Sunday, July 31, 2011

Bila Ramadhan Tiba

Malam ni mungkin dah boleh start Solat Terawih dah. excited pulak nak solat terawih pertama ni. Macam biasalah hari pertama ni je la Masjid-masjid akan di penuhi dengan jemaah-jemaah yang ingin menunaikan solat hanya di lakukan setahun sekali.

Tapi percayalah, budaya masyarakat kita teutamanya melayu ni, makin dekat nak raya maka makin kuranglah orang datang beramal ke masjid. kadang-kadang sampai tinggal 1 saf sahaja. (ya, mungkin aku jugak tergolong dalam golongan tersebut)

sebab kita lebih sibuk mempersiapkan diri untuk menyambut Syawal berbanding mengejar keberkatan dan pahala yang ada di akhir-akhir Ramadhan apatah lagi ingin mencari Malam LailatulQadar.

Bayangkan, Ramadhan belum menjelma lagi, sini-sana promosi raya sudah mula di jalankan. siap ada yang sudah mula memasang lagu raya. Sedih bila kita seperti tidak menghormati bulan mulia iaitu Ramadhan yang sepatutnya di sambut dengan penuh keinsafan.

Dan ramai di kalangan kita beranggapan, bulan Ramadhan sajalah bulan untuk melakukan amal jariah, solat harian pun penuh 5 kali. Itu belum lagi derma sana sini terutamanya Anak yatim & orang miskin berduyun-duyun nak bagi. Pelik. Sedangkan Ramadhan mendidik kita untuk menjadi manusia yang sentiasa beramal bukan hanya pada bulan Ramadhan sahaja. Ianya datang sekadar untuk mengingatkan kita yang alpa.

ok, nampaknya aku seperti nak ber'khutbah' pulak dalam entri ni sedangkan Ilmu amal n agama aku tidak lah tinggi mana sebab aku menulis entri ini juga untuk mengingatkan diri aku kerana aku juga sudah terbudaya dengan perkara-perkara di atas.

Tapi, bersyukurlah kalau ada yang tersedar bulan Ramadhan tiba, yang tak dapat hidayah tu lagi sedih. Apa-apa pun semoga Ramadhan ini adalah masanya untuk kita bermuhasabh diri. Semoga ramadhan kali ini mendidik kita menjadi umat yang taat kepada Allah Yang Esa. Amin

Salam Ramadhan semua : )



p/s: tak sangka Ramadhan & Raya lepas adalah kali terakhir bersama arwah bapa : (

Friday, July 29, 2011

Jangan Cuba-Cuba

<iframe width="640" height="510" src="http://www.youtube.com/embed/H0XFetwnF-E" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

<center><embed src="http://www.4shared.com/embed/452491746/f00bdfe7" width="420" height="250" allowfullscreen="true" allowscriptaccess="always"></embed></center>

Tilu - Jangan Cuba-Cuba
Waktu waktu kau kucup
Pipi kanan kiri ku
Berdebar-debar detak jantung ku
Bergetar seluruh tubuh ku
Hati ku tak tentu
Waktu itu kau kucup
Pipi kanan kiri ku
Berdebar-debar detak jantung ku
Memerah pipi ku jadinya ku malu
Dan kau bisik kata cinta
Hati ku berbunga bunga
Dan jangan kau cuba-cuba
Untuk lebih merayu ku
Jangan jangan cuba kau rayu
Jangan jangan cuba kau ganggu
Jangan jangan cuba lukai aku
Hanya sekadar nafsu
Jangan jangan cuba kau paksa
Jangan jangan cuba kau siksa
Jangan jangan cuba kau cinta aku
Hanya sekadar nafsu
Jangan jangan jangan jangan
Waktu itu kau kucup
Pipi kanan kiri ku
Berdebar-debar detak jantung ku
Memerah pipi ku jadinya ku malu
Dan kau bisik kata cinta
Hati ku berbunga bunga
Dan jangan kau cuba-cuba
Untuk lebih merayu ku
Jangan jangan cuba kau rayu
Jangan jangan cuba kau ganggu
Jangan jangan cuba lukai aku
Hanya sekadar nafsu
Jangan jangan cuba kau paksa
Jangan jangan cuba kau siksa
Jangan jangan cuba kau cinta aku
Hanya sekadar nafsu
Jangan jangan cuba kau rayu
Jangan jangan cuba kau ganggu
Jangan jangan cuba lukai aku
Hanya sekadar nafsu
Jangan jangan cuba kau paksa ( jangan )
Jangan jangan cuba kau siksa ( jangan )
Jangan jangan cuba kau cinta aku ( jangan )
Hanya kerna hawa nafsu

