Monday, March 28, 2011

Perpisahan Ini





1st Edition feat. Aizat Amdan - Perpisahan Ini


Disini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis ditangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua
Hanya sementara

KORUS
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Inginku miliki lebih darimu

Mungkinkah ini yang tertulis ditangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi

Dirimu pergi biar ku sendiri


Prasasti Jiwa:

sebelum ni dengar lagu ni macam biasa je. sebab bagi aku lirik dan muzik dia biasa je. tapi bila dengar banyak kali tetiba rasa kena dengan jiwa. ha3 terimbau kenangan lama...he3

tapi serius, lagu ni memang syahdu. tapi sedikit unsur2 lagu Nasyid berunsur cinta la...dengar punya dengar macam tak de je suara aizat dalam lagu ni...

boleh layan la lagu nie...

Wednesday, March 23, 2011

update# SPM 2010: Saser kekal teratas




Prasasti Jiwa:

Tahniah buat kesemua warga SASER terutamanya cikgu-cikgu yang bertungkus lumus dalam mendidik adik-adik 8th batch Saser.

143 straight (A) + 16 org straight (A+) = 159 Straight A 

PNGK = 0.89

Peningkatan yang meningkat berbanding keputusan SPM 2009. Dan pastinya ia menggembirakan semua warga SASER khususnya adik-adik 8th batch.

semoga kejayaan ini akan terus kekal menjadi milik Saser.

SASER NAMAMU TERATAS!


Ranking SPM SBP 2010




p/s: melalui keratan akhbar di atas melaporkan bahawa SASER kekal untuk 2 tahun berturut-turut berada di No.1 SPM dan menjadi sekolah terbaik Kebangsaan. walaupun MRSM PC mencatatkan 0.82 PGM namun itu hanyalah keputusan purata nilai gred bagi MRSM dan bukan kebangsaan.

1 April 2011 adalah tarikh untuk mengumumkan Sekolah Terbaik SPM 2010 dan pelajar terbaik SPM 2010 secara rasmi di Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Kenangan SPM

Prasasti Jiwa:

23 Mac 2011 pastinya menjadi tarikh keramat buat lepasan SPM 2010 kerana pada tarikh inilah keputusan SPM akan di umumkan.

dan pastinya perasaan berdebar-debar menyelubungi diri. dan setiap daripada kita juga pernah melalui saat dan ketika ini. sepertinya SPM adalah 'tiket' untuk terus hidup pada masa hadapan.

bila di imbau kembali 5 tahun yang lalu pastinya banyak kenangan yang bermain di minda saat mengambil peperiksaan SPM dan juga sepanjang bergelar pelajar tingkatan 5.

aku bukanlah antara pelajar yang tersenarai mendapat semua A dalam peperiksaan sebab aku akui ketika tingkatan 5 aku sangat  banyak main sebab itulah keputusan aku baik sahaja tetapi tidak mencapai tahap yang aku nak kan. hu3 sedih bila di imbau kembali. tapi semuanya sudah tersurat.

bila di 'rewind' kembali, antara banyak-banyak kenangan yang aku ingat ketika saat2 ingin mengambil SPM ialah ketika ingin mengambil peperiksaan kertas Fizik.

aku adalah pelajar yang paling 'bodoh' di sekolah aku untuk Fizik ni, kalau peperiksaan je mesti aku fail je memanjang. budak class aku dapat markah2 tinggi aku sorang je la yang tercorot.

serius aku memang benci dan tak suka dengan Fizik sebab bagi aku fizik ni macam tak logik. ha3 dan pagi nak ambil peperiksaan tu aku boleh nangis sebab terasa takut sangat nak ambil subjek ni. plus aku sangat tak bersedia untuk mengambil paper Fizik.hu3

tapi Alhamdulillah...aku selamat melaluinya tanpa sebarang perkara2 yang tidak di ingini..he3 dan keputusan SPM untuk paper Fizik aku sekadar dapat 4B..B utk bodoh...tapi aku tak kisah pun time tu sebab aku memang cakap kat diri aku lepas SPM je aku tak akan ambil bidang yang berkaitan dengan Fizik.

then masuk Matrikulasi ( tak dapat offer oversea pun sbb result aku biasa2 sajor) aku ambil Sains Hayat. tiem tu aku dah melonjak2 gembira sebab derita belajar Fizik dah pun tamat...

ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari...di sebabkan oleh 'kebodohan' diri sekali lagi maka aku tidak dapat keputusan yang cemerlang ketika di Matrikulasi...sebab tersangatlah malas belajar ketika di matrik penang dulu. masih tidak sedarkan diri ketika itu.

maka harapan ketika itu ingin melanjutkan pelajaran ke bidang kedoktoran berkecai buat selamanya...dan tanpa pernah aku duga aku di tawarkan ke bidang Kejuruteraan Awam. bidang yang bersangkut paut dengan Fizik.

tanpa berundur aku meneruskan takdir Tuhan ini, dan alhamdulillah aku bakal menjadi seorang Engineer dan sekarang tengah menjalani Latihan Industri sebagai Environmental Engineer...

Kesimpulannya, cemerlang ataupun tidak semasa SPM bukanlah penentu siapa kita di masa akan datang kerana akhirnya kita juga yang menjadi penentu siapa kita. berjaya semasa SPM adalah satu BONUS untuk masa hadapan. dan gagal meraih keputusan yang cemerlang bukanlah pengakhirnya kerana Allah akan memberikan kejayaan buat hambanya yang sentiasa berusaha...

buat adik-adik yang akan mengambil keputusan SPM 2010 nanti, aku nak ucapkan Tahniah buat yang berjaya meraih keputusan yang Cemerlang. semoga kejayaan ini di teruskan untuk masa hadapan. kerana di depan lebih banyak cabaran dan dugaan yang bakal menanti.

buat yang kecewa ataupun tidak mendapat keputusan yang tidak mencapai impian yang di inginkan, jangan pernah menganggap bahawa kita sudah Gagal buat selamanya. masih banyak ruang dan peluang di hadapan yang menanti buat kita. jangan pernah mengalah dalam kehidupan kerana hanya yang takut bangkit untuk meneruskan kehidupan adalah sebenarnya orang yang Gagal.

ambil semua peluang pendidikan yang di sediakan di negara kita, ada IPTA/S,politeknik, STPM, kemahiran dan sebagainya. semuanya terletak di tangan kita untuk mahu meneruskan pelajaran ataupun tidak. kerana Allah hanya akan mengubah sesuatu kaum itu andai kaum itu sendiri yang mahu mengubah nasib mereka.

ehmmm....tak sabar rasanya nak tunggu keputusan SPM sekolah aku iaitu SASER ( SM SAINS TUANKU MUNAWIR @ SM SAINS SEREMBAN). Mampukah mengekalkan gelaran sekolah terbaik (No.1) di Malaysia.

Semoga ianya masih milik SASER...Good luck buat adik-adik putera 8th SASER...!!!

Tuesday, March 22, 2011

bukan datangnya bergolek

kata pepatah melayu...
kejayaan tidak akan datang bergolek...


jangan mengidam bintang di langit
andai hanya menggapai berlantaikan bumi


jangan mengidamkan mutiara di lautan
andai hanya mengocak air di lautan


semuanya tidak mungkin di miliki
andai usaha tidak sehebat impian


berkata kita boleh juga masih tidak cukup
andai tiada daya di sulamkan iltizam


kerana Kejayaan hanya akan menjadi milik kita
andai Usaha di sulamkan Doa
dan percaya pada rezeki Allah.


Prasasti Jiwa:

mengakhiri suatu perjuangan bukanlah suatu perkara yang mudah...ianya penuh dengan cabaran dan tanggungjawab.

dan setiap dari kita pasti mengimpikan sesuatu pengakhiran yang bahagia dan tidak pernah sedetik pun kita mengimpikan sebuah pengakhiran yang pahit dan sedih.

namun bahagia ataupun sedih bukanlah perkara yang utama dalam sesuatu perjuangan tetapi pengalaman yang kita dapat daripada perjuangan yang kita lalui itu lebih penting dan bermakna.

kerana darinya kita belajar perkara yang akan mendewasakan kita kerana Allah tidak akan memberikan Kejayaan itu kepada semua hambaNya. kerana setiap yang wujud di dunia ini ada 'kiri' dan 'kanan'...yang akhirnya menyeimbangkan.

maka, jangan pernah bersedih andai yang di impi bukan milik kita, bersyukur dengan apa yang kita perolehi sekarang. kerana ianya juga adalah anugerah dan rezeki yang tuhan beri untuk kita.

teruskan kehidupan tanpa pernah rasa kecewa kerana yang lalu itu tetap menjadi kenangan dan sejarah. yang di hadapan lebih banyak menunggu.

semoga setiap dari kita sentiasa bersyukur.Amin

Thursday, March 17, 2011


Tiada kejayaan datangnya bergolek
Ianya hanya akan menjadi milik kita
andai di dahului dengan usaha
dan di sulami dengan Doa padaNya

Harapan menjadi tanggungjawab
tanggungjawab menjadi amanah

Ikhlaskan hati
Tenangkan Minda
Ia pasti menjadi milik kita!

