Sunday, May 8, 2011

31# Prasasti Jiwa

biar sepi dan duka
menyelubungi diri
siang dan malam
terus menghantui

kerana ianya mengajar aku
akan bahgia dan suka

biar tangis dan rintihan
meratapi nasibku
menghakis luka
yang kian parah

kerana ianya mengajar aku
akan senyum dan ketawa

biarlah semua yang aku lalui kini
bukan berpihak padaku
merobek-robek jiwaku
sakit tidak tertanggung

kerana semuanya mengajar aku
erti kehidupan

Langkah yang sempurna
mana mungkin tidak tersadung
walau di bedung
di jaga sayang

kerana yang pahit itu
mengajar kita menghargai
setia bahagia yang pernah kita miliki




Jumain
12.31am
Ahad

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010