Prasasti Jiwa:
Lagu ni comel dan catchy...rasanya kreatif juga...aku suka lagu ni...so Jangan cuba-cuba!

Tahniah Harimau Malaya!

Dalam meniti sesuatu kejayaan ataupun impian, ianya di capai bukan dalam satu ataupun dua hari. Saat kita mahukan maka esok pasti terjadi. Kita tidak di anugerahkan kuasa atau magis untuk melakukan itu semua. Kerana Allah tahu jika manusia di berikan kekuasaan seperti itu, pasti dunia akan hancur dalam sekelip mata.

Kekuatan kudrat dan usaha yang berterusan harus di lakukan, untuk meningkatkan kualiti dan kekuatan yang ada pada diri, agar ianya akan tertanam supaya bila berdepan dengan realiti kehidupan sebenar, kita tidak pernah rasa gentar ataupun gusar. Kita akan lebih tenang dalam menempuh ranjau kehidupan yang penuh dengan helah dan tipu daya.

Dalam kita mengimpi untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya dalam kelayakan Piala Dunia 2014, sebenarnya kita sudah berada pada landasan yang terbaik. Kita perlu sedar, hakikat sebenar sebuah perlawanan bola sepak. Kerana hakikat pertama yang seharusnya kita sedar, Bola itu berbentuk bulat. Maka, ianya tidak punya segi untuk meletakkan ianya berada pada satu tarikan graviti yang nyata. Hukum fizik mengatakan graviti bola terletak pada tengah2nya.

lantas, kita perlu percaya pada rezeki juga akhirnya.

Syabas buat pasukan Harimau Malaya yang telah berjaya sehingga ke peringkat ini. Pujian harus di berikan kepada mereka kerana telah mencuba sedaya updaya dan semampu mereka untuk melakukan yang terbaik buat negara. Janganlah sesekali kita mengeji ataupun mengutuk serta meletakkan beban kesalahan kepada mana-mana pihak. Kerana kita semua sebahagiaan daripada pasukan Malaysia.

Apa yang paling penting bagi aku ialah Harimau Malaya telahpun menghidupkan kembali kemeriahan bola sepak dan juga mengembalikan kepercayaan penyokong2 malaysia yang sudah lama ber'tapa' daripada menyokong pasukan malaysia.

Stadium Bukit Jalil penuh!

suatu keajaiban telah pun berlaku. mungkin kekuatan sokongan padu itu tidak dapat menyerap kedalam kekuatan Harimau Malaya dalam berjuang menentang Singapura yang penuh dengan helah!

Namun itu bukan menjadi alasan, apa yang penting sekarang ialah memperkukuhkan lagi kekuatan pasukan HARIMAU MALAYA pada masa akan datang. Persiapan kita sebenarnya masih tidak cukup!

Untuk melayakkan diri ke peringkat akhir Piala Dunia Brazil 2014, usaha kita setakat ini masih tidak cukup untuk melayakkan diri. Terlalu banyak yang perlu kita perbaiki dan pertingkatkan. Tidak mengapa kita punya pelapis terutamanya Harimau Muda untuk mempersiapkan diri pada Piala Dunia 2018. Kerana semuanya tidak mustahil untuk berlaku jika kita mula dari sekarang.

Lagipun Harimau Muda sudah melayakkan diri ke peringkat kumpulan Olimpik 2012. Itu sudah cukup baik buat kita.

