Monday, January 17, 2011

Tiada kesempatan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

agak lama jugak tak mengupdate blog ni, banyak sebenarnya nak kongsi bersama namun di sebabkan oleh kekangan masa dan waktu yang sentiasa tidak mengizinkan untuk aku berkongsi cerita dengan pembaca setia blog aq..(ada ke??) he3

masuk hari ni...dah masuk minggu ke-3 aku menjalani Latihan Industri...segala perasaan dan rasa menyelubungi diri tatkala menjalani Latihan Industri.

dan baru inilah aku memahami mencari rezeki itu bukanlah sesuatu yang mudah, ianya memerlukan kudrat yang kuat untuk menempuhi cabaran kerja yang mendatang tanpa pernah kita menduga untuk hadapi.

tapi setakat ni kerja aku taklah sesusah mana pun, aku just bantu untuk menyiapkan report ESA dan juga OB untuk site landfill yang company tempat aku kena jaga. Hari ni pun tengah tunggu result datang, tp sampai sekarang tak sampai-sampai. maka aku pun kebosanan dan tergerak hati untuk mengupdate blog yang sudah mula bersawang ni ( ala br 2 week pun xupdate he3)

owh ya..lupa nak beritahu kepada korang semua yang tempat praktikal aku dimana? Nama company tempat aku praktikal ialah STREC SDN BHD...bertempat di bangunan Phileo Damansara 2 berdepan dengan bangunan The Star. siapa2 org PJ or Damansara tau la kot..

company ni bukanlah company construction ataupun consultant, tapi ianya berkaitan dengan environment... aku sengaja pilih company  ni sebab aku nak lari dari construction or kn design structure...sebab aku memang tak minat dan tak pandai berkaitan dengan structure...

tapi, bila dah duduk 2 week kat company ni, bila tgk member2 lain mcm seronok je kat site constrcution rasa menyesal pun ada. tapi aku cepat2 semangatkan diri sendiri. kat mana2 pun ok...cuma sejauh mana kita menyeronokkan diri di tempat tersebut...hu3

nasib baiklah tempat aku praktikal ni ada member, sebab ktorang ada 3 org dr UMP yang praktikal kat company ni... iaitu afiq aiman n atiqa.. ok la jugak, sebab tak lah keseorangan...hu3 dan yang menariknya, company ni mcm UMP punya company lak, sebab ada 4 org senior aku yang kerja di company tu...tapi dorang course lain la...

waktu kerja pulak dari 9am-6pm...dan aku kena bangun pagi seawal 6am, sebab aku naik bus ke tempat kerja. hu3 tak mampu nak berkereta...lagi pun aku mana ada lesen lagi ha3 dan aku balik ruma dalam kul 8 or 9 malam...mmg penatla..tapi nasib baik wekend cuti..dapatlah berehat..hu3

ok la..

dan masa untuk lunch..perut dah ber'lagu'2 dah ni...

next time klu masa terluang aku update lg...k

salam



p/s: aku cuba untuk update selalu : )

2 pengkritk ceritera duniaku:

patenjihah said...

salam, saya fatin. bakal praktikal di strec sdn bhd. ambil kos environmental sciences. saya nak tanya:

ok x practical kat strec sdn bhd?
i mean dari segi pembahagian tugas pada practical trainee. adakah ia meningkatkan skill dan knowledge dalam bidang environment or mostly kerjenya banyak pada hal2 remeh (fotostat, bancuh air, etc etc?)

saya duduk di bangi, so journey tu hampir 1 jam. so anda rasa berbaloikah saya pilih STREC untuk intern, since saya dpt juga offer dari NAHRIM, serdang yg lebih dekat dengan rumah. cuma sebab ia govt, plus saya malas dah nak buat kerja2 lab. huhu

respon anda amat sy hargai. tq

jumapx said...

salam, maaf sbb lambat reply, sejujurnya sy tidak menyarankan perempuan utk praktikal di Strec, sbb kemungkinan besar akan duduk di ofis utk buat report dan sebagainya, kadang2 je akan pergi site utk ambil sample. tapi untuk pengalaman dan environment kerja mmg seronok utk praktikal di Strec sbb rakan-rakan ofis yg kerja di situ semuanya baik-baik belaka he3

dan, kawasan phileo damansara tu mmg akan jem teruk pagi dan petang, memandangkan awk duduk Bangi mmg akan mengambil masa utk pg dan balik.

kalau saya jadi awk, sy akan pilih utk praktikal di NAHRIM.

sekian : )

Popular Posts

Popular Posts since May 2010