Friday, April 29, 2011

30# Prasasti Jiwa

Bisakah aku biarkan
Kenangan kekal menjadi Kenangan
Sedangkan hati meronta-ronta
Untuk kembali memilikinya

Benarkah kenyataan ini selamanya
tidak akan kembali ke titik mula
meski ada peluang kedua
untuk kembali bersamanya

Haruskah membiarkan masa terus beredar
tanpa salam menjengah waktu
Aku yang terus menanti
meski ada yang menunggu

Dosakah aku masih setia
masih percaya pada pertemuan
meski menafikan perpisahan
segalanya sudah ternoktah

Biar jemu di makan usia
Diri tetap teguh bertamu
menunggu hadirnya rembulan
jatuh ke pangkuan


11.57pm
29 April 2011
Jumain

Wednesday, April 27, 2011

29# Prasasti Jiwa

tercari-cari ku terburu-buru
terkadang hilang arah tuju
punca yang di cari kian buntu
hingga aku duduk termangu

kemana hilang akar cinta?
pucuk tumbuh tersipu-sipu
apa sudah hilang suburnya bumi
zat lesap di serap alam

haruskah membiarkan angin meniup
menjadi penyebar dan bertamu
sedangkan di taman lain
subur berbunga cinta

kemana hilang debunga cinta?
masih setiakah mencari kelopak
meski layu tanpa warna
atau gugur ke lantai bumi

sejatikah peredaran alam?
pada masa yang kian kelam
menanti cinta timbul tenggelam
membuat aku masih suram

mungkin sudah takdirnya Tuhan
detik ini ku lalui sendirian
tanpa teman meneman
tika malam di sinar rembulan

11.53pm
selasa
Jumain

Friday, April 22, 2011

Alyah - Kisah Hati




Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir


Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana

Biar ku setia menjaga cintamu
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya


Prasasti Jiwa:

Mungkin ada yang dah pernah dengar lagu Alyah - Kisah Hati. dan seperti biasa, bila single baru Alyah keluar mesti dia nak yang terbaik. yer la. semua orang pun nak yang terbaik untuk lagu mereka.

lagu ciptaan 6th sense ini mempunyai kekuatannya tersendiri yang boleh melekat di hati pendengar sama dengan lagu Tak Mungkin Kerna Sayang ciptaan Ajai.

dan tak mustahil lagu ini adalah salah satu calon lagu terbaik untuk tahun ini. mungkin juga di sebabkan oleh kekuatan vocal Alyah menyebabkan lagu ini bertambah baik sebab aku tak la berkenan sangat dengan lagu-lagu 6th sense ni. tapi kebanyakan lagu-lagu yang mereka cipta semuanya meletop dan popular. sebab tu la 6thsense boleh jadi group paling popular tahun 2010. apa taknya kebanyakan lagu dalam album mereka di jadikan lagu tema drama. siap repacking album tahun 2010.

dan kalau korang nak tgk VC lagu Kisah Hati ni korang boleh tgk dekat Gua.com. VC dia sangat menarik sama macam VC Tak Mungkin Kerna Sayang. siap penampilan khas Remy Ishak lagi.

tapi serius VC dia sangat cantik dan menarik.!

Nak tengok VC ekslusif lagu ni klik sini

Thursday, April 21, 2011

Nashrin-Percaya Pada Luka





Benarkah pencarian mimpi ini
Hanyalah dongengan cinta dalam pertaruhan
Haruskah pertemuan jiwa ini
Berakhir bersama air mata
(pre-korus)
Kesepian menemani jiwa di saat ku terluka
Bisakah aku mengenal cinta
(korus)
Aku percaya pada takdir cinta kita
Yang telah terukir di dasar jiwaku
Yang merindu dirimu
Namun ku bertanya padanya
Haruskah ku percaya pada luka
Sebagai tanda kesetiaan cinta
Kasih kita
Sempurnakah lukisan cinta ini
Tanpa corak warna kasih lakaran suciku
Apakah coretan rintihan malam
Hanyalah mainan cintamu
(ulang pre-korus)
(ulang korus)

Prasasti Jiwa:
lagu ni adalah single ke-2 bt Nashrin MyStar LG. lirik yang sangat mendalam maksudnya di alun dengan melodi yang merintih serta kekuatan vocal yang mendayu membuat orang yang mendengar bisa meruntun jiwa : )
lagu ni juga sangat sesuai buat mereka yang tetap setia menanti dan masih percaya pada duka ada suka : )

Wednesday, April 20, 2011

28# Prasasti Jiwa

ku berjanji pada diri
akan kan kembali
menagih kisah lalu
yang pernah kita miliki

akan ku korban walau apapun
asalkan dapat kembali
seperti waktu dulu-dulu
kau dan aku bersatu

harapan hanya tinggal harapan
perjuangan yang ingin aku juangkan
mati di tengah jalan
saat mentari mula menjengah pagi
ku lihat ada mekar di laman hatimu
hanya senyuman ku lemparkan
kerana itu yang ku termampu

kaku langkah tapi harus berundur
melupakan niat yang mula menebal
biarlah ku pendam harapan
dan membiarkan menjadi debu

hakikat semuanya adalah kenangan
harus ku akui
kerana sudah takdir Tuhan
perpisahan itu tidak mungkin bertemu semula

Tuesday, April 19, 2011

Malique Ft Rabbani - Perang Dah Tamat







[Tun Dr. Mahathir - Intro]
The world now lives in fear.
We are afraid of everything.