Amin


Prasasti Jiwa;

Mendoakan yang terbaik buat pasukan debat UMP ke pertandingan Debat Integriti 2011 UUM...semoga beroleh kejayaan...Insyallah..

kalau malang tidak berbau...Kejayaan juga tidak pernah memilih tuan...ianya akan datang pada yang hak dan layak...andai perjuangan ini nanti masih bukan milik kita..anggap ianya masih di simpan untuk masa akan datang..bila? semuanya urusan Allah...

yang penting kita sudah berusaha...!


Wednesday, March 16, 2011

SM SAINS TUANKU MUNAWIR

gambar ini di ambil semasa datang untuk melatih adik2 SASER debat (bersama hakim zainal) utk persediaan HKSBP yang mana SASER & TKC adalah tuan rumah utk edisi kali ini.

Prasasti Jiwa:

kalau nak dekat-dekat result SPM keluar..mesti kunjungan blog aku akan di kunjungi oleh mereka-mereka yang nak tahu keputusan result SPM keluar bila...padahal aku tak pun letak tarikh SPM keluar bila...

semuanya di sebabkan oleh entri aku pasal ranking SPM sekolah-sekolah di Malaysia...yer la...aku mmg sedikit taksub untuk mengetahui kedudukan ranking sekolah aku iaitu SASER atau nama barunya SM SAINS TUANKU MUNAWIR yang telah pun selamat di rasmikan oleh Tuanku Muhkriz pada 8 mac 2011...

mungkin ada yang setuju mungkin juga ada yang tidak berapa setuju, namun pada aku perubahan bukannya mendatangkan masalah yang besar pun kalau di fikirkan kembali.

ianya hanyalah sekadar pertukaran nama, mungkin yang menjadi isunya apabila pertukaran ini ada kaitan dengan individu yang tidak bertanggjungjawab dan mengambil kesempatan terhadap pertukaran nama tersebut..tapi tak bolehlah nak cerita dekat sini, biarlah hanya x-saserian sahaja yang mengetahuinya.

kepada abang2 dan adik2 yang pernah belajar di SASER, janganlah berbalah atas isu yang tak sepatutnya, kita semua faham dan tahu yang kita amat menyangi SASER kerana SASER lah yang telah banyak mengajar kita erti kehidupan.

anggap sahaja pertukaran ini sebagai satu perkara yang baik meskipun pahit untuk kita semua terima. kerana apa yang penting sekarang ialah apa yang kita akan sumbangkan pada SASER di masa hadapan. itu lebih penting daripada terus mempertahankan nama SM SAINS SEREMBAN yang telah pun menjadi sebahagian daripada sejarah SASER sendiri.

ingatlah, bukan sedikit pengorbanan yang telah di lakukan oleh cikgu-cikgu untuk terus mempertahankan nama SM SAINS SEREMBAN mahupun bekas-bekas pelajar yang terdahulu. cuma mungkin sudah tersurat begitu pengakhirnya.

sebagai manusia yang lemah kita harus menerima dengan redha dan pasrah akan takdirnya kerana semuanya sudah pun terjadi.

di bawah adalah lencana sekolah yang terbaru dengan panggilan SASER tetap di kekalkan tapi lagus sekolah telah di ubah rentak dan liriknya...hu3


dan di bawah ni adalah lagu Putera Harapan yang lama...rindunya nak nyanyi pagi2 buta time perhimpunan...hu3


Putera Harapan
Sekolah Menengah Sains Seremban
Sekolah yang berwawasan
Berbakti penuh cekal
Harapan nusa bangsa
Bersemangat waja berpadu tenaga
Ilmu dituntut sepanjang masa
Tingkatkan iman dan takwa
Membentuk generasi mulia
Semua pengorbanan dihargai
Semua usaha dicontohi
Pemangkin kemajuan masa hadapan
Memartabatkan Sains Seremban
Memartabatkan Sains Seremban
Kamilah Putera Harapan


sekian.



p/s: "lebih baik diam dan berbakti...daripada bising tak berbudi...."

