Thursday, June 30, 2011

33# Prasasti Jiwa

Prasasti Jiwa:

Di sebabkan itu, Ego aku tolak ketepi, amarah aku padamkan, Demi kasih dan cinta yang pernah bersemi meskipun kini hanya persahabatan. Mungkin itu yang terbaik buat kami berdua.

kerana JODOH itu BUTA!

ianya akan datang bila-bila. Siapa boleh menidakkan jika akhirnya Dia juga Jodoh aku.

TAKDIR

semuanya terletak di tangan Allah. Meskipun jika akhirnya Dia dengan yang lain, aku bersyukur kerana sayang dan kasih sebagai seorang Teman tidak pernah akan luntur.

sekian.

Tuesday, June 28, 2011

Siapa Ambiga?



Prasasti Jiwa:

BERSIHkah perjuangan yang cuba di bawakan oleh beliau? Sedangkan perjuangan beliau banyak yang menentang Perlembagaan dan Undang2?

BERSIHkah hati beliau, tatkala cuba membawakan hak asasi manusia yang konon-kononya tercalar dan tidak terbela?

BERSIHkah Agama yang beliau pegang, tatkala cuma mencapur adukkan antara Agama,Undang2 serta Hak Asasi?

Jawapannya.

Anda Jawab!


  • Ketua Demonstrasi BERSIH 2.0
  • Pendokong Utama Pluralisme di Malaysia
  • Penerima Anugerah "Women of Courage" pada 12 Mac 2009 bersama Dr.Musdah.
  • Mempertikaikan perlaksanaan Hukum Syariah dalam artikel 121 (1A) berkaitan kes Lina Joy
  • Bekas Presiden Bar Council (2007-2009)
  • Mengadakan Forum Memeluk Islam pada 9 Ogos 2008
  • Menjadi dalang di sebalik Risalah Perlembagaanku yang mahu menyisihkan Hak orang Melayu dan menafikan Islam sebagai Agama rasmi persekutuan.
  • Pernah menganjurkan Demonstrasi di Sogo pada 9 disember 2007
  • Menerima memorendum menuntut pelaksanaan Interfaith Commision (IFC) PADA 21 0GOS 2001

Saya hanya menyenarikan perkara-perkara yang pernah beliau lakukan sebagai pengamal Pluralisme dan juga pejuang Hak Asasi Manusia di Malaysia.

Dan kali ini, beliau tekad untuk tetap meneruskan BERSIH 2.0.

Tahniah buat Ambiga, kerana populiriti beliau dalam memperjuangkan Hak Asasi semakin tinggi, semoga lepas ini anda dapat pula Anugerah Nobel yer.

tapi Polis Malaysia janganlah tangkap beliau dan lakukan seperti Suu Kyi ataupun Benazir Buttho. sebab tak salah pun memperjuangkan Hak Asasi yang penting ianya tetap berlunaskan Perlembagaan dan Undang-undang.

Apa yang aku harapkan, perhimpunan BERSIH 2.0 nanti tidak menimbulkan sebarang kekacauan dan tidak menganggu 'ekonomi' di kawasan sekitar kejadian.

sekian.

KEADILAN DEMI RAKYAT.


PDSZA 2011



Prasasti Jiwa:

Syukur. Tuhan masih memberi peluang dan ruang untuk diri ini merasai perjuangan Debat meskipun di awalnya aku sudah pun meletakkan bendera putih menandakan berakhir sudah perjuangan aku dalam dunia debat pada penghujung 2010 setelah berjaya menjejak kaki ke peringkat separuh akhir Debat Di Raja 2010 di Uthm yang mana telah di tewaskan oleh pasukan Uitm. Siapa yang boleh menidakkan kekuatan Uitm yang di wakili oleh "Dewa" debat ketika itu.