Semoga, akan ada sinar buat Sukan Bola Sepak Malaysia pada masa akan datang.

Majulah Sukan untuk Negara!

Tahniah sekali lagi buat Harimau Malaya! aaauuuummmmMMMMMM!!!!

p/s: bila kita perjuangan tidak di letakkan Matlamat, samalah seperti pistol tidak berpeluru : )

Thursday, July 28, 2011

35# Prasasti Jiwa

Renyai
jatuhnya bukan kerana lemah
juga bukan kerana mengalah
semuanya kerana hati
yang mahu meluah

Derai
bukan tandanya menyerah
mahupun putus asa
jiwanya kental
hanya kerana graviti punya kuasa

leraikan
biar tidak terluah dek kata
biar tidak terlihat dek tingkah
cukup hanya Dia yang tahu
apa bergelumang dalam diri

semoga
yang tak terluah mengalir bersama airmata

34# Prasasti Jiwa

Tidak tahu mahu berbicara apa sebenarnya, tapi aku tetap menyeru segala kekuatan dan semangat agar jari-jemari ini terus meliuk-lentokkan dirinya dan menari di papan kekunci laptop.

Aku sendiri tidak memahami kenapa hari ini moral dan semangat diri ibarat di landa tsunami. Mood sudah hilang warna lantas hari ini aku hanya membaringkan diri dan cuba untuk 'mati' dari terus memikirkan akan tentang masa hadapan yang masih menjadi tanda tanya.

Aku bukanlah seorang arkitek masa depan yang penuh dengan perancangan. Aku juga bukanlah orang yang suka meletakkan apa aku pada satu masa. Aku adalah manusia yang hanya mengikut aturan takdir.

dan bila takdir sudah meletakkan batu asas, saat itulah baru aku akan meng'arkitek'kan masa depan aku. Merancang satu persatu, siapa aku pada masa akan datang.

pelikkan. padahal konsepnya tetap serupa. aku tetap tidak mahu mengakui yang sebenarnya aku seorang yang merancang masa depan serta meletakkan sesuatu pada hujungnya.

Entahlah, terkadang sampai satu saat aku sudah putus asa pada masa depan. Mahu jadi apa pun di akhirnya aku tidak kisah kerana aku sudah bosan pada putaran dunia yang kejam dan tidak adil. Bosan dengan edaran masa yang dicipta manusia durja.

Tapi, syukur aku masih punya secebis semangat dalam diri untuk tidak mudah mengalah. Kehidupan ini sememang tercipta sebegitu. Tidak ada yang sempurna di mata manusia kerana manusia memang sikapnya begitu. Sedangkan Tuhan sudah menciptakan alam dan kehidupan ini seindah dan sempurna ciptaanNya. Hanya kita yang menyalahgunakannya.

Hakikatnya, aku sebenarnya sudah tidak sabar untuk bergelar seorang Pekerja sebab aku sudah bosan untuk bergelar Si penganggur. Cukuplah sebulan lebih. Aku tidak mahu melamakan masa 'cuti' ini.

Benar, inilah risiko yang terpaksa aku tanggung. Aku seharusnya tidak meletakkan garis penyesalan dan harus percaya pada takdir tuhan serta rezeki yang di berikan tiap umatnya.

lagi beberapa hari sahaja, umat islam akan menjalani ibadah puasa. Dan Ramadhan kali ini mungkin memberi sedikit cabaran buat aku kerana mungkin Ramadhan ini aku akan mula bergelar seorang pekerja dan mencari rezeki untuk keluarga.

sebagai apa tidak perlu di tanya yang penting ianya kerja yang halal. Dan suatu saat nanti aku pasti akan berkongsi kejayaan ini bersama anda semua.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarrak : )

Tuesday, July 26, 2011

Merpati Putih ost Drama Tahajjud Cinta

<iframe width="640" height="510" src="http://www.youtube.com/embed/OU6N2Goa5Gc" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Prasasti Jiwa:

lagu ini adalah ost utk Drama Tahajjud Cinta di slot Zehra TV3. Drama arahan Eirma Fatima ini sudah mula mendapat tempat di hati penonton drama melayu. Apatah lagi drama ini cuba mengangkat nilai keagamaan dan perjuangan yang murni.

