Wednesday, March 16, 2011

SM SAINS TUANKU MUNAWIR

gambar ini di ambil semasa datang untuk melatih adik2 SASER debat (bersama hakim zainal) utk persediaan HKSBP yang mana SASER & TKC adalah tuan rumah utk edisi kali ini.

Prasasti Jiwa:

kalau nak dekat-dekat result SPM keluar..mesti kunjungan blog aku akan di kunjungi oleh mereka-mereka yang nak tahu keputusan result SPM keluar bila...padahal aku tak pun letak tarikh SPM keluar bila...

semuanya di sebabkan oleh entri aku pasal ranking SPM sekolah-sekolah di Malaysia...yer la...aku mmg sedikit taksub untuk mengetahui kedudukan ranking sekolah aku iaitu SASER atau nama barunya SM SAINS TUANKU MUNAWIR yang telah pun selamat di rasmikan oleh Tuanku Muhkriz pada 8 mac 2011...

mungkin ada yang setuju mungkin juga ada yang tidak berapa setuju, namun pada aku perubahan bukannya mendatangkan masalah yang besar pun kalau di fikirkan kembali.

ianya hanyalah sekadar pertukaran nama, mungkin yang menjadi isunya apabila pertukaran ini ada kaitan dengan individu yang tidak bertanggjungjawab dan mengambil kesempatan terhadap pertukaran nama tersebut..tapi tak bolehlah nak cerita dekat sini, biarlah hanya x-saserian sahaja yang mengetahuinya.

kepada abang2 dan adik2 yang pernah belajar di SASER, janganlah berbalah atas isu yang tak sepatutnya, kita semua faham dan tahu yang kita amat menyangi SASER kerana SASER lah yang telah banyak mengajar kita erti kehidupan.

anggap sahaja pertukaran ini sebagai satu perkara yang baik meskipun pahit untuk kita semua terima. kerana apa yang penting sekarang ialah apa yang kita akan sumbangkan pada SASER di masa hadapan. itu lebih penting daripada terus mempertahankan nama SM SAINS SEREMBAN yang telah pun menjadi sebahagian daripada sejarah SASER sendiri.

ingatlah, bukan sedikit pengorbanan yang telah di lakukan oleh cikgu-cikgu untuk terus mempertahankan nama SM SAINS SEREMBAN mahupun bekas-bekas pelajar yang terdahulu. cuma mungkin sudah tersurat begitu pengakhirnya.

sebagai manusia yang lemah kita harus menerima dengan redha dan pasrah akan takdirnya kerana semuanya sudah pun terjadi.

di bawah adalah lencana sekolah yang terbaru dengan panggilan SASER tetap di kekalkan tapi lagus sekolah telah di ubah rentak dan liriknya...hu3


dan di bawah ni adalah lagu Putera Harapan yang lama...rindunya nak nyanyi pagi2 buta time perhimpunan...hu3


Putera Harapan
Sekolah Menengah Sains Seremban
Sekolah yang berwawasan
Berbakti penuh cekal
Harapan nusa bangsa
Bersemangat waja berpadu tenaga
Ilmu dituntut sepanjang masa
Tingkatkan iman dan takwa
Membentuk generasi mulia
Semua pengorbanan dihargai
Semua usaha dicontohi
Pemangkin kemajuan masa hadapan
Memartabatkan Sains Seremban
Memartabatkan Sains Seremban
Kamilah Putera Harapan


sekian.



p/s: "lebih baik diam dan berbakti...daripada bising tak berbudi...."

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010