Tapi, aku sentiasa memanjatkan kesyukuran. Kerana bukanlah kemenangan sahaja yang di cari dalam debat sebenarnya. Tetapi 'kemanisan' yang mungkin tidak akan di miliki oleh mereka yang tidak pernah merasai erti debat.

dan Syukur untuk kali ke-3, kerana Allah memberikan 2 orang junior iaitu Aisyah & Qusyairi yang bagi aku Pendebat muda yang terbaik ketika ini. Terima kasih kerana sudi menerima diri ini dalam team PDSZA 2011. Tak lupa juga buat Saudara Qama, yang dahulunya jadi cacian dan makian ketika berada dalam 1 team tetapi kini sudah menunjukkan 'taring'. semoga 4 tahun yang mendatang ada pencapaian yang lebih baik anda dapat.

tak lupa juga buat AF dan Amirul, kalau mengimpikan bintang di langit, jangan terlalu mengejar angan-angan. teruskan focus dalam debat. Kejayaan pasti milik anda! dan juga buat Helmi & Iqa, tiada kata terlambat dalam perjuangan, selagi berupaya selagi itu berusaha. Rezeki pasti memihak kita nanti.

dan semua junior yang lain. teruskan berdebat. Perjuangan masih panjang dan belum selesai.

Walaupun ianya bukan anjuran MADUM, sekurang-kurangnya pertandingan yang 'biasa' ini kita tidak lah seteruk mana.

kan.

dan menginjakkan kaki keluar sbg bakal Alumni Orator UMP ketika ini, aku sudah boleh menari nafas lega, tatkala meninggalkan Legasi junior yang bagi aku mempunyai masa depan yang cerah dalam dunia debat. itupun jika memberi komitmen yg tinggi!

Semoga kejayaan yang terukir sedikit demi sedikit ini, akan menjadi pembakar semangat buat kita semua. agar sentiasa melakar kejayaan di masa akan datang.

Tak sabar untuk melihat perkembangan positif Orator UMP!

SEKIAN, TERIMA KASIH ORATOR UMP & juga Alumni yang sentiasa menyokong dari belakang. Saya Sayang anda semua.



p/s: adakah ini petanda berakhirnya perjuangan debat aku? hu3 sedihnya...

Monday, June 27, 2011

Bersihkan 9 july 2011!




Prasasti Jiwa:

tatkala tanah arab bangkit mahukan kelahiran suara rakyat bergema, mencari keadilan Demokrasi di damba. Kita pula semakin jelek dengan sistem yang mereka impikan.

Apakah Demokrasi yang kita junjung ini sudah hilang 'tiang' kebenaran? lantas kita mahukan Sang BERSIH bangkit untuk kedua kali, untuk mencuci kekotoran yang konon-kononya Demokrasi yang sedia ada masih tersimpan sisa-sisa kehitaman!

Benarkah SPR tidak telus dalam mencari kebenaran Demokrasi yang kita junjung, atau Sang BERSIH hanya mahukan POPULIRITI? mencari simpati rakyat agar Putrajaya menjadi kerusi?

Adakah Demonstari jalan Paling Terbaik menjunjung KEBENARAN DEMOKRASI yang kita inginkan?

Semoga, tiap kita yang bergelar rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, tahu yang mana baik dan buruk untuk Negara.

tepuk dada tanya jiwa!

Saya Cintakan Malaysia & DEMOKRASI yang Aman!

Anda?

32# Prasasti Jiwa





REALITInya...meskipun LUKA pernah kau beri dan PARUT sebagai bukti sakitnya...HATI tetap menyimpan RASA...FIKIRAN masih mengawang KENANGAN...hebatnya penangan ketika kau hadir disisi dulu~

Friday, June 24, 2011

PESTA CAKNA HUJAH (PECAH)



Prasasti Jiwa:


Jumaat hingga Ahad aku akan menyertai program ini.


