Tuesday, April 5, 2011

Salma Mentor Vs AF9




Prasasti Jiwa:

Umum sudah tahu, bahawa Salma Mentor 5 iaitu protege kepada Erra Fazira mempunyai  vocal yang mantap dan mempunyai kawalan vocal yang baik.

dan peminat hiburan Malaysia juga sedai maklum bahawa AF9 sudah pun memulakan perjalanannya untuk terakhir kali yang mana menampilkan Aznil kembali untuk mengemudi konsert mingguan AF9 dan juga Diari AF9.

tatkala aku begitu semangat untuk menonton AF9, ada satu perkara yang sangat menggangu aku apabila pengacara Aznil terlalu di tonjolkan berbanding dengan peserta-peserta AF9. Memang tidak di nafikan bahawa Aznil sangat sinonim dengan AF akan tetapi janganlah kemunculan ataupun cara Aznil mengacara seperti 'gila talak' apabila terlalu banyak bercakap ataupun merapu berbanding untuk memperkenalkan peserta-peserta AF9 itu sendiri.

sepatutnya, konsert tirai AF9 yang lepas lebih kepada memperkenalkan peserta kepada peminat-peminat setia AF itu sendiri dan menonjolkan kemampuan vocal peserta-peserta, sebab apa, kalau di kurangkan perkara-perkara yang lapuk daripada Aznil dan lebihkan masa peserta-peserta menyanyi adalah lebih baik kerana ini adalah pertandingan menyanyi.

memang tidak di nafikan AF adalah program realiti yang penuh drama tapi untuk yang terakhir ini kalau boleh tonjolkan lagi bakat dan kebolehan peserta-peserta agar yang 'simple' itu akan di ingati oleh semua bukannya 'drama' yang sudah boleh di teka ataupun yang membosankan.

yang paling aku tak boleh terima ialah apabila program selama 30 minit sebelum konsert iaitu Kenangan AFNIL membuat aku rasa macam meluat pun ada sebab motif apakah program itu di buat? seperti mahu menonjolkan aznil semata-mata dan bukannya kenangan AF1-AF8 yang aku rasa lebih penting.

Di sebabkan itulah, konsert tirai yang aku sangkakan akan melihatkan kekuatan vocal peserta-peserta terakhir AF ini tidak mencapai tahap seperti yang aku target. Ini bukan masa untuk memberi alasan ianya hanyalah pembukaan dan tidak perlu untuk terus menjadi gempak. Ini soal kualiti dan kredibiliti AF itu sendiri yang sudahpun berumur hampir 9 tahun.

hanya 3 orang peserta saja yang aku rasakan membuat persembahan dengan baik iaitu Amir,Leena dan Erul. Ketiga-tiga mereka mempunyai vocal suara yang baik serta kawalan dan tone suara yang bagus. Namun sayangnya peserta-peserta lain bagi aku tidak mencapai tahap yang baik kerana mengambil sambil lewa pembukaan tirai yang bagi aku amat penting untuk memancing undi.

aku harapkan untuk konsert 1 nanti kesemua peserta perlu lebih serius untuk menang sebab bukan masanya untuk main-main.

dan juga berharap agar pihak produksi mahupun Aznil membawakan satu dimensi baru kepada peminat AF agar ianya tidak terlalu kelihatan boleh di 'predict' dan membosankan.

Semoga AF9 memberi kesan yang mendalam kepada semua peminat setia AF termasuk aku he3 Good luck buat semua peserta dan juga team produksi serta Aznil pengacara No.1 Malaysia!

sekian.


p/s: jika di bandingkan dengan kebolehan peserta-peserta AF9 dengan Salma Mentor 5, hanya Leena yang boleh memberikan saingan yang hebat jika di bandingkan dari segi kawalan vocal yang baik. Ini bukan soal kerana mereka datangnya dari negeri kelahiran aku tetapi ini realiti. Tapi Leena gedik sangat, takut-takut pengundi tak suka hu3

2 pengkritk ceritera duniaku:

nabila azmi said...

sy suke salma juga=)=)

Piweet said...

kalau nak bnding af9 ngan mentor5...mentor5 lg bestttt espcly salma...mantap gler vocal dier...saya pun sempat kritik psal af9 vs mentor5 ni http://piweeteacher.blogspot.com/2011/04/af9-vs-mentor-s3.html

Popular Posts

Popular Posts since May 2010