dan,sedikit hairan bila ada suara2 sumbang yg mahukan drama ini tidak di tayangkan kerana tidak sesuai di tonton serta bertentangan dengan ajaran agama islam.

macam2lah orang sekarang ni, cerita tak habis lagi tapi dah nak boikot. tak faham. kita nilai dahulu. baru masuk episode 2 dah kecoh. relaks. kalau betul pun menyimpang, pihak yang berwajib mesti dah buat pemantauan terlebih awal.

bagi aku pula, semuanya terpulang pada diri kita untuk mengikut ataupun tidak, apa yang penting aku seronok tengok drama seperti ini apatah lagi lagu ost dia penuh misteri he3

layan...

*versi nyanyian Astrid.

Thursday, July 14, 2011

Cinta Itu Milik Kita




tidak ku sangka kau pergi jua
tinggalkan ku sendiri
yang tinggal hanya serpihan cintamu
ku dakap selamanya

cinta antara kita terlerai sudah
impian kau dan aku
takdirNya kini ku terima
cinta itu milik kita ~

tak bisa kah cintaiku
tak bisakah sayangiku
kerana kau milikku
kau kekasihku

hanya yang ada di dalam diriku
kerana kau ku sayang
kau kunci cintaku
kau bawaku ke dalam duniamu

Prasasti Jiwa:

lagu ini melambangkan jiwaku, saat dan ketika ini, aku memerlukan 'peluang kedua'. Hanya sekali lagi untuk aku buktikan. Akan aku balut tiap luka-luka yang terhiris dengan indahnya cinta yang akan aku beri. Agar parut dan luka itu diliputi sel-sel cinta yang menyembuhkan. Agar tiada cela yang tersisa akhirnya. Terimalah sekali lagi : )

clean & clear!


Prasasti Jiwa:

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan Jutaan Tahniah buat Ketua BERSIH 2.0 iaitu Ambiga kerana beraya menganjurkan Perhimpunan "Aman" ini, capai matlamat ataupun tidak bagi aku itu belakang kira. Apa yang penting perhimpunan Bersih 2.0 telah pun di jalankan.

Hebat!

Mungkin inilah yang di idam-idamkan oleh mereka yang memperjuangkan Hak Asasi dan Keadilan Demokrasi. Mahu menunjukkan betapa hebatnya penangan bila rakyat mula menunjukkan kuasa. Ingatkan hanya boleh di lihat melalui TV sahaja, menggelakkan rakyat-rakyat negara lain yang sibuk memperjuangkan Hak mereka, lantas melumpuhkan ekonomi serta politik negara mereka.

Tak sangka ianya juga semakin berjangkit dengan rakyat Malaysia. Ya, Demonstrasi adalah salah satu medium perjuangan zaman moden. Tapi, aku rasa sejak lama dulu lagi, mungkin baru kini 'senjata' rakyat ini di gunakan kembali.

Aku juga terkena tempiasnya, setiap kali aku memberi pendapat ataupun kritikan di status 'BukuMuka' aku, pasti serangan pendapat-pendapat yang tidak berpuas hati. Terkadang sampai malas mahu melayan tapi kalau tidak menjawabnya sepertinya aku bersetuju. Ya, Diam itu tanda setuju tapi ada yang aku layan ada yang aku biarkan.

satu perkara yang terkesan dek perbezaan pendapat ini adalah retaknya permuafakatan. Mungkin antara kita tidak pernah peduli akan perkara ini. Namun hakikatnya, kesan perbezaan ini juga memecah belahkan sesama kita! Percayalah.

Perkara kedua yang pastinya akan sentiasa menjadi perdebatan ialah, sesi memburukkan sesama kita. Yang mana Kerajaan akan memburukkan Pembangkang dan begitulah sebaliknya. Maka berita-berita arus perdana saat dan ketika ini berusaha memburukkan dan memperjelaskan perkara sebenar dan juga begitu la sebaliknya. Hingga satu tahap, rakyat naik muak dengan situasi politik Malaysia.

