mungkin aku simpan sebagai pedoman.namun biarlah ia kekal sebagai kenangan sahaja.

apa yang penting, Tahun 2011 adalah tahun untuk lebih serius dan bertanggungjawab kerana tahun ini bermulalah episod baru untuk membina kerjaya.

dan Kerjayalah menjadi asas azam aku untuk tahun ini, dan next week 3 january 2011 adalah hari pertama aku untuk latihan industri di Petaling Jaya.

rasa takut pun ada juga nak praktikal ni, tapi kuat semangat je. Doakan aku selamat berpraktikal dengan jayanya. harap-harap dapat terus kerja di tempat company tu pun ok gak.

ok lah. nak pergi Port Dickson jalan2...he3

nanti update lagi : )

HAPPY NEW YEAR 2011

sekian.



p/s; sambungan episode: Perjuangan Terakhir akan bersambung akan datang...

Popular Posts

Popular Posts since May 2010