Sebuah program debat yang melibatkan semua universiti dari seluruh malaysia. Program ini terdiri daripada bengkel dan perkongsian ilmu tentang teknik perdebatan.Akan berlangsung juga "mini tournament" dalam program tersebut.


aku? akan menjadi AJK. walaupun nama aku di hantar sbg peserta. he3 mesti meriah sebab dapat jumpa rakan-rakan debat yang dah lama tak jumpa...


jumpa di sana pada yang pergi.




sekian.tq

Hatimu Milikku



Lirik Lagu Hatimu Milikku - Nera AF9

Pernahkah engkau hargai
cintaku yang sejati
pernahkah engkau mengerti
akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
memberiku sejuta pilu
betapa agungnya asmaramu
membuatku terpaku

Disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa batas degupan jantungku
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu

Kan kuabadikan dikau
suatu kenangan yang manis
yang tak mungkin aku lupa
untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu
dalam sanubariku ini
dapat jadi yang terindah
di dalam hidupku ini

c
Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku

Korus
Disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa batas degupan jantungku ini
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu

Aku coretkan kenanganmu
dalam sanubariku ini
agar jadi yang terindah
dalam hidupku ini


Lagu: Kuncidemak
Lirik: Siti Nurulain



Prasasti Jiwa:


dalam 6 lagu yang di hasilkan untuk 6 pelajar AF9, lagu ini adalah antara lagu pertama sekali aku dengar. dan lagu ini jugalah pada pandangan aku lagu yang paling best sekali.


dekat youtube pun lagu ini telah mengatasi view lagu-lagu lain kecuali lagu Cinta teragung- Hazama. 


nampaknya Nera telah berjaya membuktikan yang dia juga boleh menyanyi. Tapi untuk lagu sebagus ini, kalau di berikan pada penyanyi yang memang mempunyai vocal yang lagi mantap pastinya boleh menjadi kegilaan ramai.


tapi usaha Nera juga harus di puji, orang dah tak boleh nak cakap apa pun sebab lagu ini dah menjadi hak milik Nera. 


tapi serius, lagu ini memang lagu wajib aku dengar tiap hari, muzik dia sangat best. rasa masuk kejiwalah orang cakap he3 dan seperti biasa, lagu ini aku tujukan untuk Dia, semoga ruang dan peluang kita berbaik semula akan di restui Ilahi. Amin


ok la. semoga Nera akan terus success. bak kata trademark Lena 'boleh bah kalau kau'


sekian.

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Bakal bergelar graduan membuat aku semakin takut menghadapi 'tanggungjawab' yang bakal aku akan lalui mendatang. Apatah lagi saat dan ketika ini, masuk hari ke-5 aku bergelar bakal graduan yang tidak berkerja. Ok, baru 5 hari je pun. tapi aku rasa macam orang yang looser sahaja. hu3

Melihat rakan-rakan dan senior2 di Uni yang sudah berkerja membuat aku rasa tidak sabar juga untuk mempunyai kerjaya seperti mereka. punya uang yang boleh di belanja di sana sini.

Aku percaya pada rezeki, sebab itu kadang-kadang aku hanya membiarkan takdir membawa aku ke mana saja. Sebab bagi aku, berdirinya aku sekarang ini pun, takdir yang membawa aku. sebab jika di ikutkan impian dan perancangan dalam diri dan minda bukanlah seperti realitinya sekarang.

Orang kata, kita hanya merancang, cuma Tuhan yang akhirnya menentukan. Sebab aku percaya pada takdir tuhan yang akan memberikan yang terbaik untuk umatnya meskipun di hati manusia ianya bukanlah seperti yang di harapkan. tatkala itu, manusia akan di uji erti Sabar dan Iman.

Jika dulu, masyarakat terlalu di sogok untuk mendidik anak mereka agar menjadi seorang Doktor, Jurutera, Peguam, Akauntan dan sewaktu dengannya. Kononnya hanya kerjaya ini sahaja yang akan menjamin masa depan yang cerah di sinar cahaya mentari yang terik di pagi hari dan malam pula bermandikan cahaya rembulan dan bintang.

sedangkan realitinya, kejayaan seseorang itu sebenarnya terletak di tangan kita juga akhirnya. Belajar apa jua bidang pun, kalau kita tahu untuk mengaplikasikannya menjadi rezeki sudah tentu kita akan berjaya. 