Ketiga, Agenda tersembunyi. Ini bukan soal aku menyokong mana-mana pihak. Tapi percayalah, setiap yang di lakukan oleh seseorang itu mempunyai niatnya tersendiri. Yang mana setiap dari kita mungkin akan tertipu dengan mana-mana agenda yang di lakukan oleh mereka. Rakyat biasa? hanya di kuda-kudakan oleh mereka untuk mencapai apa yang mereka inginkan. Tahniah. Kerana bagi aku anda semua berjaya mewayang kulitkan rakyat!

Sedih.

Yang menjadi persoalan tertinggi dalam minda aku ialah, Motif sangat Ambiga tak nak serahkan Memorendum 8 tuntutan kepada Sultan ketika jumpa Sultan sebelum perhimpunan berlaku. Kalaulah niat tu memang benar-benar SUCI aku rasa dengan cara tersebut pun orang tetap akan tahu malahan tindakan beliau nanti mendapat pujian kerana lebih bersifat professional tanpa perlu perhimpunan segala hingga ada yang cedera dan meninggal dunia (statistik 1 orang disebabkan sakit jantung-Al-Fatihah).

Salahkan Polis? aku rasa tindakan polis hanyalah menjalankan tugas. Anda dan anda semua tidak boleh menyalahkan Polis semata-mata. Kita harus sedar, di konsep awalnya Perhimpunan ini tidak pernah mendapat kelulusan oleh pihak berkuasa. Maka, tindakan berkumpul itu juga adalah haram. mudah! jadi salahkan diri sendiri yang mencari bala.

Perkara kedua tertinggi yang masih menjadi persoalan di minda adalah, Ambiga telahpun bersetuju yang mereka akan menjalankan perhimpunan di stadium setelah mendapat kelulusan. Namun perkara ini terang-terang telah melanggar nasihat sultan! Apabila di hari kejadianya, di lakukan juga di jalanan. Alasannya, kalau di jalanan barulah nampak 'kuasa' rakyat!

Banggalah dengan Demonstrasi yang akhirnya tidak pun meninggalkan impak yang besar, sepatutnya kalau nak buat sekalipun janganlah sehari, buatlah berminggu-minggu, ataupun berkala sehingga pilihanraya. barulah menarik! kalau boleh biar sampai darurat. Ya, Bersih 2.0 bukan untuk menggulingkan kerajaan. tapi aku tak rasa ianya memberi kesan jangka panjang. sedangkan Bersih ini pun sudah di jalankan 2 kali! takkan nak buat kali ke-3? Anda yang menyokong perhimpunan ini punya jawapan sendiri. jauh di sudut hati anda, cukuplah sehari. banyak lagi perkara yang perlu anda lakukan : )

ok.

aku rasa tidak berfaedah pun aku nak meleter banyak2. Kita sebagai rakyat biasa mempunyai kuasa yang besar dalam negara. Kerana kita negara berdemokrasi yang mana mempunyai hak untuk memilih pentadbir ketika Pilihan Raya.

Aku percaya, pilihanraya di jalankan dengan adil. Jika tidak, manakan pembangkang boleh menang 5 negeri. Ianya sangat luar biasa.Pertama.

Kedua, Janganlah memandang Kerajaan sepertinya memandang bayang-bayang 'Dajjal'. semua yang kerajaan lakukan adalah korupsi! Benar, tiada siapa yang sempurna tapi kita boleh mengurangkan.

ketiga, SPR sebenarnya sentiasa melakukan penambahbaikkan. Faktanya, tuntutan BERSIH sebenarnya bukanlah hanya 8 semata-mata tetapi lebih daripada 8...tetapi yang 8 itu sajalah yang masih belum di tunaikan oleh SPR di atas sebab-sebab tertentu. dan sekiranya rundingan masih mahu di jalan dengan baik terhadap 8 perkara tersebut tidak mustahil SPR ataupun kerajaan berganding bahu untuk menyelesaikannya.