Pulanglah~











Awi Rafael - Pulanglah

Bukalah mata dan lihat di hadapanmu
Aku berdiri dekat tapi kau tak nampak
Hodohkah aku ‘tuk sering kau campak saja
Apanya yang dia ada yang aku tak ada

Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku pun tetap menantikan mu
Berikan jawapan

Pulanglah sebelum ku runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
Aku tak ingin, tak perlu
(Aku dah bingung)

Aku berjalan di kota Kuala Lumpur
Semuanya nampak berbeza tapi ku sama

Runaway…
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
Aku tak ingin, tak perlu

Senilagu & Senikata: Awi Rafael
Hakcipta Senilagu & Senikata: Noh Phrofile Enterprise




Prasasti Jiwa:


aku suka giler lagu nie...comel...walaupun lagu ni lagu merayu kepada kekasih hati untuk kembali...tapi mmg seronok je dgr bila part chorus...he3


pulanglah...sebelum ku Runaway...lalalala~


seronok dgr lagu nie..dan kalau korang nak tahu lebih lagi tentang penyanyi ni...baca bawa nie..:



Biodata Awi Rafael :-
Dari saat anda mendengarkan vokal riff lagu single pertama Awi Rafael yang bertajuk,”Pulanglah”, anda akan dapati ‘singer/songwriter’ muda ini mempunyai musik identitinya yang tersendiri. Apabila bab korus lagu tersebut dinyanyikannya, sudah tentu para pendengar tidak akan dapat melupakan ‘hook’nya yang sungguh menarik dan bersungguh-sungguh. Amat terasa energi yang gembira dan bertenaga dari segi melodi stail dan instrumentasi penulis lagu muda ini.
“Saya berharap untuk memberikan inspirasi kepada para-para pendengar untuk bersifat lebih positive dan gembira dari muzik saya”,kata beliau. ”Menulis lagu adalah satu aspek dalam hidup saya yang sungguh penting dan saya ingin untuk sekadar berkongsi lagu-lagu ini dengan khayalak ramai. Saya berjuang dengan ikhlas untuk mempertingkatkan diri sendiri dalam karya saya, dan insyallah saya akan dapat mencapai impian saya dengan sokongan para-para pendengar dan teman-teman baru”,katanya dengan penuh harapan.
Selain daripada single pertamanya, dapat juga terasa energi yang tulen dan ‘fresh’ untuk empat buah lagu lagi yang dimuatkan di album perdananya yang bertajuk,”RUNAWAY”. Kebanyakan dari kolesi lagu-lagu tersebut ditulisnya sambil beliau merantau dan belajar di Australia,Indonesia dan Singapura.
Lagu “Aku bukan Star” dituliskan untuk para-para wanita yang dikenali beliau waktu dahulu, “Panas” pula adalah sebuah lagu tentang sifat seseorang lelaki yang kadang-kala ganas dan panas darah, sambil pula lagu “Bukankah Aku” dan “Bila Aku Jatuh Cinta” adalah dua buah lagu ballad bernada melankoli dan romantis,penuh dengan tetapan orkestra dan piano.
“Sudah lama saya belajar tentang karya menulis lagu,bernyanyi dan juga tentang cara-cara rekoding di studio, dan tak terlupa juga untuk mencari identiti saya yang tersendiri. Insyallah,saya akan bersedia untuk menceburi industri muzik tanah air ini dan saya akan tetap bersifat optimistik,positif dan berdedikasi untuk terus belajar dan tingkatkan diri,” kata Awi.
Ada sebarang kata-kata terakhir untuk para-para peminatnya? “ Saya berharap para pendengar akan menyokong sepenuhnya single pertama saya,” Pulanglah” dan memutarnya di radio dan akhir kali,terima kasih dengan banyak kerana memberi saya peluang untuk mencapai impian saya dan mengambil berat tentang karier saya juga”,katanya dengan yakin.
Album pertama Awi Rafael direkod dengan sepenuhnya di Kamar Seni Studio, miliknya AG Coco dan Hang Dimas dari kumpulan band fenomena “Hujan” juga ‘co-produce’ album tersebut.
*Album & “Pulanglah” Music video release date : March/April 2011′

Tuesday, March 15, 2011

kembalikan Senyumku

Melly Goeslaw - Kembalikan Senyumku




Sekian lama mendung masih disini
Belum permisi tinggalkan pengap didada
Kecewanya hatiku hilangkan relung hati
Hampir saja ku mati mati rasa padamu

