Tuesday, March 22, 2011

bukan datangnya bergolek

kata pepatah melayu...
kejayaan tidak akan datang bergolek...


jangan mengidam bintang di langit
andai hanya menggapai berlantaikan bumi


jangan mengidamkan mutiara di lautan
andai hanya mengocak air di lautan


semuanya tidak mungkin di miliki
andai usaha tidak sehebat impian


berkata kita boleh juga masih tidak cukup
andai tiada daya di sulamkan iltizam


kerana Kejayaan hanya akan menjadi milik kita
andai Usaha di sulamkan Doa
dan percaya pada rezeki Allah.


Prasasti Jiwa:

mengakhiri suatu perjuangan bukanlah suatu perkara yang mudah...ianya penuh dengan cabaran dan tanggungjawab.

dan setiap dari kita pasti mengimpikan sesuatu pengakhiran yang bahagia dan tidak pernah sedetik pun kita mengimpikan sebuah pengakhiran yang pahit dan sedih.

namun bahagia ataupun sedih bukanlah perkara yang utama dalam sesuatu perjuangan tetapi pengalaman yang kita dapat daripada perjuangan yang kita lalui itu lebih penting dan bermakna.

kerana darinya kita belajar perkara yang akan mendewasakan kita kerana Allah tidak akan memberikan Kejayaan itu kepada semua hambaNya. kerana setiap yang wujud di dunia ini ada 'kiri' dan 'kanan'...yang akhirnya menyeimbangkan.

maka, jangan pernah bersedih andai yang di impi bukan milik kita, bersyukur dengan apa yang kita perolehi sekarang. kerana ianya juga adalah anugerah dan rezeki yang tuhan beri untuk kita.

teruskan kehidupan tanpa pernah rasa kecewa kerana yang lalu itu tetap menjadi kenangan dan sejarah. yang di hadapan lebih banyak menunggu.

semoga setiap dari kita sentiasa bersyukur.Amin

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010