Keempat, NGO yang menganjurkan BERSIH 2.0 juga mungkin mempunyai niat yang baik, kita juga tidak boleh menafikan 8 tuntutan tersebut tidak realistik. Ada tuntutan yang memang boleh di terima tetapi apa yang meragui ialah ianya di dalangi oleh mereka-mereka yang mempunyai niat tersembunyi! Sayang.

dan terakhir, Kita berhak untuk menikmati Demokrasi yang Adil tapi biarlah kita melakukannya dengan cara yang betul. Bagi yang layak daftarlah mengundi. Buktikan di PRU13 nanti, siapa yang menjadi pilihan anda untuk mentadbir negara.

sekian

Tuesday, July 12, 2011

Dwilogi Padang Bulan



Prasasti Jiwa:

Sudah berkurun tidak membaca Novel, tapi aku bukanlah penggemar Novel sangat. Kali terakhir aku membaca Novel adalah ketika di tingkatan 3. Rasanya.

dan selepas itu, tidak pernah lagi aku sentuh mahupun meramas-ramas mana-mana novel untuk aku bedah setiap jiwa dan rasa yang tertulis di dalamnya. Bagi aku, hebat sungguh anugerah Ilahi kerana melahirkan penulis-penulis yang mempunyai imaginasi seperti 'Tuhan'. Mencipta sebuah kehidupan dan dunia dalam bayangan mereka. Anehnya, kadang-kadang semua imaginasi itu hanya tinggal imaginasi, yang hanya hidup di minda si pembaca yang di tipu oleh lukisan bahasa oleh si penulis.Tapi, itulah indahnya bahasa.

dan ketika aku ke kedai Popular menemankan sahabatku ke SACC Mall jumaat lepas, aku telah di jodohkan dengan novel di atas. Cinta pandangan pertama yang membuat aku terus mahu membelinya, meskipun dahulu teramat berat untuk aku mengeluarkan sehelai dua helai sang merah. Hingga kadang-kadang niat aku mati di sebabkan keberatan itu, sepertinya graviti menarik-narik tangan lurus ke bawah.

tapi, entah mengapa, hati aku ketika itu seakan meringankan sahaja, mungkin untuk mengisi masa yang terluang tatkala masih belum ke kantor. agaknya. adalah lebih elok untuk aku mengisi fikiran dengan membaca 

dan tidak pernah aku kesalkan membeli Novel ini meskipun aku tidak pernah membaca Trilogi Laskar Pelangi yang lain. Hanya berbekalkan memori yang terlekat tentang kisah Filem Laskar Pelangi. Aku memahamkan sahaja setiap cerita yang aku baca. Mujur ianya masih berbekas di minda. Tidaklah pulak aku terpinga-pinga cuba mencari peti-peti ingatan di minda.

Tatkala, diri masih mencari nafkah penyambung hidup, Buku ini tidak pernah lari dari sasar. Sentiasa tepat pada titik tujuannya. Ianya sangat memberi aku Motivasi. Serius. Buat anda yang masih tercari-cari kerjaya dalam hidup ataupun sudah mula menemui bibit-bibit putus asa. Nah. Buku ini bisa membuat semangat anda yang lumpuh itu menjadi cergas dan cerdas.

Tidak percaya? Cubalah baca sekerat. pasti anda akan jatuh cinta pada semangat yang tertanam dalam setiap jiwa dalam novel ini.

bagi Sang Pencinta Bahasa, pergilah ke toko-toko buku mencari sebuku novel ini. Kerana bahasa yang tercipta dalam novel ini sangat indah. sehingga kadang-kadang tertanya dari manakah turunnya bahasa indah itu.

Novel ini juga tidak seperti novel cinta yang klise. Novel ini penuh dengan inspiratif. Kadang-kadang membuat anda percaya pada hebatnya kuasa cinta, hebatnya impian dan angan-angan serta bodohnya realiti kehidupan. ha3

Terima Kasih Andrea Hirata.

