Tuesday, June 28, 2011

PDSZA 2011



Prasasti Jiwa:

Syukur. Tuhan masih memberi peluang dan ruang untuk diri ini merasai perjuangan Debat meskipun di awalnya aku sudah pun meletakkan bendera putih menandakan berakhir sudah perjuangan aku dalam dunia debat pada penghujung 2010 setelah berjaya menjejak kaki ke peringkat separuh akhir Debat Di Raja 2010 di Uthm yang mana telah di tewaskan oleh pasukan Uitm. Siapa yang boleh menidakkan kekuatan Uitm yang di wakili oleh "Dewa" debat ketika itu.

Tapi, aku sentiasa memanjatkan kesyukuran. Kerana bukanlah kemenangan sahaja yang di cari dalam debat sebenarnya. Tetapi 'kemanisan' yang mungkin tidak akan di miliki oleh mereka yang tidak pernah merasai erti debat.

dan Syukur untuk kali ke-3, kerana Allah memberikan 2 orang junior iaitu Aisyah & Qusyairi yang bagi aku Pendebat muda yang terbaik ketika ini. Terima kasih kerana sudi menerima diri ini dalam team PDSZA 2011. Tak lupa juga buat Saudara Qama, yang dahulunya jadi cacian dan makian ketika berada dalam 1 team tetapi kini sudah menunjukkan 'taring'. semoga 4 tahun yang mendatang ada pencapaian yang lebih baik anda dapat.

tak lupa juga buat AF dan Amirul, kalau mengimpikan bintang di langit, jangan terlalu mengejar angan-angan. teruskan focus dalam debat. Kejayaan pasti milik anda! dan juga buat Helmi & Iqa, tiada kata terlambat dalam perjuangan, selagi berupaya selagi itu berusaha. Rezeki pasti memihak kita nanti.

dan semua junior yang lain. teruskan berdebat. Perjuangan masih panjang dan belum selesai.

Walaupun ianya bukan anjuran MADUM, sekurang-kurangnya pertandingan yang 'biasa' ini kita tidak lah seteruk mana.

kan.

dan menginjakkan kaki keluar sbg bakal Alumni Orator UMP ketika ini, aku sudah boleh menari nafas lega, tatkala meninggalkan Legasi junior yang bagi aku mempunyai masa depan yang cerah dalam dunia debat. itupun jika memberi komitmen yg tinggi!

Semoga kejayaan yang terukir sedikit demi sedikit ini, akan menjadi pembakar semangat buat kita semua. agar sentiasa melakar kejayaan di masa akan datang.

Tak sabar untuk melihat perkembangan positif Orator UMP!

SEKIAN, TERIMA KASIH ORATOR UMP & juga Alumni yang sentiasa menyokong dari belakang. Saya Sayang anda semua.



p/s: adakah ini petanda berakhirnya perjuangan debat aku? hu3 sedihnya...

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010