Monday, June 20, 2011

Assalamualaikum & Salam sejahtera...

Agak lama tidak mengukir sediki nurkilan di blog ini. Masa sentiasa tidak menyebelahi diri untuk meluangkan sedikit masa yang ada untuk berkongsi rasa jiwa. Terlalu banyak yang berlaku dalam kehidupan harian aku yang menghalang untuk aku menulis.

Syukur. Kerana saat ini Tuhan memberi aku sedikit waktu untuk aku pinjam dan menulis sedikit rasa yang perlu untuk aku kongsi bersama.

Dan saat ketika ini, aku sudah pun berjaya menamatkan pengajian aku sebagai seorang Mahasiswa Universiti Malaysia Pahang dalam Jurusan Kejuruteraan Awam. Insyallah dalam bulan Oktober 2011 nanti aku akan bergraduasi. Hari yang paling aku nanti-nanti.

Kadang-kadang seperti tidak percaya yang aku kini sudah meningkat dewasa. Rasa tidak puas untuk bergelumang dengan buku meskipun rasa malas sentiasa ada untuk belajar. Tapi masa belajarlah yang paling seronok sebab saat iti kita tidak punya tanggungjawab besar kecuali belajar dan belajar.

dan hari ini, maka bermulalah hari aku bergelar seorang penganggur. rasa nak gelak pun ada juga sebab aku tak pernah fikir untuk melalui detik duduk di rumah tanpa sebarang tanggungjawab untuk di fikirkan. sudah tentu rakan-rakan aku juga ramai yang sedang mencari 'tanah' untuk bercucuk tanam.

tapi, ini semuanya memang dalam plan aku pun. Lepas Latihan Industri aku nak berehat beberapa lama yang mungkin. melepaskan lelah dan penat belajar dan berpraktikal.

Cuma, aku harap ianya tidak berpanjangan. Sebab kalau boleh dalam bulan Ogos harap-harap dapatlah kerja. Aku punya tanggungjawab terhadap keluarga aku pula. Masanya untuk membalas jasa mereka yang telah banyak berkorban untuk pelajaran aku selama ini.

Realitinya, mencari kerja saat ini memang sukar. Aku hanya mampu untuk berdoa pada yang Esa agar di murahkan rezeki secepat yang mungkin.

ok lah, entri ini hanyalah untuk 'memanaskan' saja blog yang agak lama jugak aku tidak update sebarang berita tentang diri ini.

semoga Tuhan memberi aku ruang dan peluang untuk terus meng'hidup'kan blog ini.

sekian.

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010