Ku harapkan suatu hari nanti aku juga bisa menuliskan sebuah cerita tentang nasib kehidupan. Antara Cita-cita dan Keluarga. Antara Cinta dan Kerjaya. Antara Impian dan Realiti. Kau adun menjadi satu dunia yang indah.

sekian.

p/s: sekurang-kurang aku tidak menipu dalam resume aku yg hobby aku adalah membaca...rekodnya: ini adalah buku ke-2 yg aku beli he3

Monday, July 11, 2011

Sekali Lagi



Prasasti Jiwa:

Saya sudah menonton wayang ini, Serius aku cakap, cerita ini sememangnya wajib tonton. Bagi anda yang rindukan kisah filem cinta mahupun filem berkisar keluarga. Filem ini sememangnya tidak rugi untuk anda tonton.

Kekuatan Filem ini bukan hanya terletak pada Barisan-barisan Pelakonnya...tetapi jalan cerita yang menarik yang boleh membuat kita kadang-kadang tertawa dan juga menangis. Dua rasa ini di kisar menjadi satu, hingga anda benar2 dapat menjiwai cerita ini.

Apa yang penting, Filem ini mengangkat yang dalam kehidupan kita, sebesar manapun kesilapan yang pernah kita lakukan. Kita berhak untuk di beri peluang kedua.

sekian.


p/s: "Sekali lagi" lebih best daripada NurKasih : ) sampai aku nak tengok sekali lagi he3

Tuesday, July 5, 2011

ARMS




Prasasti Jiwa:

Aku sudah jatuh hati sama ini perempuan. Lagu dan lirik beliau menggambarkan terus rasa jiwanya. Membuat aku terus jatuh hati pada lagunya. Hanya mereka yang pernah rasa sakitnya pecah hati dan melalui saat-saat pedih luka mencantumkannya kembali menjadi hati yang tabah akan merasai setiap bait lirik yang beliau hasilkan.

I love ur songs Christina Perri : )

Saturday, July 2, 2011

Dont Wanna Lose You Again



A1- DON'T WANNA LOSE YOU AGAIN

I can feel that the wheels in motion
In this life, in this song, time and again
Looking back there is a new reflection
Now I know what you give is what you get

In the end it's all or nothing
And I feel I'm ready now
So I try to be the answer
Cause I don't wanna lose you again

Now I bet that your ears are burning
With three words on the tip of my tongue
I just hope that your heart is open
So that I can undo what I've done

In the end its all or nothing
And I feel I'm ready now

So I try to be the answer
Cause I dont wanna lose you again

Like a star, its so hard to reach you
Not enough just to call you a friend
And I know that I dont deserve you
But I dont wanna lose you again, oh

In the end its all or nothing
And I feel I'm ready now
So I try to be the answer
Cause I dont wanna lose you again
No, I don't wanna lose you again



Prasasti Jiwa:



Lagu ini sangat bermakna buat aku! 
untuk kamu.
lagu ini cukup meluahkan segala apa yang aku rasa kini.



Penjelasan Pengerusi SPR terhadap 8 tuntutan BERSIH 2.0

Di bawah adalah jawapan yang di berikan oleh pengerusi SPR iaitu Tan Sri Abdul Aziz semasa sidanga akhbar dengan BERNAMA dan TV3:-

Mengenai permintaan lapan perkara oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Abdul Aziz berkata, ruang untuk penambahbaikan memang sentiasa ada kerana SPR tidak menganggapnya sebagai badan yang sempurna. 
Beliau menghuraikan satu persatu usaha dibuat SPR terhadap lapan permintaan itu: 



  • Pembersihan daftar pemilih – usaha itu dilakukan setiap hari tetapi SPR tidak boleh membersihkannya sendiri kerana pengundi yang perlu memaklumkan status mereka dalam daftar berkenaan. Katanya, tidak ada bukti dakwaan wujudnya pengundi mengundi lebih daripada sekali dan tiada satu pun kes seumpama itu yang dibawa ke mahkamah. (jawapan ini agak ada betulnya...setuju!) 