dalam perancangan aku, bulan july ini aku sengaja mengosongkan diri daripada mendapat tawaran sebarang kerja. bagi aku tidak perlu terlalu gelojoh untuk terus bekerja setelah selesai menamatkan pengajian. sebab bagi aku kita perlu masa untuk berehat dan menilai diri ataupun muhasabah diri. masa untuk kita berikan sedikit ruang untuk menenangkan jiwa daripada sebarang tanggungjawab dan tatkala itu isikanlah jiwa dengan perkara-perkara yang kita rasa ingin lakukan. (perkara-perkara yang baik)

inilah yang di namakan berani untuk mengambil risiko. tidak menyambung kerja di tempat praktikal juga satu risiko besar yang aku ambil dalam hidup aku. sedangkan boleh saja aku minta untuk menyambung kerja di tempat tersebut. family aku juga menggalakkan untuk terus kerja di tempat praktikal. Tapi hanya hati yang tidak mahukannya.

bicara soal family juga membuat aku merasa bersalah. tapi tak mengapa, percaya pada rezeki kerana penantian itu nanti, pasti akan membuahkan sesuatu yang bermakna.

saat dan ketika ini, memotivasikan diri adalah satu perkara yang terbaik untuk aku lakukan. menguatkan diri menghadapi realiti kini.

semoga aku terus kuat melawan kehidupan.

sekian



*sedikit celaru...mungkin terlalu banyak di fikirkan.

Monday, June 20, 2011

Assalamualaikum & Salam sejahtera...

Agak lama tidak mengukir sediki nurkilan di blog ini. Masa sentiasa tidak menyebelahi diri untuk meluangkan sedikit masa yang ada untuk berkongsi rasa jiwa. Terlalu banyak yang berlaku dalam kehidupan harian aku yang menghalang untuk aku menulis.

Syukur. Kerana saat ini Tuhan memberi aku sedikit waktu untuk aku pinjam dan menulis sedikit rasa yang perlu untuk aku kongsi bersama.

Dan saat ketika ini, aku sudah pun berjaya menamatkan pengajian aku sebagai seorang Mahasiswa Universiti Malaysia Pahang dalam Jurusan Kejuruteraan Awam. Insyallah dalam bulan Oktober 2011 nanti aku akan bergraduasi. Hari yang paling aku nanti-nanti.

Kadang-kadang seperti tidak percaya yang aku kini sudah meningkat dewasa. Rasa tidak puas untuk bergelumang dengan buku meskipun rasa malas sentiasa ada untuk belajar. Tapi masa belajarlah yang paling seronok sebab saat iti kita tidak punya tanggungjawab besar kecuali belajar dan belajar.

dan hari ini, maka bermulalah hari aku bergelar seorang penganggur. rasa nak gelak pun ada juga sebab aku tak pernah fikir untuk melalui detik duduk di rumah tanpa sebarang tanggungjawab untuk di fikirkan. sudah tentu rakan-rakan aku juga ramai yang sedang mencari 'tanah' untuk bercucuk tanam.

tapi, ini semuanya memang dalam plan aku pun. Lepas Latihan Industri aku nak berehat beberapa lama yang mungkin. melepaskan lelah dan penat belajar dan berpraktikal.

Cuma, aku harap ianya tidak berpanjangan. Sebab kalau boleh dalam bulan Ogos harap-harap dapatlah kerja. Aku punya tanggungjawab terhadap keluarga aku pula. Masanya untuk membalas jasa mereka yang telah banyak berkorban untuk pelajaran aku selama ini.

Realitinya, mencari kerja saat ini memang sukar. Aku hanya mampu untuk berdoa pada yang Esa agar di murahkan rezeki secepat yang mungkin.

ok lah, entri ini hanyalah untuk 'memanaskan' saja blog yang agak lama jugak aku tidak update sebarang berita tentang diri ini.

semoga Tuhan memberi aku ruang dan peluang untuk terus meng'hidup'kan blog ini.

sekian.

Popular Posts

Popular Posts since May 2010