[Rabbani - Korus]
Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza

[Malique]
Berita yang ditunggu
Kini sedang tersebar
Seluruh umut manusia
Boleh tersenyum lebar
Perang sudah tamat
Terpampang di dada akhbar
Senjata dah dilucutkan
Malahan dibakar

Jalan dah dibuka
Bekalan dah dihantar
Pengawal sempadan bersalaman
Dan bergambar
Tiada lagi askar-askar luka
Main kejar-kejar
Kerna dunia tidak lagi perlukan pendekar

Bumi berhenti bergetar
Tak perlu rasa gentar
Tiang dah dipacakkan
Bendera berkibar
Yang sembunyi keluar
Dah bersinar di luar
Burung besi pulang
Yang sebenar legar-legar

Langit koyak dah ditampal
Tiada halilintar
Laut merah pudar
Jala kembali ditebar
Di desa bunga mekar
Di bandar bangunan tegar
Bunyi mercun
Bunga api gantikan bunyi bom dan mortar
Apakah benar?
Perang dah tamat

[Ulang Korus]

Perang sudah tamat
Kita jadi buta warna
Lihat kulit manusia
Semuanya sama saja
Pembunuhan
Permusuhan
Semua syak wasangka
Harus dihentikan
Berkuatkuasa serta merta

Piagam Madinah dihidup dan dijana
Semua agama Ibrahim aman hidup bersama
Perang cuma tinggal kata dalam kamus lama
Tak disebut
Tak diguna
Tak lagi dicari makna

Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebiji peluru
Dapat sebatang cigar
Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebatang senapang
Dapat sebiji gitar

Mereka kata tidak mungkin
Aku balas benar
Cuba tutup mata
Baca risalah diedar
Perang sudah tamat
Ku nyanyi separa sedar
Perang sudah tamat
Maaf bukan cerita sebenar

[Ulang Korus]

[Rabbani - Bridge]
Uthrul Horriyah
Auqifull Haq

[Malique]
Hari-hari tengok berita buruk jam lapan
Hari-hari tengok saudaraku berbunuhan
Bukankah mengambil nyawa itu kerja Tuhan
Bukan aku
Bukan kamu
Ajal Dia yang tentukan

Ada Torah
Zabur
Injil
Ada Quran
Kalau Iqra'
Tiada ibu-bayi mati berpelukan
Ada I-Ching
Ada Tipitaka
Ada Veda
Habis baca semua
Baru sedar kita tiada beza


Kita manusia
Lain nama dan fizikal
Persamaan utamanya kita akal
Biar haiwan saja bersifat territorial
Ok, hypothetical - tiada peta politikal

Saya orang aman
Saya bukan orang jahat
Saya benci perang
Saya rela bersahabat
Nyanyi lagu damai
Satu dunia ikut rapat
Sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat

[Ulang Korus 2X]

[Tun Dr. Mahathir - Outro]
War must therefore be made illegal.




Prasasti Jiwa:


This is a great song...kalau lagu ni masuk Anugerah Juara Lagu tahun depan. aku akan angkat lagu ini sebagai Lagu Terbaik. Such a nice songs n a brilliant lyric.


banyak-banyak rappers yg ada di Malaysia ni, aku paling minat dengan Malique sebab bila dia rap sangat jelas di tambah pulak dengan liriknya yang sangat hebat. 


kalau di amati seperti dia membuat rujukan yang banyak b4 menghasilkan lirik yang penuh dengan maksud tersirat. sangat admire dengan beliau.


mmg lagu ni dah jadi playlist song wajib aku dalam mp3 : ) tiap2 hari dengar...


sekian.

Tuesday, April 5, 2011

Nubhan - Mata Hati



Telah ku kata cinta ini selamanya
Telah ku janji selalu di sisi
Walau apa terjadi tak ku mungkiri

Begini dekat begitu jauhnya
Dalam jangkauan namun tak tersentuh
Ku hanya ruang kosong
Oh di matamu yang makin suram
Pudar cahaya meremuk jantung ini

Pandanglah aku dengan mata hati
Ku rayu padamu
Peganglah ku biar ku rasa bernyawa
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Telah ku hafal tiap garis di wajahmu
Telah ku kenal bahasa tubuhmu
Bertambah sukar lagi membiarkan kau resah begini
kerana aku yang pernah kau kasihi

Pandanglah aku dengan mata hati
Ku rayu padamu peganglah ku biar ku rasa bernyawa
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Perpisahan paling menyiksa
Ketika bahagia sedang di puncak tertinggi dalam kehidupan
Namun siapalah aku untuk merubah suratan
Bila masanya tiba

Pandanglah aku
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Pandanglah aku dengan mata hati
Ku rayu padamu peganglah aku biar ku rasa bernyawa
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Ku ingin rasa ku terus bernyawa
Telah ku kata cinta ini selamanya






Prasasti Jiwa:


Andai dikau melihat melalui 'mata hati'...pasti kau akan mengerti siapa yang lebih mencintai kamu...tapi aku percaya..andai benar Tuhan ciptakan kau untukku...pastinya suatu hari nanti kau akan menjadi milikku jua...