Kembalikan lagi senyumku yang manis seperti dulu
Ku rasa kini aku tertahan
Menahan luka yang amat dalam
Kembalikan lagi senyumku aku tak betah begini


Semenjak hati dan jiwa luka
Ku kehilangan senyum
Sekian lama mendung masih disini
Belum permisi tinggalkan pengap didada

Kembalikan lagi senyumku yang manis seperti dulu
Ku rasa kini aku tertahan
Menahan luka yang amat dalam
Kembalikan lagi senyumku aku tak betah begini


Semenjak hati dan jiwa luka
Ku kehilangan senyumku
Kembalikan lagi senyumku aku tak betah begini
Semenjak hati dan jiwa luka
Ku kehilangan senyum



Prasasti Jiwa:

biar cerita antara kita sudah lama kita tinggalkan...dan habuk pun mula menyeliputi 'buku cerita' yang pernah kita karang bersama...

tak tersentuh...kerana tidak aku mahu membacanya...takut rasa jiwa semakin membuku dan menebal..membuat aku terus terigau-igau...

mungkin rasa hati tidak akan ada penghujungnya...kerana untuk mencari jalan cerita yang serupa bukannya mudah...kerana watak itu hanya kamu yang bisa menjiwai...

percayalah...meskipun kini kita kehilangan dan menamatkan babak bukan pengakhir...aku selalu merasa yang kamu masih dekat dalam jiwa...semakin lama kita meninggalkan 'jalan' cerita itu...semakin dekat ia menghantui...

izinkan ku terus memujamu...menjadi Ratu dalam diri hingga akhir nafasku...kerana hanya dengan inilah aku dapat memiliki dirimu...meski bukan jasad yang aku terima...

Thursday, March 10, 2011

Heliza - Cuma Aku




Aku suka kamu, aku cinta kamu
Aku sayang kamu tapi kamu tak suka aku
Aku kenang kamu, aku bayangkan dirimu
Aku rindu kamu tapi kamu tak rindu aku

Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang
Apa kata kamu, mahu undur atau maju
Mungkin cuma aku tapi kamu belum tahu

Untuk apa cinta jika tidak sudi
Untuk apa kasih jika tak memberi

Aku suka kamu, aku cinta kamu
Aku sayang kamu tapi kamu tak suka aku
Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang

Untuk apa cinta, jika tidak sudi
Untuk apa kasih, jika tak memberi

Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih jika tiada sayang

Untuk apa cinta, jika tidak sudi
Untuk apa kasih, jika tak memberi
Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang




Prasasti Jiwa:


lagu ni comel sgt...lagi2 bila Heliza bt VC macam dalam video tue...mmg comel je tgk..tapi gedik pun ada gak...he3


ehmmm...tetiba rindu nak bercinta lak...ha3 xboleh blah...tak pe...cinta akan dtg juga tanpa di cari...dis year kena tumpu pada kerjaya dulu...bila dah stabil n senang mesti ramai yang datang punya...


skrg ni pun ada je yang nak...tapi hati belum terbuka lagi...sebab Dia si bekas kekasih hati masih menghantui diri..aku pun tak faham..sampai sekrang Dia masih ada dalam minda dan  hati...


dah tak tahu nak buang dan padam macam mana...sebab rasa sayang dan cinta masih ada...dan aku masih percaya yang Dia pun macam tu jugak...kalau tak percaya tanyalah Dia...he3 confident je aku kan...padahal Dia dah bahagia dgn kekasih hatinya skrg...


aku je yang macam bodoh masih mengharap, sedangkan aku yang minta supaya Dia tak hubungi aku lagi...hu3 rindunyalah nak bermanja2 dgn awk...


nak bt mcm mn kan...kita hanya mampu merancang..Tuhan yang menentukan...


ok la...malas nak cerita pasal hati...tambah sedih ada la...ha3


enjoy dis song...



Wednesday, March 9, 2011

rindu pada Prasasti Jiwa

Rindu rasa nak menulis entri di blog yang aku sayang ni...tapi di sebabkan sibuk yang memanjang dan tiada masa nak update blog...dan juga faktor internet yg slow kat rumah ni menyebabkan segala hajat aku untuk berkongsi dengan korang semua apa yang aku lalui kini...

