prasasti jiwa:
Alhamdulillah....syukur pada Tuhan yang Maha Kuasa. dengan izinNya maka kita dapat bertemu di tahun baru 2011.
pastinya hari ini 010111 adalah permulaan baru dengan azam baru untuk Tahun baru 2011. dan setiap dari kita pastinya mempunyai impian dan azam yang ingin di capai pada tahun ini ataupun meneruskan azam 2010 yang masih belum tercapai.
dan 2010 yang baru sahaja melabuhkan tirai, banyak meninggalkan 1001 kenangan pahit dan manis buat aku untuk di kenang dan sebagai bekalan pengalaman untuk tahun 2011.
terlalu banyak yang akan aku kenang kerana tahun 2010 jugalah tahun terakhir aku bergelar Mahasiswa dan meninggalkan alam pelajaran aku. dan kalau boleh mahu saja aku melambatkan tahun 2010 terutamanya bulan Disember.
kerana Disember betul-betul memberikan kebahagiaan di pengakhiran buat aku meskipun di pertengahan adalah episod duka yang mungkin aku simpan sebagai pedoman.namun biarlah ia kekal sebagai kenangan sahaja.
apa yang penting, Tahun 2011 adalah tahun untuk lebih serius dan bertanggungjawab kerana tahun ini bermulalah episod baru untuk membina kerjaya.
dan Kerjayalah menjadi asas azam aku untuk tahun ini, dan next week 3 january 2011 adalah hari pertama aku untuk latihan industri di Petaling Jaya.
rasa takut pun ada juga nak praktikal ni, tapi kuat semangat je. Doakan aku selamat berpraktikal dengan jayanya. harap-harap dapat terus kerja di tempat company tu pun ok gak.
ok lah. nak pergi Port Dickson jalan2...he3
nanti update lagi : )
HAPPY NEW YEAR 2011
sekian.
p/s; sambungan episode: Perjuangan Terakhir akan bersambung akan datang...

2 pengkritk ceritera duniaku:
ala.. pratikal tu macam pilih ikan kat pasar, kita kena pilih yang terbaik.. baru boleh kita pilih. so awak pon sama.. buat yang terbaik, tak akan ada masalah gud luck
selamat tahun baru beb
dan selamat berpraktikal jugak :)
Post a Comment