"...Pandanglah aku dengan mata hati
Ku rayu padamu peganglah aku biar ku rasa bernyawa
Ku ingin rasa ku masih bermakna..."




Salma Mentor Vs AF9




Prasasti Jiwa:

Umum sudah tahu, bahawa Salma Mentor 5 iaitu protege kepada Erra Fazira mempunyai  vocal yang mantap dan mempunyai kawalan vocal yang baik.

dan peminat hiburan Malaysia juga sedai maklum bahawa AF9 sudah pun memulakan perjalanannya untuk terakhir kali yang mana menampilkan Aznil kembali untuk mengemudi konsert mingguan AF9 dan juga Diari AF9.

tatkala aku begitu semangat untuk menonton AF9, ada satu perkara yang sangat menggangu aku apabila pengacara Aznil terlalu di tonjolkan berbanding dengan peserta-peserta AF9. Memang tidak di nafikan bahawa Aznil sangat sinonim dengan AF akan tetapi janganlah kemunculan ataupun cara Aznil mengacara seperti 'gila talak' apabila terlalu banyak bercakap ataupun merapu berbanding untuk memperkenalkan peserta-peserta AF9 itu sendiri.

sepatutnya, konsert tirai AF9 yang lepas lebih kepada memperkenalkan peserta kepada peminat-peminat setia AF itu sendiri dan menonjolkan kemampuan vocal peserta-peserta, sebab apa, kalau di kurangkan perkara-perkara yang lapuk daripada Aznil dan lebihkan masa peserta-peserta menyanyi adalah lebih baik kerana ini adalah pertandingan menyanyi.

memang tidak di nafikan AF adalah program realiti yang penuh drama tapi untuk yang terakhir ini kalau boleh tonjolkan lagi bakat dan kebolehan peserta-peserta agar yang 'simple' itu akan di ingati oleh semua bukannya 'drama' yang sudah boleh di teka ataupun yang membosankan.

yang paling aku tak boleh terima ialah apabila program selama 30 minit sebelum konsert iaitu Kenangan AFNIL membuat aku rasa macam meluat pun ada sebab motif apakah program itu di buat? seperti mahu menonjolkan aznil semata-mata dan bukannya kenangan AF1-AF8 yang aku rasa lebih penting.

Di sebabkan itulah, konsert tirai yang aku sangkakan akan melihatkan kekuatan vocal peserta-peserta terakhir AF ini tidak mencapai tahap seperti yang aku target. Ini bukan masa untuk memberi alasan ianya hanyalah pembukaan dan tidak perlu untuk terus menjadi gempak. Ini soal kualiti dan kredibiliti AF itu sendiri yang sudahpun berumur hampir 9 tahun.

hanya 3 orang peserta saja yang aku rasakan membuat persembahan dengan baik iaitu Amir,Leena dan Erul. Ketiga-tiga mereka mempunyai vocal suara yang baik serta kawalan dan tone suara yang bagus. Namun sayangnya peserta-peserta lain bagi aku tidak mencapai tahap yang baik kerana mengambil sambil lewa pembukaan tirai yang bagi aku amat penting untuk memancing undi.

aku harapkan untuk konsert 1 nanti kesemua peserta perlu lebih serius untuk menang sebab bukan masanya untuk main-main.

dan juga berharap agar pihak produksi mahupun Aznil membawakan satu dimensi baru kepada peminat AF agar ianya tidak terlalu kelihatan boleh di 'predict' dan membosankan.

Semoga AF9 memberi kesan yang mendalam kepada semua peminat setia AF termasuk aku he3 Good luck buat semua peserta dan juga team produksi serta Aznil pengacara No.1 Malaysia!

sekian.


p/s: jika di bandingkan dengan kebolehan peserta-peserta AF9 dengan Salma Mentor 5, hanya Leena yang boleh memberikan saingan yang hebat jika di bandingkan dari segi kawalan vocal yang baik. Ini bukan soal kerana mereka datangnya dari negeri kelahiran aku tetapi ini realiti. Tapi Leena gedik sangat, takut-takut pengundi tak suka hu3

27# Prasasti Jiwa

kawan baik aku kata:

"..jangan takut berdepan dengan REALITI.."


terus hati ini tersentak, memang ada betulnya pun...kita tak akan Berjaya kalau kita takut untuk menghadapi apa jua yang bakal mendatang.

kalau takut...baik tak payah hidup kan...he3




p/s: saat dan ketika ini, diri terasa takut untuk berhadapan dengan masa depan...

Popular Posts

Popular Posts since May 2010