Rindu hanya aku yang tanggung...macam rindu dekat aweks je kan..ha3 yer la..sebab aku rasa macam rugi je tak kongsi cerita dengan korang...

sebab dengan  cara menulis dekat blog ni lah aku boleh luahkan segalanya...ala-ala macam wartawan yang boleh sesuka hati menulis nak kutuk orang binatang...tapi aku tak macam tu lah...aku rasa entri aku bersih dari segala fitnah...Insyallah...he3

dan sekarang memang semangat nak menulis...tapi mata dah mula berat...tanda dah nak tidur...sebab last week n dis week kena jadi 'buruh'...korang bayangkan seorang pelajar Internship (civil engineer)...buat kerja buruh...tapi tak mengapa...kita positivekan minda...kita bermula dari bawah...

tak de gunung yang tidak di daki untuk ke puncak...dan tak kan dapat melihat indahnya mutiara kalau tidak menyelam ke dasar...dan kedua-duanya bermula dari kaki bukit dan permukaan lautan...

sama juga untuk berjaya...tak tetiba kita naik pentas dan amik sijil degree or diploma kalau tidak lalui liku-liku seorang pelajar,,,

dan yang paling penting...tiada satu pun benda di dunia yang tiada permulaan or asal usulnya...kan?

ok lah..takut tak boleh bangun pulak esok pagi..dah la kena gerak awal...nak tidur dulu guys..jumpa di lain waktu ek..doakan supaya aku selalu update blog..he3

Assalamualaikum...



p/s: senior2 dan junior aku time sekolah dekat SASER dah semakin hebat jadi Blogger..siap ada yang kena interview dekat TV lagi,...jeles lak aku tgk..hu3 ni yang kena semangat balik ni...ha3 tunggu...

Wednesday, March 2, 2011

Afghan - Dalam Mihrab Cinta




demi cinta ku pergi
tinggalkanmu relakanmu
untuk cinta tak pernah
ku sesali saat ini
ku alami ku lewati

reff:
suatu saat ku kan kembali
sungguh sebelum aku mati
dalam mihrab cinta ku berdoa semoga

suatu hari kau kan mengerti
siapa yang paling mencintai
dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya

karena cinta ku ikhlaskan
segalanya kepadanya
untuk cinta tak pernah
ku sesali saat ini
ku alami ku lewati

repeat reff [2x]

suatu saat ku kan kembali
sungguh sebelum aku mati
dalam mihrab cinta ku berdoa semoga

suatu hari kau kan mengerti
siapa yang paling mencintai
dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya semoga semoga 








Prasasti Jiwa:


lagu ini adalah OST bg Filem Dalam Mihrab Cinta...arahan dan adaptasi daripada Novel nurkilan penulis terkenal indonesia iaitu Habiburrahman El Shirazy...pastinya menjadi filem yang di  nanti-nanti di Indonesia...apatah lagi bagi peminat di Malaysia yang sentiasa mengikuti hasil sentuhan karyawan terhebat ini...


Filem ini di lakonka oleh Dude Harlino (Syamsul) dan Asmiranda (Silvie)...aku pun hanya kenal pelakon lelaki sahaja...pelakon perempuan ni tak pernah nampak pun...


tapi tengok kepada sinopsis rasa macam nak tengok je...he3


synopsis:


Syamsul (Dude Harlino) pemuda 20 tahun-an bertekad menuntut ilmu di sebuah pesantren di Kediri, meninggalkan kehidupannya yang cukup nyaman. Disini ia bertemu dengan Zizi (Meyda Sefira) putri pemilik pesantren yang pernah ditolongnya ketika dijambret di kereta, yang kejadian tersebut membuat mereka jadi dekat. 


Dipesantren ini Syamsul terusir karena dituduh mencuri akibat fitnah sahabatnya sendiri Burhan (Boy Hamzah). Kemudian karena keluarganya sendiri juga tidak mempercayainya, hingga benar-benar membuat Syamsul menjadi seorang pencopet. 



Di tengah kekacauan dan kegelapan hidupnya ini Allah memberikan jalan baginya untuk bertobat dan mempertemukannya dengan Syilvie (Asmirandah) seorang gadis solehah. 
Apakah Syilvie nantinya yang akan berjodoh dengan Syamsul ataukah Zizi yang bakal jadi pendamping hidupnya?








p/s: Ost filem ni best sgt...sgt kena dgn aku...hu3 sedih giler...

Popular Posts

Popular Posts since May 2010