Friday, June 24, 2011

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Bakal bergelar graduan membuat aku semakin takut menghadapi 'tanggungjawab' yang bakal aku akan lalui mendatang. Apatah lagi saat dan ketika ini, masuk hari ke-5 aku bergelar bakal graduan yang tidak berkerja. Ok, baru 5 hari je pun. tapi aku rasa macam orang yang looser sahaja. hu3

Melihat rakan-rakan dan senior2 di Uni yang sudah berkerja membuat aku rasa tidak sabar juga untuk mempunyai kerjaya seperti mereka. punya uang yang boleh di belanja di sana sini.

Aku percaya pada rezeki, sebab itu kadang-kadang aku hanya membiarkan takdir membawa aku ke mana saja. Sebab bagi aku, berdirinya aku sekarang ini pun, takdir yang membawa aku. sebab jika di ikutkan impian dan perancangan dalam diri dan minda bukanlah seperti realitinya sekarang.

Orang kata, kita hanya merancang, cuma Tuhan yang akhirnya menentukan. Sebab aku percaya pada takdir tuhan yang akan memberikan yang terbaik untuk umatnya meskipun di hati manusia ianya bukanlah seperti yang di harapkan. tatkala itu, manusia akan di uji erti Sabar dan Iman.

Jika dulu, masyarakat terlalu di sogok untuk mendidik anak mereka agar menjadi seorang Doktor, Jurutera, Peguam, Akauntan dan sewaktu dengannya. Kononnya hanya kerjaya ini sahaja yang akan menjamin masa depan yang cerah di sinar cahaya mentari yang terik di pagi hari dan malam pula bermandikan cahaya rembulan dan bintang.

sedangkan realitinya, kejayaan seseorang itu sebenarnya terletak di tangan kita juga akhirnya. Belajar apa jua bidang pun, kalau kita tahu untuk mengaplikasikannya menjadi rezeki sudah tentu kita akan berjaya. 

dalam perancangan aku, bulan july ini aku sengaja mengosongkan diri daripada mendapat tawaran sebarang kerja. bagi aku tidak perlu terlalu gelojoh untuk terus bekerja setelah selesai menamatkan pengajian. sebab bagi aku kita perlu masa untuk berehat dan menilai diri ataupun muhasabah diri. masa untuk kita berikan sedikit ruang untuk menenangkan jiwa daripada sebarang tanggungjawab dan tatkala itu isikanlah jiwa dengan perkara-perkara yang kita rasa ingin lakukan. (perkara-perkara yang baik)

inilah yang di namakan berani untuk mengambil risiko. tidak menyambung kerja di tempat praktikal juga satu risiko besar yang aku ambil dalam hidup aku. sedangkan boleh saja aku minta untuk menyambung kerja di tempat tersebut. family aku juga menggalakkan untuk terus kerja di tempat praktikal. Tapi hanya hati yang tidak mahukannya.

bicara soal family juga membuat aku merasa bersalah. tapi tak mengapa, percaya pada rezeki kerana penantian itu nanti, pasti akan membuahkan sesuatu yang bermakna.

saat dan ketika ini, memotivasikan diri adalah satu perkara yang terbaik untuk aku lakukan. menguatkan diri menghadapi realiti kini.

semoga aku terus kuat melawan kehidupan.

sekian



*sedikit celaru...mungkin terlalu banyak di fikirkan.

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010