  • Tempoh berkempen sekurang-kurangnya 21 hari – perkara itu sedang diteliti kerana ada juga parti yang meminta supaya tempoh berkempen dipendekkan dan pandangan aspek keselamatan juga terpaksa diambil kira. (SPR tidak boleh sewenang-wenangnya untuk mengurangkan temph berkempen, perlu juga di kaji baik buruknya)




  • Penggunaan dakwat celup jari pengundi – SPR sedang meneliti untuk menggunakan kaedah biometrik yang lebih saintifik. (Jawapan ini terus menjawab tuntutan 1 & 3 dan sistem ini juga boleh di katakan telus)




  • Kemudahan akses yang bebas dan adil kepada media – Abdul Aziz berkata beliau tidak boleh mengarahkan media untuk memberi liputan kepada sesuatu pihak. Bagaimanapun, beliau boleh berbincang dengan media untuk memberi ruang kepada semua pihak. ( Tuntutan ini lebih kepada kebebasan untuk media membuat laporan ataupun menyampaikan dakyah2/perjuangan setiap parti, seharusnya sebagai negara yang berdemokrasi, kebebasan media bukanlah persoalan yang seharusnya timbul)




  • Cadang banteras rasuah – SPR memang bersetuju tetapi ia tidak mempunyai kemahiran dalam bidang itu dan terpaksa meminta bantuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. ( kita ada SPRM untuk menjalankan tugas mereka )




  • Cadang perkukuh institusi polis – SPR tidak mempunyai kuasa terhadap perkara itu. (tuntutan ini mungkin juga bukan untuk SPR, dan lebih kepada pihak kerajaan)




  • Pembaharuan sistem undi pos -– SPR sedang meneliti perkara berkenaan termasuk cadangan untuk mengadakan undian awal seperti amalan di Thailand dengan pengundi bebas untuk mengundi pada hari yang ditetapkan lebih awal atau pada hari pengundian tetapi perkara ini juga mempunyai masalah tersendiri. (SPR sentiasa melakukan kajian, bukan hanya bekerja hanya ketika pilihanraya di adakan.)




  • Kebebasan berkempen – Parti politik sememangnya bebas berkempen tetapi terpaksa memohon permit polis atas sebab-sebab keselamatan kerana polis, antara lain, meneliti kesesuaian tempat, isu-isu yang menyentuh perpaduan kaum dan agama serta aspek lalu lintas. (konklusinya, setiap yang di lakukan parti perlu mendapat kebenaran, kalau ikut sesuka hati sahaja, dikhuatiri akan berlaku perkara yang tidak terkawal, contohnya: kempen 2 parti bersebelahan pada waktu yg sama mungkin akan menimbulkan kekecohan)

    Oleh itu, Abdul Aziz berkata, ada perkara yang berada dalam bidang kuasa SPR dan ada juga perkara yang bukan dalam bidang kuasa SPR berhubung lapan perkara berkenaan. 

    Beliau berkata, pada mulanya BERSIH mengemukakan 17 perkara tetapi setelah berbincang, tinggal lapan perkara saja sejak akhir tahun lalu kerana yang lainnya sudah diselesaikan oleh SPR. 

    “Kalau BERSIH meneruskan perbincangan dengan SPR, mungkin tinggal tiga perkara yang belum selesai. Demonstrasi tidak akan menyelesaikan masalah. Tidak bermakna buat demonstrasi, SPR akan bersetuju,” katanya merujuk kepada cadangan perhimpunan haram yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai. – BERNAMA 


  • Friday, July 1, 2011

    23


    Prasasti Jiwa:

    Thank You Allah.
    Thank You Mak & Arwah Bapak.
    Thank You My Family
    Thank You My teachers
    Thank You My Friends

    kerana anda semua. 
    Aku menjadi MHD.JUMAIN BIN MAPPLATI yang anda lihat sekarang.

    Tiada hadiah yang paling indah buat aku ketika ini selain mempunyai KERJAYA.
    Semoga Tuhan memberikan rezeki yang terbaik buat aku.
    Amin.


    Popular Posts

    Popular Posts since May 2010